Monday, May 31, 2010

LEKAS! Aksi BASAH 13 orang pramugari

RM0:

LEKAS! Aksi BASAH 13 org pramugari dari pelbagai negara yg sy rakam di private party BANGLO SEMALAM.

Taip ON EMA htr ke 33XXX SMS OUT to optout TB0378806XXXX


(gambar ikhsan abang gugel)



Ni SMS yang aku received semalam. Aku copy bulat-bulat. Cilakak betoi. Mana dia amek henpon no. aku dan send SMS cilakak camni.

No. henpon sender ni, 013-437XXXX. Keji betoi SMS dia nih.

IBU TIRI TUA

Memang aku bukan ibu mu
Ibu yang melahirkan mu

Panggil saja aku ibu tiri jika kau mahu..

Aku lah si ibu tiri tua yang kecewa
Anak yang aku anggap seperti anak kandungku
Sanggup menghina aku

Memang bukan aku yang mengandungkan mu
Melahirkan mu dan menyusukan mu
Tapi ingatlah wahai anak
Aku lah si ibu tiri yang membela mu dari hari aku menikah dengan ayah mu
Sehingga kamu dewasa dan berjaya

Aku lah si ibu tiri tua yang merasa bangga dengan kejayaan mu wahai anakku....

Tapi, adakah aku layak memanggil mu anak??

Sedangkan di belakang aku, kau buruk-burukkan aku?
Kau katakan, aku tidak pernah membela mu

Jadi, siapa yang membela mu?
Ayah mu?

Sedarkah kau anak, hanya ibu tiri tua ini yang bekerja
Ayah mu tidak bekerja
Aku lah si ibu tiri tua yang bekerja menyara keluarga kita

Aku lah yang mengeluarkan simpanan ku demi membelikan kamu komputer bila tiap kali kamu pulang ke rumah dan merengek-merengek minta di belikan komputer
Aku juga lah yang meminjam duit adik beradikku demi membayar pinjaman pelajaran mu
Aku juga lah yang menebalkan muka ku tiap kali kamu pulang ke rumah dan tiada bekalan duit untuk mu..
Terpaksa aku pinjam duit adik beradikku..
Ahhh... takkan ku ungkit susah payah ku membesarkan mu...
Biar lah...

Kau buruk-burukkan aku demi kesenangan mu wahai anak..
Aku redha, aku terima..
Kerana aku masih dan tetap seorang ibu..
Biarpun sekadar ibu tiri yang kau nafikan hak ku...

Saturday, May 29, 2010

Muka Garang, Tapi Dalam Hati Selalu Ada Taman

OK, muka memang nampak garang. Kalau tak senyum, confirm dan serius, nampak sombong sangat. Jarang-jarang senyum, lagi lah aura sombong tu memancar ke seluruh wajah. Yang sudah biasa, bagus lah. Memang ada rasa berani nak tegur. Ada jugak yang suka salah faham. Sombong, berlagak, poyo, semua kriteria ada untuk menilai aku.

Yes, aku. Orang cakap aku sombong, tapi aku tak kisah. Originally memang muka aku macam ni. Susah senyum, tapi jalau dah mula senyum, meleret-leret pulak senyum aku tu. Manis sangat. Kalau minum kopi tak payah letak gula, tetap rasa manis. Macam tu lah ibarat tahap kemanisan aku.

Poyo, yes, memang agak poyo. Haha. Mak selalu tegur, senyum sikit. Depan mak mertua kalau muka masam aka tak senyum, mau mak mertua jeling memanjang. Huhu.

Walaupun muka nampak garang, tapi dalam hati selalu ada taman rama-rama. Kalau tengok Bersamamu kat TV3, confirm nangis. Serius, tak tipu punya. Tengok filem, or drama, papppp... Meleleh je airmata. Ada lagi, rindu kat budak-budak kecik kat kampung, sretttt... Meleleh lagi.. Memang murah betul airmata ni.

Tapi kalau mai fesyen ketegaq keras kepala, hempuk batu kat kepala pun batu tu boleh pecah berkecai macam pasir di pukul ombak.


p/s: macam mana nak tukar muka yang serius jadi lebih manis dan ceria? tett.. jangan suruh aku pakai topeng. dammmmm.. kena terajang gaban dengan aku sekali.

Thursday, May 27, 2010

AKU YANG BERSALAH

Ok.. Ok..

Semua boleh marah aku. Cakap lah apa pun.
Aku terima je..

Tapi serius aku tak tau.
Or maybe aku lupa.
Aku mintak maaf.

Beratus kali aku paksa otak aku untuk ingat-ingat balik.
Tapi masih tak berjaya nak ingat.
Otak aku dah tepu agaknya.

Nak tanya member, aku malu.
Kang member cakap aku saja-saja buat kurang bijak.


Better aku tanya korang je...
Korang bukan kenal aku pun. Haha.


Ekceli, Wesak ni sambutan apa ek?


Lalalalala... sila sms aku kalo korang tau..
Ni henpon nombor aku.. 000-0000123

Hepi Holiday...!!!
(Ok, pasal cuti memang aku ingat, tak pernah lupa pun).

SURAT DARI DOT DOT DOT

Ketenangan aku pada pagi yang indah ini di ragut oleh 1 kiriman sms dari adik aku.

Arghhh... menggangu saja.

Terus terbang entah ke mana mana rasa relaks dalam jiwa.
Kenapa di saat aku sedang bersenang lenang, ada saja yang datang mengganggu.

Katanya aku terima 1 surat.
Dari siapa?
Apa isi surat itu?

Ada-ada saja. Mustahil aku terima surat lamaran dari sesiapa menerusi surat.
Sangat puitis orangnya jikalau benar ada surat lamaran.

Bukan juga surat undangan ke majlis perkahwinan.
Iya, zaman sekarang, sudah canggih.
Kadnya di cetak 1 saja, di scan, di letakkan dalam laman web sosial.

FACEBOOK

Canggihkan??? Tak perlu susah payah beli setem. Kadnya tak payah cetak banyak-banyak.
Tak payah susahkan abang posmen, kesian kan. Panas-panas cuaca pun terpaksa keluar hantar surat.

Ciss... Berbalik kepada cerita surat tadi.
Rupa-rupanya...



SURAT PTPTN.. Pulangkannnnn.....................

Wednesday, May 26, 2010

DIARI GADIS ANDARTU #2

Cerita sakit hati aku pasal mereka-mereka yang dah kahwin tu, bersambung pulak sampai ke pagi ni. Pagi-pagi aku dah dapat sms dari Si K, semalam aku tak reply sms dia. Mesti dia pelik, tak pernah pulak aku tak reply sms. Tapi semalam kan aku mogok sebab aku rasa menyampah sangat. Tak sangka pulak, sampai ke pagi perasaan sakit hati tu masih ada.

Hmmm... Susah betul nak menghambat rasa sakit hati ni pergi jauh-jauh. Yelah, kalau simpan lama-lama, boleh menanah lak hati aku yang suci murni sejak azali lagi.

Aku reply juga sms Si K. "Aku busy, nanti sms lagi".

Dia diam. Selalunya akan ada respon dari dia.Walaupun sekadar "OK".

Biar laaa... Aku tak mampu nak jaga hati semua orang. Hati aku, tak de sapa pernah kisah. Sebenarnya aku tak la berapa busy pun, tapi sengaja aku reply sms Si K macam tu. Aku betul-betul merajuk.

Sejak kahwin, boleh dikira je berapa kali Si K sms aku. Kalau sebelum kahwin dulu, kerap jugak sms. Boleh dikatakan hari-hari. Ok.. Ok, aku faham, orang dah kahwin kan busy. Orang yang tak kahwin ni, memang free memanjang. Ok, aku memang free. Tipu, ni ayat sakit hati.

Aku tahu, dia nak pinjam duit. Aku rasa, kalau bukan sebab nak pinjam duit ni, tak ada nya dia nak sms aku sangat. Aku pun bukan kejam walaupun muka macam nak smackdown orang, tapi aku baik hati. Tapi kali ni aku betul-betul rasa bengkak, aku kecewa. Orang selalu ambik kesempatan atas kebaikan aku.

Dia diam je, dan aku pun sama, tak ada hati nak pujuk. Kalau dia merajuk, ada jugak suami nak pujuk, kalau aku yang merajuk, sapa yang nak pujuk????


Pujuk hati sendiri ler jawabnya....

DIARI GADIS ANDARTU

"Boleh tak kalau aku nak call X malam-malam? Yela, dia kan dah kahwin. Kang suami dia marah pulak. Aku faham la keadaan orang yang dah kahwin ni".

Ni sms si K. Yup, aku tau hangpa dah kahwin, so apa masalahnya kalau dah kawin? Kenapa, kalau dah kawin, tak boleh angkat phone ek?

Call awal-awal sikit, jangan tunggu sampai tengah malam baru nak call. Bukan orang yang dah kahwin je naik hangin, aku yang belum kawin ni pun boleh jadi ribut taufan kalau call tengah-tengah malam.

"Call je laaa...".


Pendek je aku reply. Bukan apa, sakit hati. Menyampah pun ada. Pastu, tetiba je datang perasaan sakit hati. Aku taip sms lagi.

"Jangan ingat orang kahwin je yang busy malam-malam, aku yang belum kahwin pun busy jugak".

Memang itu ayat sakit hati. Sebabnya mereka-mereka ni sebelum kahwin pun sama je. Kadang-kadang tak reply sms. Tak payah tunggu dah kahwin, sebab attitude tu still same..!! Aku pun bukan tak faham tanggungjawab isteri lepas kahwin, of course balik kerja nak kena memasak, sibuk nak basuh kain, kemas rumah. Kang laki balik, nak solat maghrib sama-sama, pastu nak makan sama-sama.

Ehhh... Aku pun faham lah. Kalau pun tak sempat nak reply sms time tu, return la sms tu once dah free sikit. Kalau cakap takde kredit, aku lagi rasa musykil. Bukan apa, zaman study dah lama lepas. Zaman bergantung sepenuhnya duit PTPTN or MARA or duit mak ayah. Sekarang dah kerja, apa salahnya spend sikit duit gaji untuk topup henpon.

Ntah laa... Rasa sakit je hati aku ni....

Malam, lebih kurang pukul 10.30 aku receive satu lagi sms dari si Y, tanya aku tengah buat apa. Aku pun time tu tak de buat apa, sedap je melengkar depan TV. Sikit pun tak de hati nak reply balik sms tu. Biar dia faham, bukan orang yang dah kahwin je busy malam-malam, aku pun sama. Busy tengok TV. Hahaha...

Tuesday, May 25, 2010

Macam Mana??

Macam mana aku mula-mula terjerumus dalam dunia blog??
=======================================================

Aku baru je bermula sebagai blogger. Tak boleh nak banding dengan blogger2 yang lebih senior atau dalam bahasa yang lebih lembut dan sopan, otai.

Lihat dan lihat lah dunia.. Follower pun baru ada berapa je. Itupun, tak sampai semua jari-jari kat tangan kiri dan kanan. Hmmm... Sob3x.

Terjerumus dalam kancah ni pun di sebabkan adik aku, dia awal sikit dari aku. Bila aku baca dan baca blog dia, rasa macam best pulak. Mungkin aku pun patut ada blog sendiri.

Maka, wujudlah blog nih...!!! Tadaaaaa....

Best jugak dapat baca blog orang lain. Ada yang lawak, ada yang serius, ada yang agak 18SX. hehe. Serius, aku tak follow blog macam tu. Tak minat!!! Biar la dia ada banyak followers pun, tapi aku memang tak berminat nak follow blog dia.

Tapi aku rasa, blog aku lagi poyo. Mula2 dulu asyik cakap pasal personal life.Then, start copy & paste artikel. haha. lepas usya2 blog lain yang lagi menarik, aku pun cuba improve kan gaya dan performance blog aku.hehe.

Apa2 pun, aku akan cuba untuk improve n improve lagi. Never late to try. ;p

Kassim Selamat

mengantuk..!!
rasa macam nak cucuk mata dengan garpu.
mungkin lepas ni boleh jadi hebat macam Kassim Selamat.
tapi tak pandai main seksafon.
recorder pun tiup bagai nak rak.
berbuih air liur masuk dalam salur recorder tu.



aku rasa, menatang recorder ni lah alat muzik pertama aku penah main.
itu pun dah lama dah, time sekolah rendah.
subjek muzik.

alkisahnya aku memang minat muzik, sementelah suara aku kan merdu.
so, no wonder aku boleh ter minat subjek nih.
jadinya, memang selalu skor dalam kelas.
rasa kagum dengan diri sendiri.
kalo subjek lain, hampesss...

tak ingat dah berapa hinggit harga recorder ni.
rasanya dulu aku bijak arr main menatang alah ni..

kalau dulu aku fokus main menatang ni, sure sekarang aku dah jadi peniup recorder
or maybe peniup seksafon yang berjaya..
gila ahh.. time tu, dapat lah ke luar negara buat persembahan...
dapat jemputan dari pihak istana..
buat persembahan sama2 dengan Dato' Siti maybe

serius best...!! maybe dapat duet dengan Kenny G
perghh.. kira mantopp arr...
koman2, dapat berkolaborasi dengan Dato' Ahmad Nawab


Tapi itu dulu arr...
Malas nak kenang2 balik
sapa suruh ponteng kelas sangat
kan dah tak dapat jadi Junior Kassim Selamat..
huhuhu...



*nota kaki: gambar (terima kasih untuk abg gugel)

Monday, May 24, 2010

Si Kecik

Sepanjang 2 hari kat kampung, aku berpeluang menjaga si kecik yang comel.
Comel, seperti aku.
(Pujian untuk diri sendiri).

Luka yang belum sembuh.
Berkerut muka kakak aku waktu aku cuba sapu ubat.
19cm bekas torehan pada perut kakak aku untuk keluarkan si kecik.
(Mesti ada yang amek pembaris & cari angka 19cm atas pembaris).

Ketumbuhan dalam perut kakak aku pun berjaya dikeluarkan.
Alhamdulillah.

Mujur si kecik tak banyak ragam.
Merengek bila lapar.
Merengek bila pampers basah dengan najis si kecik.
Bergerak2 bila aku cium pipi si kecik.
Comel, macam aku jugak.

Tali pusat si kecik dah jatuh.
Alhamdulillah, tak sampai 7 hari.

Kuning si kecik pun dah takde.
Syukur, alhamdulillah.

Bergenang air mata aku bila tengok kak misi cucuk tumit lembut si kecik.
Aku kan orang yang penyayang.
Uh uh uh uh... Sob sob sob....

Kalau baby lain, tentu kuning 7-10 hari.
Tapi si kecik sangat hebat seperti aku, sekejap je kuning dia dah OK.
Hebat betul si kecik.
Suara si kecik kuat, merdu seperti suara aku.



Aku rindu si kecik.
(Sambil2 cover airmata yang jatuh ke pipi yang gebu dengan jerawat)

Kuning

153.6

Aku bersorak dalam hati.
Alhamdulillah, si kecik tak payah datang check up kuning lagi kt klinik.

Kesian si kecik, nangis sedu sedan.
Kecik2 dak kena cucuk, amek darah kat tumit.

Aku pun sama2 nangis dalam hati.

Ohhh... sayu nya hati. Mulianya hati aku.




Dan di umumkan penerima anugerah Ibu Mithali Tahun 2015

...


...


GADIS COMEL...!!!!!!


Ekekeke... Angan2, biar jadi kenyataan.


Sekian tajuk syarahan saya pada hari ini berkenaan tema Hari Ibu.
Babai...

Friday, May 21, 2010

photographer of the year

Aku memang setuju kalau mereka-mereka ini di nobatkan 'photographer of the year'. Bukan sebab quality gambaq yang depa ambik tu menjadi igauan tidoq semua photographer amatur dan professional kat luaq tu, tapi aksi dan gaya serta skill dan teknik juga ketangkasan mereka itu patutlah direspek sama sekali.




bang, perot tu boroi sangat. susah gila nak snap picture. tapi harap-harap gambaq yang abang ambik mantopp lah seperti jugak perot abang. tahniah kerana masuk senarai 'photographer of the year'.




yang ni, gaya memang menarik tertarik kau memang da booommmm.. gaya photographer amat memikat hati, sudah tentu hasil karya gambaq memang meletoppp... serius sangat admire dengan aksi anda ni.. siap ada assistant kat sebelah , tukang payong.. kagum..!! kagum..!!



yang 3 ekoq tengah dan hampir terlentang atas lantai ni memang semangat dan keazaman mereka untuk mendapatkan gmabaq yang terbaik sangat lah dikagumi...!! lihat saja aksi mereka.. mungkin dengan ber aksi sebegini akan dapat menghasilkan gambaq yang tersangat lah menarik dan cun serta dramatik dan bombastik.. tahniah untuk anda...





dan yang terakhir, adalah photographer alam sekitar pada hemat aku. rasanya dia mau ambik gambaq kuman atau bakteria yang terdapat pada daun2 segar di taman astakona tersebut. aksi ini hanya biasa2 saja pada kaca mata aku, mungkin dia perlu meng upgrade kan lagi gaya2 yang lebih menarik supaya tahun depan dia boleh menang award 'photographer of the year'.


sekian, berita terkini hiburan sensasi.

kenapa yoga di haramkan...



Aku tau kenapa yoga di haramkan kat Malaysia, tapi dari email yang aku dapat, aku tak sangka pulak yang yoga di haramkan pasal ni... Hmmm... Memang patut di haramkan kalo gini gayanyaaaaa.... bahaya.. memang bahaya... mujur aku tak penah nak minat atau saja2 nak meminatkan diri masuk yoga kelas.. aku prefer dok depan tv, tengok geng2 biggest loser eksesais... kira ok lah tu... daripada aku biarkan diriku di cabul oleh instructor yoga ni..

Thursday, May 20, 2010

apa kau rasa?????

1) Apa korang rasa kalo housemate korang tak penah pegang penyapu?
Bukan saja2 pegang, maksud aku, sapu sampah lah.. Paham??
Tak paham, baca sifir siput sekarang jugak....

2) Apa korang rasa kalo housemate korang tak penah buang sampah?
Kadang2 korang siap kena pesan, "nanti tolong buang sampah skli ye".Penuh berdiplomasi korang time tu. Yela, nak jaga hati member....

3) Apa korang rasa kalo housemate korang tak penah sental lantai bilik air @ jamban? Tau berak je.. Geli??? Aku yang tanya pun rasa geli.. Ok2.. Bertukar ke soalan seterusnya...

4) Korang rasa pelik tak kalo housemate korang hari2 basuh baju, tapi dia takde serbuk pencuci? Tapi, air rendaman baju tu berbuih... Ayat ni poyo sket.. Hehe.. Pelik kan? Apa??? Korang nak cakap air kat rumah tu originally berbuih??
Meh sini nak sekeh pala sekali..!!

5) Korang sakit hati tak kalo housemate korang malas nak cuci pinggan beserta mug or sudu dan garfu setelah ia digunakan??? Mula2 korang buat2 rajin, tolong basuh.. Yela, korang kan jenis bertolak ansur... Ceh... Pura2 bertolak ansur ada arrr...

6) Apa korang rasa kalo korang masak, housemate korang makan. Lepas tu, dia angkat pinggan dia je pi basuh. Korang yang tadi masak, kena sental periuk belanga. Dah la korang yg kuarkan duit beli barang2. Mula2 korang tak kesah, lama2 korang pun tapau & balik makan kat umah. Tak payah masak..!!



Kalo korang kat situasi macam ni, apa korang rasa?????

Wednesday, May 19, 2010

AKU CHUMEL, DIA BAIK..

Dia baik.
Sebelum ni, banyak kali dia belanja aku makan mekdi.
Tak terkira banyaknya.
(saja buat ayat camni, kot2 dia baca entri ni, mintak2 dia belanja mekdi lg.. ekekekekeke...)

Tapi aku lupa dan sengaja buat2 tak ingat, berapa kali aku penah belanja dia ek?

Hahahhahaha. Aku gelak. Nampak sangat tak penah belanja dia.

Hari ni dia belanja aku makan jambu taruk asam.
Special untuk aku, dia kata, "sesuai untuk orang yang diet, tak makan nasik".

Hoho...

Tapi lunch time tadi aku dah melantak sepinggan nasik bersama seketul ayam belanda, sambal sotong kurita, asam pedas durian bersama setimba teh o beng.

Dia terkejut bila aku cakap aku tak berjaya kontrol diet ku. Ya, aku tau aku bersalah.

Dengan perut yang membelon ke depan dengan muatan lunch tadi, aku jawab:

"Darurat..!! Kalau darurat takpe....hehe..".


p/s: anak cacing meronta2 dalam perut, mintak umi suapkan diorang nasik. maafkan umi ye anak2 ku.. huhu.

usya kira, usya kanan... line clear!!!

pagi tadi, sebelom pi keja, slow2 aku masukkan iklan bisnes baru dalam post box kat flat tempat aku menyewa.


malu2.


takot2.


risau pun ada, kalau2 ada yang nampak. kang depa tuduh aku mau curi surat ka hapa ka.


pusing kiri, pusing kanan..


yesss...


berjaya jugak aku masukkan sume paper2 tu dalam post box. hehe.


teruja nak tengok progress bisnes ni. hihi.


sekarang dah ada yang order tau, 8 bijik....!!!


bijik apa?? mana boleh bgtau.. seprais... hehe.


kalo manyak untung, boleh belanja makan laksa. jemput mai umah k. hehe.

Tuesday, May 18, 2010

terpaksa rela

Hari ni dalam terpaksa, aku masukkan RM5 dalam envelope putih tu.
Dalam envelope tu aku tengok ada banyak duit.
Sesapa yang dah masukkan duit dalam tu, kena tulis berapa amount yang depa bagi.
Aku paling sikit, ada yang masukkan RM50.
Lantak ahhh.. korang gaji besar dari aku.
Lagipun duit tu bukan untuk sedekah rumah anak2 yatim, tapi bagi kat bos aku.
Kakak dia mati.


Aku bukan takdak perikemanusian langsung.
Kenapa kita yang jawatan cikai2 ni nak kena derma kat orang yang bergaji besar.
Yang si mati ni pun bukan calang2, tinggal kat US nun.
Jadinya,duit ni bukan boleh bawak pi shopping pun.
Adik dia merangkap bos aku ler yang akan pakai.
Kalo guna buat baca yassin takpe gak, boleh je aku niat bersedekah.
Tapi, non-Muslim.

Takpe lah, halalkan je la..

teguran buat lelaki yang tak faham2

susah sangat ka nak faham yang pompuan tu dah kawin
kenapa kacau dia lagi.
biar je lah
kenapa pi miskol dia tengah2 malam
kadang2 sampai ke pagi

beb, dia dah kawin laaa
apa yg hang nak lagi dari dia
hang pun bukan penah kapel dgn dia pun


pehal hang macam meroyan je bila tau dia dah kawin.
dia penah janji nak kawin dengan hang ka?

jangan sampai aku kol hang & cakap bahasa hanjing dgn hang
serius aku nak mengamuk
subuh2 lagi member aku sms, bgtau hang kacau dia
kacau rumahtangga orang...!!!

nak lagi best, aku warning hang kt fesbuk
biar org tau perangai hang ni
serius aku buat kalo hang still kaco member aku

ada otak pakai lah
jangan letak otak kat pala lutut
apa hang rasa kalo aku kacau hang tgh2 malam
pagi2 buta
nak pulak time tu hang dah berbini
mau hangpa gaduh laki bini

Mohd. Khuss_ _ _ _, boleh tak hang pakai otak hang yang kunun bijak tu???

Monday, May 17, 2010

isnin yang agak sengal

1) Isnin, mula bekerja seperti biasa. Macam selalu, isnin yang selalu sengal.. Malas gila nak keja.. Best duduk kat kampung.. Tapi kalo lama2 kat kampung, alamatnya hjg bulan gaji tak tau tinggai berapa kupang.. huhu..


2) Patutnya semalam lagi aku bertolak balik ke Penang, tapi pandai lak mak pujuk.. "Bahaya balik lewat2". Padahal penah je aku balik malam. Sudahnya, balik jugak lepas subuh. Terus memacu kenderaan ke tempat keja.


3) Kakak aku yg dah masuk 10 bulan mengandungkan bakal anak sedara aku, bersusah payah buatkan sambal sotong. perghhh... sedap.. aku tolong buang dakwat itam je kt sotong, yg lain, sume dia buat. bagus betoi kakak aku tu. kalo aku yg mengandung, xdak nya aku mau buat keja. haha. dah sah sifat2 kemalasan ku itu..


4) Banyak program yang berjaya aku laksanakan sepanjang 2 hari kt kampung. Pi melawat ank jiran aku kat spital, sempat jugak bawak kakak aku pi klinik utk check up kandungan dia. Serius lama. Seksanya nak ada anak. Bukan takat seksa nak beranak je (tak tau seksa macam mana coz tak penah rasa lagi), tapi seksa jugak nk ke klinik utk check up. Lama gila tunggu. Kalo aku byk duit, nak je aku sponsor kakak aku p spital swasta. Tp, aku pun cukup2 makan je. ekekekee...


5) Tiap kali hujung minggu, mesti aku akan jumpa org yg dah lama aku tak jumpa. Awal2 dlu jumpa kakak yg merangkap junior waktu attend kursus kawin, last 2 week, aku jmpa housemate merangkap senior waktu diploma dlu. Dah lama tak jumpa. Then, jumpa sorang lagi minggu lepas waktu hantar adik aku kat stesen bus nak balik poli. Malas ar nak sebut nama pompuan ni. Haha.

Friday, May 14, 2010

Kisah Leha Dan Timah : Makan Kutu

Leha tengah rilek2 sambil baca majalah Mangga. Cover majalah Mangga kali ni ada pelakon pompuan pakai seksi kat kolam mandi.


Ishhhh3x... Leha geleng pala.. "Seksi, muka tak cun mana. Cun lagi aku...". Leha cakap sorang2.

Leha nampak Timah Fatimah lalu lalang depan meja Leha. Apa kes pulak kali ni.


"Apa pulak yang hilang kali ni..?" tanya Leha, cuba ambik berat.


"Bukan, aku pelik. Kita boleh makan kutu ek..?" berkerut 18 muka Timah Fatimah yang langsung tak pakai foundation tu. Jerawat menempel je kat muka.


"Gila hang Timah Fatimah. Pengotoq betoi. Mana boleh makan kutu.." Jawab Leha seakan nak ditampaq je muka Timah Fatimah.


"Semalam aku pi pasar malam dengan boipren aku, ada orang juai kutu buluh.. Cuak gak aku Leha. Tak penah aku makan kutu atas kepala aku ni, inikan pulak makan kutu buluh...". Jujur benar muka Timah Fatimah waktu itu.



Entah kali yang ke berapa Leha rasa nak tomoi je Timah Fatimah. Serius, bengang tahap gaban dia dengan sifat bodoh2 Timah Fatimah. Nak je Leha mintak Timah Fatimah blah dari situ.


"Argghhh... Pelis la Timah... Putu buluh laaaa...... Putu buluh...!!! Aku ulang lagi, putu buluh...".


Timah Fatimah sengih macam kerang tak laku kat market.


Terus Leha ambik majalah Mangga tadi dan melangkah menuju ke jamban. Baca dalam jamban lagi besh. Tak dak gangguan.

Kisah Leha Dan Abg Jusoh

"Leha, dok sini sat, Abg nak cakap sikit dengan Leha". Sopan je tutur kata Jusoh pada isterinya.

Leha lantas mengikut. Tidak ngok, tidak ngek. Macam lembu kena cucuk idong, terus ikut arahan suaminya.

"Kenapa Bang?". Tanya Leha manja sambil melentokkan kepala ke bahu Jusoh.

Jusoh diam. Mencari2 ayat yang sesuai untuk di ucap. "Abg rasa, Abg nak Leha pakai tudung laa..". Jusoh mula berkata2.

Leha diam. Berfikir.

"Abg, Leha memang nak pakai tudung. Tapi, Leha belom bersedia lagi bang. Nanti lepas kita pi haji lagi 20thn, Leha pakai lah".

Leha cuba pujuk suaminya. Sesungguhnya, dia belom betui2 bersedia nak pakai tudung.

Leha rangkul pinggang Jusoh, kunun2 nak pujuk Jusoh.

"Leha, Abg nak Leha jadi isteri solehah. Tutup aurat. Kecantikan Leha hanya untuk Abg. Bukan untuk tatapan orang lain. Boleh Leha buat semua ni untuk Abg??".

Kata2 Jusoh yang lembut betui2 menikam kalbu Leha. Bahagianya Leha dikurniakan suami yang soleh macam Jusoh.

"Okie dokie Abg.. Leha akan buat apa yang Abg suruh. Tapi untuk permulaan ni, boleh tak kalau Leha nak pakai tudung macam Dato' Siti. Boleh tak bang?". Leha merayu, harap2 Jusoh perkenankan permintaan Leha.

"Okie dokie jugak. Abg on je, janji Leha pakai tudung".



Keesokkan paginya, waktu Leha tengah prepare bekfes sebelum ke tempat kerja.

Jusoh menjerit dengan muka sedikit menyampah.






"Hadoi Leha.. Trend mana pulak yang pi letak tudung saji atas pala ni????".

"Laa... Semalam waktu Leha mintak kebenaran abg nak pakai tudung macam Dato' Siti, abg cakap okie dokie. Arini jerit2 kat Leha lak.. Sampai hati abg..". Leha sedih, bergenang airmata Leha. Tak pernah Jusoh naikkan suara sejak depa kawin.

"Ishh Leha. Agak2 lah, abg tak pernah pun nampak Dato' Siti pakai tudung macam ni. Abg mintak maaf k..". Jusoh cuba pujuk Leha, kang merajuk, susah pulak nak pujuk. Mau Leha mintak tibi flet skrin, rabak poket Jusoh.

"Abg tgk majalah mangga ni kalau abg tak percaya cakap Leha". Sob3x.





Jusoh senyum kelat.

Thursday, May 13, 2010

Mak Timah hilang...

Dah lama Leha tak check fesbuk. Lama sangat. Sejak Leha kawin dengan Abg Jusoh, Leha dah tak berapa layan fesbuk dah.
Lagipun Leha takut Abg Jusoh marah, kata Leha gedik layan jantan lain. Leha setia dengan Abg Jusoh tau. Kadang2 Leha sedih jugak bila Abg Jusoh tuduh Leha macam tu.. Huhu..

Pagi tu kat ofis, Leha usya kiri, Leha usya kanan. Leha curik2 buka fesbuk. Company Leha keja ni hampess sikit, tak bagi staff buka fesbuk time keja. Tapi Leha dah gatai jari sangat2 ni, pulak tu, hari tu Siah SMS Leha, suruh Leha tengok gambar Siah pi hanimun kat Langkawi. Saja nak bagi Leha jelessss... Tak padan kawin dengan laki tua.. Menyampah...

Baru Leha nak taip kata laluan fesbuk, tiba2 Leha nampak kelibat Timah Fatimah. Muka Timah Fatimah nampak cuak semacam je. Dah berapa kali Leha nampak dia lalu lalang kat tempat Leha. Pehal pulak dengan budak ni, bisik hati kecil Leha.

"Hoiii.. apa kes ni pagi2 lagi muka macam orang sembelit je?".

"Mak aku hilang..". Masih nampak kecuakkan kat muka Timah Fatimah.

"Hah???? Seriyusss??? Bila hilang???? Dah buat repot belom????". Bertubi2 soalan Leha, dah macam gaya Abby Abadi dalam drama Gerak Khas. Timah Fatimah penah gak cite kat Leha, mak dia meroyan lepas beranak kat adik Timah Fatimah yang bongsu dulu. Ni dah kes seriyus ni....

"Pagi tadi hilang, dah cari merata, tapi tak jumpa". Kesian Leha tengok muka Timah Fatimah, memang simpati dengan nasib dia. Dah la orang susah, sekarang mak hilang lak. Lepas tu Leha nampak Timah Fatimah blah dari tempat Leha. Mungkin nak pi balai buat repot kot.

Leha tak jadi nak meneruskan hasrat untuk buka fesbuk. Risau dengan keadaaan Timah Fatimah. Selang 10 minit lepas tu, Timah Fatimah datang tempat Leha sambil senyum2.

"Alhamdulillah, mak aku dah jmpa". Ceria je wajah Timah Fatimah. Leha pun tumpang lega.

"Alhamdulillah. Dah jumpa pun. Jumpa kat mana?". Saja Leha tanya, sebab rasa bersyukur jugak, mak Timah Fatimah dah selamat.








"Jumpa kat penteri. Mat Indon tu pinjam mak aku wat bancuh milo. Cilakak betul".

Leha rasa nak karate je tengkuk Timah Fatimah. Bodoh, buat saspen orang je.

"Timah, mug lah..!!! Mug...!!! Bukan mak... " Jerit Leha sambil gigit keyboard komputer.

Wednesday, May 12, 2010

Kisah Leha: Malam Pengantin

Leha memang gadis yang ayu. Kalau dalam Kg. Tiga Serangkai,
tak dak sapa boleh celen kecantikan Leha.

Pinggang Leha ramping, kalau pakai kebaya pendek,
Tok Imam tengok pun tak kalih tempat lain.
Bulu mata Leha lentik, kalah penyapu yang ada kat rumah Leha.
Kalah jugak bulu mata Rozita Che Wan.

Kulit Leha putih macam bedak sejuk.
Gebu kulit Leha macam kuih pau panas.
Gigi Leha bersinar-sinar. Kalau Leha senyum, dari jauh pun boleh cam sebab mata rasa silau.
Kena pakai spek mata itam.

Kesimpulannya, Leha memang lawa lah.

Kecantikan Leha ni bukan setakat jadi buah mulut orang Kg. Tiga Serangkai, tapi dah heboh sampai ke kampung2 yang lain.
Laki bujang ramai nak buat Leha jadi bini.
Tapi Leha tolak. Leha tak layan.
Yang dah kawin pun ramai nak kat Leha, tak cukup nak buat
Leha jadi bini nombor 2, nombor 3 dan 4 pun ada.

Leha cukup setia kat Jusoh, kekasih awal dan akhir Leha.
Memang lagu ni lah yang depa selalu karoke bila jumpa kat pekan.
Suara Leha merdu, buat Jusoh tertawan.
Dah la cantik, kira komplit laaa.

Dah lama depa kapel, akhirnya Leha dan Jusoh disatukan.
Majlis berlangsung gilang gemilang, 10 ekor lembu berjaya di tumbangkan.
Memang kenyang orang kampung mengkedarah time kenduri Leha.
Siap ada yang tapau bawak balik rumah.

Malam pun menjelma. Time tu dah lewat. Mak ayah dan adik beradik Leha sume dah tido. Penat berhempas pulas waktu kenduri tadi.

Tiba2, terdengar Jusoh menjerit. Terkejut keluarga Leha.
Apa sudah jadi????







"Abang, Leha mintak maaf bang. Leha memang nak bagitau Abang,
tapi Leha takut. Leha takut Abang kennot accept
".
Leha menangis tersedu sedan.

Jusoh hampir pitam. Tak sangka bini yang baru dinikahi
pakai rambut palsu. Botak, memang agak licin kepala Leha.
Udah macam Zaibo pulak Jusoh tengok. Patutlah Jusoh pelik,
pasai pa rambut Leha still steady walaupun baru lepas mandi.

Tiba2 ayah Leha bersuara, "Rilek la Jusoh, Erra Fazira pun
aku tengok pakai rambut palsu jugak. Cun je. Lagipun kira ok lah tu,
hari tu time hang meminang aku dah kasi diskaun 10 persennnn.
hehehe
...".


Jusoh menjerit dalam hati.......... Kalau tau botak,
awal2 lagi Jusoh mintak diskaun 40 persennnn....

Tuesday, May 11, 2010

BENCINTA

aku memang duga kehadiran dia dalam hidup aku..
tapi serius aku cakap, memang aku sangat2 menyampah dengan dia..
kalau boleh, aku tak mau tengok muka dia lagi..

tolong lah...
aku dah try macam2 cara nak elak dari dia..
tapi still tak berjaya...
aku memang tak leh lari dari dia...
aku dah abih ikhtiar dah ni sebab serius, aku benci dia...!!!

Hidup aku aman je tanpa dia..
rasa lega sangat kalau dia tak nampak dia..
bila dia ada, memang rasa tertekan...

....

....


....


....


pelissss lah JERAWAT...
jangan kacau aku lagi... pi je la kat orang lain...


**********
nota kaki:
sakit siot jerawat yang baru tumbuh ni.. geramnya..

Monday, May 10, 2010

cita-cita ku

aku ada cita2 yang besarrrr... yeah, memang besar..
besar dan murni gitu cita2 aku...
kenapa gelak???? poyo hang gelak kat aku...
grrrr....

cita2 aku nak punya badan yang.. hmmmm...
macam fasha sandha???
hmmm... tak mau lah..
lawa lagi kak ziana zain...
kate moss? tak mau lah..
kenapa mesti kena slim & kurus???
kenapa, orang gumuk tak leh nampak cantik ka?
tak seksi ek?

yessss.... aku nak jadi pompuan yang tergemuk di dunia...!!

pasai pa hang gelak jebon????
aku tak penah gelak pun kat cita2 hang..
ni cita2 aku, suka hati aku lah..
yang penting, aku tak tiru cita2 sapa pun....
hang lagi poyo, cita2 hang memang common sangat dengan cita2 org lain..

sapa gelak kat aku, aku hentak dia dengan lemak kt perut aku ni...
ada berani????!!!

>>>>>>>> meh la join aku makan.. jemput makan ye kawan2.. <<<<<<<<<<



>>>>>>>>>>> hensem kan laki ku??? hitam itu menawan <<<<<<<<<<




>>>>>>>> terjatuh waktu jogging ritu.. malu tau <<<<<<<<<<<



----------------------
Nota kaki:

Aku disini ialah Donna Simpson, 43 tahun dari New Jersey, USA yg mempunyai berat badan 272kg, tetapi mempunyai impian utk mencapai berat badan sehingga 450kg, dan akan menjadikan dia wanita terberat di dunia.


Nota pengarang:

Macam2 perangai manusia.. Aku nak diet, dia lak nak gemuk.. ish3x...

pen merah pen biru

pen merah pen biru, u marah ailebiu...

pen merah pen biru, u marah i hate u...

pen merah pen biru, u marah biaq p kt u...



************************************************

nota kaki:

no idea nak tulis apa.. hantam piiii... haha..

Friday, May 7, 2010

jom pi kangkang

Di pagi yang hening pada hari jumaat bersamaan 7 May 2010, dua hari sebelum sambutan hari Ibu yang jatuh pada hari ahad bersamaan 9 May 2010..

"Zi, nak ikut aku dak?" tanya aku kat Zi, atau nama dalam kad pengenalan beliau ialah Zianab Zain.

"Hang nak pi mana?" tanya Zi kat aku.

Aku membalas, "Jom kita pi kangkang".

"Hahhhh??????? Hang nak pi mana?" nada suara Zi berubah. Mungkin ikut pitching lagu Madah Berhelah, lagu pujaan artis kesayangan beliau, Ziana Zain.

"Tak dengaq ka, aku ajak hang pi kangkang". Serius masalah pekak budak ni dah mencapai tahap 360 darjah. Kesiannn... muda-muda lagi dah jadi pekak. Harap muka je cun.

"Pala hotak hang. Aku tak kelapaq nak pi. Gila ka hang. Harap mengaji ja tinggi, masuk U konon, pastu buat keja tak tahwan hala camni. Malu weh, malu. Hang tak kesian kat mak ayah hang ka???? Insaf weh, insaffff.." Zianab sangat hangin. Rasa macam dia nak tomoi je muka aku time tu.

"Meon betoi hang ni. Aku ajak hang pi kangkang ja, yang hang nak naik angin puting beliyung ni pasai pa. Nanti aku belanja hang kat kangkang nanti". Saja aku nak lembutkan balik rasa hangin kus-kus yang melanda Zi.

"Belanja?? Kangkang ni menatang pa weh?????" Dengan muka penuh cuak dia tanya aku. Mungkin sedikit konpius dengan perkataan belanja yang aku cakap tadi. Ataupun mungkin sebab dia ni pantang orang sebut perkataan belanja. Dasar orang suka benda priiiii....

"Ni haaa kangkanggggg.."


....



....



....



....







"Bodoh lah hang ni....!!!" Jerit Zi kuat-kuat sampai menggeletaq anak telinga aku.. Pastu dengan slumber je dia gelak-gelak sambil cakap, "Ok, jom kita pi kangkanggggg..."


Sekian..

Thursday, May 6, 2010

contest

aku: frustnya
fasha sandha: kenapa frust pulak ni?
aku: aku tak leh masuk contest yang company buat
fasha sandha: hah.. contest apa? kenapa lak tak leh masuk?
aku: hmmmm.. sedihnya....
fasha sandha: alaaaaa... hang try je.. mana tau boleh menang.. mungkin rezeki memihak kat hang..

aku: tak boleh lah...
fasha sandha: kalo menang dapat apa?? duit ek?
aku: ha'ah.. RM300.00..
fasha sandha: uihhh.. banyak gak tu.. kalo menang, hang belanja aku k...
aku: laaaa... kan aku cakap, aku tak leh masuk..
fasha sandha: yela, kenapa?

....

....


....


aku: contest mother-child look alike.. aku tak kawin lagi.. mana ada anak..
fasha sandha: pala otak hang aihhh.. main-main.. malas aku nak layan hang..
aku: haha.. rilek lah.. aku main-main ja tadi..

Wednesday, May 5, 2010

skema kah??

Aku bingkas bangun menuju ke toilet. Tak tahan rasanya.
Langkah aku hayun makin laju.
Alamakkk.. Ada tanda amaran kat situ.

"AWAS...!! LANTAI LICIN"

Berhati-hati aku meniti lantai di tepi dinding. Takut rasanya kalau-kalau jatuh.
Sakit pun dapat, malu pun dapat.

Begitu bersopan santun aku melalui lantai yang licin itu.
Sekali aku ternampak makcik cleaner lalu dengan slumber je kat lantai yang masih ada papan tanda awas itu.
Tanpa ada sedikit pun perasaan cuak mahupun berhati-hati hatta sepicing pun di wajahnya.

Dalam toilet, aku diam dan muhasabah perilaku aku tadi.

Skema kah aku?
Budak yang pernah dipanggil ke bilik kaunseling kerana biadap dengan cikgu.
Budak yang dress code memang teruk ke tempat kerja.
Budak yang selalu datang lambat dan menyalahkan traffic jammed.

Huhu.. Aku bukan skema, tapi berhati-hati..

Tuesday, May 4, 2010

kenapa aku prefer makan kat kantin company aku???

memandangkan company aku bagi food allowance yang berjumlah
RM 3 hinggit sehari, makanya aku tidak melepaskan peluang
sekaligus takkan memperabihkan duit aku sendiri
untuk makan di luar.

disini aku senaraikan sebab2 aku prefer makan kat kantin company

1) free je: nasik putih + ayam goreng + telur mata + sayur + teh ais
pastu, kalo nak makan kuih, boleh je amek. makcik kantin tak pernah
check pun,just p scan badge je. hihi.ambik je apa yang tekak aku rasa nak makan.. hehe..kalo makan kat luar, mau sehari kena spend dekat2 RM 5 hinggit
atau lebih.. betoi tak kawan2?

2) susah parking;
menyampah siot nak parking kt penang ni.. nak cari parking punya lah lama..
dah tu, parking berbayar lak tu..

3) break sejam je
memandangkan company ni bukan company bapak aku, makanya diberikan
rehat sejam saja. kalo company ni company bapakku, sudah tentu aku
boleh rehat 8 jam lamanya atau dalam erti kata yg lain ialah memontengkan diri sendiri.so, mana menyempat kalo aku nak pi makan kt luar..

3 point cukup la ek.. ni fakta yg jelas lagi soheh..
sekian terima kasih.. saja aku buat entri ni
sementara nak memperabihkan masaku di tempat kerja.. hihi..

Monday, May 3, 2010

cuti sementara waktu

maaf ye, belog aku ni bercuti sat..
memberi laluan kepada aku yg bizi tahap nak meroyan dh ni..
kalau ada time, aku akan update..

itu pun setelah sakit meroyan aku ni beransur pulih...

sekian, wassalam..