Wednesday, February 24, 2010

majlis pertunangan ku

Actually, rasa lawak gila nak attach gambar aku bertunang ritu.. Serius rasa nak gelak.. Tapi xpelah, untuk tidak menghampakan kawan2, so kt bawah ni aku kasi 1 gambar pertunanganku tempoh hari..

Poyo2, jangan gelak ye.. Malu lah i.. haha..


hilangnya pertimbangan akal

Kat Malaysia ni, dah kerap sangat kita dengar & tengok kt TV & paper, pasal kes budak2 kena culik. Dah culik tu 1 hal lah, kadang2 bila dah jumpa balik, sume dah jadi mayat. Ada sesetengah tu di potong kecik2 dan dimasukkan dalam beg, ada jugak yang dibuang dalam longkang. Antara kes yang paling menyayat hati adalah kes Adik Nurin Jazlin. Kes Adik Nurin Jazlin memang menggemparkan negara.

Meleleh ayaq mata bila baca cerita macam ni. Manusia dah tak guna otak yang Allah bagi. Otak yg membezakan antara manusia dengan binatang. Semakin hari semakin teruk. Banyak sangat cerita sedih kt Malaysia ni. Bukan setakat kes culik, rogol dan bunuh, tp termasuk jugak kes samun, rompak, buang bayi.

Manusia semakin kejam..!! Itu je yang aku boleh cakap. Tak berperikemanusian. Harap Allah bg balasan tu bukan setakat di akhirat je, tp di dunia jugak. So ibu bapa semua, jaga anak anda baik2. Mungkin anak dalam pengawasan manusia durjana yang tak ada otak. Pastikan anak anda di bawah pengawasan org dewasa sekiranya anda tidak dapat menemani mereka. Juga untuk anak2, lepas sekolah jangan merayau merata2. Terus balik rumah. Jangan jadi seperti pelajar2 di bawah ini. Sekian.

Tuesday, February 23, 2010

warna apa yang sesuai untuk tema majlis perkahwinan?

November 2010, akan menjadi tarikh keramat buat aku, sebab pada bulan ni, aku akan menamatkan zaman bujangku. Lambat lagi, tapi persedian kena buat dari sekarang kan. So, nak mintak advice dan juga idea yang yg best, warna apa yg sesuai untuk jadi tema majlis kawin aku nanti.

Dalam kepala aku yg agak berkarat ni, terfikir nak buat warna gold. Mak pn agak setuju dengan idea bernas aku ni. Tapi if ada sesapa yang ada cadangan yang lebih menarik, mungkin aku boleh pertimbangkan. Make sure, warna tu sesuai lah dengan warna kulit aku & Lan yg agak cerah2 tanah ni. Hehe.

Tolong bagi komen ye. Komen mana yg terbaik, akan di pertimbangkan. Terima kasih.

short entry for today

alhamdulillah.. I manage to re-organize my blog.. previously look very messy.. now look a bit ok.. hope u like it.. enjoy ya.. ;p

Sunday, February 21, 2010

cuti-cuti malaysia- teluk batik, perak

Malaysia memang mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi. Memang sesuai sangatlah slogan yang kerajaan Malaysia dok promote tu, cuti2 Malaysia. Baru-baru ni aku sempat lah melawat Teluk Batik,Perak. Waktu tu, memang lah agak ramai pengunjung kt situ. Sampai tak de tempat nk melepakkan diri. Akhirnya, selepas mengusya 1 port yg agak menarik iaitu di bawah pokok, terus aku & Lan melabuhkan bontot di situ. Lan sempat mandi2 dan makan makanan yang aku bawak. Konon2 cam aksi perkelahan pada hujung minggu.

So, layan je lah gambar2 yg ak sempat snap haritu.

** pokok apa ntah ni.. nmpk menarik sgt.. hihi



** Sekoq je.. kalo byk, boleh buat masak lemak ketam.. haha



** Teluk Batik



** Kat bawah pokok ni lah kami berdua melepakkan diri..



** Kelihatan di situ selipar Tesco ku.. hehe..

aku dah add something

salam fr all.. ak dh add something kt blog ak.. lepas ni, blh leave yr message n comment thru chat services yg ak baru je add bbrp minit lepas.. pls try ok.. hihi..

Thursday, February 18, 2010

alhamdulillah

salam fr all.. dh 2 hari ak mula bekerja since cuti raya cina ritu, bermula jumaat 12 feb smpai 16 feb.. dan alhamdulillah, pd tarikh 14 feb 2010 ak dgn rasminya selamat bergelar tunangan kepada Fazlan Amir.. insyaallah, majlis perkahwinan ak akan berlangsung pd bulan november 2010..

thanks utk kawan2 yg sudi mai pd majlis ak aritu// izza yg plg awal sampai.. then follow by wani n hasnah, najwa & husband serta kina.. thanks to my family n relatives also fr making my big day going smooth n successful..

dh change status ni, rasa mcm x de apa2.. mcm biasa2 jugak.. haha.. serius, ak rasa mcm feel tu xde.. ;(

so, skrg ni kena kerja kuat utk simpan duit.. aritu dh buat calculation, byk duit yg nk kena kuar.. kalo artis, xpe gk.. kang ada lah sapa2 nk sponsor.. hahaha.. yg plg penting, kena p kursus kawin.. haha.. malas gila nk p.. huhu..

nnti lps mekmi fwd gmbr2 bertunang, ak uplod dlm ni ok.. jgn gelak tau lps tgk gmbr2 ak nnti.. ok lah, nk smbung buat kerja.. papai..

Thursday, February 11, 2010

aku menangis lagi

salam fr all.. semalam ak menangis lg.. menangis, dlm erti kata org kedah pure cam ak ni, dh tntu lah teriak. semua ni bkn pasal personal life ak, memang xdak kena mengena dgn masalah kecik atau besar yg melanda idup ak, tp berkenaan seseorang.. sedih rasanya.. tak tertanggung lagi ak nk tahan ayaq mata dr guguq, tetap jatuh juga.. sebak ak menahan rasa, akhirnya dengan esakkan kecil, ak biarkan ayaq mata ak merembes kluar..

semalam ak tgk penderitaan sorang pakcik n makcik ni menjaga ank bongsu depa, umur 30 an tp fizikal mcm baby.. tangan dan kaki kurus melidi.. boleh nampak tulang2 yg mengerekot.. alhamdulillah, pakcik dan makcik tu masih kuat nk besarkan anak bongsu mereka.. dlm usia 71 thn (lebih tua dr ayah ak sebenarnya), pakcik tu masih kuat nk dukung ank lelaki dia.. bayangkan lah kalau apa2 jd kt pasangan pakcik makcik ni.. ;(

waktu aku sibuk menaip cite ni, ayaq mata ak sekali lg terasa berada di hujung kantung mata ak.. cepat benar nk merembes keluar.. sedih ak dgn setiap episod dalam cite Bersamamu kt tv3.. begitu teruk ujian dan dugaan yg Allah bg pada ak, lg teruk ujian yang Allah bg pd org lain.. sesungguhnya ak bersyukur dgn segala nikmat yg Allah bg pada ak selama ni.. dan ak terima ujian2 ni dgn redha.. ak percaya, sume yg terjadi dalam hidup kita, ada hikmah tersembunyi...

ak btl2 mengharap yg semoga pakcik dan makcik tu terus kuat demi ank bongsu mereka.. saat ni ak btl2 tingat kt ayah dan mak.. byknya pengorbanan depa utk aku dan adik2.. harap ak dpt balas jasa depa sementara depa masih ada.. amin.

**tengok muka budak2 ni, hati rasa senang ja.. dalam pic ni ada teh, caf, tam, paiz & ank kak ida - last pic, addina yg xdak gigi (anak my cousin)


Wednesday, February 10, 2010

boys over flowers

penah tak tengok cerita boys over flowers? very amazing story lah.. i like so much.. i watch this story with my housemate, kak ina.. credit give to her friend, if i not mistaken, nurul fr letting us borrow her DVD's. its hard to wait every single day at 8tv to see my cute Junpyo. love his smile so much & also the pretty lady, Jandi the macho girl. haha. my mum also like this story so much. keep asking me wht happend next. haha. sorry mum, cannot tell u. there's no surprise if i tell u, u need to watch & enjoy every single moment in this story. hihi.

kat bawah ni ada sebahagian dari cerita boys over flowers yang aku nak kongsi dengan semua.. tak tipu punya,memang aku ada nangis.. haha.. aku betul2 menyelami kesedihan yang Jandi hadapi waktu tu.. pengorbanan yang Junpyo buat demi nak puaskan hati mak dia.. dalam ni jugak terselit cinta 3 segi antara Junpyo, Jandi n Jihu.. dalam masa yang sama,wujud pulak watak "Monkey".. (aku dah lupa nama pompuan tu.just ingat nama yang Junpyo sllu panggil dia).. haha..

apa2pun, memang enjoy lah.. aku bg 5 bintang untuk cite boys over flowers. ;p

**ni ler sushi yg Jandi prepare untuk Junpyo.. sweet kan.. dia design ala2 Junpyo.. rambut kerinting Junpyo memikat hatiku.. haha..



**ni pulak gambar time Junpyo nak propose Jandi.. ending cite ni.. so sweet..


**sweet gila Junpyo senyum.. see his curly hair.. very menawan...


**part ni time Jandi nyanyi birthday song kt Junpyo.. time ni jugaklah mak Junpyo yg jahat announce yang Junpyo akan ditunangkan dengan akak Monkey


**sweet couple


**group F4 bersama Jandi


**part time Jandi kena buli kt Shinhwa School.. kesian Jandi waktu ni..

hari yang mendebarkan bakal tiba

salam fr all.. lagi 4 hari sebelum sampai hari yang di tunggu2.. neves? x jugak.. tapi rasa macam konfius.. lepas je tarikh tu, my status will be a bit different.. not much different, still same, but different lah.. haha.. dont know how to explain.. bergelar tunangan orang mungkin boleh latih diri aku untuk bersedia jadi seorang isteri yang taat. insyaallah. tak mudah nk tuned life, dari hidup yang serba simple as a single, then turn to in complicated life as a married person. complicated or not, just wait n see. Ya Allah, pls bless me.

kahwin dan bergelar isteri kepada seorang lelaki.. tanggungjawab yang besar.. itu yang harus di pikul.. susahnya nk jadi isteri yang solehah, kena taat kata2 suami.. orang yg egois macam aku terpaksa banyak bersabar.. orang yang keras kepala macam aku kena banyak mengalah.. sampai kadang2 aku rasa lelah.. penatnya bila prinsip kita selama ni kita pegang, macam dirobek2..

tapi aku selalu ingat pesan mak, kena banyak bersabar.. aku rasa, tahap kesabaran aku sangat nipis.. nipis macam kertas.. senang koyak.. Ya Allah, kuatkanlah diriku.. Permudahkanlah jalan untukku..

apa2 pun, aku harap segala proses pada tarikh 14hb februari nanti berjalan lancar.. 1 step forward to change my whole life.. hope the changes will bring more fun & happiness.. amin.

sukanya bila dia gembira..


muka caf pn monyok je..



kalo siyes, muka aku pn mcm ni jgk.. haha..

Monday, February 8, 2010

Lirik lagu UiTM Di Hatiku

syahdunya nyanyi lagu ni waktu konvo.. huhu.. seksanya nk abih blaja.. tp time blaja, bukan blaja.. banyak main je.. haha... dulu aku selalu buli adik2 junior nyanyi kuat2 waktu minggu orientasi.. almaklumlah, kak faci ni pun suka karok.. haha.. lawak gila time tu.. aku lah faci yang paling kecik.. tapi mintak maaf ye, takdak sorang pn yang berani buli aku.. haha.. kecik bukan sebarang kecik, kecik mai dari kola ruman.. haha..

UiTM Di Hatiku
===============

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah kesini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku..

Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa

watikah yang kumiliki
kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati
membela negara

doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...

nak makan apa?

salam fr all.. sejak dua menjak ni, nafsu makan aku memang lah luar biasa tahap gaban.. dh overweight dh ni.. haha.. even tak makan malam, tapi berat still x turun.. mungkin sebab x eksesais langsung.. tahap keghairahan aku terhadap makanan ni boleh di katakan di tahap yang tak berapa kronik lah.. hehe.. so, kt bwh ni aku sempat lah snap gambar2 makanan yang agak menarik pada kacamata seorang yang gila makan.. nyam3x..

nak makan tomyam x? sruttt....


prosperity burger.. rasanya waktu ni k.step belanja makan kat McD Bukit Jambul, Penang. Thanks to K.Step. hihi.


hmmm.. nasik pun ada.. tak sure ni nasik apa.. haha.. hentam je lah labu...


nyam3x.. menyelerakan... hirup kuah sikit... sruttt...


dan tak lupa, kalo sakit kepala or demam or batuk, boleh telan panadol sama ubat batuk.. hihi..

Thursday, February 4, 2010

cara nak kempiskan perut

haha.. sebok pulak surf tenet, cari cara nak kempiskan perut.. almaklumlah, perut dh berlipat dh ni.. haha.. sebelum ni, memang makan malam, tapi rasanya dah dekat sebulan aku tak makan malam.. kalau lapaq, minum soya je.. haha.. kadang2, terpaksa gak melantak.. yang herannya, berat aku tetap x turun2.. geram siot.. even hari2 panjat tangga flat aku tu, tetap jugak x turun2..

hmmm.. maybe penimbang kak ina ada problem kot.. (haha... salahkan alat timbang menimbang tu pulak).. so, tadi aku ada terjumpa 1 petua nk kempiskan perut, caranya dengan buat sit up.. rasanya xde masalah kot nak buat sit up ni, memandangkan sit up caranya mudah je.. cewahh.. berlagak lak..

so, blk keja ptg ni, try lah buat.. sehari buat 30x.. agak2,boleh kempis x perut aku ni? boleh kurang berapa inci ek? haha.. ada jugak petua nak kurus, kena minum ayaq teh dgn perahan limau tanpa gula.. yarksss.. xtau apa rasa.. memang lah aku sllu order teh o ais limau, tp yg bergula.. kalo yang tak bergula, mak aii.. tak dapat nak imagine lah rasa macam mana.. haha..

tapi takpe, try dlu lah macam mana.. balik kang, cari 2 bijik limau, teh tak payah beli, stok lama dah ada.. hihih.. hope plan ni berjalan dengan lancar.. ok, tata titi tutu...

mamak yang bengang

salam fr all.. hari selasa lepas, aku dengan kak ina merangkap housemate aku, telah berkunjung ke kedai nasik kandaq makbul, bayan baru yang terletak berhampiran dengan giant.. kami berdua memang pernah beli nasik kat sini, tapi dah lama sangat, rasanya lepas aku & kak ina pi hiking Bukit Jambul aritu..

nak jadikan cerita, aku pun sibuk lah memilih lauk2 yang memang menggoda selera aku.. tapi kelihatannya mamak itu sangat bengang dengan aksi aku yang asyik menyuruh dia menyedokkan lauk2 tersebut.. haha.. serius muka mamak tu bengang gila..

sampai turn kak ina, tak de lah banyak songeh sangat kak ina ni, pilih 1 lauk je, makanya mamak ini pun xde lah bengang sangat dengan kak ina.. hal ini menyebabkan, mamak tersebut telah charge makanan kak ina hanya rm4 manakala aku yang telah membuatkan beliau bengang, telah di charge rm8.40.. haha..

mungkin jugak encik mamak tu charge makanan aku mahal sedikit di sebabkan aku telah memilih lauk2 yg agak super duper delicious.. di sini dapat lah aku rumuskan yang mungkin jugak encik mamak tidak bengang dengan aku, sebaliknya memang harga nasik beserta lauk di situ yang mahal.. apa2 pun, makanan tersebut memang sedap dan aku telah melantak sehingga licin.. burrrppp... alhamdulillah..

aku harap, lepas ni kak ina boleh belanja aku makan pecal lele lagi kerana tidak adil, hanya beliau saja d belanja oleh kakak2 angkat beliau, iaitu kak step dan kak nomi.. huuhu.. sekian saja berita untuk hari ni, assalamualaikum.

Wednesday, February 3, 2010

welcome february 2010

Salam fr all.. What is an interesting fact about February 2010???

* 4 MONDAYS
* 4 TUESDAYS
* 4 WEDNESDAYS
* 4 THURSDAYS
* 4 FRIDAYS
* 4 SATURDAYS

and also;

* 4 SUNDAYS

It comes in only 11 years.. So, hope u all have a great moments in February 2010. Ok, tata titi tutu.

Tuesday, February 2, 2010

kenduri najwa hakimi-location: kepala batas, penang

salam fr all.. kt bawah ni ada gmbr2 time aku, kinah, izza n also kak pza waktu kenduri najwa kt kepala batas, penag.. alhamdulillah, dh selamat dh sorang.. coming, kinah pulak.. hihi.. sure kinah berdebar2 nk bergelar isteri lepas ni.. so, tak terlambat kot rasanya nk wish selamat pengantin baru kt najwa n suami.. ;p










lirik-cinta terakhir sing by Aiman

assalamualaikum.. korang penah dgr x lagu ni? aku rasa lagu ni penah jd lagu tema 1 drama kt tv.. tak sure pulak drama apa.. sedap gak suara Aiman ni.. rupa pun not bad.. haha.. sempat lagi tu.. ;p

lagu ni rasanya ada lah 2,3 minit kalo kita dengar, but then bila aku try search lirik lagu ni, mak aii... berapa kerat je.. haha.. tapi ok jugak bait2 kata lagu ni.. rasanya lepas ni aku pn boleh cuba tulis lirik kot.. mana lah tau ada bakat terpendam dan tersembunyi di sebalik sifat rock aku ni.. rock ka???!! haha..

mungkin maksud lagu ni psl takdir yg mgkin akan pisahkan sepasang kapel yg berjanji sehidup semati, tp mgkin jodoh xde, n kapel ni terpisah.. normal lah benda ni.. kita hanya merancang, tp Allah yg tentukan semua tu.. believe me, sume tu ada hikmah..

berterima kasih lah dengan Allah atas segala nikmat yg telah Allah pinjamkan untuk kita, dan redha dan bertawakallah dgn segala ujian yg Allah bagi.. ok, layan je lah lirik lagu Cinta Terakhir by Aiman..

Tajuk:Cinta Terakhir
Penyanyi:Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....