• News

    29 December, 2010

    PERANG BATUK

    Kat office, bermula semalam (isnin tidak dikira sebab isnin aku cuti sakit). Selama dua hari, bermula perang batuk, kongggg sana, konggg sini. Konggg itu adalah bunyi batuk ye kawan-kawan. Bukan king kong.


    Sekejap aku batuk, rasa macam boleh dengar suara anak tekak menjerit habis kuat, tetiba orang kat penjuru kiri pulak nak tunjuk hebat. Konggg dia boleh tahan. Orang kat hujung tak mau mengalah, dia pun konggg jugak.


    Aku nak sangat tarik diri dari peperangan ni sebab rasa bagai pundi kencing hampir nak jatuh ke lantai, esofagus dan pankreas bagai membengkak dah ni, termasuk kekejangan otot perut. Kawan-kawan abaikan bahagian badan yang aku tulis tu sebabnya aku gagal subjek biologi. Aku main tulis je apa yang aku rasa aku best.


    Orang kata, nak hilangkan batuk ni kena minum air panas, biar panas yang berasap-asap tu, lagi bagus. Ok, dah buat. Bagai nak melecur lidah aku nih. Tapi tak jugak baik batuk aku ni. Ikut pulak nasihat mak, minum air asam jawa. Bancuh pekat-pekat. Masih belum baik. Pesanan mak yang seterusnya, air limau nipis dan kicap dikacau sebati dan hirup perlahan-lahan. Terkejut anak cacing dalam perut, hari-hari mentekedarah benda super duper masam, maka anak-anak cacing pun mengerutkan muka masing-masing.



    Maka anak cacing pun menjerit, "hoi, sudah la woi. dah ramai adik beradik kami yang dah mati sebab mengalami simptom kemasaman tahap dewa, dan mayat-mayat mereka telah keluar melalui najis. Kami tidak mahu mengalami nasib yang sama".


    Sekian, dari aku yang masih batuk konggg konggg konggg..

    24 comments:

    sahromnasrudin said...

    aku ingat ko citer perang bola malaysia lwn indon mlm nie hahahahaha

    gadisBunga™ said...

    madu tak try?

    p/s: TQ for email. :D

    cikceriacorner said...

    moga cepat sembuh..:)

    hanie said...

    makan madu la wei. perah limau nipis skit. pastu telan,.

    durrah said...

    semoga cepat sembuh tau...
    minum ubat batuk cap ibu dan anak je.

    ieda said...

    cuba campurkan madu dgn limau .. petua org lama2 tuu .. madu kena madu peor tau :)

    Unknown said...

    minum air asam jawa ok tak sis?

    || NaFiRaa || said...

    uih~ sana sini cakap batuk n sakit tekak.. cuba try makan gula2 hacks plak.. kadang2 menjadik jugak..:)

    Relevan said...

    Malaysia boleh !

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom: haha. aku hampir lupa pasal bola malam ni. kesihatan tidak mengizinkan utk aku igt psl bola.

    GB: tak dak stok madu lah... huhuuh.

    cikceriacorner: thanks. ;p

    kak cho: tak madu la weh. madu yg wat kuih tu boleh tak? hehe


    cik tipikal: ubat batuk tu tak mujarab utk badan ni. tak berkesan je.

    ieda: tak dak madu peor. yg jgn kata yg peor, yg tak peor pun takdak stok. haha.

    echah: ok jugak, tp skejap je kot. balik keja petang kang, kna buat lagi.

    kak nafira: hehe. td dh pegi beli hacks. harap2 berkesan.

    relevan: apa yang malaysia boleh pulak ni?

    Mak Su said...

    kat sini perang ingus, hi hi hi

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    minumlah ubat batuk cap ibu dan anak .. pasti sembuh !


    * iklan sikit..hehe..

    HaN WarreN said...

    hahahahah comel je N3 ni...aku suka sangat2....betul ke hang ada cacing kerawit??? :P

    Pala Maldini said...

    aku syorkan.. BENA EXPECTORANT!

    insyaAllah, mujarab.. gi klinik sebut je nama tu..

    Aleen Aiden said...

    peliknye bunyi batuk.kongggg?muahaha
    semoga cepat sembuh!jgn dekat aku hokes!nnt jangkit.huu

    hentakbelipat said...

    terai makan buah pala la..

    aNiS tHe BumbleBee said...

    huisshh..toksah la mkn masam2 sgt.stgi kalau ada isi ka dlm perut tu,abihlaa ter'flush'.

    tu,kak reen kata mkn ubat batuk cap ibu&anak.kalau xbaik jugak,terai ubat batuk cak mak dan bapak.keh3x!

    Anonymous said...

    pernah jugak alami situasi kong kong kong camni..dekat sebulan gak la..mkn ubat sume x jalan..last sekali baik sendiri..haishhhh!

    NAJ HEBAT said...

    kalau rase2 dah serak tu.. try test nyanyi lagu ella.

    keh keh..

    gunakan srepsil.. ohlala

    -MsGoodNite- said...

    madu..madu n perahan asam limau... best! dan boleh tahan mujarab

    Carnation said...

    aku kalau batuk lagi sakan aku telan ais..tekak aku tak boleh manja sangat..nanti lagi mangada2

    Siti Noor Aminah said...

    mak su: perang ingus?? jgn sampai meleleh ke mulot. haha.

    kak reen: hehe. alamak, ada iklan plak.

    hantwo: suka apa weh? suka aku kah? haha.

    pala maldini: sy pembatuk tegar, tak berkesan utk bena expatorant tu.huhu.

    Siti Noor Aminah said...

    aleen: sampai hati noh tak mo dekat dgn aku. huhuhu.

    hentakbelipat: buah pala? pala lutut ka weh? haha.

    kak anis: satgi nak pi cari ubat batuk mak dan pak jugakkkkkk...

    MDT: kes kita sama, nanti batuk ni baik sndiri. tapi take time. arghhhh....

    Siti Noor Aminah said...

    naj hebat: karok lagu black pun masyukkk jugak.. haha.

    msgoodnite: aku dah try. masih belom berkesan. huhuh.

    six september: gamak kalo laki aku nampak, mau 5jam aku kena bebel. haha.

    Total Pageviews

    My Followers