Tuesday, November 9, 2010

Jangan Tiru Perangai Busuk Gadis Comel ye adik-adik

Sapa yang tak suka dengan fesbuk?? Gua syak dan yakin, tiap-tiap orang mesti ada akaun fesbuk. Motif nak ada fesbuk sebab takut kena kutuk ketinggalan zaman. Hahaha. Tak lah, tak semestinya kan. Dalam fesbuk jugak kita buleh jumpa kawan-kawan lama. Setuju? Kalau setuju, sila angguk sekali.

Gua suka jugak dengan fesbuk walaupun akaun fesbuk gua tunggu masa je nak deactivate. Gua rasa lebih puas bila ada blog. Motif? Gua kencing saja, gua sesaja buat ayat gitu pasalnya kompeni gua blocked fesbuk, blog je gua buleh pakai. Hahaha. Kedekut punya kompeni. Tak lah, tak kedekut sebenarnya. Sebelom ni buleh guna, sekarang dah takleh. Pasainya, ramai staff asek online fesbuk masa kerja. Buat kerja dah macam siput babi bergerak, tapi bila hapdet status baru kat fesbuk laju macam arnab.

Bercakap pasai perangai busuk Gadis Comel kat fesbuk ni, ekceli gua memang suka tengok gambar-gambar kawan gua. Bila tengok tu gua rasa nak gelak, maka gua gelak lah. Gelak pulak, macam nak ajak setan join gelak sekali.

Kadang-kadang, sambil tengok gambar-gambar kawan gua, gua gelak sorang-sorang. Nak lagi mantop, ajak geng, gelak ramai-ramai. Hahaha. Sungguh busuk perangai gua itu. Terbaru, iaitu semalam gua tengok gambar kawin member sekolah menengah gua. Memang seronok dapat gelak secara berjemaah dengan rakan serumah gua. Hahahaha. Kadang-kadang, tak ada niat pun nak gelak. Saja berminat nak tengok gambar apa yang menarik sangat sampai rasa tak segan silu nak kongsi dengan kawan-kawan.

Bagi gua, fesbuk tu ok kalau kita guna dengan cara yang betul. Sampai kadang-kadang nak communicate laki bini pun nak guna fesbuk.

"Encik suami, hari ini balik kerja awal tau. Baby dah masak special punya untuk abang".

Alololo.. Suweeettt sangat. Hahaha. Ada tu, tak segan plak letak gambar profile tu, gambar laki bini berpeluk. Aduhh.. Tau lah dah berlaki, tapi apa motif der nak letak gambar profile peseng gitu. Orang lain pun berlaki gak weh. Hahaha. Ayat macam jeles je. Keh3x. Serius!! Gua sikit pun tarak jeles. Gua lebih suka letak gambar anak sedara gua, Zahra kat dalam fesbuk sebab muka beliau persis muka gua. Hahaha.

Dan lagi perangai busuk yang gua nak kongsi dengan lu orang. Kalau ada kawan-kawan gua letak "in relationship with". Hahaha. Gua dengan kepochinya akan masuk ke wall pakwe/ makwe kawan gua tu. Hahaha. Memang buleh sangat-sangat nak join skuad Melodi, geng abang rambut ketak kan. Hahaha.

Sekarang ni gua dah insaf. Gua ingat nak deactivate je akaun fesbuk gua. Sapa-sapa nak cari gua, boleh sms, tak pun call je. Itu kan lebih afdhal. Hihihi. Ok lah adik-adik, renung-renungkan, dan selamat merenung. Caucendol pulutttt...


p/s: status gua kat fesbuk: isnin 8 november. nothing to say. nothing to share.

p/s: relationship status: separated.

p/s: gambar profile milik Zahra Safiyya.



Hai kakak dan abang. Saya lah Zahra Safiyya yang seksi dan gojes.











22 comments:

  1. huuh..fecebuk..gua xlayan lagsung menatang tuh..x berminat langsung..

    ReplyDelete
  2. kalo ko nak tau FB la menjahanamlan hidup aku..sebab FB aku gagal dan sebab fb aku jadi cmni...aku benci FB...tapikan aku kencing je hehehe...elok la kena blok..sebab mane2 kompeni yang x block fb ni memang akan menerima bencana...
    pekerja dok sibuk men fb pastu keje haram jadah la nak buatkan..kalo buatkan memang makan masa...padahal keje xsampai 2 jam layan fb 6 jam ape per???? tapi kompeni aku x block fb pasal bos aku percaya kat kakitangan sendiri...contoh cam aku..aku x main fb aku cuma main blog je..

    ReplyDelete
  3. tayah la nak mengada deactivate fb tu, sbb aku belum add kau lagi..haha..

    ReplyDelete
  4. Gua tak boleh ganas ganas dalam Pesembook..sebab biras gua yang perempuan tu selalu intip gua..kaco daun...

    ReplyDelete
  5. salam..biarlah kita bermukabuku dari bermuka-muka kan? hahahahah

    ReplyDelete
  6. fesbuk mmg efek prestasi di tempat keje. blog pun. youtube. dan byk lagi.

    kesimpulannya...keje dulu baru main. eh?

    ReplyDelete
  7. kRina lak masuk gambar masakan..
    macamlah dia sorang yg masak .ye tak.?.


    haku tak pedulik, aku nak letak jugak... hahahaha..

    samalah.co. ni pun dah takleh layan FB sbb dulu memasing sibuk dgn game.

    ReplyDelete
  8. kalau guna fesbuk cara baik.. baik lah ia.. kalau jara keji.. keji lah jadi nya..

    ReplyDelete
  9. lu stalker dowhh heheh.tp gua admit gua pon suke buat keje mcm tu jugak happy kot hehehe.apesal lu nak deactivate? xpyh la buleh add gua huu.weyh cincan lu dh jmpe lom?

    ReplyDelete
  10. ingat anak lu td..terkejut gak gua..x kan cpt sgt..kehkeh...

    ReplyDelete
  11. KOG - haha. busuk jugak lah, tapi takleh lawan kentut ayah. haha.

    one2paii - yo lah tu. gua tau, lu memang addicted dengan fesbuk, kan?

    hantwo - main blog lagi bagus dari main fesbuk sebab main blog dapat duit nuffnang. hahaha.

    MDT - fesbuk tu menatang yg ada kat zoo. keh3x.

    anitadahahs - hahaha. nnti aku sms, hang add okeh. ekekekeke.

    relevan - ganas yang lagu mana tu?? alololo.. biras jadi spy ek? haha..

    sahrom - salam. hahaha. muka berjerawat takpe kan??

    ReplyDelete
  12. GB - haha. yolah, buat kerja bagi setel dulu, then baru blogging. ;p

    K. Azrina - alaa.. letak gambar makanan tu ok lah kak, yang tak tahan letak gambar laki bini dok berpeluk. ngok betui la.

    pala maldini - baik bang. roger & out. ;p

    days - mmg hepi der buat kerja camtu. mula2 gelak puas, pastu jadi stalker pulak. hahaha. blom jumpa lagi lah weh. huhu.

    sharinginfoz - apa yg comel? i kan? thanksss... hihi. malu i.

    gadis gedik - haha. anak gua lah, anak sedara. lu jgn fikir yg macam2, gua lempang kangggg.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. layan jugak fb.. tapi x aktif sgt.. carik kawan2 lama jek kat situ~ baik kan???

    ReplyDelete
  14. aku? fb? ha ha........ untuk main game ngan berinteraksi ngan my family belah terengganu, family kat kedah, n my kakak kat london, aunty kat kl...... musim mengarut2 kat fb dah berakhir kot...... dah tua.... =)

    ReplyDelete
  15. aku takde fb...ketinggalan betul aku ni kan...ekeke

    ReplyDelete
  16. kak nafira - alololo. baiknya dia. buleh caya ka ni? hahaha.

    pia - haha. lebih kurang aku jugak lah. tak besh, blog jugak yang best. ekekeke.

    mario - serius takde fb. baru nak suruh kau add aku. ;p

    ReplyDelete
  17. ms goodnite - har har har. bagi email lu, nanti gua bagi. okeh.

    ReplyDelete
  18. lu jgn lupa bagi plak..nk berkenalan dgn lu dgn lebih rapat nih! kah kah kah!

    nellzaazura@yahoo.com

    ReplyDelete