Monday, December 20, 2010

main tikam-tikam

Dua tiga hari ni aku asyik follow cerita pasal dua orang gadis yang kena tikam kat Johor, sorang umur 14 tahun dan sorang lagi umur 17 tahun.

Melalui pembacaan dan tengok televisyen, kedua-dua mangsa adalah gadis bawah umur. Kedua-dua mangsa tinggal di Johor, kedua-dua mangsa di tikam, kedua-dua kes berlaku ada kaitan dengan lelaki.

Eh, layak kah aku nak tulis pasal kejadian yang masih dalam siasatan pihak polis nih. Ok, memang tak layak, tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, kadar jenayah kat Malaysia ni makin lama makin membimbangkan. Tikam-tikam tu umpama main cubit-cubit. 

Malangnya, mangsa yang berumur 14 tahun tu meninggal dan mayatnya di letakkan bawah timbunan daun kelapa sawit kering. Suspek pulak adalah 2 remaja bawah umur. Aikk.. budak bawah umur lagi???

Aku rasa budak-budak sekarang ni too advance, dah tau apa nak buat kalau sakit hati, tak puas hati tu dah sampai tahap maksimum, samada belasah cukup-cukup kemudian ambik video dan letak kat dalam youtube, takpun boleh main tikam-tikam.

Sorang lagi mangsa yang masih di rawat kat ICU tu, kena tikam 20 kali okeh. 20 kali tu bukan sikit yer kawan-kawan, tambah-tambah lagi kena tikam, bukan kena cubit. Hohoho. Lepas tu, mangsa di simbah dengan asid pulak. Pagi ni aku baca pulak kat paper, dan aku dapat tau yang budak perempuan ni pregnant 24 minggu dan family dia langsung tak tau yang dia pregnant. Suspek kes ni adalah lelaki berumur 42 tahun yang cintanya di tolak. Dah kau tikam-tikam lepas tu kau simbah asid, dengan beraninya kau pergi serah diri kat balai. Ohhh.. Mesti kau dah menyesal kan masa tu...

Seriusli aku takut kalau-kalau benda-benda macam ni terjadi kat orang yang aku kenal, dan kalau boleh, biarlah benda-benda macam ni langsung tak terjadi kan???

Ohhh binatang-binatang semua, lihatlah betapa kejamnya manusia...

18 comments:

  1. tak tahu lah apa nak dikata . cuma yg pasti jenayah semakin membimbangkan tak kira samada remaja bawah umur ataupun yg dah dewasa ..

    ReplyDelete
  2. Bila nafsu telah menguasai diri, manusia hilang pertimbangan.

    Kalau cinta tak berbalas, carilah org lain. Berapa ramai manusia kat Malaysia ni. Kalau nak yg luar negeri pun ada hehehe

    ReplyDelete
  3. biase la da dkt akhir zaman
    dunia mkin haruk pikuk jdnya
    mcm2 jenis manusia timbul..

    ReplyDelete
  4. Hurm. mintak la simpang jangan berlaku dekat ahli keluarga kita. Seram dengan dunia sekarang ni. Entahla. ;(

    ReplyDelete
  5. kenapa aku turut merasai kesedihan pabila membaca N3 ni?? memang tak layak binatang yang bertopengkan manusia ni hidup kat muka buni ni...
    elok gantung terus takyah nak bicara....takat hukuman penjara ape rase...

    ReplyDelete
  6. ms kecik2 dulu beli tikam2
    dapat hadiah hehe

    ReplyDelete
  7. arap org yg menikam tu tertikam...heheh

    ReplyDelete
  8. la nie nyawa manusia dah tadak harga....... orang lagi menghargai minyak petrol dari nyawa manusia lain. =)

    ReplyDelete
  9. aku selalu main tikam 20 sen masa skolah rendah dulu..mmg kena sungguh huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. haru sungguh !


    jawapannya
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dah hilang akal dorang semua ni !



    kReen geram betullah..

    ReplyDelete
  11. jenayah kat mana2 sekarang nih~ perikemanusiaan makin nipis~ sedih sgt baca berita2 cam tuh.. makin menjadik2 plak tu~

    ReplyDelete
  12. bintang pun tak buat macam tuh.setan betol..grrr

    ReplyDelete
  13. ini nama dia Malaysia Boleh tak bertempat!

    ReplyDelete
  14. manusia zaman sekarang ni mcm da xigt dosa!

    ReplyDelete
  15. kecik2 gua pun jahat gak..men tikam no ekoq..tp lanie xmen dahh..dohsa..gua dah insaf..dunia nak kiamat..huhu

    ReplyDelete
  16. betul apa yg hang tulis. takut dibuatnye..

    lepas ni nak pegi kedai belakang rumah pun kena hati2...

    ReplyDelete