Wednesday, September 29, 2010

PAPER SEJARAH MASA SPM

Gambar gua masa tecit tonet.. Keh3x.


Gua memang tak minat Sejarah. Subjek Sejarah buat gua rasa cepat mengantuk. Tambah-tambah lagi cikgu Sejarah yang selalu buat lawak bodoh, sendiri buat lawak, sendiri gelak. Lebih kurang macam Amir I'm Sorry, budak Kelantan yang masuk Raja Lawak.

Konon-konon lawak, tapi haram tak lawak. Terpaksa gelak sebab nak ambik hati. Haha. Gua kat belakang kelas kadang-kadang letak majalah Ujang dalam buku teks Sejarah.

Tiap kali ujian, ramai yang gagal. Kelas gua, budak-budak Sains tulen yang paling bengong. Almaklum lah, kelas 5 Sains 3. Kalau budak kelas 5 Sains 1, mesti budak-budak yang bijak pandai. Cikgu Fizik gua cakap, kelas gua kelas belakang parang. Faham apa maksud cikgu gua????

Lepas banyak kelas gua dah ponteng masa subjek Sejarah, akhirnya sampai lah hari yang di tunggu-tunggu. Paper Sejarah masa SPM. Masa tu, tempat duduk gua di belakang dewan.

20 minit yang pertama, gua agak konfiden jawab soalan yang di berikan. Minit-minit yang seterusnya memang macam haram. Goyang-goyang pensel, pemadam jatuh ke lantai, macam-macam jadi.

Lagi cuak, partner yang suka ponteng kelas Sejarah angkat tangan, nak mintak kertas jawapan lebih, agaknya banyak sangat point yang dia nak tulis. Setan betul member gua nih. Bila masa dia study Sejarah ni. Padahal malam sebelum tu, sempat kami lepak makan Koteaw Th'ng.

Angin yang sepoi-sepoi merembes masuk ke dalam dewan buatkan gua terlena sebentar. Dalam lena yang maha pendek itu, gua rasa macam mendapat jawapan untuk soalan gua yang terbantut dari awal lagi.

Gua periksa balik semua jawapan, agak berpuas hati dengan jawapan yang gua berikan, betul atau salah, itu belakang kira. Janji pemeriksa kertas jawapan nampak kesungguhan gua untuk jawab soalan esei yang di berikan. Dapat markah kesian pun kira OK dah. Hehe.

* * * * * * * *

Masa ambik keputusan SPM, gua cari member gua yang angkat tangan 2, 3 kali masa jawab paper Sejarah. Gua tanya dia, berapa dia dapat. Dia gelak-gelak. Gua syak memang dia dapat keputusan yang baik. Kalau dia dapat A1, gua memang guling-guling kat situ jugak, sebab sangat tak percaya dia dapat A1. Haha.

Dia tunjuk slip keputusan dia kat gua, terus gua gelak. Gelak dan gelak. Dia failed Sejarah. Wahahaha. Dia pun gelak. Member gua siap cakap, penat je jawab, tapi failed. Dah tu gua tanya, apa benda yang dia jawab masa exam hari tu, sampai berkajang paper dia mintak. Dia cakap kat gua, "aku ingat cerita Parameswara je. Sampai semua soalan aku jawab pasal Parameswara". Wahaha. Bengong kawan gua tu.


P/s: Itu cerita 9 tahun lepas. Tapi rasa macam baru semalam je gua ambik SPM. Biasa lah gua, always sweet 17. Keh3x.

14 comments:

  1. akak dapat sejarah A1..hang nak gelak dak? *muka serius*

    ReplyDelete
  2. masa sejarah mesti aku ngantuk aku tak tahu napa

    ReplyDelete
  3. memangle...kalo ingat sejarah...sweet 17 manjang...

    ReplyDelete
  4. gambar masa kecik langsung buat gua malas nak baca...asik nak tgk je... yg pasti bukan lu...haha

    ReplyDelete
  5. kretif kawan lu tu.lu apedehal x jawab pasal romeo ngn juliet lak? aiseyh..hehehe.tp kalau gua pon.dh buntu sgt.tp confident ttp ade image kene jaga same.bia yakin di mata semua org heheheh

    ReplyDelete
  6. Aku study sejarah xdan 15 minit kot.. terus aku tido kat atas buku sejarah..haha~

    ReplyDelete
  7. gua paling suke cerita sejarah.. nak pulak citer melaka dilangar portugis..

    ReplyDelete
  8. lega gila mata tak payah nak mengadap kaler kunin lagi! hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. hahah.vungux!parameswara dtg dr mane plak mase form 5..hu3
    komen ardzmarn 2 memang bwat aku rase nak terjun bangunan.hahah!

    ReplyDelete
  10. guwe spm 12 tahun lepas. guwe mencik sejarah. skrg ni jgn tanya satu benda pun pasal sejarah tu, guwe tak suke! tu pasal guwe dpt c4 je. hins hins (idong kembang kempes)

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. KELAKAR BETUL BGC NI.

    ReplyDelete
  12. muahahaha..*gelak guling2..

    x suka jugak subjek sejarah.. tapi nasib baik lulus.. muahahaha

    ReplyDelete
  13. Kak KB - buleh percaya ka dapat A1? haha. okeh2.percaya. percaya. ;p


    kila - kenapa kita ada penyakit yang sama ek? haha.


    cikgu humairi - apa kaitan sejarah dgn sweet 17? hhmmm... (lambat pikap plak)


    mario - hahahaharammmm! mungkin itu wajah bakal anak gua. har har har.


    days - gua nak jawab versi Shah Rukh Khan dan Kajol, tapi tiba2 gua lupa skrip cite kuch2 hota hei tu. keh3x.


    jejaka desa - hmmmm.. kenapa? tak di tawarkan kah?


    aida - agak2,ayaq liyuq ada tak kat buku sejarah tu? haha. pengotoq!!


    ardzman - laaa..sama plak! gua pun suka bab melaka di langgar portugis tu. topik feberet gua tu. kah3x.


    kak cho yang hari ini semakin tua - hahahahaha. jahat!!! kaler hijau kuning tu kan cantek... haha.


    aleen - parameswara tu masa bila weh? form 1 kan? haha. betui, komen beliau memang nak mintak kaki. har har har.


    GB - C4 tu kira okeh lah. hebat dah tu. dari GC yang dapat lagi teruk dr tu. haha.


    Luah Fikiran - hmmm.. kelakar ek? ada chance nk masuk raja lawak tak? hehe.


    kak Nafira - itu lah, Allah masih menyayangi kita, diberikan kita keputusan yang baik. Amin. ;p

    ReplyDelete