• News

    09 November, 2010

    BEBERAPA BULAN AKAN DATANG

    Beberapa bulan akan datang...



    "Abang, tengok akaun Nuffnang Ayang ni. Dah ada dekat 4 juta dah. Boleh kan Ayang nak cash out", gua jerit manja kat laki gua yang gua panggil abang walaupun umur beliau sebaya gua. Laki gua pun mai dekat lappy gua yang berwarna hitam, di beli dari hasil tabungan gua selama beberapa puluh tahun hidup di muka bumi ini. Berukband pula di bayar oleh laki gua tiap-tiap bulan. Terima kasih Abang.



    "Ayang nak buat apa dengan duit hasil berblogging nih?", tanya laki gua dengan gaya ingin tahu beliau. Sebijik gaya Horatio, brader rambut oren dalam cerita CSI MIAMI. Ohhh.. Comel je muka laki gua, no wonder lah gua boleh jatuh cinta dan terima lamaran beliau yang langsung tak romantik tu. Hahaha. Tapi tetap gua terima. Suwettt kan gua.



    "Adalahhhhhhhh... Surprise.. Tak leh habaq.. Kalau habaq, nanti tak surprise lah sayang", alolololo.. cam taikkk pun ada dialog ni. Tapi takpe, abaikan. Anggap je ni drama sebabak dalam slot Samalenda. Hihihi.




    Lokasi: Kedai Emas Habih Jewel



    "Abang, Ayang nak abang pilihkan cincin baru, sebab aritu Ayang terhilangkan cincin yang abang bagi masa kita bertunang. Ayang mintak maaf". Terus menitik ayaq mata gua. Tap tap tap, habih la basah tudung gua. Gua lap dan seka ayaq mata gua dengan hujung baju t-shirt. Tisu takdak, gua kan ganas, tak main lah bawak tisu dalam beg sandang gua.



    Laki gua senyum je.



    Maka, bermula lah aksi memilih cincin dan menyuai padankan ke jari. Setelah berpuas hati, maka gua pun keluarkan beg duit gua yang berisi duit 4 juta hasil gua berblogging selama ni. Dengan duit 4 juta tu, gua dah berjaya membuat diri gua rasa hepi dan puas hati.



    Sebabnya, gua bukan beli sebentuk cincin je, tapi terus beli setalam cincin. 4 juta beb!! Gila babik punya banyak duit gua masa tu. Kalau hilang satu cincin, ada lagi 99 cincin. Hahahaha. Gila tamak. Dan gila perasan.



    Sekian, cerita gua. Budak yang tengah tension sebab terhilangkan cincin masa bertunang hari tu.



    p/s: gua tak suka barang kemas, nampak macam orang tua. sebab tu gua tanggal je cincin tu, nak keluar baru gua pakai. cincin tu pulak dah longgar. jari gua dah kurus!! kenapa kurus di jari je???

    21 comments:

    Days said...

    xjmpe lagi ke der? aiseyh..sile usaha mencari dgn lebih gigih.gua doakan lu jmpe cincin lu tu.kurus kat jari? gua lak kat pgelangan tgn yg kurus lebih.tp pipi dan segala tmpt lemak yg lain tidak mnunjukkan tanda penurunan hehehe.btw lenkali sile letak tisu kat jari mase pakai cincin ok heheh

    Cik Anita said...

    tak jumpa lagi ke cincin tunang tu? aish. macam mana la boleh hilang. ke ada orang yang tercurik.. Baca surah wadduha banyak2 masa carik cincin tu, InsyAallah jumpa!

    Siti Noor Aminah said...

    days - blom lagi la weh. ilang kat kampung, now aku kat penang. dah mintak mak tolong cari. harap2 jumpa. ;(

    nita - 1 day before nikah baru aku balik kampung, hopefully sempat cari. tq ya.

    Yunus Badawi said...

    Dengan duit 4 juta tu ko beli terus kedai emas tu.

    Unknown said...

    kalau buat solat istikharah agak2 boleh x?

    one2paii said...

    hahaha..ahbis luh nak kurus diperut lu..luhpekan jerk la mehlah..spare tayar kat perut dah berbelah bagi dah gua tgok..hhaha..ayat cam pengganggur kayo..beli cincin emeh berjuhto2..cit..apo lu buang sen jerk manjang..bek lu sedekah kek gua..bak le..mai le setengah juhto..meh erk melah

    sahromnasrudin said...

    huhuhuh..cedihnya ..takpe..ada hikmah di sebalik semua ini kan

    Pala Maldini said...

    hahaha.. punya lah nko stress dengan kehilangan cincin tu ek ? hehehe

    aku rasa kalau bakal-asben nko baca entry ni, sure hati dia sejuk dan menitik air mata nya membasahi pipi

    :-)

    Siti Noor Aminah said...

    YB - hahaha. kalo lah ada duit 4 juta tu. hahaha.

    echah - try je lah, mana tau boleh jumpa balik kan. ;p

    one2paii - gua rasa macam nak lempang je lu nih. setann.. woiii setannn.. hahahaha.. kan dah kena setan dengan gua.. hahaha. soriiiii bai..

    sahrom - sedih... uwaaa... kalo takat cincin biasa aku tak kisah sgt...

    pala maldini - serius, tak caya ek aku tengah stress ni? grrr...

    cikpia said...

    hang memang loqlaq!!!!! naseb bek takdan jumpak aku ritu, silap2 aku TERkenan keloqlaqan hang.....

    gadisBunga™ said...

    aiyomaaa!!!!

    siyes tak jumpe ke cincin tu? sayang oiii!

    Relevan said...

    4 juta ko..bagi aku try pinjam sejuta buleh?..

    Mario said...

    bagilah tips...ekeke

    Kuasai Minda said...

    Dengan 4 juta tu, jangan beli cincin setalam...Beli je tokey kedai emas tu... Baru hari2 boleh tukaq2 cincin....ganas gitu...!

    -MsGoodNite- said...

    Lu hilangkan cincin tunang? tunang lu tak marah ke?
    peh! gua kalo hilangkan cincin tunang, dah tentu2 tunang gua sekeh kepala gua sambil libas tali pinggang kat kusyen keta. ganas tak tunang gua?

    ::cdot the dot:: said...

    laaa...pastu la ni ko xda cincin tunang la?

    Anonymous said...

    hilang cincin tunang memang sedih..
    tapi lagi sedih kalau cincin tunang dah tak leh pakai lagi sebab ketat jari dah gemuk......huhu...(selepas 11 tahun lar..)

    Siti Noor Aminah said...

    pia - kojaq hang ni noh!!!

    GB - memang tak jumpa. huhuhuh.

    relevan - jgn kata sejuta, 20 juta pun boleh. haha.

    mario - hahaha. perli aku ye.

    kuasai minda - haha. kalo tokey kedai emas tu ensem tak pe gak. hahahaha.

    msgoodnite - mustahil tak kena marah. mesti lah kena. uwaaa...

    cdot - huhu. takde. cian kat aku.. huhu. sob3x.

    Siti Noor Aminah said...

    kak @ju,

    dah 11 tahun? lama tu.. mungkin muat dengan jari saya.. hahaha...

    HaN WarreN said...

    jari kurus???? badan kurus x???

    Siti Noor Aminah said...

    hantwo,

    badan langsung tak kurus! oh demmm.. haha..

    Total Pageviews

    My Followers