Thursday, December 16, 2010

Da sayang abah

Askum abah ni da abah jangan risau da ok bahagia dengan ma abah jaga diri dan tengok adik salam sayang buat adik dan wan. Abah ni nombor da pakcik beli fon kat da. ok abah da nak pi niaga dengan ma. da tetap sayang abah dan ma mimi.


Nama aku da. Nama panjang dalam kad pengenalan, Dada. Pelik kan nama aku. Entah, tanya abah dan ma sebab diorang yang letak nama aku macam tu. Dan sudah tentu, aku tak pernah menghalang niat abah dan ma nak letak apa nama untuk aku sekalipun, asalkan mereka gembira. Lagipun aku kan anak mereka. Mujur mereka letak nama Dada, kalau letak nama Haram J, lagi haru.

Aku mempunyai keluarga yang bahagia. Abah mempunyai kerja yang bagus sebagai wartawan dunia hiburan, dan ma pula bekerja sebagai penyanyi latar di sebuah kelab. Tapi, kebahagian kami tak lama bila mana suatu hari ma terjumpa bekas gincu bibir berwarna merah di belakang kolar baju abah. Ma menangis, meraung kuat-kuat. Bila abah balik, ma terus gaduh dengan abah. Abah tak mengaku.

Bermula dari situ, ma mula buat perangai. Ma sudah ada boyfriend baru. Boyfriend baru ma lebih muda dari ma. Layak untuk aku panggil abang. Suasana dalam rumah dah macam padang jarak padang terkukur, hilang sudah gelak ketawa aku, abah dan ma. Aku bosan dengan hidup yang macam serupa dalam neraka.

Sudah berapa hari aku tak nampak abah di rumah. Suatu hari abah kembali, dan bilang yang dia sudah menikah dengan ma mimi di Siam. Aku tengok reaksi ma, kosong. Agaknya ma memang sudah menjangka yang abah akan kahwin dengan ma mimi. Aku kelu. Aku ibarat tiang lampu, berdiri di tengah-tengah antara abah dan ma. Aku boleh agak akan terjadinya perpisahan antara abah dan ma.

Abah cuba merapatkan aku dengan ma mimi. Tapi, aku sayangkan ma. Ma adalah ibu yang melahirkan dan membesarkan aku. Ma jadi macam ni pun sebab abah main kayu tiga. Aku tak dapat nak terima orang lain selain ma dalam hidup aku. Di sebabkan sudah tak tahan lagi dengan cara abah untuk paksa aku terima ma mimi, aku nekad ajak ma lari dari rumah. Biar lah abah bahagia dengan bini barunya, iaitu ma mimi. 

Sekarang, aku dan ma berada jauh dari abah dan ma mimi. Aku bahagia dengan ma, walaupun hidup kami tidak semewah dulu. Tak mengapa, janji aku dan ma bahagia bersama, bahagia selamanya. Aku sekarang buat keja sambilan, membantu jiranku yang aku panggil pakcik berniaga di pasar malam. Ma pula kerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya besar berhampiran rumah sewa kami. Aku minta ma berhenti dari bekerja sebagai penyanyi latar di kelab. Bila ma ada cuti, ma akan bantu aku dan pakcik meniaga. Mungkin tak lama lagi aku akan mendapat bakal ayah tiri baru sebabnya ma sekarang aku lihat sudah semakin rapat dengan pakcik yang sebenarnya sudah lama menjanda. Aku harap, selepas kes penceraian abah dan ma selesai, boleh lah ma berkahwin dengan pakcik. Biar lah ma dengan hidup ma, abah dengan hidup abah.

Apa-apa pun, sebagai anak, aku doakan abah dan ma bahagia dunia akhirat. Amin.




ps: sebenarnya, pagi ni aku dapat sms sesat dari nombor yang tak di kenali. kandungan sms tu sebijik macam kat atas. kesian pulak bila baca sms yang tak bertitik ni. sayu je hati. mungkin ada masalah keluarga. 
tapi cerita kat atas ni aku reka je. hehe. jangan marah ek tuan punya sms, 
aku publishkan sms hang kat sini. itu lah, lain kali ingat betul-betul nombor telefon abah sendiri. ini tidak, main hantar je sms kat aku. eekekeke..

24 comments:

  1. tak pepasal jadik drama pepagi tgh hari ni. ikikiki

    ReplyDelete
  2. Nama aku da. Nama panjang dalam kad pengenalan, Dada.

    hahaha!

    penat dol aku bce smpai abes..tp leh agak dah ko buat cite ni..
    sbb mcm cite drama kt tv nun..

    ReplyDelete
  3. akulah woi pengirim sms tu..ahaha..tipu

    ReplyDelete
  4. GB,
    haha. drama sebabak dan berbabak babak. grrrr.


    ika,
    thanks sbb baca smpai habis. haha. buang masa je kan.


    CCC,
    kesian jugak kat dada. haha.


    six september,
    ohhh.. aku dah agak, tntu sms dari mu. hahaha.

    ReplyDelete
  5. mati2 igt cter btol,
    name dada pulak tuh! haha!

    ReplyDelete
  6. kucing aku pon reti malu nak keluar rmh 7ari 7mlm klo bagi name dada..cam haremm!

    ReplyDelete
  7. tia,
    haha. hantam je lah weh.


    aleen,
    kucing pn ada kemaluan kah? i mean, ada perasaan malu?

    ReplyDelete
  8. ingat sinopsis cerekarama ujung minggu ni.. :)

    ni kes kurang kasih syg la ni..

    ReplyDelete
  9. perghh..hnya sedikit kndungan sms itu,tinggi benar imigenasi ko..haahah.;p

    ReplyDelete
  10. kelakaulah pulak... tp sedih gaks....

    dada? haram jada.... ? hih hih hih

    ReplyDelete
  11. boleh tahan gak citer dada ni.. cuma gua rasa nk tau je, dada ni pompuan ke lelaki..?

    ReplyDelete
  12. knpa aku rse mcm nk hentak kepala kau

    ReplyDelete
  13. Cuba kembangkan sikit lagi, mana le tau boleh jadi novel plak...

    Apapun, kesian kat Dada...

    ReplyDelete
  14. adoi.. lepas ni wat sambungan ok.. hahaha

    ReplyDelete
  15. nasib baik SMS tue tak kata i lap u kan huhuhuh

    ReplyDelete
  16. memang sedih pun...kalo nak tau gua la yang hantar sebenarnya...nama betul gua dada perkasa :)

    ReplyDelete
  17. MDT,
    cian dgn da kan?

    echah,
    itu tandanya aku memang takde koje. haha.

    maksu,
    agak2 kalau jual dgn TV3, buleh tak? haha.

    msgoodnite,
    lu rasa, dia laki ker pmpuan?

    ReplyDelete
  18. NZ,
    haha. perli aku ker nih?

    platipus,
    ok, mari hentak kepala aku. haha. lalalala.

    aida,
    hehe.

    kuasai minda,
    haha. karya budak tadika je nih. mana layak. haha.

    ReplyDelete
  19. hamzah,
    ok, kalo dada sms aku lagi. haha.

    sahrom,
    kalo ada, aku delete je. haha.

    hantwo,
    hai abang dada perkasa! yarksss.. haha

    ReplyDelete
  20. rasa-rasa, kena rasa la...keh keh keh!
    tp biasa yg mcm jiwang2 sedih ni ppuan la kot

    ReplyDelete