• News

    12 October, 2010

    TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA

    Saya tidak tahu pula yang bulan Oktober ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Sewaktu saya berkunjung ke blog Gadis Bunga (maaf, saya tidak ingat link ke blog beliau), baru lah saya tahu. Maafkan saya, saya jarang baca suratkhabar dan tengok Buletin Utama. Saya kerap membaca SMS dan sekarang berminat untuk menonton atlet Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Komanwel, India. Jadi, saya akan menggunakan bahasa baku sepanjang bulan Oktober ini. Saya akan cuba sehingga berjaya. Oh yeahhhh..



    Semalam, saya melayan program sukan di Saluran Astro Arena. Saya melihat Pandalela Rinong menang pingat emas yang ke tujuh. Selepas itu, saya tengok pulak acara ragbi. Ohhh.. Ruginya. Seperti yang mak saya cakap, buat penuh kapal terbang saja. Pasukan ragbi Malaysia di belasah teruk. Malu saya nak tengok kekalahan tersebut,  jadi saya pun tukar ke saluran lain. Alangkah seronoknya kalau Sukan Komanwel ada pertandingan Jalan Itik sebab masa sekolah dahulu, saya kerap di denda Jalan Itik. Dan hanya manusia yang berkaki kurang panjang sahaja yang agak mudah untuk menyertai acara ini.



    Berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada:


    1. Abang Ensem

    Abang Ensem telah memberikan saya hadiah saguhati setelah saya menyertai kontes yang telah beliau anjurkan. Walaupun mendapat hadiah saguhati sahaja, tapi saya sangat bersyukur. Pertama kali saya menyertai kontes dan saya mendapat hadiah berupa ringgit Malaysia lima belas ringit sahaja. Terima kasih buat abang ensem.


    2. Mak saya

    Mak saya telah bersusah payah melenyek pisang dan tepung bersama kelapa parut, dan sedikit garam, gula dan air untuk di buat cekodok. Mak saya terpaksa bangun awal dan goreng cekodok tersebut sebab saya selaku anak yang baik dan comel, telah menyatakan hasrat untuk membawa cekodok ke tempat kerja dan di jadikan sarapan. Maka, mak saya terpaksa bangun pukul 5.30 pagi untuk goreng cekodok dan membekalkan cekodok kepada saya sebelum saya bertolak balik ke Penang pada pukul 6.15 minit pagi.


    3. Nuffnang

    Terima kasih kepada Nuffnang kerana menaikkan duit dalam akaun Nuffnang saya sebanyak 0.23 sen sahaja semenjak dari minggu lepas. Semasa saya memeriksa duit dalam Nuffnang, saya melihat ada peningkatan sebanyak 23 sen.



     
    Hari ini, saya belanja awak tengok coklat yang sedap.
    Belanja tengok saja tau, bukan belanja makan.
    Keh3x.

    31 comments:

    Kancilbiru said...

    makkkk, nak cekodok jugak....hahaha

    nazirulhazwan~ said...

    tahniah2 dapat 23 sen, bulah beli gula2 2:)

    Anonymous said...

    salam comel

    tmeksh krn 'belanja' mata kita
    mkn coklat sedap tu ~

    ahmad humairi said...

    salam,

    camne plak acara tiup belon????
    banyakkan kategorinya....banyakla Malaysia menang emas kot???hehe..

    sahromnasrudin said...

    salam..aku nak amauk acara baling sudu dalm kuah..tapi, takde acara tue la? huhuhuhuh

    Anonymous said...

    main ragbi mcm bercinta..tangkap, peluk tak lepas..

    jgn macam main bola sepak, dah dapat, tendang.. :)

    jadi, fikir2kanlah!

    tp shiok oh! dulu2 mase form 6 tengok abg ragbi yg sasa2 tu main ragbi tepi padang sekolah.. =P

    kucingorengemok said...

    saya juga mendapat kenaikan sen-sen sejak bulan puasa... dan semalam langsung tak boleh bukak si nuffnang... eh, duit kita yang sikit, dia yang merajuk? haha, emo tau!

    HaN WarreN said...

    buat kutiaw goreng 1...lapo ni(tetiba je heheh)

    Days said...

    gelak tu pon kene jugak dalam bahasa baku der =)

    Mak Su said...

    maksu lum dpt agik 23 sen.....sedihnya hati kooouuuuu

    Relevan said...

    Aik?..ada perubahan dalam berbahasa..
    Gua sudah ganti Saya..hehe!

    tasekM said...

    nak cekodok mak sikit...




    .

    || NaFiRaa || said...

    tahniah kerana anda menyokong bulan bahasa itu..akak bangga dengan hang..hakhakhak..

    23 sen! tahniah sekali lagi.. ade jugak peningkatan nye kan~

    mekasih jugak belanja tengok coklat.. kasi leleh saja!!!

    AngahSayang2314 said...

    aikk tak kan terima kasih jer kottttt

    hehehe

    tahniah ye comel...eh comel ke???? hehehe

    ~Nur Zulaiha~ said...

    hahaha...

    aku pon nk ckp terima kasih kat nffnang....

    nti2 aku wat n3 pasal abg aku plk....
    abg aku hensem towwww,,,, tkut hg tak jd kahwin lak nti... haha

    Al said...

    ak pon br pasan, sdh pkai gntiname 'saya' haha

    mjd smakin skema kah? haha

    Carnation said...

    bulan bahasa kebangsaan eyhh. ok.

    Mario said...

    bestnye cokodok pisang...tahniah dpt rm15...tahniah jgk nuff ko tu...kira ok la ..ekeke

    hamzah ian said...

    nuff bg 23sen??

    bagi kita g jual nasik lemak.. ahaha

    Cik Anita said...

    hehe.okla tu juga nuff bg 23sen. kite pun sama! dapat 25sen je utk minggu ni. adeh~

    Amir Syahir said...

    gua?

    Linglung said...

    23 sen lepas la beli choki-choki sebatang..ok lah tu beb!!

    -MsGoodNite- said...

    part 23sen yg buat gua x tahan tu.. Eh! Maafkan saya.. Saya kena hormat tuan rumah..

    tehr said...

    saya lagi banyak dari kamu
    sekarang ada 0.25 sen
    kira pingat emas gak ni

    kata kila said...

    aku pun naik berape sen je.bengang aku

    ~Nur Zulaiha~ said...

    cis,,, bdk nie, tak bls comment!! penat ak cek ari2...

    :G ( muka marah)

    Siti Noor Aminah said...

    # kak KB: cedapnya cekodok tu. lembut, cair di dalam mulut tau. kah3x.

    # kobejordan: gula2 tak mo lah, nak beli lappy nih. keh3x.

    # manje: hehe. sama2 kasih. nanti awk belanja kita pulak tau. ;p

    # cikgu humairi: uihh..acara tiup belon tu, tok sy pun boleh masuk. sah2 buleh menang punyaa. haha.

    # sahrom: acara tu kena langsung dekat pekan kuah langkawi lah kan? ish3x.

    # MDT: kah2x. betui jugak kan. peluk2, lepas. macam orang bercinta. i like!! haha.

    # KOG: haha. agaknya mereka yang merajuk dengan kita kot. sen-sen je.huhu.

    # hantwo: errrkkk.. lempang goreng ada, mau?

    Siti Noor Aminah said...

    #days: gelak dalam bahasa baku camne weh?? gila babang ahh.. har har har.

    #maksu: takdapat 23 sen, dapat singgit terus kan? hehe.

    #relevan: mood bulan bahasa kebangsaan nih. keh3x.

    #kak tasek: cekodok dah ada dalam pewot ni haa.. nak??

    #kak nafira: terima kasih kerana berbangga dengan diri ku.

    walopun 23 sen, sy tetap bersyukur. hahaha.

    air liur tu, jgn bg meleleh sgt, buruk bebenor. hahaha.

    #angahsayang: jgn meragui kecomelan ku okeh. hahaha.

    Siti Noor Aminah said...

    #NZ: bagus lah, anda harus lah reti berterima kasih pd nuffnang.

    pasal abg ang tu, nanti tolong kirim salam okeh. hehe.


    #Al: saya sedang menyokong bulan bahasa, anda tidak menyokong bulan bahasa kah? ciskek betui anda.

    #six september: dah tahu kan? sila lah sokong bulan bahasa kebangsaan ni. pemalas punya budak!! haha.

    #mario: gua tau lah lu dpt byk. nuffnang syg lu lebih. huhu.

    #hamzah: tau lah lu punya dah beribu-ribu!! huwarghhhh.. tak mo kawan!!

    #anita: 25 sen lebih banyak dari 23 sen okeh!!! huhu. tak aci!

    Siti Noor Aminah said...

    #hiro: maaf, saya sedang sokong bulan bahasa kebangsaan.

    #linglung: tak mo choki2!! nak sport rim baru. uwaaaaa..

    #msgoodnite: kenapa anda tidak tahan dengan 23 sen tu??? saya tau anda dapat banyak kan??

    #tehr: okeh, awak ambik pingat emas, saya ambik pingat perak. ho yeah.

    #kila: camni,lambat lah kita nak pergi shuping kan. keh3x.

    #NZ: nak kena lempang budak NZ ni!! hahaha.

    ~Nur Zulaiha~ said...

    hahaha... bru tow balas...

    Total Pageviews

    My Followers