Tuesday, October 12, 2010

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA

Saya tidak tahu pula yang bulan Oktober ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Sewaktu saya berkunjung ke blog Gadis Bunga (maaf, saya tidak ingat link ke blog beliau), baru lah saya tahu. Maafkan saya, saya jarang baca suratkhabar dan tengok Buletin Utama. Saya kerap membaca SMS dan sekarang berminat untuk menonton atlet Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Komanwel, India. Jadi, saya akan menggunakan bahasa baku sepanjang bulan Oktober ini. Saya akan cuba sehingga berjaya. Oh yeahhhh..


Semalam, saya melayan program sukan di Saluran Astro Arena. Saya melihat Pandalela Rinong menang pingat emas yang ke tujuh. Selepas itu, saya tengok pulak acara ragbi. Ohhh.. Ruginya. Seperti yang mak saya cakap, buat penuh kapal terbang saja. Pasukan ragbi Malaysia di belasah teruk. Malu saya nak tengok kekalahan tersebut,  jadi saya pun tukar ke saluran lain. Alangkah seronoknya kalau Sukan Komanwel ada pertandingan Jalan Itik sebab masa sekolah dahulu, saya kerap di denda Jalan Itik. Dan hanya manusia yang berkaki kurang panjang sahaja yang agak mudah untuk menyertai acara ini.


Berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada:

1. Abang Ensem
Abang Ensem telah memberikan saya hadiah saguhati setelah saya menyertai kontes yang telah beliau anjurkan. Walaupun mendapat hadiah saguhati sahaja, tapi saya sangat bersyukur. Pertama kali saya menyertai kontes dan saya mendapat hadiah berupa ringgit Malaysia lima belas ringit sahaja. Terima kasih buat abang ensem.


2. Mak saya
Mak saya telah bersusah payah melenyek pisang dan tepung bersama kelapa parut, dan sedikit garam, gula dan air untuk di buat cekodok. Mak saya terpaksa bangun awal dan goreng cekodok tersebut sebab saya selaku anak yang baik dan comel, telah menyatakan hasrat untuk membawa cekodok ke tempat kerja dan di jadikan sarapan. Maka, mak saya terpaksa bangun pukul 5.30 pagi untuk goreng cekodok dan membekalkan cekodok kepada saya sebelum saya bertolak balik ke Penang pada pukul 6.15 minit pagi.


3. Nuffnang
Terima kasih kepada Nuffnang kerana menaikkan duit dalam akaun Nuffnang saya sebanyak 0.23 sen sahaja semenjak dari minggu lepas. Semasa saya memeriksa duit dalam Nuffnang, saya melihat ada peningkatan sebanyak 23 sen.


Hari ini, saya belanja awak tengok coklat yang sedap.
Belanja tengok saja tau, bukan belanja makan.
Keh3x.

31 comments:

  1. makkkk, nak cekodok jugak....hahaha

    ReplyDelete
  2. tahniah2 dapat 23 sen, bulah beli gula2 2:)

    ReplyDelete
  3. salam comel

    tmeksh krn 'belanja' mata kita
    mkn coklat sedap tu ~

    ReplyDelete
  4. salam,

    camne plak acara tiup belon????
    banyakkan kategorinya....banyakla Malaysia menang emas kot???hehe..

    ReplyDelete
  5. salam..aku nak amauk acara baling sudu dalm kuah..tapi, takde acara tue la? huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. main ragbi mcm bercinta..tangkap, peluk tak lepas..

    jgn macam main bola sepak, dah dapat, tendang.. :)

    jadi, fikir2kanlah!

    tp shiok oh! dulu2 mase form 6 tengok abg ragbi yg sasa2 tu main ragbi tepi padang sekolah.. =P

    ReplyDelete
  7. saya juga mendapat kenaikan sen-sen sejak bulan puasa... dan semalam langsung tak boleh bukak si nuffnang... eh, duit kita yang sikit, dia yang merajuk? haha, emo tau!

    ReplyDelete
  8. buat kutiaw goreng 1...lapo ni(tetiba je heheh)

    ReplyDelete
  9. gelak tu pon kene jugak dalam bahasa baku der =)

    ReplyDelete
  10. maksu lum dpt agik 23 sen.....sedihnya hati kooouuuuu

    ReplyDelete
  11. Aik?..ada perubahan dalam berbahasa..
    Gua sudah ganti Saya..hehe!

    ReplyDelete
  12. tahniah kerana anda menyokong bulan bahasa itu..akak bangga dengan hang..hakhakhak..

    23 sen! tahniah sekali lagi.. ade jugak peningkatan nye kan~

    mekasih jugak belanja tengok coklat.. kasi leleh saja!!!

    ReplyDelete
  13. aikk tak kan terima kasih jer kottttt

    hehehe

    tahniah ye comel...eh comel ke???? hehehe

    ReplyDelete
  14. hahaha...

    aku pon nk ckp terima kasih kat nffnang....

    nti2 aku wat n3 pasal abg aku plk....
    abg aku hensem towwww,,,, tkut hg tak jd kahwin lak nti... haha

    ReplyDelete
  15. ak pon br pasan, sdh pkai gntiname 'saya' haha

    mjd smakin skema kah? haha

    ReplyDelete
  16. bestnye cokodok pisang...tahniah dpt rm15...tahniah jgk nuff ko tu...kira ok la ..ekeke

    ReplyDelete
  17. nuff bg 23sen??

    bagi kita g jual nasik lemak.. ahaha

    ReplyDelete
  18. hehe.okla tu juga nuff bg 23sen. kite pun sama! dapat 25sen je utk minggu ni. adeh~

    ReplyDelete
  19. 23 sen lepas la beli choki-choki sebatang..ok lah tu beb!!

    ReplyDelete
  20. part 23sen yg buat gua x tahan tu.. Eh! Maafkan saya.. Saya kena hormat tuan rumah..

    ReplyDelete
  21. saya lagi banyak dari kamu
    sekarang ada 0.25 sen
    kira pingat emas gak ni

    ReplyDelete
  22. aku pun naik berape sen je.bengang aku

    ReplyDelete
  23. cis,,, bdk nie, tak bls comment!! penat ak cek ari2...

    :G ( muka marah)

    ReplyDelete
  24. # kak KB: cedapnya cekodok tu. lembut, cair di dalam mulut tau. kah3x.

    # kobejordan: gula2 tak mo lah, nak beli lappy nih. keh3x.

    # manje: hehe. sama2 kasih. nanti awk belanja kita pulak tau. ;p

    # cikgu humairi: uihh..acara tiup belon tu, tok sy pun boleh masuk. sah2 buleh menang punyaa. haha.

    # sahrom: acara tu kena langsung dekat pekan kuah langkawi lah kan? ish3x.

    # MDT: kah2x. betui jugak kan. peluk2, lepas. macam orang bercinta. i like!! haha.

    # KOG: haha. agaknya mereka yang merajuk dengan kita kot. sen-sen je.huhu.

    # hantwo: errrkkk.. lempang goreng ada, mau?

    ReplyDelete
  25. #days: gelak dalam bahasa baku camne weh?? gila babang ahh.. har har har.

    #maksu: takdapat 23 sen, dapat singgit terus kan? hehe.

    #relevan: mood bulan bahasa kebangsaan nih. keh3x.

    #kak tasek: cekodok dah ada dalam pewot ni haa.. nak??

    #kak nafira: terima kasih kerana berbangga dengan diri ku.

    walopun 23 sen, sy tetap bersyukur. hahaha.

    air liur tu, jgn bg meleleh sgt, buruk bebenor. hahaha.

    #angahsayang: jgn meragui kecomelan ku okeh. hahaha.

    ReplyDelete
  26. #NZ: bagus lah, anda harus lah reti berterima kasih pd nuffnang.

    pasal abg ang tu, nanti tolong kirim salam okeh. hehe.


    #Al: saya sedang menyokong bulan bahasa, anda tidak menyokong bulan bahasa kah? ciskek betui anda.

    #six september: dah tahu kan? sila lah sokong bulan bahasa kebangsaan ni. pemalas punya budak!! haha.

    #mario: gua tau lah lu dpt byk. nuffnang syg lu lebih. huhu.

    #hamzah: tau lah lu punya dah beribu-ribu!! huwarghhhh.. tak mo kawan!!

    #anita: 25 sen lebih banyak dari 23 sen okeh!!! huhu. tak aci!

    ReplyDelete
  27. #hiro: maaf, saya sedang sokong bulan bahasa kebangsaan.

    #linglung: tak mo choki2!! nak sport rim baru. uwaaaaa..

    #msgoodnite: kenapa anda tidak tahan dengan 23 sen tu??? saya tau anda dapat banyak kan??

    #tehr: okeh, awak ambik pingat emas, saya ambik pingat perak. ho yeah.

    #kila: camni,lambat lah kita nak pergi shuping kan. keh3x.

    #NZ: nak kena lempang budak NZ ni!! hahaha.

    ReplyDelete