Thursday, October 14, 2010

SAYA SAYANG KAMU

Kacak kan?? Tapi ini bukan bakal suami saya.
Hehe.


Boleh atau tidak kalau saya tidak menulis dalam bahasa baku lagi? Sebab saya rasa seperti melempang diri sendiri sahaja apabila saya menulis dalam bahasa baku ini. Tetapi, saya mahu menyokong kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Hmmmm.. saya kecewa kerana saya tidak fokus dengan matlamat saya untuk menyokong kempen ini.

Saya sayang kamu, itu tajuk entri saya pada hari ini. Saya rasa seperti sedang memberi ucapan pada hari perhimpunan sekolah pulak. Saya pun tidak tahu kenapa dan mengapa serta bagaimana saya boleh menjadi skema begini. Mungkin ada gen skema yang saya dapat dari kedua ibu bapa saya.

Sebenarnya, saya hendak cerita yang saya sayang Celcom.

Celcom baik sangat. Celcom bagi saya panggilan percuma selama 7 hari. Tapi, panggilan percuma untuk 15 pax sahaja. 7 hari bercakap sampai muntah dan pengsan. Free of charge! Memang seronok sangat. Sampai hendak masuk jamban pun saya teringin bawa telefon bimbit bersama.

Macam mana hendak mendapat bonus istimewa daripada Celcom ini?? Caranya mudah sahaja seperti menyebut ABC.

ABC.. ABC.. ABC.. ABC.. Senang kan??

Kamu perlu menambah baki kredit panggilan sekurang-kurangnya RM20/ seminggu. Kalau kamu bertuah, dapat lah kamu menikmati bonus yang di tawarkan pihak Celcom. Kalau tidak bertuah, pergi lah mandi bunga.

Semasa saya menghubungi rakan-rakan 15pax saya, mereka semua terkejut seperti kera mendapat belacan kerana mereka menyangka yang semalam adalah harijadi saya. Tapi ada yang masih ingat, tarikh harijadi saya ialah pada 2 DECEMBER. Tak apa kan saya promosi tarikh hari tua saya??

Semasa saya bercakap dengan adik saya semalam, tiba-tiba senyap dan sunyi sahaja. Rupa-rupanya bateri telefon bimbit beliau telah habis digunakan. Adik saya menghantar pesanan ringkas kepada saya selepas itu, "sori, bateri kong". Mulanya saya ingatkan bateri bertukar menjadi king kong. Entah apa punya bahasa budak-budak remaja zaman sekarang.

Sudah lah. Saya tidak mahu menulis panjang-panjang lagi. Saya hendak pergi menelefon rakan 15pax saya, saja hendak tanya mereka sudah bersarapan atau belum. Nanti, semasa makan tengahari saya akan menelefon mereka lagi. Biar mereka jadi tensi kerana asyik mendengar suara saya sahaja sepanjang 7 hari ini.

Kesimpulannya, saya sayang kamu. Kamu sayang saya? Ho ho ho horlicks. Sekian, jumpa lagi.

18 comments:

  1. ngatkan lu nak kater lu sayang gua..adoi la ,tertipu gua datng cnie

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..tak nak hubungi saya ka?? nanti saya boleh belanja makan ikan bakar di tanjong dawai ya........hahahaaha

    ReplyDelete
  3. Ye lah..

    "minta maaf, bateri telefon adikmu kehabisan,lalu mati lah ia"

    sesuai x?

    ReplyDelete
  4. ingat nak citer bakal suami tadi..haishhhh!

    ReplyDelete
  5. saya tak mau hubungi kah??/
    eheheh saya tak pakai prepaid jadi saya tidak pernah mendapat apa-apa keistemewaan pon dari celcom!! ini tidak adillll!!!!

    Saya bantah yang arif..

    ReplyDelete
  6. agak2 telepon awak berbau jamban lagi x?? ataupun berbau tahi?? sila sucikan telepon awak ye...
    pesanan daripada wakil masjid putrajaya ;p

    ReplyDelete
  7. Selamat hari jadi maaf zahir batin..Celcom bagi panggilan free ke aok yer..

    ReplyDelete
  8. saya pun dapat panggilan percuma selama seminggu.. besok last panggilan percuma tu.. tapi saya punya untuk 8pax jer.. yang menjadi masalahnya nombor 8pax tu adalah nombor rakan yang dekat dengan saya dan juga nombor talifon pejabat dan nombor talifon rumah..


    apa kejadah saya nak bersembang dengan member depan mata guna talifon.. heh..

    ReplyDelete
  9. errkkk.. apsal akak x dapat pon macam u dapat.. hari tu dapat 800 ++ mms dan perlu di habeskan dalam masa SATU HARI!!! ciskek jek kan~ satu pon akak x guna.. nak mms kat sape??? aduhaiiii

    ReplyDelete
  10. argh aku rase mcm nak libas je ang nih.show off budak ni...hahah

    ReplyDelete
  11. hye musyuk... musyuk sayang aii tak??


    nnt aii belanje ho ho holik. nak tak??


    jom.. chalo..chalo..

    ReplyDelete
  12. ak mls try pon topup 20 hinggit tuh
    sbb ak jrg wat kal

    lgpn ak pkai sox,
    smp 2020 br expired huahuahua
    saving man..

    ReplyDelete
  13. tiada perkataan 'PULAK' di dalam bahasa baku..

    ReplyDelete
  14. weeee~ syok nye~~

    ini macam, saya pon nak bertukar pada Xpax la.


    ;p

    ReplyDelete
  15. saya rasa seperti menari-nari ketika membaca isi kamu kali ini..sungguh menari-nari

    ReplyDelete
  16. gua rasa gua mmg kena mandi bunga la kot!

    ReplyDelete
  17. #one2paii: okeh, gua syg lu. puas hati? hehe.

    #sahrom: bila awak nak belanja saya makan? saya tak sabar menanti.lalalala..

    #nurulekmi: boleh tahan jugak ayat tu.tp boleh improve lagi.

    #MDT: kah kah kah. rasa tertipu ek?

    #kak pnut: har har har. padan muka anda sebab tidak mendapat apa2 dari celcom.

    #hantwo: tidak lah, mana ada bahu tahi. saya sudah semburkan minyak wangi tadi.

    #relevan: tak lah, birthday lambat lagi.

    #ardzman: kenapa awak tidak hubungi saya? boleh kita bersembang sampai pengsan.

    #kak nafira: lain kali, ambik nombor tepon saya. senang, boleh sms, boleh call, boleh MMS. keh3x.

    #aleen: bila ang free, aku boleh kol ang. its free dowh. ekekeke.

    #naj: ala musyuk syayang awak jugak!!

    bluweksss... haha.

    #AL: wow..lambatnya expired date. kagum betui.

    #pala maldini: ek? maafkan saya. saya budak baru belajar.

    #sepet: rugi lah awak tidak menggunkan xpax.

    (daripada sy duta xpax)

    #hentakbelipat: jangan menari-nari kat sini. awak dah la tak pandai menari. koh koh koh.

    #msgoodnite: nak sy tolong jiruskan??

    ReplyDelete
  18. aku pengguna maxis bley dapat tak............???

    ReplyDelete