Friday, October 15, 2010

MACAM-MACAM ADA (BUKAN TAGLINE ASTRO)

Entri pagi jumaat yang mulia ini ada macam-macam nak cerita. Nak kongsi dengan semua penduduk bumi. Itupun kalau semua makhluk kat muka bumi ni boleh faham dan mengerti apa yang gua tulis ni. Gua dah malas nak sokong Oktober Bulan Bahasa Kebangsaan. Ramai orang nak lempang gua pasal gua guna bahasa baku. Apa salah gua woiiii? Gua adalah anak Malaysia yang menyokong serta mendokong kempen yang di anjurkan oleh kerajaan.

Lu orang ingat tak pasal entri yang gua buat pasal netbook yang kerajaan bagi kat budak-budak kampung gua? Kalau ingat, memang bagus. Kalau tak ingat, sila korek-korek balik kat arkib entri lama gua. Gua tengok netbook anak jiran gua, button pun dah hilang. Bercalar dan nampak buruk. Siap mintak gua bluetooth lagu masuk ke netbook. Gua pun kuat temberang, gua cakap bluetooth handphone gua ni macam haram, rosak. Padan muka budak-budak tu.

Pagi ni kawan gua email. Dia kata kena panggil dengan boss. Kena warning sebab bulan lepas, dia buka internet lebih dari 40 jam. IT company dia cakap, dia rajin buka blogspot. Boss dia tanya, apa tu blogspot? Ntah hapa kawan gua cakap. Boss dia cakap, dia tak tau apa itu blog. Gua syak, tak lama lagi, gua pun kena panggil dengan boss gua jugak sebab buka blogspot dan guna internet lebih dari limit yang company tetapkan. Koh koh koh..

Ada makcik jiran gua, dia ni ibu tunggal. Tiap-tiap tahun dapat duit zakat, tahun ni ntah kenapa tiba-tiba tak dapat plak. Makcik ni cakap, bagi dekat Pah Latib yang kaya, pakai gelang mas sekerat lengan. Apa kes Pah Latib boleh dapat duit zakat pulak. Jual getah saja 4 hari dah dapat seribu. Itu baru 4 hari, kalo lu orang darab-darab balik, gaji Pah Latib lebih dari gaji gua sendiri. Layak ker orang macam ni dapat duit zakat? Kepala hotak lah. Anak 2 orang je sekolah. Lu orang tau, gua dengan beraninya pergi buat laporan kat pejabat zakat daerah gua. Gua tak layak nak tentukan sapa yang layak dapat, cuma melalui pemerhatian gua, orang macam Pah Latib tu memang sangat tidak layak untuk dapat duit zakat.

Kadang-kadang gua rasa, diri gua layak jadi wakil rakyat kan? Har har har.

Lagi sebulan lagi gua nak menikah ni woii.. Dan gua masih tak rasa berdebar-debar. Hebat kan gua? Berat haram tak turun-turun. Orang lain nak kawin, gua tengok bersusah payah nak diet, gua cuba jugak diet, tapi hasilnya memang tak besh. Berat gua tak turun-turun. Rakan serumah gua tetiba pulak rajin masak. Dan gua pun sama. Tiba-tiba rasa nak asah skill memasak gua yang dah berkarat tu. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri kenyang, sendiri gemuk. Hor hor hor hor liowww... Tapi rakan serumah gua cakap, gua tak payah diet lah, sebab gua memang dah lawa. (senyum).

Borang nikah gua dah ada kat pejabat agama manjung. Dalam minggu depan baru bakal suami nak pos bagi gua. Harap-harap, semuanya selamat dan berjalan lancar.


P/S: last gua jumpa bakal suami gua masa awal syawal dulu. dah lama sangat tak jumpa, gua pun dah lupa muka bakal suami gua. Gambar pun takde nak tengok. Harap gambar dalam handphone je.  Macam Romeo dan Juliet kan gua dengan bakal suami gua.

42 comments:

  1. uik uik...semoga semuanya berjln lancar yer...huhu

    ReplyDelete
  2. maksudnya lagi sebulan jugak aku nak final..arghhhh

    ReplyDelete
  3. aku tak tau nak komen camne sebab byk sgt sub-entrinya..apapun, aku layan je la kisah benar hang nie huhuhuhhu

    ReplyDelete
  4. walaweiii nak kawin doh??? tapi kenapa gaya hang cam samseng kongsi gelap??? aku polis cawangan kongsi gelap nak tahan hang atas propaganda yang hang sebarkan kat blog ni....buleh ke cmtu?? jaga2 weiii nak kawin tu orang tua kata darah manisss....

    ReplyDelete
  5. salam,

    ...seribu tahun tak lama,
    hilang kabus nampakla ia....

    ....selamat berlaga!

    ReplyDelete
  6. kadang2 ak pun konfius gk
    xtau mna nk komen, sub n3 byk sgt
    tp yg psl nk kawin tu plg mnonjol kot

    soklan ak, adekah lps da kawin nnt ko msh bwatakan bgini?
    haha cayalah..steady lu

    ReplyDelete
  7. hahaha. pas kawen masuk bertandeng la jadi wakil rakyat. GB tolong kempen. amacam?

    ReplyDelete
  8. pergh..nak kawin da lu erk..manjung kat maner tuh..bini gua kampung kat tambun..tahniah bai..tahniah..moga semuanya selamat

    ReplyDelete
  9. hahahah tacing plak die ni....ok ampunkan kami penunggu gua...

    ReplyDelete
  10. Gua ingat mau turun menoreh ..getah sudah naik harga lagi..

    ReplyDelete
  11. boleh ye aku pun tak tahu nak komen macam mana entry ni.hehe
    tp betul ke dah nak kahwin?
    wah best~
    tahniah2

    ReplyDelete
  12. lagi sebulan dah nak kawen~ kejap jek tu~ pasni welcome tu the club k~

    ReplyDelete
  13. wah,comp bley trace ye pekeje die on9 ape.dasat gak nih.ok fine,aku baru tau sbb aku xpnah keje lg,gagaga~~~

    ReplyDelete
  14. akak ingat,balik malaysia nnti,nk beli kebun getah la.boring gilak duduk umah tulis blog.duit nuff cukup beli spende ja.p motong getah pun buleh dapat gelang mas penuh lengan.

    isk,xlama dah..hg dah baca ke apa2 buku yg patut?huekekeke!

    ReplyDelete
  15. der lu better berdebar sket2 dari sekarang.nanti buat la lu nye xcited dtg tgh2 kawen tu malu weyhhh heheheh der gua nak dtg kawen lu hehehe

    ReplyDelete
  16. ha ha...... sangat berpewatakan wakil rakyat ko nie!!! MANJUNG??? aku kat manjung gak tapi naper aku tak kenal ko atau calon suami ko pun........??? =)

    ReplyDelete
  17. blah~blah~blah.

    deyy sayang,
    panjang sgt maa,

    cukup la SPM dulu cikgu wa suruh buat karangan panjang2..

    wa nak pencen. hehe.


    penat la..


    tapi, biar la aku klik 'like' kat cerpen kau. terbaik!

    haha

    ReplyDelete
  18. semoga urusan dipermudahkan..

    akak pulak yg berdebar..har har!

    ReplyDelete
  19. hang ni memang xd perasaan ker?? dh tinggal sebulan pon x dtg2 viberate nye???

    hah! tunggu la lagi sejam nak menikah, compom viberate x henti-henti. silap2, buleh bwk ke mlm pengantin!



    hahahhaha..

    ReplyDelete
  20. 6 september,

    lempang jugak budak ni kang. orang cakap pasal kawen,dia cakap pasal final. hishhh..

    ReplyDelete
  21. sahrom,

    yelah, hang dah puas ber email dengan aku. keh3x.

    ReplyDelete
  22. hantwo,

    samseng kongsi gelap????
    ciskek punya budak!!

    ReplyDelete
  23. cikgu humairi,

    ni pantun ker syair?

    alalallala.. dondang sayang..

    ReplyDelete
  24. Al,

    jgn konfius okeh. rilek2 sudah la.

    lepas kawin, nak jadi lebih sopan dan berhemah. keh keh keh

    ReplyDelete
  25. GB,

    har har har. ngada2 ahh GB. tak mo lah, main2 boleh arr.

    ReplyDelete
  26. one2paii,

    tambun tu kat mana? gua pun tak tau. gua dok kedah beb. perak gua tak tau sgt.

    ReplyDelete
  27. fendi,

    ho yeah.. nak kawinnnn.. kah kah kah

    ReplyDelete
  28. hantwo lagi,

    tacing ahh. cakap gua samseng kongsi gelap. huhuhu.

    ReplyDelete
  29. relevan,

    itu lah. gua igt, nak balik menoreh jugak.

    ReplyDelete
  30. anitadahahs,

    yer, nak kawen dah pun. lagi sebulan. tapi masih rilek dan cool.

    ReplyDelete
  31. kak nafira,

    tu lah kak. rasa cepat pulak.

    ReplyDelete
  32. aleen,

    ada kompeni yang baik, tak kisah pn nak bukak website apa. kompeni aku kureng baik.

    kah3x

    ReplyDelete
  33. kak anis,

    nak baca buku apa?
    buku masak2 ka?

    okeh, nanti nak p beli buku chef wan

    ReplyDelete
  34. days,

    orang lain, ada yg dah tak lalu nak makan. gua lain, rilek tak tah wan hala je. bongok jugak gua nih. hahaha.

    ok2, nanti lu dtg la. ajak famili sekali.

    (hadiah jgn lupa.kah3x)

    ReplyDelete
  35. sofia,

    gua ni low profile. lagipun, gua bukan dok manjung. keh3x.

    ReplyDelete
  36. naj hebat,

    har har har.

    gua like u too.

    ReplyDelete
  37. MDT bila lagi? rasa macam dekat2 jugak kan..

    ReplyDelete
  38. stiffler,

    hihih. jgn lah bagitau kat diorang ni. nanti kecoh pulak.


    keh3x

    ReplyDelete
  39. sepet,

    ciss.. memandai je hang ni kan.. lempang baru tau..

    lambat lagi kot, sebab tu blom rasa pape lagi.

    ReplyDelete