• News

    14 December, 2010

    Si Pencari Kerja

    Semalam ada seorang budak lelaki datang ke tempat kerja aku. Di sebabkan kerja di tempat baru ni lebih kurang macam receptionist jugak, maka aku tegur budak ni. Muda lagi, mungkin sebaya aku, tak pun sebaya adik-adik aku. Aku tanya, nak jumpa sapa.


    Aku sentap, dia tunjuk mulut dan telinga sambil geleng-geleng tangan. Maksudnya, dia pekak dan bisu. Dia tunjuk gaya pen dan kertas. Aku bagi.


    "Ada kosong kerja?" - dia tulis.


    Terbalik ayat dia. Sepatutnya ada kerja kosong.


    "Tak tahu" - aku tulis.


    Aku betul-betul tak tau ada kerja kosong atau tak. Dia kelam kabut keluarkan kertas yang banyak dari beg. 


    "Resume" - dia tulis.


    "Ok, nanti saya pass kat HR" - aku tulis. 


    Aku ingat dah setel dan dia pun nak beransur dari situ, jadinya aku tarik kertas dan pen, simpan. Tiba-tiba aku tengok budak tu macam nak cakap something. Aku hulur balik kertas dan pen.


    "Saya nak mintak no telefon awak" - dia tulis.


    Mulanya aku nak bagi no telefon ofis, terlupa pulak macam mana budak ni call sebab dia ada tulis dekat resume no telefon dia, tapi untuk SMS saja. Jadi, aku bagi jugak no telefon aku.


    Aku sempat belek resume dia, budak Politeknik Shah Alam. Course apa aku tak pasti. Aku harap dia dapat pekerjaan yang baik. Hati aku sentap, aku tak pernah communicate dengan orang bisu macam tu. 




    Semalam jugak, adik aku pergi interview. Dia tolak kerja tu, sebab dia kata, gaji yang di tawarkan tu rendah. Aku tanya rendah yang macam mana, dia kata, company tu offer RM 2.3k saja. Ok, malas nak cakap apa. Aku sendiri tak tau berapa dia expect untuk kerja tu. Yang penting, sekarang ni tak senang nak dapat kerja, tambah-tambah lagi untuk fresh graduate macam dia.



    i) budak lelaki tu pakai 2 handphone canggih. 1 blackberry, 1 lagi sony ericson. Aku pulak pakai dua-dua handphone cokia cap ayam. Arghhh.. bersyukur lah GC pakai handphone murah, janji hang sihat walafiat.



    ii) kawan aku, ada degree, kerja dengan gaji bawah RM 1k sebab tak ada pilihan. Janji kerja.

    20 comments:

    -MsGoodNite- said...

    gua 1st ke?

    er.. gua rasa touching baca entry ni walopun tak tahu tang mana yg touchingnyer. Part budak pekak n bisu tu kot?!

    pasal adik hang, dia mungkin rasa dgn kelayakan dia, dia patut dpt lebih. itu pasal dia tolak kerja tuh. takpe la, rezeki ada di mana2..insyaallah jika tidak berputus asa.

    -MsGoodNite- said...
    This comment has been removed by the author.
    Siti Noor Aminah said...

    -msgoodnite-

    hang tacing celah mana weh? igt buleh buat drama dak cerita aku ni

    Pala Maldini said...

    wah.. bagus lah nko, siap bagi no telepon.

    by the way, nko patut "SEKOLAH" kan adik nko tu.. jangan memilih kerja.

    RM2.3K kira gempak apa untuk permulaan... pelik!

    -MsGoodNite- said...

    -GC- tang budak OKU tu kot.. cara dia nk berkomunikasi. Hang pun kata, tu 1st time hang komunikasi dgn org pekak n bisu kan?!

    kiranya hebat jugak la budak tu di mata gua drp penceritaan hang ni..

    Siti Noor Aminah said...

    pala maldini,

    biaq je dia. mgkin dia punya expectation lebih dr tu. wallahualam.


    msgoodnite,

    dia nampak normal dr segi fizikal. kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada kan kalo kita tgk budak ni.

    HaN WarreN said...

    keje ape2 pun xpe janji halal....gua lagi respek orang keje kilang daripada merompak mencuri menyamun...

    Siti Noor Aminah said...

    hantwo,

    eh, gua penah keje kilang jugak weh.

    kucingorengemok said...

    o dia orang cakap memang tak ikut ayat macam kita... mencabar jugak nak kasi paham kan

    sahromnasrudin said...

    as salam..aku puji adik ko tolak kerja itu coz jelas dia yakin dengan apa yang dia mahu berdasarkan kemahiran dia..
    kalau dia percaya sumbangannya lebih dari RM 2.3 k, teruskan mencari krn pencarian tidak akan berjumpa dengan titik noktah...

    Siti Noor Aminah said...

    kog,

    dia cakap terbalik. lepas tu, dia tulis based on kata hati dia. contoh, sy nak nombor telefon awk.


    sahrom,

    salam, aku rasa utk fresh graduate, jgn terlalu memilih. cari pengalaman dlu, lepas tu tak kisah la kalau nak demanding pn.

    Cik Anita said...

    erm.
    Gaji 2k tu ok kot ekceli kalau untuk fresh graduate. Nak cari pengalaman pun kan. Kang memilih sangat tu yang jadi banyak penganggur tu..
    tak paham..ishk3

    Mun said...

    alahai..memilihnyer adik kamu... zaman skang...bukan mudah nak dapat keje.. bagi cikmoon rm2.3k bukannyer sikit..banyak tuu... huhu...

    Siti Noor Aminah said...

    anita,

    ahh..biar ar dia.malas nk ckp, kang merajuk. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    cik moon,

    haha. kang dia baca entri ni, mamposss... haha.

    Aleen Aiden said...

    adek2 ang..ade yg sebaya aku?muahaha :P

    Relevan said...

    yer ! jom kerja..selagi boleh bekerja..

    nuraarin-life said...

    2.3K dah cukup bagus untuk fresh graduate, bg pendapat saya..
    Bukan senang nak cari kerja, kalau ada pun kerja kontrak..

    ieda said...

    budak tuu bisu yer dikk .. cian dier ..

    Aida Azryn said...

    ada kosong kerja?haha.. >.<

    Total Pageviews

    My Followers