Tuesday, September 21, 2010

Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert

 Lawa tak??

GEORGETOWN: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menarik diri daripada meneruskan konsert Hari Malaysia anjuran Kerajaan Pulau Pinang pada 25 September ini, atas nasihat doktor. Sehubungan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keseluruhan konsert berkenaan yang dijadualkan diadakan di Stadium Bandaraya di sini, selama satu jam akan dibatalkan. Katanya, kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan pada saat-saat akhir.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi hormati masalah dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti, ” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd kelmarin dengan disertakan sekali surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Katanya, surat berkenaan memaklumkan Siti Nurhaliza tidak dibenar berjalan jauh atau terbabit dalam sebarang aktiviti fizikal berat termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.
Bagaimanapun, beliau enggan dedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan berkenaan dan menyaran supaya sebarang pertanyaan diaju kepada pengurus Siti sendiri.

Guan Eng berkata, Siti Nurhaliza Productions juga sudah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab atas kerugian ditanggung pihak penganjur ekoran pembatalan itu. 

Nak baca lagi? Klik sini... Berita Harian.

-----------------------------------------------------------------------------------------

 Ada iras-iras gua tak? Hehe.

Saja gua gedik, main copy je artikel dari Berita Harian. Alaaa... Ini kan cara blogger yang malas. Haha. Memang gua tengah malas pun. Haha. 

Walaupun gua malas, tapi gua bijak. Keh3x. Apa kena mengena dengan kebijaksanaan gua dengan kes Dato' Siti ni? haha. 

Bukan, gua suka part bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 tu. Bila gamaknya akaun bank gua nak ada duit sebanyak ni ek? Hahaha. Itu baru pendahuluan okeh, kalau full agaknya berapa puluh ribu lah ek? Ok, sila gunakan imaginasi lu orang untuk membayangkan. Hehe.

Musim-musim raya ni, buka je mana-mana channel, mesti ada muka Dato' Siti nih. Astro ada, TV3 ada, TV9 ada. Masyukk betul lah. Alhamdulillah, rezeki. ;p

ps: suara gua pun sedap jugak, kalau gua masuk Mentor, ada jugak peluang gua nak menang. Yang penting Mentor gua mesti Akak Ziana Zain. Keh3x.

9 comments:

  1. lor..mentor lu akak ZZ ke?? ingat si fasha sendat tue huhuhuhu hahahahah..
    p/s: ape kes kedah seri mlm td?????

    ReplyDelete
  2. sahrom,

    haha.ai minat tau ahkak ziana zain tu.wahaha.

    seri tu biasa lah, kalau kuat sgt, kang MU, chelsea, nak beli pemain Kedah lak.

    keh3x.

    ReplyDelete
  3. muahahaha.. nak jugak masuk mentor tuh!! tak pe kasi can~ kang dah kawen kang x leh masuk mentor dah~ ke boleh lagi???

    ReplyDelete
  4. kak nafira,

    haha. tak lah, memain je pasal nak masuk mentor tu. peringkat saringan pun awal2 konpem sy dah kena reject.kah3x.

    kalo rasa nak kena ketuk kepala dgn bakal suami,try la cakap nak masuk mentor. haha.

    ReplyDelete
  5. lu boleh nyanyi sambil angkat kening ke?

    takat suara sedap tapi tak boleh angkat kening tak boleh jugak..


    .

    ReplyDelete
  6. abg man yang kacak,

    bukan takat angkat kening, angkat kaki pun gua boleh. so, sila lah kagum dgn gua. keh3x.

    VOTE for me tauuuu... hehe.

    ReplyDelete
  7. kalau pandai angkat kening je, tapi nyanyi tak reti, agak2 pas tak? Ngeh3.

    ReplyDelete
  8. err.. nama kita dekat2 nak sama bukan disengajakan. Maaf kakak. =P

    ReplyDelete
  9. BGC,

    haha. pass kot. tak kira lah, janji trademark angkat kening tu adoooo. keh3x.

    BGC lagi,

    keh3x. takpe2. pakai lah nama ni. nanti AKAK nak kena tukar nama jugak. haha.

    ReplyDelete