Monday, October 18, 2010

KEPUASAN BER FACEBOOK

Dulu gua tak aktif sangat dengan fesbuk ni. Sebab ada manusia yang busy body pergi menyibuk kat status fesbuk gua. Bila gua cakap gua nak deactivate akaun fesbuk gua, ada jugak manusia yang kata, nanti dah tak boleh keep in touch lagi. Pala otak berjambul! Seingat gua, tak pernah pulak gua keep in touch dengan dia selama ni.


Bila gua tak aktif fesbuk, secara otomatik jugak gua tak tau nak tulis apa kat status gua. Rasa lucu sebab gua biasa tulis panjang-panjang macam esei kat dalam blog. Tapi bila tulis panjang-panjang, takde pulak kawan-kawan gua nak komen. Buat gua frust saja.


Tapi sekarang gua temui kepuasan dalam ber fesbuk. Bagaimana? Kenapa? Siapa?


Gua suka layan video-video lawak dalam fesbuk. Itu perkara paling heaven gua rasa bila boleh tengok video-video lawak. Boleh buat gua gelak dengan chumel sekali. Terbaru, gua tengok video bertajuk "P. Ramlee failed SPM". Har har har. Kreatif weh, mamat tu tukar dialog filem P.Ramlee tu dalam loghat Kedah. Sangat lawak gua rasa.


Kepuasan seterusnya gua rasa dengan ber fesbuk ialah dapat tengok gambar orang lain dan gelak macam setan. Terbaru, gua tengok gambar nikah kawan gua masa sekolah menengah dulu. Part paling best, gua ajak rakan serumah dan sama-sama bergelak ketawa secara berjemaah. Lucu gila bila tengok aksi kawan gua berposing.


Kepuasan yang terakhir ni sangat biasa saja. Gua selalu usya conversation kawan-kawan gua dengan laki/bini atau pakwe/makwe. Terbaru gua usya conversation kapel pakwe/makwe ni. "Baby dengan abang". Lawak siot. Rasa nak bagi penendang pun ada.



Sekian,
Ikhlas dari gua yang suka menyibuk.

31 comments:

  1. best ke muka buku?? aku dah lame main muka buku..sgt2 membosankan skrg..bek men mesin kuda..

    ReplyDelete
  2. eskusmi,ang baru tengok video p ramlee 2?ang nih sungguh lambat...huhuh
    cube ang search dkt u tube psl berbalas pantun din beramboi.die ade 2.ang tgk yg ke2.memang klaka xhengat.carik!hu3

    ReplyDelete
  3. Lepas ni boleh add saya sebagai kawan di muka buku hehehe

    ReplyDelete
  4. aku dah trime kad kawen hang..so sweet la..aku tgk peta tak berapa jauh dr uma mertua aku..insyaALLAH aku sampai..anis the bumbleebee kata nak buat gathering time kenduri hang..gathering member blogger heheheh...

    ReplyDelete
  5. ko jgn tendang sorang2. ajak aku skali. (tetibe GB jadi Bunga Api pulek...)

    ReplyDelete
  6. patutnya.. FACEBOOK tukar jadi FACE'SEBOOK' la...

    Sebab asyik menyebok nak komen status orang je..

    ReplyDelete
  7. ape yg membuat kan gua puas berfesbuk?


    tgk video..


    tukar profile pic.


    sebab gua cantik..

    kan sayang?

    cepat ckp gua cantik!!!

    lalala

    ReplyDelete
  8. mmg kelakar bila tgk gambar2 lama

    ReplyDelete
  9. cepat add bf gua ..

    Snip Er

    tapi kadang kadang je gua bukak fb gua tu..

    ReplyDelete
  10. cheh camner boleh typo jadi bf lak.. hampeh.. hahaha

    ReplyDelete
  11. baby abg? mcm harammm ehehehe

    ReplyDelete
  12. baby abg? mcm harammm ehehehe

    ReplyDelete
  13. kurang dah nak bermuka buku..tido lg baek...haha!

    ReplyDelete
  14. dulu gila main game kat facebook tu.. sekarang dah insap.. =)

    ReplyDelete
  15. cepat add FB gua..tp benaunya gua xpenah ado sesen pun akaun FB..apetah laei mengenali FB..gua x minat..hehe

    ReplyDelete
  16. hantwo,

    main blog dapat gak duit. haha.

    ReplyDelete
  17. aleen,

    yelah2, aku lambat macam sipot! ang je laju macam kura2.

    sat, nak cari. hihi.

    ReplyDelete
  18. YB,

    hehe. malu ah, sy low profile je.

    ReplyDelete
  19. sahrom,

    haha. gathering lah sgt. anis tu lom tntu balik lg raya nanti.

    ReplyDelete
  20. GB,

    haha. tu lah, tak sangka GB jadi batu api lak. kah3x.

    ReplyDelete
  21. Pala maldini,

    haha. betul jugak kan. face sebokkk jer.

    ReplyDelete
  22. kila,

    ho yeah, aku pun sama. kita serupaaaa...

    ReplyDelete
  23. naj hebat,

    ok, lu cantik.

    so?


    hahaha

    ReplyDelete
  24. Mak Su,

    senyum je kan bila tengok balik. lucu.

    ReplyDelete
  25. Pareddd,

    hahahahahaha.

    tak mo ahhhhhh..

    ReplyDelete
  26. ardzman,

    alaaaa.. kita sms dh la.. lu ada kan nombor fon gua.. hihi..

    ReplyDelete
  27. days,

    memang haram pun. macam nak bg penendang je..

    ReplyDelete
  28. Aini,

    bagus la kalo dah insaf, gua je yang masih tak insaf2. haha.

    ReplyDelete