• News

    17 December, 2010

    Rasa rindu itu seperti membunuhku

    Sekarang aku kat Perak, tapi serius macam duduk kat London. Kerja bawah aircond, hujan pulak hari-hari, memang sejuk kuasa dua. Sebijik macam duduk kat overseas. Statement kat atas ni macam taik pun ada jugak sebab dari kecik sampai umur dah agak meningkat dewasa ni, mana pernah pergi overseas hatta Sabah Sarawak pun aku tak pernah jejak kaki kat sana. Huhu. Kesian.


    Dah lama duduk kat London ni aka Perak, sumpah kuat-kuat yang aku rindu dengan kampung halaman tercinta, negeri Kedah Jelapang Padi walaupun nak jumpa sawah padi kat kampung aku amatlah mustahil. Rindu kampung halaman ka rindu mak ayah dan family??? Tak boleh nak senarai sebenarnya, sebab aku rindu semua. Aku rindu nak cakap Kedah kaw-kaw. Aku kat sini macam dah hilang jati diri sebagai anak jati Kedah sebab terpaksa menukar slanga Kedah aku yang pekat ni sebab bila berurusan dengan orang kat sini, sangat lah menyakitkan hati bila depa asek ulang ''hahhh" bila aku guna bahasa Kedah yang best itu. Maafkan aku semua warga Kedah di atas kepudaran sifat jati diri yang telah aku semai sejak kecik lagi.


    MMS kiriman adik aku, benar-benar buat aku rasa tak senang duduk. Macam sembelit, cirit pun ada. Dia betul-betul buat jiwaku yang kental macam batu kriptonite (macam ni ka eja batu yang Superman milik Clark Kent tu???) jadi hancur lebur ibarat pasiyaq sungai belakang rumah aku. Adik aku sengaja hantar gambar kepunyaan Zahra Safiyya yang sekarang ni sudah mampu duduk. Kelihatan Zahra sangat putih dan makin tembam sekarang. Betul lah tu, rasa rindu tu betul-betul membunuh.


    Kalau nak pulang ke kampung, rasanya dietku harus bermula sekarang. Ayah orang nombor 1 yang aku rasa akan gelak kalau dia perasan akan kegemukkan aku. Sampai hati ayah. Dulu, masa aku masih anak kesayangan ayah, tak pernah dia gelakkan aku macam tu. Sejak aku bukan lagi bawah tanggungan ayah, ayah boleh siap gelakkan aku depan menantu ayah itu. Ohhh ayah, bukan kah aku ini anak kesayanganmu, yang ayah usap kepalaku lepas mewalikan aku tempohari, kata ayah, lepas ini aku dah jadi milik orang. Mungkin ayah belum boleh terima kenyataan yang anak kesayangan ayah sudah menjadi kesayangan orang lain pula.


    Srotttttt.. Aku sedut balik hingus yang nak terkeluar dari dua lubang hidungku...... Srotttttttttt...


    Ohhh... Sudah lah. Asyik beremosi saja. Mahu berfesbuk pula. Nak lihat status rakan-rakan. Apakah ada gosip-gosip terbaru? Apakah ada yang baru beli sofa baru? Apakah ada yang bergaduh laki bini tapi mahu di kongsi bersama rakan-rakan di febsuk? Arghhh.. Boleh join abang rambut ketak lepas ni, jadi wartawan melo-melo-melo-di.


    Sekian dahulu dari budak yang berbaju kurung pink di hari jumaat, tata -.

    27 comments:

    kata kila said...

    selamat menahan rindu

    hanie said...

    weekend balik la oi. bkn jauh pun!

    Anonymous said...

    sampai bila nak menanggung rindu?
    jom ar balik kg :D ~

    cikceriacorner said...

    balik kg best..macam-macam ada..heheh..:)

    Al said...

    ak da lame ilang sifat jati diri sjk jd org key el ni

    kahkahkah

    tp ak ttp rindu kg ak
    hukhuk...

    sahromnasrudin said...

    jom pi kelantan..aku ada kerja cikit kat cane hahahaha

    Lee said...

    Hello GC, I'm sure one day you will go overseas....
    Just live out your dreams, and dreams have been known to come true.
    You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

    Unknown said...

    ololo..budak comey berbaju kurung pink rindu kampg.sungguh sweet2nye.:)

    gadisBunga™ said...

    ni kes tak penah jauh2 dari family la ni.....lalala

    sabar ye...GB ada. hihi

    || NaFiRaa || said...

    ajak ler cik abang balik kedah~

    -MsGoodNite- said...

    Huhuhu... sedihnye gua baca. giliran gua nanti camne plak agaknye... huhuhu

    Cik Anita said...

    lorh.
    ingatkan rindu dengan encik suami.
    balik la kedah tu. bukan jauh sangat. kan?

    hentakbelipat said...

    kena la blajaq bahasa perak sama..nk blajaq senang pi nengok cita hantu kmak limah..mmg pegi

    cikpia said...

    aku balik kedah petang satgi..... nak join???

    jom la lepak ngan aku ngan kila sesekali.... kurang sket masa terluang, kurang sket masa nak layan emosi........

    tapi serius, aku 2minggu pertama dok manjung macam pompuan gila. balik umah ja teriak. dah la dok sorang2..... hang ada gak laki wat teman. =)

    Anonymous said...

    rindu itu pahit..tapi ubatnya manis..cewah!!

    MDT nak balik london esok pg.. :P

    ieda said...

    ada cuti balik ya dikk :)

    Linglung said...

    haihhh..xde keje lain, bergosip saja kejenya..

    gua paling jauh pergi oversea pun adalah pulau tioman dangan pulau perhentiaan..setakat ni la, lepas ni plan nak g langkawi pulak

    Carnation said...

    best wohh kedah lani
    petang2 hangat
    malam malam hujan

    sepet said...

    rasa rindu memang pedih! lagi-lagi kalu rindu pada megi mee kari. masyaAllahhhhhhhh!!

    sumpah aku x buleh nak habaq macam mana rasa itu!



    :D

    Unknown said...

    rindu itu bagus.. :)

    aNiS tHe BumbleBee said...

    balik pi laa sat...tu zahra dok panggey2 tu...pipi gebuz2,dok gelak2...pi balik cepatttttt!!

    hahahhaaa!!

    Khairi Mohd said...

    salam ziarah..

    Aircond? London sekarang macam peti ais okey. hehe.

    Anyway, suka ke Kota Sarang semut. alostaq. Hijau dan byk ikan puyu. fuh...

    one2paii said...

    cis..apo kono ekau jah..london ngan kedah bukannya jauh mana jah..2 -3 jam perjalanan jerk..cis..gua pun selalu balik kedah nek flight..gua kayo..tempah tihket yo..mudah laie jah o0oii

    Siti Noor Aminah said...

    kila: tahan rindu sama jugak macam tahan kentut. haha.

    kak cho: wiken pun laki aku keja ar kak cho. hoho.

    manje: huhu. tak tertahan dah rasa hati ini menanggung rindu. ceh, jiwang. haha.

    cikceriacorner: ahh.. saja ja nak api2 kan erk? huhu. tak mo kawan.

    Siti Noor Aminah said...

    al: bagus ar, kita kan anak jati kampung. Keh3x.

    sahrom: aku tak mo kelantan, aku nak kampung aku jugak!!! uwaaa...

    uncle lee: hi uncle, very nice advice from u. very appreciate that. have a nice day to u too. :p

    ecah: alolo. hang pun suwettt jugak. (bodek nak mintak kepsi nih). haha.

    GB: huhu. tak pernah jauh dr family, cmni la jadinya.

    kak nafira: cik abg keja hjg mggu. huhu. uwaaaaa..

    msgoodnite: gua syak, lu nanti mesti nangis je hari2. haha.

    nita: mmg ar tak jauh tp cik abg, wiken pn keja. huhu.

    hentakbelipat: rasanya tak lama lagi aku boleh khatam bahasa perak. haha.

    cikpia: aku pun mmg nak balik sllu. tp laki tk bg balik sorang2. nnt aku tumpang hg buleh dak? haha.

    Siti Noor Aminah said...

    mdt: nk ikut gk mdt balik london (eh, london ker indon?) haha.

    ieda: huhu. cuti tak de. ohhhh.. sedihnyaaa..

    linglung: wahh.. overseas sgt lah kan.. haha.. langkawi?? nak ikottt..

    six september: hang jahat, saja ja kan. tak mo kawan la camni. uwaaa..


    sepet: apa motif nak rindu kat megi kari weh? hahaha.

    heidi: rindu itu menandakan yg kita ni berperasaan. tk gitu? hehe.

    kak anis: ciss.. dok perangat pulak dah dia ni. tampaq baru tauuu... haha.

    khairi: eh, dok london ka? wah wah wah.

    one2paii: haha. statement cam taikk. rasa nak lempang jugak hg nih.

    -MsGoodNite- said...

    GC - boleh jadi lu betul kalo lu ckp gua nangis hari2...pasal masa gua mula2 keje jauh dri parents gua, hari2 gua nangis.. hahaha

    Total Pageviews

    My Followers