• News

    23 December, 2010

    Membina kekuatan emosi

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat adik-adik semua. Pada hari khamis yang mulia ini kakak GC ingin membincangkan satu topik yang agak mendalam maknanya dan mungkin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan adik-adik sekalian. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan topik perbincangan kita pada hari ini maka adik-adik boleh lah menekan butang pangkah atau 'X' di bucu kanan skrin adik-adik ye. Nak kakak GC terangkan sebijik-bijik ker dengan adik-adik macam mana nak tekan butang pangkah itu?? Ishhh.. Sekolah sampai darjah berapa ye gamaknya adik-adik ni sampai susah beno nak paham. Kesian.. Kesian..



    Topik ini kakak GC cuba bincangkan kerana semalam kakak GC telah menonton televisyen, rancangan Bersamamu dan kakak GC yang diakui ganas ala-ala mafia Kampung Pisang telah selamat melahirkan airmata tanpa sedar dan tanpa dapat menahan lagi rasa sebak itu. Kakak GC pun hairan bin pelik bin ajaib, kenapakah kakak GC begitu senang mengalirkan airmata sedangkan kakak GC ini begitu terkenal dengan sifat kebuliannya apabila telah membuli rakan sekolah rendahnya sehingga menyebabkan kakak GC didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah seorang diri. Itu adalah contoh kebulian yang sangat melampau bagi seorang budak darjah 5! Ohhh... very kejam sekali tindakannya itu.



    Seterusnya, di peringkat yang lebih tinggi, kakak GC sangat di kenali sebagai seorang yang gemar memonteng kelas dan bersembang-sembang di belakang kelas semasa pensyarah mengajar. Ini adalah contoh yang sangat tidak baik kepada tumbesaran adik-adik ye, sila jangan mencontohi sikap kakak GC ini.



    Ok, berbalik kepada topik perbincangan kita iaitu membina kekuatan emosi, kakak GC merasakan yang sudah sampai masanya kakak GC simpulkan yang kakak GC pun tak paham apa makna membina kekuatan emosi itu. Yang penting, kakak GC akan cuba untuk tidak menangis lagi apabila menonton babak-babak sedih di dalam rancangan Bersamamu, mahupun menonton drama Melayu lakonan Fauziah Nawi, Wan Maimumah, Abang Rosyam Nor, dan seterusnya adalah menonton cerita hindustan kuchu kuchu hota heyy, dan sebagainya.



    Untuk membina kekuatan emosi ini kakak GC mencadangkan diri sendiri untuk segera menutup televisyen sekiranya terdapat babak-babak yang sedih yang membolehkan kakak GC mengalirkan airmata itu tanpa disedari dan cuba juga mengelak untuk mengalirkan air hingus bersama. Sekian dari kakak GC yang cun dan manja. Tata titi tutu. Renung-renungkan dan selamat merenung.


    21 comments:

    sepet yg mls nk log-in said...

    hang di minta agar men-simen kan diri hang. baru tau kukuh x kukuh.


    kah..kah..kah..

    ieda said...

    ahahaha sabor jer lah dikk .. akak ingatkan ape lah tadi ..
    ermm kdg2 mende mcm nie boleh jugak membina kekuatan diri .. kita tgk dan kita akan jadi lebih kuat dan tahu cara2 nak menanganinya ..

    seterusnya jadi teladan dan panduan bagi kita :))

    HaN WarreN said...

    elok la tu lu tarbiah kanak2 ribena hahahahahaha....sebenarnya kekuatan emosi bukan dirujuk seberapa besen air mata yang mengalir...kalo cmtu sape lelaki yang menangis dia adalah mat pon atau bahasa hensemnya mat pondan hahahaha..

    durrah said...

    terima kasih atas nasihat akak. sebab aku ni emosi nak nangis je

    hanie said...

    aku semalam pun menitik ayor mata tgk rancangan tu. tersentuh hati wanita ai..

    ~Nur Zulaiha~ said...

    kasi e-mail, t klu ciap aq e-mailkan...
    kalau siap la...:D
    takat nk ubah banner header yg sgt2 ringkas cm aku nya, boleh je tlg wat..
    comment kat aq na t.. :)
    n awat hg tak add aku kat fbook ha?? nk bermanja2 difbook pon tak lh..haha

    Yunus Badawi said...

    Ingatkan brutal tapi hati tisu jugak rupanya ngeeee

    cikceriacorner said...

    heheheh..dalam ati ada taman...tp kdg2 mengalirkan air mata tu spontan..tetiba aje kan..heheh

    || NaFiRaa || said...

    normal lah kalo tengok citer sedih kita menangis.. tapi x normal kalo tengok citer sedih.. tapi tetiba kita gelak berguling2.. kena pi cek dokter tu~ muehehehe

    Unknown said...

    semalam ak tengok pun kuar air mata weh,sedih bila mak dia duk cerita ayh dia mati cmne.anak2 dia yg lain menangis2 kan.ramai gile anak ,harap besar2 nnti boleh menjaga mak dia:)

    anak dia umo 12 tahun pn dah reti mandikan adik semua.sedih wehh.;((

    Pala Maldini said...

    bab nangis2 aku tak tau..

    tapi, kalau nko rasa nak marah..

    masuk facebook, terus update status..

    "Sabar.. Sabar.."

    nescaya nko akan rasa sangat penyabar.. dah dua kali aku praktik kan.. berjaya!

    Tijah said...

    mmmm. kak gc sudah dewasa sekarang.

    Siti Noor Aminah said...

    sepet: rasa nak lempang ja budak ni. grrrr...

    ieda: hehe. knp, saspen ek?

    hantwo: bahasa hensem? apakah itu? ekeke.

    cik tipikal: sama2 ye dik tipikal. jgn nangis ye, nanti tak comel. hihii

    hanie: ohhh.. jadi, kiranya mmg normal lah kan aku menangis tu.. ok.

    NZ: apa komen tak dak kena mengena ni woi? haha

    YB: hati tisu ker roti tisu yg kat nasi kandar tu? hehe

    cikceriacorner: malu gak kadang2, nmpak je macam mafia, tp senang nangis. huhu

    kak nafira: haha. memang tak normal lah tu kak oii. ;p

    echah: betul3x. aku serius kagum tgk budak umo 12 tukarkan lampin adik dia, mandikan adik dia. tersentuh weh naluri keibuan aku. hehe.

    pala maldini: bang, buat macam tu boleh cool ka? haha. tak caya lah..

    kak tijah: terima kasih ye dik jah. haha.

    sahromnasrudin said...

    aku nak tekan butang pangkah tapi tak boleh tapi bile aku taip mesej boleh plak heheheheeheheh

    Nizam Awang Brahim said...

    Jangan padam tv.Ambil remote tuko channel je.Lepas ter gi dapur minum air segelas.Opps...kantoi sudah...

    gadisBunga said...

    butang z takde ke?

    eheheh

    aku mmg terkenal sbg seorg yg gemo menangis tatkala menonton drama atu felem, hatta tatkala menonton transformers pun aku boleh menangis. hati bubble gum betul!

    Al said...

    nk suh trus tutup tv, apekah???
    haha

    normal ape klo nangis bende sedih
    yg x normal klo xde rase lgsg masa tu

    btw,ak x tgk tv smlm...lalalala

    cikpia said...

    aku sepesen gak..... he he....

    -MsGoodNite- said...

    GC - gua igt, dah tiba masanya hang utk menimang cahayamata. itu pasal sensitif sokmo!

    ~Nur Zulaiha~ said...

    aq nya ska arr, nk comment apa pon,,

    Irwan said...

    Salam Cik GC

    Beremosi itu bagus, tapi belajarlah mengawalnya. Menangis itu juga bagus, tapi biarlah kerana Dia. Kesedihan yang kita saksikan adalah pengajaran untuk kita. Tapi bila dah tahap dieksploitasi itulah yang rasa macam cilaka.

    Banyak perkara yang boleh dipelajari dan menarik jika kita lihat dengan mata emosi. Dapat pulak rancangan macam Bersamamu di RTM3. Rancangan tu, disamping merupakan platform yang baik untuk masyarakat menyalurkan derma mereka secara terus kepada yang memerlukan, merupakan juga sesuatu yang boleh dijadikan panduan kepada golongan blogger.

    baca sampai habis:

    http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-membina-kekuatan-emosi.html

    Total Pageviews

    My Followers