Wednesday, March 31, 2010

Boleh keluar caruman KWSP

SAYA merujuk kepada surat dari "Pencarum Risau", Kuala Lumpur mengenai pengeluaran pendidikan KWSP bagi membayar pinjaman kepada PTPTN yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari 2008.

Untuk makluman penulis, pengeluaran pendidikan telah diperkenalkan bertujuan untuk membolehkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli atau anak ahli di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam atau di luar negara. Ahli juga boleh membuat pengeluaran pendidikan ini untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Bank Rakyat.

Selain itu, agensi pinjaman pendidikan lain yang dibenarkan ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Mara, PTPTN, yayasan negeri, Yayasan Pendidikan Negeri dan koperasi yang berdaftar.

Maklumat tersebut mengenai pengeluaran pendidikan boleh diperoleh dengan melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.

- NIK AFFENDI JAAFAR,

Pengurus Kanan Perhubungan Awam,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Saturday, March 27, 2010

saman speed trap..!!

salam hujung minggu. aku menempek kat umah sepupu, guna laptop n broadband dia untuk berkongsi 1 cerita duka yang aku terima. aku di saman..!!

had laju 60km/j tp aku drive 79km/j. wahhh.. bengang gila aku. kalo boleh kompaun,maybe kena bayar dlm rm150 je. if tak boleh, klepet lah aku, kena bayar rm300!! big amount fr me.. uwaaaa... sgt sedih dan kuciwa...

kesalahan tu aku buat pd km 38.8 lebuh raya alor setar-butterworth. so frens, hati2. jgn jadi mangsa speed trap macam aku..!!!

Friday, March 26, 2010

selamat berhujung minggu bersama keluarga... yahuuuu...

salam penuh kemesraan from owner of this blog..

untuk makluman anda, blog ni akan bercuti selama 2 hari memandangkan aku nak balik kampung..!! haha.. yahuuu...

jumpa lagi hari isnin nanti. dalam masa yang sama, aku akan cuba siapkan blog baru khas untuk ex-uitm kedah.

harapnya, dengan penubuhan blog untuk ex-uitm kedah dapatlah merapatkan kembali hubungan sesama insan yang telah terjalin sewaktu sama2 menuntut di merbok, kedah. insyaallah. itu harapan aku. ;p

tunggu pengumuman yang aku akan buat nanti k pasal blog baru tu.. so excited to see all frens get together.. maybe boleh buat reunion balik..!!! wah.. good idea ni.. see how nanti.. ;p

ok, selamat berhujung minggu dan selamat berehat. berhati2 di jalan raya, pandu cermat, jiwa selamat. hehe.

Thursday, March 25, 2010

anak gadis pakcik bat.. hihi

ayah aku ada 4 orang anak pompuan, kakak aku (kak la), aku, ekmi & enah. kak la dah selamat kawin, yang bujangnya, tinggal aku, ekmi & enah. hehe.

orang cakap, muka aku & ekmi ada jugak iras. hehe. ada orang penah cakap jugak, aku ni adik kepada enah. haha. syok jugak.. ;p

gambar2 ni di ambil masa kami bertiga jenjalan kat tanjung dawai. sempat la jugak kami singgah kat tupah, merbok.

skrg ni, adik2 aku still blaja, sorang kt utm skudai (ekmi) & enah kt poli merlimau. kakak aku jaga rumah je, suri rumah sepenuh masa. hehe.

**model iklan klogate cap timba.. hehe.. waktu ni kat tanjung dawai. tgh tggu makanan..


***enah bergaya, berkaca mata itam.. ekmi kt blkg tersengih cam kambinggggg... haha..


***model racun semut.. hehe..


***gambar ni kt tupah lak.. sengih sokmo...


***pose macho dari mekmi & enah.. hehe..

kerabu pelam version mak aku buat.. ekekeeke

antara makanan feberet aku yang aku paling suka if mak aku prepare is kerabu pelam.. nyam3x.. very sedap.. cara2 nak buat pn senang, bahan2 nk pakai pun mudah nak dapat.. tapi tak penah pun aku buat, coz kalo aku buat, mesti tak berapa sedap. sudahnya, air tangan mak jugak yang paling sesuai dengan tekak aku.. hehe. aduih.. terus terbayang2 kat ruangan mata aku ni semangkuk kerabu pelam atas meja meja makan.. hishhh... kasi lapar saja lah this entri.. haha..

ok2, bahan2 yang anda perlukan untuk buat kerabu pelam, of kos lah pelam. tak kan betik pulak kot. hihi. lebih menarik lagi, kait buah pelam muda kat pokok tok aku. haha. kecian tok aku, tak dapat nak simpan pelam untuk cucu2 kesayangan dia yang lain. haha. nasib lah, sapa cepat, dia kenyang... haha.

ok, pelam dh ada, pastu anda perlukan cabai melaka, ikan rebus, belacan dan garam. see, mudah je kan nak sediakan semua bahan2 ni. hehe. ok, racikkan2 kan pelam macam yang anda selalu tengok kt kedai makan tu. rendamkan pelam tu dalam air garam. dah dapat amount yang anda rasa cukup untuk hidangan anda, tos kan pelam tersebut dan masukkan dalam mangkuk. potong cabai, dan masukkan belacan serta garam bersama pelam tadi. seterusnya, isi ikan rebus (selalunya mak aku pakai ikan kembung @ ikan temenung) pun di masukkan sekali. gaul2 dan picit sume bahan tadi bersama sedikit air untuk di jadikan kuah. hehe. rasa lah hasil kerabu pelam anda sebelum dihidangkan. sedap tak??? if tak sedap, cuba lagi lain kali. haha.

***aduihh.. tinggi lak pelam ni.. pi pinjam galah umah che nah sat.. haha..

Wednesday, March 24, 2010

aku yang rajin bekerja.. haha..

penatlah arini. tapi tak dapat nak balik kerja awal. banyak yang nak disiapkan. lagi cepat aku siapkan kerja2 ni, lagi lah cepat aku dapat rileks. dapat lah aku tulis panjang2 sikit. hehe.

cadangnya minggu ni aku nak balik kampung. insyaallah. mak mesti macam selalu, menanti kepulangan anak kesayangan dia balik. harap2 buah pelam still ada lagi kat pokok. dapat lah menyicah garam belacan dengan keman, mat ashraf n mat anas (anak2 sepupu aku). sambil bercerita ni, ada la 2,3 kali aku telan air liur. nyam3x.

kalau pun dah abih buah pelam tu, sure kak ja ada buat jeruk pelam. mintak kat dia sikit nanti. hehe. hidup berjiran kat kampung memang seronok. itu pun dengan orang yang rapat dengan kita. yang tak rapat & kaki mengata tu, mintak maaf lah. memang tak minat nk geng.


**mat ashraf yg tak pakai baju



**terlindung lak muka mat ashraf.. kakakaka

memang tak sabar nak balik. dapat makan masakan mak.. aduhh.. selesanya tekak. haha.

Tuesday, March 23, 2010

motivation-silent inspiration

Always REMEMBER We are VERY LUCKY people
There are others VERY MUCH WORST off than us

Be glad with what you have.......

Never believe what the lines of your hand predict about your future,
because people who don't have hands also have a future... Believe in yourself





RNR JELI



hihi.. mesti budak2 ni bengang coz aku letak gambar depa kat sini.. haha.. lantak lah.. tuan yang send mms ni xde lak dalam ni.. rasanya ni depa on the way nak balik ke tempat depa mengajar.. bestnya mereka coz dapat sama2 dari zaman belajar kt uitm dulu smpai lah sekarang.. kot lepas kawin pun, sume janji nak duduk dekat2 jgk kot.. haha.. wallahualam..

last jumpa uda n kak di masa depa mai kenduri kt kampung aku aritu.. rindu lah kt kakak putih aku tu, si hidayah.. dia nampak putih, hasil sentuhan produk tia amelia.. hehe.. aku pun kena try jugak nih.. kot2 dapat putih macam kak di.. hehe..

ok, tatap lah gambar kt atas ni.. ada farah, uda & wani.. mesti lah tukang amek gambar ni si kakak putih.. haha..

Saturday, March 20, 2010

bulan Mac yang sangat slow

hmmm.. rasanya lambat pulak nak abihkan bulan mac ni.. haha.. bukan apa, RM sudah hampir kering sambil2 nak tunggu sampai 30hb, rasa macam lambat bebenor.. bukan je lambat macam kura2 berjalan, tapi dh macam siput khinzir berjalan je.. haha..

balik kampung petang jumaat hari tu, ujan sepanjang jalan.. hujan rahmat tu, dah lama sangat tak hujan.. panas sangat kat penang ni.. if sidai baju pagi before p keja, balik keja kang, dah boleh angkat.. besanya baju still lembab2 lg.. panas pun merungut, hujan pun merungut.. ishhh... tak reti bersyukur langsung.. huhu.. insaf2...

hari sabtu (13 mac 2010), salah sorang kawan waktu sekolah rendah kawin. dah lama rasanya tak bercakap dengan mamat ni. even sekampung & sekelas, memang tak cakap sangat lah dengan dia. bukan aku yang sombong, tapi budak ni yang diam sangat. aku pulak, kalau orang tu diam sangat, malas lah nak cakap. lagipun sekolah dulu aku agak busy dengan pertandingan2 yang aku sertai. cewaahhh... poyo gila ni. cam masuk bakul angkat sendiri tapi, ini lah kebenarannya.. haha..

penat jugak lah, dari pagi sampai ke petang aku dok kt kenduri ni.. tak sanggup nak tengok mak and mak sedara bertungkus lumus nk bersihkan meja n angkat pinggan2 tetamu yang mai ritu.. sambil2 tu, memang aku tunggu 2 orang kawan waktu kt uitm dlu sampai.. hehe.. bersama BF nya.. dh lama sangat tak jumpa.. alhamdulillah, berkesempatan jugak jumpa dengan kawan2 lama.. terharunya..

insyaallah, nanti aku akan share story psl kenduri2 kt kampung, berbeza sikit lah dgn kenduri2 kt pekan.. apa2 pun, aku bersyukur di lahirkan kat kampung even orang cakap, jadi orang kampung, mesti kolot.. haha.. aku tak kisah langsung if ada yang cakap aku kolot.. sebab aku memang suka dengan family aku, sedara mara aku, life aku.. bersyukur sgt2..

kepada yang masih cakap orang kampung ni kolot, trust me, before this, datuk nenek korang pn "asal dari kampung" gak.. psttt... pinjam tagline kumpulan kecik sat, juara raja lawak musim ke 4. hehe.

Iman Semut Vs Iman Manusia

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup
untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke
dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat
gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi
kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Ima m Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...

Thursday, March 18, 2010

INSPIRING STORY OF MISS INDIA 2009

Wanna share this story with u all.. inspire me a lot.. when i'm down, i need to do something to make me feel strong. think about my mum, give me an extraordinary spirit to stand & be strong. i watch Bersamamu at TV3 to motivate my self that im not the only person in this world having gigantic problem. im very thankful with what i have in my life. Alhamdulillah..


READ THIS STORY OF MISS INDIA - TO KNOW HOW HER MOTHER SACRIFICED HER LIFE TO MAKE HER DAUGHTER WORLD FAMOUS IN THE END !!!

Story of Miss India 2009- an inspiring story for every woman!!!

Neera Chopra lived through abuse, poverty and some tough choices to make her once-unwanted girl child, Pooja Chopra, the Pantaloons Femina Miss Pooja Chopra with her mother.

I don't know where to begin... they were terrible times. My husband was well-placed, but the marriage had begun to sink almost as soon as it began. Like most women do, I tried to work against all the odds .

My in-laws insisted everything would be alright if I had a son. My first child was a daughter, and that didn't do me any good... but I couldn't walk out. I had lost my father, my brother was in a not-so-senior position in Bata. I didn't want to be a burden on my family and continued to live in my marital home in Kolkata.

I looked after my mother-inlaw, who was suffering from cancer, and while bathing her, I would tell myself she would bless me and put things right.

I don't know how I tolerated it all. The least a man can do, if he must philander, is to not flaunt his women in his wife's face. Then began the manhandling. I still wanted my marriage to survive. I was a pure vegetarian and learnt to cook non-vegetarian delicacies thinking it would please him.

Then, I was pregnant again. When Pooja was eight months in my womb, my husband brought a girl to the house and announced he would marry her. I thought of killing myself. I hung on the slight hope that if the baby was a boy, my marriage could be saved.

When Pooja was born a girl, for three days, nobody came to the hospital. There was a squadron leader's wife on the opposite bed, who was kind enough to give me baby clothes for Pooja to wear. When she was 20 days old, I had to make a choice. I left the house with my girls ' Pooja and Shubra, who was seven then. I haven't seen my husband since. I promised myself, even if we had just one roti, we would share it, but together.

I began life in Mumbai with the support of my mother, brother, who was by then married. It wasn't the ideal situation, especially when he had children ' space, money, everything was short. I began work at the Taj Colaba and got my own place. How did I manage' Truth be told, I would put a chatai on the floor, leave two glasses of milk and some food, and bolt the door from outside before going to work. I would leave the key with the neighbours and tell the kids to shout out to them when it was time to leave for school.

Their tiny hands would do homework on their own, feed themselves on days that I worked late. My elder daughter Shubhra would make Pooja do her corrections... This is how they grew up. At a birthday party, Pooja would not eat her piece of cake, but pack it and bring it home to share with her sister. When Shubhra started working, she would skip lunch and pack a chicken sandwich that she would slip in her sister's lunchbox the next day.

I used to pray, 'God, punish me for my karma, but not my innocent little kids. Please let me provide them the basics.' I used to struggle for shoes, socks, uniforms. I was living in Bangur Nagar, Goregaon. Pooja would walk four bus stops down to the St Thomas Academy . Then, too little to cross the road, she would ask a passerby to help her. I had to save the bus money to be able to put some milk in their bodies.

Life began to change when I got a job for Rs 6,000 at the then Goa Penta. Mr Chhabra, the owner, and his wife, were kind enough to provide a loan for me. I sent my daughters to my sister's house in Pune, with my mother as support. I spent four years working in Goa while I saved to buy a small one-bedroom house in Pune (where the family still lives). I would work 16-18 hours a day, not even taking weekly offs to accumulate leave and visit my daughters three or four times a year.

Once I bought my house and found a job in Pune, life began to settle. I worked in Hotel Blue Diamond for a year and then finally joined Mainland China ' which changed my life. The consideration of the team and management brought me the stability to bring them up, despite late hours and the travelling a hotelier must do.

Shubhra got a job in Hotel Blue Diamond, being the youngest employee there while still in college, and managed to finish her Masters in commerce and her BBM. Today, she is married to a sweet Catholic boy who is in the Merchant Navy and has a sweet daughter. I continue to finish my day job and come home and take tuitions, as I have done for all these years. I also do all my household chores myself.

Through the years, Shubhra has been my anchor and Pooja, the rock. Pooja's tiny hands have wiped away my tears when I broke down. She has stood up for me, when I couldn't speak for myself. Academically brilliant, she participated in all extra-curricular activities.. When she needed high heels to model in, she did odd shows and bought them for herself.

When I saw Pooja give her speech on TV, I knew it came from her heart. I could see the twinkle in her eye. And I thought to myself as she won 'My God, this is my little girl.' God was trying to tell me something.

Today, I've no regrets. I believe every cloud has a silver lining. As a mother, I've done nothing great.

'I won due to my mother's karma'

Pantaloons Femina Miss India Pooja Chopra's mother promised 'One day, this girl will make me proud'. Pooja speaks on fulfilling that promise... When I was 20 days old, my mother was asked to make a choice. It was either me ' a girl child, or her husband. She chose me. As she walked out she turned around and told her husband, 'One day, this girl will make me proud'. That day has come. Her husband went on to marry a woman who gave him two sons. Today, as I stand here a Miss India, I don't even know if my father knows that it is me, his daughter, who has set out to conquer the world, a crown on my head. Our lives have not been easy, least so for my mother. Financially, emotionally, she struggled to stay afloat, to keep her job and yet allow us to be the best that we could be. I was given only one condition when I started modelling ' my grades wouldn't drop.

All the girls in the pageant worked hard, but my edge was my mother's sacrifice, her karma. Today, when people call to congratulate me, it's not me they pay tribute to, but to her life and her struggle. She's the true Woman of Substance. She is my light, my mentor, my driving force. My win was merely God's way of compensating her.

Wednesday, March 17, 2010

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

TARIKH TUTUP : 29 MAC 2010

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisikekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2010. Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK

- PENSYARAH UNIVERSITI* GRED VK7/VK6/DS53/ DS51/DS45
- GURU BAHASA GRED DG41
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
- SKIM FELLOWSHIP (TUTOR) GRED DA41

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

- PEGAWAI PERGIGIAN U48
- PEGAWAI PERGIGIAN U44
- PEGAWAI PERUBATAN UD43
- PEGAWAI KESELAMATAN KP44
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- PENERBIT RANCANGAN B41
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
- PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
- PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
- SETIAUSAHA PEJABAT N27
- AHLI FOTOGRAFI B27
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R24
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
- PEMBANTU PENERBITAN N17
- PEMBANTU AKAUNTAN W17
- AHLI MUZIK (ALAT MUZIK TRADISIONAL, VIOLIN) B17
- PEMBANTU MAKMAL C17
- JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
- ARTIS BUDAYA B17
- JURUTEKNIK (ELEKTRONIK) J17
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- TUKANG K1(ELEKTRIK) R17
- TUKANG K2 (AWAM) R11
- TUKANG K3 (AWAM) R9
- PEKERJA AWAM R1

IKLAN JAWATAN:
http://www.ziddu. com/download/ 8973688/songdiUn iversitiPendidik anSultanIdrisUPS IMac2010. doc.html

atau

http://www.scribd. com/doc/28369065 /iklan-jawatan- kosong-di- universiti- pendidikan- sultan-idris- upsi-mac- 2010

i. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. http://myjobs. upsi.edu. my/job/recruitme nt.jsp

Cetakan ID, CV dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan
hendaklah dihantar ke alamat

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

http://www.upsi. edu.my

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

TARIKH TUTUP : 22 MAC 2010

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut:

JAWATAN:
- Penolong Akauntan W27 - Tetap (DBP Ibu Pejabat)
- Pustakawan S41 - Sambilan (Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah)

IKLAN JAWATAN
http://www.ziddu. com/download/ 8931830/watanKos ongTetapdiDewanB ahasaPusakaDBPMa c2010.doc. html

BORANG PERMOHONAN
http://www.ziddu. com/download/ 8931829/BorangJa watanDewanBahasa danPustakaDBP. pdf.html

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

http://www.dbp. gov.my

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

TARIKH TUTUP : 21 MAC 2010


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
PERJAWATAN BUKAN AKADEMIK (TEKNIKAL)
1. PEGAWAI SAINS C41
2. PENOLONG JURUTERA J29
3. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J29
4. PEMBANTU MAKMAL C17
5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

PERJAWATAN BUKAN AKADEMIK (PENTADBIRAN DAN SOKONGAN)
1. PEGAWAI PERUBATAN U43
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
6. PEGAWAI KEBUDAYAAN B17
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N17 /N27
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17
9. PENYELIA ASRAMA N17
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
11. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN TEKNIKAL
http://www.ziddu. com/download/ 8929027/Iklanjaw atankosongTeknik alUMPSiri1- 2010.pdf. html
atau
http://www.scribd. com/Iklan- Jawatan-Kosong- Teknikal- UMP-Siri- 1-2010/d/ 28239107

IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN & SOKONGAN
http://www.ziddu. com/download/ 8929028/Iklanjaw atankosongPPSkgn UMPSiri1- 2010.pdf. html
atau
http://www.scribd. com/doc/28239031 /Iklan-Jawatan- Kosong-P- amp-P-Skgn- UMP-Siri- 1-2010

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE di: http://www.ump. edu.my

Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Sila hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah.

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

WANITA YANG SUKA MENANGIS....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui..


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kau tahu:

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

tips nak kelihatan cantik.. selamat mencuba..

tips nak kelihatan cantik.. selamat mencuba..

Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

komen aku: agak2 boleh tak guna air kelapa yang dijual kat tepi2 jalan tu.. hehe..


Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.

komen aku: rambai ni kan buah2an bermusim.. susah gk nak cari kulit rambai tu..


Rambut kekal hitam

Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.

komen aku: tak penah nampak bunga tebu hitam. pokok tebu biasa, selalu lah nampak

Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.


komen aku: yang ni macam senang jugak. tapi kalau guna lesung batu, pastikan lesung tu di cuci bersih2. kot kalau sebelum ni guna untuk tumbuk sambal belacan, mau berapi muka...



Seri wajah

Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

komen aku: hihi.. guna uncang teh boh.. tido malam, penuh serbuk teh atas bantal..

Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.

komen aku: cara ni pn sesuai untuk panas kepala.. lendir2 kt daun bunga raya berfungsi untuk bagi kesejukkan.. hehe..


Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.

komen aku: sireh tok aku guna untuk makan dengan pinang

Rambut beruban & kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelemumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.

komen aku: air kelapa tua je, kalau guna air kelapa muda, kurang mujarab...

Memutihkan gigi

Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.

komen aku: rasa macam nak try je tips ni.. hehe..


Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

komen aku: tips ni pn cam best je. boleh try....


Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

komen aku: dah try..!! sampai abih asam jawa kat rumah.. haha..


Melembutkan rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

komen aku: kalau terlebih beli kangkung, jangan risau. boleh buat kangkung goreng belacan..

Monday, March 15, 2010

tukang garu??

aku berasal dari sebuah kampung kecil, terletak dalam daerah sik, kedah darulaman. 30minit dari tol gurun, tak lah jauh sangat sekiranya hangpa memandu 90km/j untuk sampai ke kampung aku. terletak bersebelahan kampung kota bukit dan jugak kampung kalai. untuk pengetahuan hangpa jugak, kampung kalai ni adalah perkampungan siam tapi majoriti penduduk siam ni adalah rakyat Malaysia (bumiputera).

nak sampai ke kampung aku, memang akan melalui kawasan kelapa sawit dan pokok getah. jalan raya pulak,tak lah elok mana kalau nak dibandingkan dengan jalan raya kat pekan2 besar. almaklumlah, lori balak, lori tanah, lori pasir selalu lalu lalang. jalan memang lubang sana sini. itu sebab lah kereta aku dah berapa kali kena buat alignment balancing. haha. tapi insyaallah, pihak kerajaan akan cuba untuk tingkatkan taraf jalan raya kat kampung aku sikit masa lagi. haha. poyo. macam lah aku tau sangat plan pihak kerajaan negeri. hehe.

kebanyakkan penduduk kampung aku bertugas sebagai tukang garu. haha. suspen??? tukang garu pokok getah lah. even mak ayah aku sendiri pun kerja menoreh gak. pendapatan?? hmmm.. boleh lah untuk tampung keperluan rumah, simpanan untuk waktu kecemasan dan jugak untuk persekolahan anak2. tapi ada jugak yang over kaya coz banyak kebun getah, macam jiran terdekat, mak limah yang pendapatan beliau mencecah rm500 seminggu. korang tak jeles ka hah? kerja sampai pukul 12 tengahari je, tetapi income memang mantop, mengalahkan kita yang kerja kat ofis. haha.

ok, kat sini nk cerita panjang lebar sikit lah pasal kerja menoreh getah ni sebabnya aku sendiri pun pernah berkecimpung dalam bidang ni secara x sengaja selepas aku berjaya menghabiskan sesi pengajian aku di Uitm Kampus Sg. Petani dalam jurusan Bachelor Business Administration (Hons.) Islamic Banking.

Waktu tu, aku kerja menggaru pokok getah kat kebun ayah aku lah. Income?? Hehe. Alhamdulillah, bergantung kepada harga getah semasa. Contohnya, sekilo rm3.40, so darab lah dengan hasil getah hangpa. Sekali jual getah sekerap, dah boleh dapat rm200. Maknanya, rm200 untuk 4 hari menggaru. Waktu habih bekerja bergantung kepada kecekapan hangpa menggaru. Selalunya, sebelum pukul 11 pgi aku dah boleh berada di rumah, rehat dan memulakan aktiviti untuk memasak makanan tengahari.

Biarpun ada segelintir masyarakat kampung yang mengutuk tindakan aku menggaru pokok getah sedangkan aku adalah seorang mahasiswi, aku pekakkan telinga & buat rilek saja memandangkan bukanlah mereka yang memberikan aku duit. haha. dengan duit tu lah aku mampu membeli dapur gas baru, cerek letrik untuk mak & henpon nokia 5300 express music yang menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. alhamdulillah, sampai sekarang henpon tu masih bersama aku. elok lagi keadaan henpon tersebut. di samping itu, sempat jugak lah aku saving few ratus ringgit hasil pekerjaanku sebagai tukang garu pokok.. ;p

Selepas beberapa bulan bergelut dengan bau busuk, aku akhirnya terpaksa melepaskan jawatan sementara aku itu kerana aku telah di offer untuk bekerja sebagai cikgu ganti di sekolah kebangsaan padang chicak. sebenarnya, aku tak berapa minat dengan pekerjaan sebagai guru ganti, tapi memandangkan aku di desak oleh ramai pihak untuk menyalurkan ilmu yang ada kepada insan2 kecil yang lebih memerlukan, makanya aku beralah jua. huhu.

Aku bersyukur kerana berpeluang untuk melalui pelbagai pengalaman hidup yang aku rasa tak semua orang dapat. semua ni mematangkan aku sikit demi sedikit. pengalaman tu bagi aku adalah satu ilmu yang tak dapat di beli dengan duit ringgit, yang kita dapat kongsi dengan orang, tapi orang takkan faham selagi benda tu depa belom penah tempuhi. get what i mean? hahaha. lantak lah faham ka tak.

ok, dats all yang dapat share pasal pengalaman aku dengan hangpa semua. bukan umur yang mengajar kita erti kehidupan, tapi pengalaman yang mematangkan kita. usahlah dilihat apa yang tiada, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada. assalamualaikum.

** hati2 masuk kebun getah, takut terjumpa ulaq..

isteri dambaan suami

Tajuk entry kat atas ni memang begitu menusuk kalbu, sebab memang aku betul-betul berharap yang aku dan kawan-kawan semua dapat jadi isteri solehah dambaan suami. Insyaallah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

Berdasarkan hadis di atas, dapat aku rumuskan yang tugas seorang isteri yang baik ialah mampu melayan suami sebaik mungkin dalam semua bidang, ketaatan yang tidak berbelah bagi asalkan ia di-redhai oleh Allah s.w.t dan mampu menjaga nama baik dan harta suami semasa ketiadaan suaminya.
Memang payah untuk menjadi isteri yang baik dan taat kepada suami. Tapi, kalau kena caranya, memang seorang isteri itu layak di gelar isteri solehah. Walaupun masih berstatus bujang dan status baru insyaallah akan bertukar pada bulan November 2010 nanti, aku seperti mana perempuan-perempuan lain yang akan berkahwin, selalu mengharapkan yang aku dapat menjadi isteri yg solehah, biarpun ego akan tercalar, hati makin sakit demi menjaga hati seorang lelaki bergelar suami. Syurga isteri di bawah kaki suami. Di sini, ada beberapa panduan yang aku dapat kongsikan dengan kawan-kawan. Harapan aku, agar kita dapat sama-sama menjadi isteri yang terbaik buat suami kita. Amin.

1. Isteri yang cerdik

Sekarang ni memang dah biasa sangat kita jumpa pasangan suami isteri yang mana si isteri adalah graduan universiti sebaliknya si suami hanya lepasan SPM. Tapi kat sini, isteri yang cerdik bukan setakat cerdik dalam bidang akademik, bukan kejayaan tersebut yang kita kena tonjolkan, tapi isteri yang cerdik ialah isteri yang mengenali siapa suami kita, tahu macam mana nak ambil hati suami, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, dan tidak hanya tahu merajuk tak tentu pasal.

2.'Assistant' dalam pengurusan kewangan keluarga

Sebolehnya, isteri buang lah tabiat suka bershopping, sebab tabiat ni bukan menguntungkan sapa2 pun melainkan tokey kedai jugak. Sebaiknya, duit yang ada di simpan dengan baik di dalam bank ataupun dalam Tabung Haji, mungkin bila sampai time nak pakai duit nanti, tak payah dah nk buat muka welfare nak pinjam sana sini.

Bagi isteri yang tidak bekerja, mungkin jugak boleh manfaatkan duit bulanan yang suami bagi. Manage betul-betul duit tu, insyaallah mungkin lebihan duit tu kita boleh simpan. Mana lah nak tau, nanti sakit demam, nak kena pi amik ubat kat klinik pulak. Perlu di ingat, zaman sekarang, semua benda memerlukan duit. Kalau kita mampu untuk membantu suami, pasti suami lagi menghargai kita. Insyaallah.

3. Assistant Manager

Memang tak dinafikan yang suami adalah ketua keluarga, memimpin dan membimbing isteri dan anak-anak. Beban yang berat terpikul kat bahu suami tu ibarat seorang manager yang kena bijak, bertanggungjawab, fokus, sabar untuk uruskan hal-hal rumahtangga. Jadi kat sini, isteri berperanan sebagai assistant manager untuk tolong suami, samada hal-hal kecik mau pun besar. Tapi perlu di ingat, keputusan yang di buat oleh suami jangan sampai membelakangkan manager. Kang dia hangin 1 badan lak.

4. Selalu di belakang suami

Selalu lah bersama suami di saat sudah dan senang. Drama kt TV pn selalu sangat tayang cerita camni, time senang je isteri di belakang suami, sebaliknya bila suami dalam keadaan susah, abang ke mana, sayang pn ntah ke mana jugak. Ambik lah mak ayah kita sebagai contoh yang paling dekat, yang mana mak selalu menyokong dan bagi kata2 semangat kt ayah di saat susah dan duka ayah.

Sekiranya kita mampu buat macam tu, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Mau atau tidak, reti atau tak reti, sorang isteri tu mesti kena pandai masak. Bukan kata pandai masak macam sorang professional chef, tp boleh lah masak masakan yg simple pn di kira OK. Lagi best kalau kita boleh masakkan makanan feberet husband kita. Apa2 pun, sorang husband mesti nak makan hasil air tangan wife dia. Takkan asyik nak makan kt kedai je. Kan tadi dah cakap, as a wife, kita ni kena jadi assistant dalam pengurusan kewangan. Kalau kata asyik makan kt kedai je, bila masa nk berjimat cermat?? Hmmm... So apa lagi, kena lah improve skill masakan kita sume. hehe.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami 'out station' kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Friday, March 12, 2010

90 DAYS FOR MUM CAMPAIGN - Please vote for the mummys!!!

Kepada kawan2ku,
Sapa2 yang ada plan plan nak beranak / sedang mengandung, cepat2 vote nanti hampa semua dapat peluang 90 hari ni…

Hi,


National Union of Bank Employees (NUBE) are submitting a petition for “90

Days for Mum” campaign, requesting to the government to increase existing

paid maternity leave from 60 days to 90 days and they’re collecting 1

million signature to submit to the government, and the petition will close

by 6th June.



If you didn’t know already, Malaysia is among lowest in Statutory maternity

leave in Southeast Asia:



· Singapore – 112 days (16 weeks)

· Thailand – 90 days (3 months)

· Cambodia – 90 days

· Indonesia – 90 days

· Malaysia – 60 days



Go to this website to give your support and submit your name to the

petition (key-in your IC number without the dash):

http://www.nube.org.my/pd/petitionE.aspx

siti, situ, sana, sini

mengantuk sangat, ntah berapa kali aku menguap. huargghhhh... semalam tido tak lah lewat sangat. pagi tadi dah take heavy breakfast, nasik lemak lauk ikan bilis goreng, telur goreng & sambal kerang. boleh tahan lah nasik lemak tu, yang tak boleh tahan, harga... sebab tu aku prefer beli bun chocolate je, tak pun, bawak sandwich tuna dari rumah. murah tapi kenyang. kalau tiba2 mood rajin tu sampai, seminggu sekali mesti aku akan goreng bihun singapore. selalunya aku masak lebih, bukan untuk aku sorang je, tak lupa untuk housemate aku sekali. bukankah bagus, apa yang kita ada di kongsi bersama orang lain? insyaallah, lagi berkat rezeki yang kita dapat.

lepas kerja, aku kena rempit sikit, ambik kak ina kt tempat kerja dia, then drive ke butterworth. tiket kak ina nak balik kampung dh habih daaa.. lagipun memang sejalan, aku pun kebetulan memang nak balik kampung hari ni. so why not kak ina tumpang aku je sampai ke butterworth. kalau ambik bus, lambat pulak dia nak sampai ke jetty, then kena tunggu feri pulak. pendek kata, memang makan masa jugak lah.

teringat pulak zaman aku masih menggunakan perkhidmatan bus rapid penang. tunggu lama, panas, peluh, memang dah jadi lumrah. kononnya spray perfume wangi2, nanti dh lama sangat tunggu bus, bau wangi hilang berganti bau peluh je. kalau bernasib baik, mungkin tak lama tunggu, bus dah sampai. masuk je dalam bus, tak de tempat duduk pulak. kena lah berdiri. tiap kali masuk je dalam bus, mesti ada warga asing. memang tak sah dan sangat lah mustahil kalau naik bus, & this group tak de.

memang banyak sangat pengalaman waktu dulu, time masih tak de pengangkutan sendiri. but then alhamdulillah, dengan rezeki dari Allah dan bantuan dari ayah, dapatlah aku sebiji keta kecik (sesuai dengan size badan aku yang kecik jugak).hehe. dulu, badan agak slim sebab hari2 kena jalan jauh dari tempat aku turun bus nak ke tempat kerja. kiranya, eksesais lah. hari2 dapat keluarkan peluh. tapi sekarang, badan yang slim dah tukar jadi chubby sebab kadar ke eksesaisan aku tu dah kurang. haha. hanya mulut dan mata serta jari2 je yang banyak ber eksesais. mulut2 di gunakan untuk bercakap & gelak, mata untuk menonton skrin tv, jari2 untuk reply email dan sms. wakakakaaka..

hampir 2 minggu jugak tak tengok kampung halaman, terutama sekali mak. rindu kat mak. nanti dah kawin, tak dapat nak balik tengok mak selalu. sedihnya.. kena bergilir2 balik rumah mak & mak. eh, nanti ada 2 mak, 2 ayah, adik2 perempuan yang akan jd 4 orang, abg2 yang akan jadi 4 orang jugak, dan kakak, tetap sorang.. hmmmm...

opsss... lupa pulak pasal kakak tunggal aku. bila ntah dia bersalin.. haha.. teruk lah, tak amek berat langsung pasal kakak sendiri. excited ni nak dapat anak saudara, tak kisah laki or pompuan, yang penting baby & kakak aku sihat.

ok lah, nak sambung buat kerja. actually kerja tak banyak sangat, tapi saja nak spend time untuk kumpul material blog yang 1 lagi. yes2x.. sekarang aku ada 2 blog, tapi blog 1 lagi khusus untuk material in english je. saja2 separate, nak bereksperimen dengan dunia blogging ni. hehe. ok, assalamualaikum.

**kat bawah ni ada lah few pictures yang aku sempat rakamkan dengan camera yang setia menemani aku sepanjang beberapa tahun ni.. gambar2 ni di ambil waktu aku kat atas feri..










Thursday, March 11, 2010

pekerjaan aku sebagai cikgu ganti

sebelum aku memulakan pekerjaan aku di Esquel Malaysia Sdn. Berhad, aku terlebih dahulu bertugas sebagai cikgu ganti di Sek. Keb. Padang Chicak, Jeniang, Kedah. Tugas tersebut aku pikul dalam 2bulan saja, menggantikan Cikgu Fazilah yang cuti bersalin. Aku dihendaki mengajar subjek matematik untuk budak2 darjah 1 dan 3, pendidikan jasmani dan jugak literasi komputer untuk darjah 4.

tugas yang agak mencabar sebenarnya. aku berhempas pulas mengawal keadaan kelas, dengan kenakalan budak2 darjah 1 pada tahap yang agak luar biasa. minggu pertama mengajar, aku dah mula sakit2 tekak, suara hampir hilang sebab asyik menjerit. sorang je yang mintak kebenaran nak ke toilet, menderu lg 5 orang dr belakang. mau aku x menjerit..hampess..

berkat ketekunan dan riak wajah yang agak garang, aku akhirnya berjaya mengawal situasi dalam kelas2 yang aku masuki. terutamanya budak2 darjah 3. aku memang garang, tambah2 bila budak2 tu tak tau sifir. ada yang aku suruh berdiri kat belakang kelas. walaupun aku rasa amat bersalah buat camtu, tapi kalau tak di paksa, budak2 tu tak kan boleh.

ada jugak yang langsung tak boleh menulis nombor2. terpaksa lah aku pegang pensel n ajar camne nak menulis. ohhh... mulianya pekerjaan ni.. kat situ pun ada student berbangsa siam. lawaknya, aku boleh mengira 1 sampai 10 dalam bahasa siam. untuk memudahkan urusan pengajaran aku coz ada jugak budak yang xreti nk counting one to ten, so terpaksalah aku mengira neng, song, sam, se, ha, hot, chap, pet, kau, sip. hihi. takat tu je pun aku reti.wakakaka..

ada jugak yang membodek aku, bawakkan aku buah jambu. hehe. ada jugak yang selalu melepak dengan aku kat bilik kaunseling (bilik tempat aku melepakkan diri). buat cam aku kawan2 depa lak, mentang2 lah size aku yang tak berapa besar ni. haha. aku melepakkan diri kt bilik kaunseling coz dekat dengan kelas2 yang aku ajar. pagi2, kena ke kelas 3B dulu untuk ambik kedatangan pelajar. sebelum habis sesi persekolahan, budak2 darjah 1 memang dah malas nk belajar. so aku buat mereka intrested dengan kelas with singing & dancing. they like it, & very enjoy. siap balik practice kt rumah lagi. hahaha.. cute lah..

disitu, sempat jugak aku join beberapa aktiviti yang pihak sekolah anjurkan, kalau tak salah sambutan maulidur rasul. best part is, ada budak2 darjah 6 mintak aku ajarkan mereka nasyid. yess...!!! mereka mencari orang yang tepat. hehe. coz time sekolah dulu aku penah jadi ketua nasyid. haha. sedap kot suara aku ni, kalau x, xkan dari darjah 3 aku dah mula menyertai pertandingan nasyid. sedap or x, wallahualam.

aku jugak berkesempatan mentarbiyah 1 kelas yang aku sempat masuk coz gantikan sorang cikgu. bising dan tak dengar cakap. darjah 6 maybe, dah tak ingat. memang aku yang kat depan ni tak di layan, almaklumlah cikgu pun tak besar mana. haha. tak boleh tahan, hangin satu badan tengok budak2 ni, aku segera menukarkan riak muka aku ke tahap paling serius dan diam tanpa sebarang kata2. diam sambil perhatikan attitude mereka, sampaikan satu kelas terdiam. kemudian, baru aku mula bercakap dan berjaya membuatkan mereka selesa dengan aku. saja mempraktiskan balik tugasku sewaktu kt uitm dlu sebagai seorang facilitator. aku bagi kata2 semangat untuk mereka, banyak lagi perlu ditempuh sebelum mereka dapat capai seperti mana yang aku capai sekarang, i mean, dari upsr, pmr, spm, sijil, stpm or diploma dan akhirnya ijazah. hehe. teringat pulak di saat aku jadi facilitator dulu. tak sangka aku ada kuasa keberanian untuk mengawal 30 orang pelajar baru berseorangan. alhamdulillah.

kat sekolah ni jugak, semua cikgu2 dah kawin, jadinya penat lah aku disakat oleh cikgu2 lelaki. haha.mujurnya aku pandai menepis.tapi tu semua gurauan je untuk menghilangkan penat selepas mengajar.

memang indah tiap2 pengalaman yang aku kutip kat sini. kerjasama yang baik dari semua cikgu, memang terbaik. sampaikan guru besar dengan slumbernya panggil aku cikgu siti, sedangkan cikgu2 praktikal tak di panggil sebegitu. hehe.. berbangga sekejap.. ;p

ok, kat sini ada few pictures yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan aku menjadi cikgu ganti. thanks to my cousin, ustazah norhayati ibrahim coz merekemenkan aku kerja kat sini.









Wednesday, March 10, 2010

kenangan silam



haha.. thanks to one of my fren yang meng upload this pic dalam facebook.. muka ak very the malu2 & nampak nerd.. wakaka.. ni zaman diploma dlu.. not sure waktu semester bila, tp rasanya end of diploma time.. frankly speaking, ak tak berapa suka situasi or even classmates ak yg ramainya poyo.. ak tak kesah kalau depa nk kutuk2 aku if depa baca this entry. only few persons je yang ak suka & baik until now, yg lain, dh delete from recycle bin pun. opss.. sorry...

final the biggest loser asia

semalam aku menonton final the biggest loser asia kt channel 702. sudah lama aku follow this program & semalam sampai lah waktu kemuncak. only 4 contestants are lucky to the final stage, which are carlos from red team, together with king david, martha & aaron from blue team.

seperti yang memang aku jangkakan, carlos memang totally look different. sebenarnya, memang aku harapkan dia menang cause dia tak nampak berlagak poyo macam david. tapi malangnya, perebutan sengit antara carlos dan david berpihak kepada peserta dari indonesia iaitu king david.

memang ketara sangat2 perubahan david sampai nampak macam aneroxia pulak.haha.
muka nampak runcing sebab kehilangan berat hampir separuh dari berat badan asal,
kulit je yang tinggal, isi macam dah mengecut. hehe. serius, tak percaya, tengok lah sendiri siaran ulangan finale the biggest loser asia.

apa2 pun, determination semua peserta memang membanggakan. tak senang rasanya nak turunkan berat, especially bila kita memang obses dengan makanan. like me, even i plan to loss weight from 52kg to 47kg also still failed. haha. not easy even to loose 1kg. but, seriously i want to reduce my weight, at least below 50kg.

that's all about the 1st biggest loser, congratulations for all the contestants. u r rock..!!

Tuesday, March 9, 2010

macam mana nak buat laksa kedah yang sedap

hehe.. biaq anak jati kedah yang ceghita kat hangpa camna cara nak buat laksa kedah yang sedap dan lazat.. psttt... ni version yang mak aku selalu buat lah.. version org lain biaq p kt depa.. hehe..

bahan2 yg hgpa perlukan:
========================
laksa sebungkus (rendam dulu dalam ayaq sejuk dalam sejam, pastu baru rebus)
ikan kembung atau lebih dikenali dgn nama ikan temenung (sekilo pun ok gk, lagi pekat kuah, lagi lazat)
cabai kering sikit (kira2 dlm anggaran singgit)
cabai melaka (kira2 dlm anggaran 3 kupang)
bunga kantan (bunga kantan memang bahasa standard kan? ada lagi tak nama selain bunga kantan dalam kamus dewan.. hmmm..)
asam keping (dlm 10 keping gitu)
bawang besar (dalam anggaran 2 bijik)
garam (kurangkan masin dlm masakan, tambahkan manis dalam senyuman)
ajinomoto (kalau hangpa rasa tak perlu, tak payah guna)

bahan2 hiasan
==============
timun (sebijik pun ok, 2 bijik lagi lah ok)
daun kesum (memang org kampung aku panggil daun kesum, org luaq aku tak tau depa pggil daun apa)
pucuk putat (pokok ni selalu ada kat tepi sungai, tak reti aku nk explain cmna rupa dia)

kalau kata hgpa tak dak bahan2 hiasan ni pun tak pa. tak jadi hal punya.. pssttt.. kami tak makan laksa kedah dengan dengan daun salad tau.. hihi..

ok2, kita sampai kat cara2 penyedian.. mula2 hangpa kena siang ikan dulu lah.. dah siap dan cuci bersih2, masukkan ikan dalam periuk dan masukkan asam keping dalam 5 keping.. rebus sampai mendidih..

bila dah mendidih, angkat ikan2 tu dan asingkan antara isi2 ikan dan jugak tulang ikan.. blend isi ikan tu smpai halus dan jangan terlampau halus sangat.. ayaq rebusan ikan tadi dengan asam keping hangpa tok sah buang, ayaq tu boleh guna balik, hangpa kena tapis balik ayaq tu dan masukkan bersama asam keping td ke dalam periuk.. dan jangan lupa tambahkan seliter air kosong ke dalam periuk..

ok, buka api perlahan2.. dalam pada tu hangpa boleh lah blend cabai kering, cabai melaka td dan jugak bawang besar.. suka hati hangpa lah, kalau nak pedas, boleh lah tambah lagi cabai.. dah siap blend cabai tadi, masukkan dalam periuk.. seterusnya, apabila sudah mendidih kecil, masukkan daun kesum dan bunga kantan serta jangan dilupakan asam keping kalau hangpa nak kuah laksa hangpa jadi lebih masam.. akhir sekali, hangpa boh garam dan jugak ajinomoto.

kalau tak puas hati, boleh rasa dulu sebelum di hidang.. hehe.. selamat mencuba.. (sambil dok ceghita camana nak buat laksa ni pun, ada lah 2,3 kali aku dok teringat laksa yang mak or kak aku buat, sedap sungguh. terliyuq betui. laksa yang dok juai kat pasaq malam bayan lepas tu pun sedap jugak. selalu dok beli sebungkus, kalo lama tak pekena laksa, aku beli 2 bungkus.. ishhh.. sedap sunguuh...sruttt... terbayang pulak dok hirup kuah laksa panas2..)

** mintak maaf ye. xde pic yg sesuai.. gambar tomyam pun kira jadi lah noooo// hehe//

air cap badak vs air paip




hari ni aku rasa sangat bengang dengan tindakan sorang pengusaha air cap badak yang kononnya air cap badak tu berfungsi untuk menyejukkan badan, padahal air tersebut datangnya dari air paip yang di tapis. kes ni bukan lah aku heran sangat pasal ada lagi banyak kes penipuan macam ni yang ada dalam masyarakat kita yang lagi berat. contohnya kes pengusaha makanan yang durjana, sanggup dapatkan logo halal tiruan demi menjayakan usaha mereka untuk jual kepada orang melayu.

ok, itu cerita pasal logo halal. tapi sekarang aku nk meluahkan rasa bengkak aku kt usahawan durjana ni. pasainya, air cap badak ni memang dah lama aku kenali, sejak turun temurun gitu. kalo demam je, mesti lah mak2 or ayah2 or tok serta tokwan yang beli air cap badak ni, coz depa percaya air ni dapat sejukkan badan, boleh kurangkan panas badan.

taktik jahat usahawan durjana ni yang menggunakan air paip yg ditapis telah bermula sejak 3 tahun yang lepas. aku x kira, dia dah musnahkan kepercayaan tok, ayah n mak aku, dan mungkin jugak kepercayaan orang kampung aku. ini memang tidak dapat di maafkan..!!! kesian mereka semua, tentu lepas ni depa takkan percaya lagi dengan keberkesanan air cap badak ni..

kalaupun mengejar kekayaan, biarlah dibuat dengan landasan yang betul.. bukan dengan menipu, tak berkat duit yang dapat tu.. ish2x.. kesian lak kt ayah aku.. tak tau lah lepas ni dia beli or tak air cap badan@ air paip.. apa susah, kt umah kan ada iar bio aura.. haha.. minum je lah air bio aura tu.. (cewahhh.. promote pulak.. )

ok2.. hope pihak berkuasa bagi hukuman yang kaw2 sikit kat usahawan durj_na ni.. grrr..

Monday, March 8, 2010

menarik speanjang awl mac 2010

alhamdulillah, minggu pertama dalam bulan mac berlangsung dengan baik sekali. ada beberapa hari dalam minggu lepas aku lambat ke tempat kerja. hehe. bukan bangun lambat, tapi keadaan trafik di Penang ni yang makin hari makin menyesakkan kepala aku. mujur dari rumah ke tempat kerja hanya memakan masa 10 minit, kurang lebih. ;p

dan pada jumaat malam, aku menaiki bus rapid penang menuju ke jetty dan dalam hemat aku, aku akan sampai awl sedikit beberapa minit sebelum bas Jengka Liner sampai ke Butterworth. nasib kurang menyebelahi aku, feri yang di nanti tak kunjung tiba. ramai yang lain seperti aku, menunjukkan reaksi muka agak kerisauan memandangkan sudah agak lama kami menantikan kedatangan feri.

kak pza memaklumkan aku yang bus Jengka Liner dah sampai. Masyaallah, cuaknya aku sebab feri belom lagi sampai..!!! atau dalam istilah hampeh, tak nampak batang hidung lagi walopun memang feri tersebut tidak mempunya hidung. meter kecuakkan aku berada di tahap teratas lagi. waduhhh..gi mana nih?

aku menangis mendengar makluman kak pza, if aku tak sampai lagi 10 minit, bus akan meninggalkan aku..!! aku berdoa sekerap yang mungkin di dalam hati. moga2 Allah bantu aku.
Baik saja feri rapat ke dinding tempat mereka memakirkan feri tersebut, aku segera melompat dan berlari seperti kura2 (memandangkan beg yang aku bawa agak besar untuk saiz tubuh aku). Penat pulak, jalan pulak, tak larat nak lari. dari jauh ternampak muka adik2 kak pza yang telah sedia menanti. baiknya mereka, sanggup bersusah payah untuk aku. terima kasih buat In dan nok'ain. ;p

sesampai je aku kat bus, sume orang dengan reaksi muka agak poyo memandang aku. ciss.. rileklah,baru lambat 15minit. poyo je. hehe. tp memang salah aku. aku sempat mintak maaf dengan pakcik bus, dan memaklumkan yang perkhidmatan feri yang menyebabkan kelewatan aku. hishh.. geram2..!! mesej untuk syarikat yang mengendalikan perkhidmatan feri, pls upgred yr service. if not, i'll write about your weak service kat paper. grrrr....

naik atas bus, terus start sembang2 dengan kak pza sampai masing2 penat n tertido.. most of time we filled with sleep & chat.. hehe.. sampai di bandar jengka lebih kurang pukul 6 pagi if tak salah aku.. abang juli datang jemput kami berdua.. pertama kali dapat menjejakkan kaki kat bumi Pahang, agak teruja biarpun tak sempat berjalan2 ke tempat lain, hanya menghabiskan masa di rumah juli, tp thank Allah for giving me this opportunity.. ;p

jangan lupa check out gambar2 yang akan aku upload sepanjang berada di sana.. untuk Juli, tahniah coz dah bergelar isteri kepada abg man.. harap dapat jadi isteri solehah dan TAAT pada suami (TAAT tu aku saja ngada2 higlight coz ada someone pesan same thing kat aku).. wakakaka.. selamat berhoneymoon kat Pulau Langkawi.. Amin, segala2 nya selesai dan aku & kak pza pn selamat kembali ke penang. Thanks to kak pza coz sudi hantar aku balik ke Bayan Lepas.. Great experience and wonderful friends.. Thankful to Allah again. That's all for today. Don't forget to catch Juli's photo k.. ;p

Friday, March 5, 2010

barang hantaran untuk pihak lelaki

Kawan2, aku ada sedikit kemusykilan pasal barang2 apa yang aku kena kasi untuk dia nanti. Tapi based kat ktorang punya discussion, dia mintak:

1) kasut (stoking skli)
2) kemeja & slack
3) jam
4) spec
6) belt (wallet skli)

perfume dia xmau.. so rasanya, apa barang lagi yg aku boleh tambah? anggaran dalam 9 dulang.

have a nice day

You cannot control what happens to you, but you can control your ATTITUDE toward what happens to you

And in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you.

So don't forget to relax in life and don't loose yourself in this fast life....

Thursday, March 4, 2010

design kad jemputan

Salam fr all.. memandangkan tarikh kenduri aku lambat lagi, (November 20th-hari haji ke 3) bersamaan 13 Zulhijjah, jadi aku berkira2 untuk mendesign dan mendeco sndiri kad jemputan aku. kad2 ni insyaallah hanya untuk org2 kampung shja. untuk sahabat handai semua & rakan2 sekerja, yang ini mungkin akan di tempah. tak banyak, mungkin around 200 keping saja.

memandangkan zaman dah semakin maju, mungkin aku akan meng upload je kad jemputan ke facebook n invite je kawan2 datang. membazir je nk print out banyak2 n pos ke alamat masing2. beria2 je. kalo datang xpe gk. haha. close friend insyaallah, aku akan bg by hand lah. xpayah guna khidmat abang or pakcik posmen. rasanya dah ramai kawan2 yg buat cara macam ni kan. ;p

kad2 yg akan aku design, insyaallah akan di cetak di atas kertas A4 je dan akan di tampal di ats another kertas A4 (mungkin jgk kaler gold). so, lepas ni, kena survey kertas A4 yg murah, yg terdapat di pasaran. hehe. destinasi yg mungkin di jejaki ialah popular n young ones (kedai stationery dekat area bayan baru).

ni masih dalam perancangan je. idak tahu lah menjadi ka x. harap2 dapat create something new sikit untuk tatapan org kampung. haha. biar nnti org dok teringat,"eh, kad kawin sapa lah yg poyo sgt aritu ek?". haha.

so,apa2 hal, nnti aku tnjuk kan few set yg dh berjaya di siapkan. biar banyak design, nnti senang nk pilih yg terbaek. hehe. ok. salam.

** kiut kan icon tepak sireh ni? haha..

Monday, March 1, 2010

majlis pernikahan kinah & EP

ok.. seperti yg ak janjikan, ak nk meng upload gmbr kinah wktu dia nikah ritu. malas nk komen banyak2, tgk2 je lah gmbr2 ni.. ak sampai lambat sikit ptg tu.. mujur ada kema menemani kinah.. sampai2 je, terus ak ke dapur, mkn laksa semangkuk.. nyam2x...

alhamdulillah,sume dah selesai.. just tunggu majlis perkahwinan beliau pd tanggal april 24 nnti.. yg tinggal cuma ak.. haha.. yg lain sume dh selamat.... tahniah buat mereka.. ;p

cakap banyak x guna, layan je lah ek.. hihi..



















sila bagi pendapat anda.. hihi

weh kawan2.. kt bawah ni ada contoh hantaran yg ak copy dr tenet.. nampak cantik n simple kan.. yg kaler light purple pn nampak menarik kan?? ak suka kain lapik tu, cantik sgt.. kaler gold tu nampak cam x menarik sgt lah.. pls leave yr comment ya.. ;p










permulaan mac 2010

Alhamdulillah, dah smpai pn bulan Mac.. cepat sangat masa berlalu.. dah 3 bln kita berada dlm tahun 2010.. sepanjang 2 bulan pertama ni, byk jugak perkara penting yg berlaku dlm hidup ak.. especially bergelar tunangan org.. n utk kinah jugak, yg selamat jd isteri kpd EP (ntah apa nama batui laki dia).. hehe.. ak belom berkesempatan nk upload gambar dia nikah.. insyaallah, nnti ak upload k..

Sepanjang Feb 2010, agak penat rasanya.. dgn kerja, dgn personal life.. ak nk jd org yg lebih baik.. buang sifat baran ak.. hehe.. dh bertunang ni, baru lah kuar perangai 3 suku masing2.. haha.. last2 ak mengalah jgk sbb memang salah ak.. risaunya nk jadi isteri yg baik..

Awl Mac, insyaallah ak nk attend kenduri Juli kt Jengka, Pahang.. Ak dgn shafiza je yg p.. Mida n Wani unfortunately cannot make it pulak.. xpelah, jnji ak dgn Juli, if kawan2 lain xdapat p pun, ak tetap akan menghadirkan diri.. lgpn x penah sampai pahang lg.. ak agak teruja ni.. hehe.. hope kak pza dh beli tiket bus.. if not, melepas lah kami kalo xde tiket nnti.. ;p

Apa lg ek yg bakal berlangsung dlm bulan Mac?? Ohh.. kenduri kawin abg pian, merangkap jiran sebelah rumah.. rasa macam malas je nk blk coz sbtu 20hb mac, ak keja.. penat lah nk rushing balik kg pulak.. lgpn time knduri umah ak, xpenah pn adik2 pompuan dia mai tlg.. lantak lah.. mgkin nk jaga air muka ayah n mak, ak balik jgk..

ok, nnti ak upload gmbr nikah kinah.. kalo lmbt sgt, nnti ak upload kan sekali dgn gmbr knduri juli... insyaallah.. hope Allah murahkan rezeki kita dan permudahkan hidup kita.. dan kita mampu berjasa kepada mak ayah n family kita.. amin...