Sunday, September 5, 2010

PAGI ITU YANG SAYU

Pagi itu, gua ikut jalan jauh ke tempat kerja. Gua tengok jam masih awal lagi. Luarbiasa rajin gua hari itu, keluar awal untuk ke tempat kerja. Tak pernah-pernah gua rasa begitu teruja nak ke tempat kerja. Hehe.

Pagi itu, gua ikut jalan Pantai Seagate untuk ke tempat kerja gua. Permandangan pagi itu sangat menarik pada pandangan mata sepet gua. Sepanjang Pantai Seagate tu, gua tertarik dengan keindahan Pulau Jerjak yang pernah gua kunjungi tak lama dulu.


Pulau Jerjak nampak sangat cantik dari daratan. Makin menghampiri persimpangan jalan ke tempat kerja gua, kelihatan pula Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau dan seberang. Jambatan yang kerap membuatkan kaki gua lenguh tiap kali jammed yang sangat luar biasa. Almaklum lah, gua pakai kereta manual. Lenguh woo. Mujur gua seorang pemandu yang cekap dan bijak serta comel. Maafkan gua, ada ayat memuji diri sendiri lagi.

Mood sayu gua ni bertempat okeh, sebab lepas ni gua takkan menetap disini lagi. Bila gua dah tukar status nanti, gua kena lah berpindah ke tempat di mana suami gua menetap. Cita-cita gua kan untuk menjadi isteri yang baik kepada suami gua.

Penang akan gua tinggalkan, Perak akan jadi negeri hujan emas gua, tapi Kedah tetap di hati. Keh3x. Gua sayang Kedah.



ps: hari ni ahad, gua syak blog gua tak ada orang datang. semua orang sibuk shopping. gua saja layan mood jiwang kat rumah. selamat hari ahad. ;p

13 comments:

  1. ada..sapa ckp takda org singgah blog lu...gua bkn org ke?? gua nak blk kg ni...yehaaaa....

    selamat la utk lu, org perak!!

    ReplyDelete
  2. cdot,

    rindu kat ko lah. tapi bongok je kan, saja nak bg aku jeles... uwaaa...

    ReplyDelete
  3. bila cek nk balik jeniang??cuti raya start bila? rini mesti suma org pi soping kan..sobs!2x.boring plak.ni kt umah ka?ym tarak ka?

    ReplyDelete
  4. petang rabu baru balik. lepas kerja terus pecut, tapi soheh jammed. kita boleh konvoi sama2.

    ReplyDelete
  5. cis,xsempatla aku nak ajak ang jenjln penang sempena menjadik tourist guide aku yg xbebayor.hu3

    ReplyDelete
  6. kalau dah cantik..nanti kau boleh berbulan madu kat pulau jerjak tu..

    blog aku hr sabtu ahad memg macam takde penghuni..huhu.

    ReplyDelete
  7. aleen,

    ang mai penang ka? kalo aku ada, blh je aku bawak jenjalan kat penang ni. hehe.

    ReplyDelete
  8. fndrocka,

    haha.jgn ngada2 nak pi hanimun kat situ. tak mo. tak mo.


    blog aku ni sebenarnya tak la ramai pengunjung tak kira hari apa pn. kah3x.

    ReplyDelete
  9. saperlar tak sayang laki..

    tapi ader kann.. kanns

    p/s: pasni kena tukar 'blog bukan gadis comel' fulakkks.. ikiki

    ReplyDelete
  10. en_me,

    haha.ada ek yg tak sayang? ntah lah. ;p


    haha. any idea tak nak tukar letak nama apa? hehe.

    ReplyDelete
  11. hai cik gadis...
    saya datang nihhh...

    ReplyDelete
  12. dok umah buat cekodok lagi bagus ar...hehehehe

    ReplyDelete
  13. kak tijah,

    hihi.awak datang sini pada hujung mggu.bagusnya.tak kuar shopping ek?



    kak kb,

    dok umah cuci bilik ayaq lagi bagus.. ekekeke.

    ReplyDelete