Friday, October 29, 2010

CERITA DIA




Hari tu aku buka fessebok. Aku tengok kat relationship status bekas rakan sekerja merangkap bekas rakan serumah aku dulu "Single"??? Biaq betui single. Macam tak percaya, tapi kena jugak percaya. Jadi, aku yang memang agak suka sebokkan diri sendiri, tanya la dia, why your relationship status is single? Tipu! Aku haram tak tanya dalam bahasa Oprah Winfrey tu.


So, perempuan ni pun cakap la yang dia dah break off. Aku pun pung pang pung pang interview serba sikit, maka aku berpuas hati dengan jawapan yg diberikan walaupun sisi gelap dalam diri aku ketawa mengekek. Sebab apa??? Ohhhh.. Kerna diriku begitu menyampah kiranya ada manusia yang suka bercerita pasal diri mereka dan kekasih hati mereka. Kadang-kadang bila aku sakit hati yang amat, aku pun tanya awat sampai sekarang dia tak kawin lagi, katanya sebab dia belum dapat keja tetap. Malaun! Kerja HR Officer tu tak tetap lagi ker woiii. Alasan je tu, padahal cik abang dia langsung tak buka mulut ajak kawin.


Awal minggu ni, aku ke HR nak hantar surat resign, so sempat la sembang-sembang kosong dengan orang kat HR tu. So, ada la terborak pasal ex housemate aku ni. Terkejut sampai terjojol bijik mata aku, cina tu kata kekasih hati ex housemate aku sebenarnya mati accident bulan 2 tahun ni. Serius gila vavi aku terkejut!! Awat ritu dia cakap kata dah break off.


Aku pun apa lagi, dulu kan aku penah join geng CSI Miami bawah pengawasan Horatio yang rambut oren tu, dan praktikal sat dengan geng-geng NCIS, maka aku buat siasatan sendiri. Har har har. Time tu memang gaya aku sebijik detektif yang kena buat siasatan pasal kes yang sangat hebat dan merbahaya. Aku pun buka fessebok, belek balik status ex housemate aku yang lama-lama. Bawak ke pukul 1 pagi jugak siasatan aku tu sebab gila vavi punya banyak status dan komeng-komeng dalam tu.


Bila aku amati balik status-status yang dia pernah post, aku yakin yang dia tipu cina kat HR tu. Sebabnya, orang kalo kekasih hati mati, mesti lah sedih. Ye dok? Lagipun dah lama kapel, dah bertahun-tahun dah. Ni tak, status dalam tu takde langsung tulis,

"Ohhh,, aku sangat merindui kekasih hati yang mati accident 5 bulan lepas, semoga rohnya tenang di sana".

Tak pun, "aku rindu arwah".

Sumpah, memang tak dak. Yang ada;

"Perempuan yang sekali dikhianati pasti sukar nak bercinta lagi kan".


Semalam aku tengok dia online. Jadi, lebih baik aku tanya dia direct. Kali ni dia kata, dia terkena sihir hati. Kekasih hati dia yang buat, dah 3 tahun. Kesannya boleh bawak ke mati. Ada jugak sihir macam gini ye. Aku pun tak tanya sebab apa kekasih hati ex housemate aku boleh sihirkan dia. Tapi, dulu aku memang fedap kalau hari-hari kena tadah telinga dengar cerita dia dengan kekasih hati.

"Abang saya kan, masa gemuk ni encem sikit". - Ciss.. apa motif ni weh cerita kat aku pasal kekasih hati hang gemuk ker kurus.

"Saya hari-hari mesti sembang dengan abang. Kredit RM10 tu memang habis arr kalau bercakap. Kadang-kadang, RM10 tu tahan 2 hari je". - Yelah-yelah, bagus lah. Support lah Maxis. Boleh jadi anak angkat Ananda Krishnan, ye dok?

"Kami dulu suka gaduh, tak boleh jumpa. Bila jumpa je, mesti gaduh. Last-last, terjatuh cinta lak. Ramai tau yang minat kat abang, tapi dia tetap pilih saya." - Uwekkkk!!! Geli tapak kaki aku.



Tengok cam aku yang cool ni. Nak menikoh lagi 2 minggu lebih pun status fessebok aku tetap dan tak pernah ada cerita pasal kaweng-kaweng ni. Cuma kat event tu je aku ada tag kawan-kawan suruh datang kenduri. Tak pernah pulak aku pi kat wall bakal laki aku tulis;

"Rindu sayang lah".

"Sayang, hadiah birthday ayang bulan 12 nanti, ayang nak lappy tau".



Eeee... sangat menggelikan ketiak!!!

17 comments:

  1. salam comel

    hehe geli ketiak eh

    um kdg2 ada org suke sgt
    war2 kisah cintancintun
    kat public sbb nak tarik
    perhatian org ~

    ReplyDelete
  2. perghh..break off siap ckp ex-bf mati? gila handal!

    ReplyDelete
  3. dia tipu semua orang ke? sentap jugak bila part meninggal tu.. ceaaaa.... tipu je rupanya!

    ReplyDelete
  4. lu pun samo jerk jah..haha..jiwang karat gak kan..geli bulu kaki gua membaca..hahaa

    ReplyDelete
  5. huiii.. dahsyat! kena pesan kat kawan nko tu, mati2 tak boleh buat gurau la...

    ReplyDelete
  6. aduhai geli geli kan best pe....hang dah kawen nanti tau la nikmat geli yang sebenarnya...pompuan tu aku nak cakap mangkuk hayun..leh cakap ex ni mati eksiden...sungguh buduh tahap tahyul dia tu..

    ReplyDelete
  7. ekekkkekeekek,, mati tak tahan tu

    ReplyDelete
  8. napekah cerita die sgt sadis...dah mcm baca novel lak...

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. hang memang layak jadik penyiasat berwibawa.. berjaya selesaikan kes~

    ReplyDelete
  10. kah kah... sib baik aku ke sini walaupun ala² busy, dapat gak gelak menggelikan perut :)

    ps: tah mana je tau orang sihirkan ye?

    ReplyDelete
  11. huhuhu! nk termuntah baca budak2 ni punya status kt FB..geli gusi sungguh.rasa mcm nk balik malaysia lempang2 ja budak2 camtu.

    ReplyDelete
  12. macam2 jenis manusia...
    suka express hati perasaan sumer kat umum
    biasa la tu

    ReplyDelete
  13. hrp2 dptla lappy tu eh...ekeke

    ReplyDelete