Saturday, October 16, 2010

CITA-CITA

Dulu-dulu, masa cikgu tanya, besaq nanti nak jadi apa.

Paktam Kodek: Askar!
Leha Lik Leha Terbalik: Misi!
Ija anak Cik Ah: Cikgu!
Padin: Polis!

Jawapan semua memang terbaik dari ladang lah.

Kalau boleh, nak cari cita-cita yang tak sama dari orang lain. Kalau cita-cita sama dengan budak yang lain, best pulak dok kondem member, cakap diri sendiri lagi layak dengan cita-cita tu. Lawak macam tapir je! Har har har.

Tapi, cita-cita gua memang tak sama dengan orang lain. Pucat je gua tengok muka budak-budak kelas gua bila gua angkat tangan dan cakap dengan yakin cita-cita gua yang murni itu.

"Saya nak kawin dengan Awie".

Masa tu gua syak, Awie masih bujang. Dan gua memang terpengaruh dengan abang gua yang minat gila babang kat Awie. Gay kah abang gua sebab dulu dia letak poster Awie dalam bilik. Letak ler gambar Erra Fazira, itu kan lebih normal.

Rasa nak lempang diri sendiri bila ingat cita-cita yang murni itu.

Tapi, budak-budak sekarang, kalau tanya bab cita-cita, gua syak, semua ada cita-cita yang canggih mangih, sesuai dengan dunia tanpa sempadan ni.

Danial Adam: Pakar Sakit Puan!
Melor Edward: Angkasawan Wanita yang pertama di Malaysia!
Elly Mazlan: Penyanyi yang hebat seperti Dato' Siti Nurhaliza!
Ahadi Akasham: Drift King!




P/S: Lempang jugak kalau ada budak-budak yang ada cita-cita nak jadi Mat Rempit!

16 comments:

  1. Anak aku (3 tahun) kata, kat nursery dia ada satu budak nama Iwan..

    "Bila besar nak jadi apa ?", cikgu tanya

    "Mat rempit!", jawab Iwan

    Huh?! bahana betul penangan tv ni

    ReplyDelete
  2. Nak jadi mak andam ..tapi akak tak kasi hehe!

    ReplyDelete
  3. Mula2 Along nak jadi angkasawan. Tak lama lepas tu dia kata tak jadi sebab kalau tong oksigen habis nanti camne ?

    gara2 tengok citer rocket man hari tu... hehe..

    ReplyDelete
  4. anak murid aku penah nak jadi aaron aziz weyh..pengaruh hero malaya huuu rosak budak2 hehehe

    ReplyDelete
  5. ada jugak yg nak jadik setiausaha sulit kanan kpd PM huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. apasal yg nak jadi pakar sakit puan tu budak lelaki? :p

    ReplyDelete
  7. haha.
    bile citer bab cita-cita ni. teringat pulak aku pernah nak jadi "pekerja kilang"
    haha. kena gelak sakan dgn cikgu2 aku masa darjah satu dulu..
    nostalgic!

    ReplyDelete
  8. abg aku dlu fanatik giler ngan kru.mcm klaka pulak.agaga~~

    ReplyDelete
  9. cita2 aku masa darjah satu rasanya nak berniaga

    ...sampai sekarang aku tak tahu nak jual apa

    ReplyDelete
  10. aku punye cita cita dulu nak lumba kereta.siakkkkkkk

    ReplyDelete
  11. aku nak jadi pakar seksual leh x???? xpun mekap artis hollywood..

    ReplyDelete
  12. aku punya cita2 dulu nak jadi ketua polis negara

    bongok la kan
    sah2 hancur negara kaalu bulih kat aku

    ReplyDelete
  13. aku nak jadik polis!!!

    macho tak??

    (angkat2 kening)

    ReplyDelete
  14. member sekolah gua dulu cita cita nak jadi suri rumah..

    ReplyDelete
  15. nah...gua bg tip kt lu...tgk cnie!!!

    http://mummyzilhan.blogspot.com/2010/10/tips2-nak-dapat-anak-lelaki-anak.html

    ReplyDelete
  16. gua citer2nya dulu nak jadi PM..(bukan Perdana menteri)- penasihat menteri

    ReplyDelete