Friday, September 17, 2010

Takut kena rogol

aksi tendang menendang
                    
Masa gua tingkatan 1 dulu, masa tengah pening kepala nak pilih badan beruniform, kawan gua ajak gua masuk kelab Taekwondo WTF (World Taekwondo Federation). Gua tanya, kenapa tak masuk Persatuan Puteri Islam je? Dia cakap, Puteri Islam untuk gadis-gadis ayu saja.

Cisss.. Gua ni kategori gadis ayu lah bongok.!!

Tapi disebabkan darah panglima yang mengalir dalam tubuh gua ni, gua pun cekalkan hati mendaftar sebagai ahli kelab Taekwondo.

Jadi, masa perjumpaan pertama dengan cikgu penasihat, gua dengan member gua dok depan-depan sekali. Tak faham jugak gua, kenapa nak duduk depan sekali. Padahal bukan dapat air kotak free pun masa tu.

Jadi, cikgu gua pun pung pang pung pang itu ini mengalu-alukan kehadiran gua dan budak-budak lain, sambil ada sesi soal jawab untuk berkenalan dengan lebih mesra dan intim.

Kenapa awak nak masuk kelab Taekwondo?

Tanya cikgu gua sambil mata meliar-liar mencari orang yang patut jawab soalan kacang beliau tu. Dan, pandangan mata beliau berhenti tepat pada mata kawan gua.

Kawan gua apa lagi, dengan rasa berani dan konfiden lagak budak yang dah ada tali pinggang hitam terus menjawab:

Saya takut kena rogol cikgu, sebab tu saya nak belajaq Taekwondo.

Bagus, jawapan yang ringkas dan padat dari member gua. Itu tandanya dia banyak baca suratkhabar dan tengok Buletin Utama.



                hiyarggghhh....!!

ps: ntah kenapa, budak-budak Taekwondo yang gua jumpa ramai yang tomboy dan pengkid. sampai gua pun kena mengorat. tapi gua mana layan tu semua. sebab gua dah fefeeling cintan kat coach gua masa tu. keh3x.

Sumber gambar: pinjam brader google

21 comments:

  1. akak pun taikwondo gak tapi tali pinggang kuning calit hijau ja...hahahaaha

    ReplyDelete
  2. belajar TTS kat PLKN je.. takde duit nak masuk taekwondo...

    ReplyDelete
  3. good answer meh.. =)
    yup pompuan skang patut blaja mende2 neh skang.. tp taikwando ganas sngt la bg pompuan2 ayu mase kini.. hehehe
    better try akido ( xsilap dari jepang kot ) =P

    ReplyDelete
  4. rase nak masuk kickboxing la..kaki ni dah lame mengidam nak terajang org..haha!

    ReplyDelete
  5. gua ada gak seni nie.. tapi xleh maju dah sebab lutut gua prob... men tangan boleh la.. kalau kaki susah sket

    ReplyDelete
  6. kak KB,

    tali pinggang pa kaler lagu tu? haha. klentong sungguh!!

    haha

    ReplyDelete
  7. cik tipikal,

    tu lah, sekali nak ujian, kena bayar berapa ntah. uniform pun dh mahal. haha.

    ReplyDelete
  8. jalanjatuh,

    ganas ker? biasa je. pompuan mana kena sparring dgn lelaki. sparring dgn pompuan je.

    hehe.

    ReplyDelete
  9. MDT,

    haha.kenapa tak masuk wrestling yang WWF tu? lagi best, bukan takat terajang, henyak suma ada. hehe.

    ReplyDelete
  10. mofasad,

    lu beria2 je salahkan kaki, tapi gua syak pasal perut lu tu beb, boyoi sgt kot.

    har har har.

    lariiiiiiiiii

    ReplyDelete
  11. alamak!! gadis comel masuk taekwondo..lariiiii sebelum kena

    ReplyDelete
  12. SALAM..AWAT TAK masuk band..masuk band lg syiok tau..leh belajaq nota musik..pi function sana sini..dpt duit tau huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  13. gua layan silat jer..

    koh koh koh..

    ReplyDelete
  14. budak nakal,

    cisss.. ngada2!
    itu dulu lah, sekarang ada skill terbaru, seni langkah seribu. ekekeke.

    ReplyDelete
  15. sahrom,

    kat sekolah dulu takde band music. alaa..sekolah aku sekolah luar bandar, mana la nak ada tu semua.

    tapi cool woo masuk taekwondo. hehe.

    ReplyDelete
  16. aujinz,

    silat pun belajar jugak, masa sekolah rendah. hehe.

    nama silat pulut, banyak bunga je. haha.

    ReplyDelete
  17. salam singgah..
    jawapan yg padat dan tepat. heheh

    ReplyDelete
  18. gadisBunga,

    bijakkan member gua tu? hehe.

    ReplyDelete
  19. intanurulfateha,

    hishhh.. ada plak cakap gitu.. org doa lah elakkan dr kena rogol..

    hehe.

    ReplyDelete
  20. Great..tae kwan do memang hebat, kelajuan back kicknya memang superb, siapa kena confirm kena batuk kering..ha..ha..best2..seni mempertahankankan diri memang patut dipelajari khususnya perempuan, sebab ianya penting untuk zaman yang penuh kemodenan duniawi ini..^___^..dah sampai 1 Dan ke belajar Tae Kwan Do?

    ReplyDelete