Wednesday, June 30, 2010

CERITA SERAM : JANGAN TEGUR



Jam sudah merangkak meniti jarum 12.06 minit tengah malam. Gua belum tidur. Malam itu gua rasa rajin sikit mau gerakkan tulang temulang gua yang sangat manja ini. Sudah lama gua tidak rasa serajin ini. Rajin gua selalunya pada hujung minggu sahaja. Tapi kali ni, entah apa peliknya, gua ter rajin tengah-tengah malam.


Gua syok pegang itu berus. Gua pegang kuat-kuat, gosok ke kanan, gosok ke kiri. Bukan gosok atas badan gua. Sila fokus dengan penceritaan gua. Waktu itu, gua gosok lantai bilik air. Gua sorang-sorang je kat rumah. Tapi gua tak takut. Serius memang gua tak takut. Ilmu silat pulut yang gua belajar waktu darjah 5 kat sekolah rendah dulu masih gua hafal. "Kuda-kuda mesti pasang sebelum bertindak", pesan Cikgu Ya. Gua sedia bertindak bila-bila masa saja. Tapi kalau gua jumpa anjing meroyan, gua tak sanggup nak pasang kuda-kuda lagi der, gua terus pecut langkah seribu, kalau itu time gua pakai baju kurung, gua selak atas sikit kain gua, terus lari laju-laju.


Ok, berbalik kepada cerita gua tadi. Gua rasa sangat senyap je itu malam. Mungkin jiran gua yang rajin bergaduh laki bini sudah tidur. Gua saja-saja testing vocal gua. Gua ingat bila ada ujibakat Akademi Fantasia, gua mau try. Gua tau itu rancangan sangat melalaikan, tapi gua nak masuk Akademi Al-Quran, gua malu. Tajwid gua lintang pukang. Surah yang paling cekap gua hafal pun Al-Fatihah je.


Sedap jugak suara gua. Masuk sangat dengan lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Cumanya gua tak reti main gitar je. Kalau tak, memang gua konfiden boleh fight dengan Yuna kat Anugerah Juara Lagu.


Tiba-tiba, gua terhidu bau yang sangat tidak menyenangkan. Bukan gua kentut. Tidak, Gadis Secomel gua takkan kentut sehingga meninggalkan bau seperti ini. Terus kepala otak gua teringat cerita kawan-kawan gua, kalau ada 'benda' tu, memang boleh bau. Ada yang bau busuk, ada yang wangi. Kawan gua pesan, kalau ada bau, jangan tegur. Mulut celupar gua memang tak boleh tahan lagi. Terus gua letak berus ke lantai, cuci kaki dan tangan pakai pencuci Lifebuoy, terus gua masuk bilik, tarik selimut.


Kuda-kuda yang Cikgu Ya pesan terus gua tak ingat. Laju-laju gua baca Al-Fatihah. Alamak.. Gua lupa baca bismillah.. Gua start balik baca Al-Fatihah. Gua pejam mata rapat-rapat. Tapi gua pelik, kenapa 'benda' tu bau ...


..


..


..



..



durian.


Takkan jiran-jiran gua, dah tengah malam beb. Sebab tu gua tak syak jiran-jiran gua, memang gua syak 'benda' tu.



ps: selamat makan durian. gua memang tak gemar makan durian. kalau bapak gua paksa dengan muka sekupang dia, baru gua makan. saja, nak ambik hati dia. ;p

Tuesday, June 29, 2010

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Pepatah Melayu ada sebut, sediakan payung sebelum hujan. Bangsa lain aku tak pasti mereka ada guna atau tidak pepatah seperti ini.

Situasi yang paling senang nak fahamkan kanak-kanak ribena di luar sana, makanya cikgu dan cikgi mengguna pakai sebelum nak keluar rumah, sila bawak payung.

Tapi untuk golongan dewasa pembaca blog sekelian nak faham dengan lebih mudah, kot-kot korang ada ter missed kelas bahasa, pepatah sediakan payung sebelum hujan lebih tepat diguna pakai bila, kaum-kaum wanita semua, sila spare pad (tuala wanita) sekiranya hendak ke mana-mana. Jadinya, bila kebocoran, pad sudah ada tanpa perlu meminta-minta dengan kawan. Sekiranya pampers anak anda kehabisan, mungkin pad anda juga boleh dipinjam. Begitu la sebaliknya.

Sekian saja tajuk syarahan saya pada hari ini, wabillahhittaufik wasalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Monday, June 28, 2010

HAPDET MALAM-MALAM

Ok, malam ni terasa nak hapdet. Ni gambar gua lepak sama mak gua dan kawan2 mak gua kat rumah kenduri. Gua memang suka folo mak gua pegi rumah kenduri. Serius cakap, gua je yang muda antara semua tu. Of kos la, mak gua dan kawan2 nya tentu lah agak berusia dari gua. So, korang layan je la gambar yang gua snap pakai kamera henpon gua yang sangat tidak bermutu nih. Zassss...

Kat kampung gua still masak gotong royong, sangat meriah dan happening ok. Menu wajib time kenduri mesti la gulai batang pisang. Yang ni gua belum pernah ikut bapak gua pegi cari batang pisang dalam hutan.















PASANG TELINGA

Ahad semalam, gua telah pergi berjalan-jalan dan bershopping sikit. Alkisahnya, pasaraya tu ada buat contest. Pemenang boleh dapat kereta dan duit. Gua tak berapa kisah. Seronok-seronok je isi itu borang. Mana tau ada rezeki, dapat gua tukar kereta kecik gua tu. Kalau dapat kereta besar, sedap lah gua rempit atas jalan nak balik kampung. Speed trap lepas ni tak payah cerita lah, pakai kereta kecik pun gua rempit bukan main sampai dapat itu saman, ini kan pulak pakai kereta besar, enjin kuasa kuda. hohoho...


Dan tersebut lah alkisahnya, ada laa sepasang kapel sebangsa dengan gua tengah tekun dan sangat bertawaduk isi itu borang, sama jugak macam gua. Dalam hati ada la doa sikit, harap-harap ada peluang gua dapat itu kerata, takpun duit. Dalam hati ada pasang itu niat, mau beli kamera DSLR, dapat lah gua join Adam pergi tangkap-tangkap gambar. Itu time, memang gua akan mengorat Adam sampai dapat, sebab Maya bini Adam, sudah main kayu tiga. Boleh gua kacau line. Hehe.


Itu jam, gua ada dengar itu kapel sembang-sembang pasal hadiah. Gua pura-pura menulis, tulis atas angin je. Pasang telinga, mau dengar itu kapel cakap apa. Serkup kepala gua tebal sangat, jadinya gua kena fokus. hehe.


Boipren: Bucuk, kalau kita dapat hadiah kereta, kita nak pakai ker kita nak jual?

Gelpren: (gelpren tak cakap apa-apa, cuma senyum sama itu boipren)

Gua pun ikut senyum.. Hehe...

Boipren: Bucuk, kalau dapat hadiah duit, kita nak buat apa? Kata hari tu nak pi mana? Pulau Perhentian? Pulau Kapas?

Gelpren: Ha'ah, Pulau Kapas. Kita beli kapas banyak-banyak, lepas tu landing atas kapas tu. Amacam???

Gua sengih-sengih. Garang jugak itu gelpren. Tapi gua sengih je, tak ada itu bunyi ngeh ngeh ngeh. Gua takut itu boipren tampar pipi gebu gua. Tak pasal-pasal gua koma masuk ICU.




Kesimpulan yang lu orang lu orang dapat buat berdasarkan cerita gua ini ialah...........


p/s: best jugak sekali sekala menulis pakai bahasa gua lu nih.. tiru itu Linglung yang selalu melelong... haha...

Saturday, June 26, 2010

BLUES SEORANG JAGOAN 2

Mail tarik keluar pisau motong dari beg sekolah yang Mail guna sewaktu sekolah rendah dulu. Masih boleh pakai. Tapi dah hilang gambar Power Rangers yang di cop atas beg tu. Beg itu dulu Mail isikan dengan buku-buku dan alat tulis. Kadang-kadang, lepas sekolah petang, slumber je Mail masukkan uniform sekolah dalam beg. Nak main bola kat padang, mana boleh pakai uniform. Nanti kotor, Mak mesti membebel sampai batuk keluar darah. Nanti, kena pulak Mail kayuh basikal pergi kedai cina, beli ubat cap ibu dan anak. Habis uniform kuning-kuning Mail terkena mata pensel. Mail tak ada kotak pensel. Semua pensel-pensel Mail masukkan dalam beg. Mana lah Mail mampu nak beli kotak pensel besi macam anak JKK kampung, kotak pensel bermagnet macam Tijah anak Tok Bilal kampung sebelah. Itu belum apa-apa lagi, Mail sebenarnya teringin sangat nak ada bekas air bentuk telefon genggam macam budak pandai dalam kelas Mail. Tapi Mail tak kisah, letak air dalam mana-mana bekas pun tetap rasa sama. Mail bersyukur.



Di isikan air dalam bekas kecil. Di capainya batu asah dan bersila lah Mail kat muka pintu rumahnya. Nak asah pisau motong ni kena ada skill dan teknik yang betul. Kalau salah, nanti susah nak motong. Kulit pokok getah pulak boleh jadi luka. Mak Mail sure hangin satu badan kalau dia tengok ada pokok-pokok getah yang luka kulitnya. Nak motong pun kena ada skill dan teknik-teknik yang betul, bukan main taram je. Sudahnya pokok yang boleh toreh 10- 20 tahun, boleh pakai 5 – 8 tahun je. Mail rasa, kalau mintak kerja kat Pejabat Pertanian, jawatan Penolong Pegawai Pertanian pun boleh dapat nih, pasalnya pengalaman Mail yang tak terkira banyaknya dalam bidang penorehan dan pergetahan ni. Umur 6 tahun Mail dah mula tolong Mak kutip getah sekerap. Sekarang umur Mail dah menjangkau 30 an, pastinya banyak pengalaman yang Mail ada.



Mail dah lama berkecimpung dalam bidang permotongan nih. Sejak keputusan SPM Mail yang kurang memberangsangkan tu. Setakat keputusan SPM yang banyak nombor 9 tu, Mail rasa cukup lah setakat duduk kat kampung saja. Mail tak mahu mengejar diploma dan ijazah seperti rakan-rakan sekampung yang lain. Pada hemat Mail, takpelah dia jaga kampung. Biar kawan-kawan merantau ke pekan. Ayat standard ni, nak kerja kilang kat pekan, mak Mail pulak tak kasi can. Sudahnya, Mail duduk je kat kampung. Dapat jugak berkhidmat kepada orang kampung.

Friday, June 25, 2010

GAMBAR BERCAKAP-CAKAP # 1

Siri kartun gambar bercakap akan di tayang kan sekarang.. Sila tengok..


jangan melebihi had yang di tetapkan. kalau lebih, anda kena!!!



ni model kereta Lamborghini limited edition




cara baru nak bawak baby jalan2... kreatif..!!




naik motor ni, tobat dah ketiak tak berpeluh langsung...




CCTV baru nih...



nak tumpang????



ciri-ciri keselamatan di dalam bus



sangat marah ok!!!!



undang-undang di jalanraya...


ps: rugi pulak tak share gambar-gambar ni dengan korang.. ;p

Thursday, June 24, 2010

PENYAKIT

Korang ada tak penyakit macam aku?? Bila korang marah atau tak suka someone, korang rasa malas nak cakap dengan dia. Mula2 tak cakap sehari je, lepas tu jadi 2 hari.. Lepas tu seminggu, then jadi sebulan.. Tengok2 sekarang, dah bertahun korang tak cakap dengan dia..


Banyak kes lah yang buat aku tak cakap dengan orang-orang macam ni.


First kes, kawan sekolah menengah dulu. Dari sebelum dia kawin, sekarang dah anak dua. Pernah jugak dia telefon aku lepas aku senyap macam tu je. Tapi aku dah tak berupaya nak ubah friendship kami jadi macam dulu. Sebabnya aku terasa dengan dia. Sudahnya, time dia kahwin aku tak tunjuk muka, berpantang anak pertama dan kedua pun aku tak pernah melawat. Kejam kan aku???


Kes kedua, ni pesyen buat aku sakit hati. Ni berkenaan dengan rumah sewa pulak. Ceritanya sangat panjang, malas aku nak tulis. Kang jadi lapan kajang lak korang nak membaca. Ringkasnya, dia tumpang kat rumah sewa aku selama sebulan. Then, dia buat rumah sewa aku macam rumah sewa dia. Sampai budak rumah aku yang lain rasa tak selesa. Dia tau aku marah dia, so masa dia datang nak ambik balik kain baju dia, langsung sepatah haram tak cakap dengan aku. Sangat biadap okeh!! Lepas tu, aku langsung tak sms dia or call dia sampai sekarang. Dah dekat 2 tahun.


Hari tu aku receive SMS. Nombor aku tak kenal, of course sebab aku dah lama delete nombor henpon minah ni. SMS dia, "masih marah aku?" Lepas reply dua tiga kali, dia call aku. Mungkin dia ingat ni kisah lama, jadinya aku dah sejuk. NO!! Tidak mungkin.
Aku takkan jadi seramah dulu okeh. Dan 1 hari tu aku terserempak dengan dia kat stesen bas Sungai Petani waktu nak hantar adik aku balik ke politeknik. Dia datang tegur, dan salam2 dengan mak dan adik aku. Sempat aku salam dan tanya dia nak ke mana (dengan muka yang langsung tak ada reaksi), lepas dia jawab nak ke JB sambil sengih2 macam kerang, terus aku blah. Adik dan mak marah2 aku, katanya aku sangat teruk dan sombong. Haha. Lantak...!!! Sikit aku tak kisah. Aku tak kisah tak ada kawan macam ni. Ego aku sangat tinggi setinggi Everest kan??


Dan kes yang seterusnya, cerita pasal rakan serumah lagi yang sangat malas tahap gaban!! Setahun dia menyewa sama2, boleh kira dengan jari2 aku yang mulus ni, berapa kali je dia buang sampah. Penyapu? Tak pernah tengok dia pegang. Cuci bilik air?? Ohhh.. tidak sama sekali. Mungkin akan mengeraskan tapak tangannya. Aku sangat menyampah dengan orang yang malas macam ni okeh. Pernah sekali, dia tak basuh periuk yang dia guna, sampai 3 minggu. Kering dan berkulat. Kitorang saja je tunggu bila dia mau cuci itu periuk. Sudahnya rakan serumah aku yang lain dah tolong basuh. Korang ingat aku tak sakit hati ker, aku beli barang nak masak, aku masak, makan sama2, sudahnya dia angkat pinggan dia je basuh. Geram sangat, last2 aku tak masak. Aku cakap aku nak diet. Haha. Kencing nih. Lepas tu, tiap2 malam dia terpaksa mendermakan sejumlah duit kat kedai makan. Lantak dia laa... Muka cun, pakai kereta mahal, tapi serbuk basuh baju paw aku punya, apa kes????? Haha.. Sekarang dia dah blah. Dia langsung tak cakap apa2 kata nak pindah, just SMS rakan serumah aku yang sorang lagi, cakap nak pindah. Alasannya, dia sedih, sebab aku tak cakap dengan dia. Wallaweyyyy... Best punya alasan, salahkan aku pulak. Mana2 pun dia pergi, dia akan tetap bawak perangai dia yang malas tu. Dan aku pun, tetap akan bawak perangai aku nan satu ni.


Sangat mustahil untuk aku bertegur sapa dengan mereka ni if one day aku jumpa mereka balik.


Dalam dunia ni, aku sorang je ek ada penyakit macam nih???

Wednesday, June 23, 2010

TIGA PULUH DUA RINGGIT LIMA KUPANG..

Sebulan = RM 32.50

2 bulan = RM 65.00

3 bulan = RM 97.50

4 bulan = RM 130.00

5 bulan = RM 162.50

6 bulan = RM 195.00




Untuk bulan-bulan yang seterusnya, korang darab ler sendiri ye... hehe.

Korang tau jumlah kat atas ni untuk apa?

Tak tau??? Ok... Sebelum aku bagitau, sila ketuk kepala anda kat dinding dulu. Haha.

Jangan buat weh.. Kang tak pasal-pasal korang jadi bengong 5 minit.



Jumlah kat atas ni adalah kos pentadbiran yang pihak PTPTN kenakan ke atas peminjam-peminjam.

Iaitu aku. Serta adik-adikku, serta sahabat-sahabatku. Dan mungkin jugak korang.

Kos pentadbiran ni memang tetap tiap-tiap bulan dari statement yang aku periksa semalam.


So, tahniah lah untuk kita kerana 'menabung' dengan PTPTN.

Tuesday, June 22, 2010

Cintaku Tertinggal Di Tokyo





Sangat sejuk cuaca pada hari ini. Hujan dari subuh sampai ke petang. Tak merasa langsung matahari tegak atas kepala. Selalu haba panas sampai mendidih isi otak. Bagus jugak, boleh hangat sikit tahi-tahi otak yang berkarat tu.



Hujan tanpa henti di Malaysia tak sama seperti aku di Jepun dulu. Musim salji memutih, aku siap boleh order ais batu campur (ABC) sama itu Ah Soh yang jual di simpang tempat penginapan para pelajar Malaysia. Ah Soh sudah lama jual ABC, sejak dia jatuh cinta dengan salah seorang pelajar Indonesia dan seterusnya Ah Soh memeluk Islam dan berkahwin dengan Mbak Kerisdayangti, 25 tahun yang lalu.



Musim salji di Jepun sangat mengujakan. Aku selalu ajak teman-teman ke restoran Syeikh Ahmad Albab, pekena roti canai dan cheese nan. Sangat seronok waktu itu. Pengalaman indah yang sukar aku kikis dari kapasiti 1000 gigabyte otak aku. Kalau bernasib baik, dapat kami tonton Liga Malaysia bila mana restoran Syeikh Ahmad Albab mempunyai piring Astros yang hebat. Semua tayangan di Malaysia dapat kami ikuti. Hilang lah sikit kerinduan kami pada tanahair. Ada beberapa orang pelajar yang sangat kemaruk dan rindukan tanahair, terpaksa melakukan kerja separuh masa di restoran Syeikh Ahmad Albab, jadi dapat la mereka menonton dan mendapat perkembangan terbaru tentang isu semasa di Malaysia.



Petang-petang, selepas Asar, aku lebih senang mengayuh basikal tua yang aku bawa dari Malaysia, senang untuk kemudahan pengangkutanku. Tak payah bersusah payah berebut menaiki tren ke Universiti Honda Yamaha berdekatan dekan pekan Lords of the Ring. Sambil mengigit buah strawberi cicah coklat yang aku sediakan dari rumah, aku kayuh basikal tua keliling pekan Osaki sambil melambai-lambaikan tangan kepada beach boy yang bertugas pada petang itu. Dinasour yang terbang di atas kepala tidak aku hiraukan, janji beliau tidak fire aku.



Cuaca sejuk di Malaysia takkan sama seperti kisah aku di Jepun. Kisah cintaku yang begitu melakonkolik bila mana pihak penerbangan Jepun tak benarkan aku bawa pulang basikal tua ku itu, kerana ingin meletakkan basikal itu di muzium harta karun mereka. Aku sangat sedih, lalu meminta Ultraman Dyna menghantar aku pulang ke tanahair. Ultraman Dyna yang simpati dengan aku menghadiahkan aku bola-bola api yang sangat sejuk dan cantik.





Dan aku terdengar suara rakan serumah ku, "hoiiii... bangun.. bangun.. hari ni tak kerja kah????"



notakaki: gambar di ciplak dengan suksesnya dari brader gugel.

Monday, June 21, 2010

Super sonic itu pakai enjin kuasa kuda

Pagi tu aku drive laju-laju.
Dari Kedah nak ke Penang, bukan dekat okeh.
Mujur aku pakai kereta enjin berkuasa kuda.
Jadi, sangat laju seperti Super Sonic.

Sampai je dekat jambatan Pulau Pinang, aku tengok kereta berduyun-duyun.
Ada kereta mahal, ada kereta murah seperti kereta aku.
Dan yang pasti, kereta aku sangat laju.
Kerana pemandunya bekas candidates untuk driver F10.
Aku kena reject sewaktu saringan ke 14.
Sangat sakit hati ketika itu.

Ok, berbalik kepada cerita aku tadi.

Pertengahan jambatan, aku sempat usya kenderaan kiri kanan aku.
Cuba beramah mesra, setakat senyum-senyum kambing tidak apa-apa kan.
Itu kan sedekah. Hari tu aku sangat bermurah hati.
Nak sedekahkan senyuman yang paling manis.

Pappppp...

Aku nampak jiran aku ni.
Dia memandu dengan steady.
Tapi aku pelik.
Muka dia.
No, bukan artis. Bukan jugak orang yang aku kenal.
Aku amati dan amati amoi tu.
Sangat hairan wooo...
Itu amoi pakai mask sambil memandu di jalanraya.



ni contoh face mask yang aku berjaya cilok dari brader gugel


Sesapa yang ternampak amoi tu, pastinya akan memperlahankan kenderaan mereka.
Itu amoi betul-betul menjaga kulit wajahnya.
Di rumah tak sempat mau pakai itu mask, jadi dalam kereta ke tempat kerja pun boleh...

Kawan-kawan jangan buat seperti itu okeh.
Sangat memeranjatkan jiran-jiran iaitu pemandu-pemandu yang lain.
Tambah-tambah lagi pemandu jakun seperti orang yang tengah baca entri nih.

Haha.


Ps: Tajuk merepek macam makan keropok lekor dengan kicap. Hahaha.

Sunday, June 20, 2010

AHAD YANG SUNYI

AHAD.

Esok kembali bekerja.
Sangat malas.
Kepala akan di bebani dengan kerja.


Jadi,
hari ni aku menghabiskan masa di rumah.
Minggu lepas nak buka blog orang lain pun tak sempat.
Ada masa sikit hari ni, aku ambik kesempatan untuk baca dan komen apa yang patut.

Dah almost sebulan tak balik kampung.


Rindu sama budak kecik.











Dan, dah dekat 2 bulan tak jumpa tak jumpa dia.



5 months lagi dah, counting the days...
Preparation???

Hmmm... 20% kot... Rasanya masih sempat kan...

Friday, June 18, 2010

KEMARUK NAK TENGOK WORLD CUP

Mail memang sangat kemaruk mau tengok itu World Cup. Sangat-sangat ok.
Tapi beliau tidak mampu. Nak beli rokok pun Mail terpaksa mintak duit dari Mak.

Apa-apa pun, Mail memang nak tengok World Cup. Mail rasa macam loser je bila Leman asyik cerita pengalaman tengok World Cup.

Tak boleh jadi!!! Mesti kena ambik tindakan.

Jadi, Mail tiru cara sorang mamat omputih ni.







Jangan tiru cara Mail dan mamat omputih ni Ok!!!
Berdoa la kawan-kawan, tak dapat abang atau adik macam ni... huhu.

Ada berani??

Haiiii...
Nama saya Marilyn Monroe
Saya dah tua, dah 85 tahun dah
Tapi, badan saya masih sihat dan taff
Untuk dapatkan badan yang sihat dan taff seperti saya, adik-adik kena banyak melakukan senaman
Makanan kena pantang
Tak boleh bedal je
Kepsi pun adik-adik kena elakkan
Mekdi pun sama


Kalau ajak adik-adik semua jogging 5 round kat stadium Bukit Jalil tu, agak-agak sapa boleh menang ek?

Ok, ni gambar saya tengak eksesais..
Maaf ye, saya pakai seluar kecik waktu ni..
Hehe..


Thursday, June 17, 2010

Lapar itu seperti hingus yang meleleh ketika selsema, tak dapat di tahan

Tajuk tak ada kena mengena.


1) Dua hari mengadap keja yang sama. Bosan. Mata jadi penat. Otak jadi berat.



2) Serius, saat ni aku terasa nak makan cucuq jagung panas-panas. Sedapnya... Sangat-sangat (bukan sangap-sangap) teringin nak makan cucuq jagung panas-panas. Mari kita sama-sama membayangkan cucuq jagung di atas sepiring pinggan Vantage. Asap berkepul-kepul. Masih panas dan sangat mengujakan. Korang pegang, ushhhh... Panas. Sabar.. Tunggu bagi sejuk sikit. Ok, cuba pegang sekali lagi. Masih panas, tapi kalau telan, anak tekak takkan melecur. Jangan lupa baca doa makan.



3) Balik kerja nak menapak ke kedai makan. Nak beli tomyam untuk berbuka.



Selamat berbuka ye kawan-kawan.

Wednesday, June 16, 2010

RIYUNIYEN



menghitung hari nak sampai tarikh riyuniyen










Hepi--- Hepi--- Dah lama tak jumpa member-member
Sangat rindu sama mereka.

Kat sini aku tunjuk sket info berkenaan riyuniyen tersebut..

Sesapa yang tak leh join, melepek je lah korang. Tengok je la gambar-gambar kitorang nanti. Haha.




Salam sejahtera buat sahabat2 yg dirindui dan diingati selalu.

Setelah mendengar beberapa pendapat dan perbincangan, sekarang dengan rasminya saya ingin memberitahu aktiviti buat julung kalinya iaitu reunion kite yg telah lame dinanti2kan adalah seperti berikut:

event: picnic & barbeque
date: 10th july2010 (2pm-7pm)
place: Rashid Wave Runner Batu Ferringhi

Banyak acara2 menarik akan disediakan dan bawa baju lebih2 sikit (mana la tau ade yg nk terjun dlalam air nanti). Tempat memang tepi pantai dan sebuah bilik disediakan untuk keselesaan anda yang mempunyai anak kecil.



Maybe ada member-member yang datang ke Island guna feri...




Jeti... Dah sampai island..


Selamat Datang Kawan-kawan....

BLUES SEORANG JAGOAN # 1

Mail berjalan perlahan menuju ke motosikal buruknya. Syahdu. Motor buruk tu dah tak ada raga. Signal kanan kiri pun dah rosak. Kalau nak masuk simpang, terpaksa la Mail angkat tangan macam budak-budak nak ambik test JPJ. Span tempat duduk tu pun dah koyak rabak.

Bila hujan, habis air meresap ke dalam. Busuk, tapi Mail buat-buat slumber. Mail pura-pura span motor tu bau macam Kenzo Flower. Mail pernah bau sekali, waktu tu, Mail ke pasar malam. Bawak mak beli barang dapur. Ada sorang brader suruh Mail testing-testing 1,2, 3. Hmmm... Wangi. Nak beli Febreeze, Mail tak mampu. Gasak la, bukan ada awek nak tumpang pun. Penah jugak Mail pasang angan-angan, nak bawak Fasah Sandha ronda-ronda keliling kampung dengan motor.

Mail konfem, mesti ramai yang cucuk bijik mata dengan garpu sebab tak tahan tengok aksi Fasah Sandha peluk pinggang Mail. Mail senyum-senyum. Itu sudah lebih. Mail tatap motor buruk kepunyaan arwah ayahnya.

Sebelum Mail pakai motor ni, terlebih dulu abang Mail yang pakai. Sekarang, abang Mail pergi jauh. Tinggal dalam pintu besi jarang-jarang, pakai uniform hitam putih berbelang-belang, sebijik macam dalam tv.

Dalam hati berkira-kira mahu tukar pakai Honda EX5. Tapi, dengan kebun sekangkang siput babi tu, mana la Mail mampu bermimpi nak pakai motor baru hatta motor second hand pun. Mungkin dengan sifat berjimat cermat yang Mail amalkan sejak dalam perut ibu, dapat jugak Mail tukar motor baru. Insyaallah.

Tuesday, June 15, 2010

SILA TERANGKAN APA YANG SAYA TULIS KAT DEPAN NI



Ok murid-murid, faham tak apa yang saya dah terangkan tadi.
Jangan angguk-angguk je,satgi saya tanya balik, tobat dah kamu tak faham.


Ok, budak yang tengah baca ni, sila ulang balik apa yang saya tulis kat depan ni.

Yer, kamu.

Sila terangkan apa yang saya dah tulis ni.

Monday, June 14, 2010

Pertandingan Leher Terpanjang

1) Pertandingan ni terbuka kepada pembaca blog GADIS COMEL sahaja.

2) Penyertaan sebanyak satu (1) kali sahaja.

3) Anda tidak dibenarkan mengukur menggunakan pita pengukur (sila jangan curi pita pengukur mak anda).

4) Hadiah akan di pos kelak (sila tinggalkan alamat masing2)

5) Tarikh tutup pertandingan: 14 Jun 2010 (pada pukul 1.55 pm)

6) Keputusan juri adalah muktamad. AFUNDI MASUK tidak terlibat sama sekali..!!!




Soalan: Berapakah diameter panjang bagi kesemua menatang kat bawah ni? 2 saat dari sekarang.




Tettt...


Tettt...


Masa sudah tamat. Padan muka tak leh jawab. Haha. Selamat dah hadiah aku.

Saturday, June 12, 2010

PEMBERI KOMEN TERBANYAK AKAN DAPAT HADIAH

Pengomen aka orang yang meninggalkan komen terbanyak dalam BLOG GADIS COMEL ni akan mendapat hadiah seperti gambar di bawah.




Sila tinggalkan komen anda wokeh sekiranya anda mau makan Grilled Chicken Ass secara percuma.

Sekian, terima kasih. si yu bebeh.

Yang Terjadi Pasti Ada Hikmah-Nya 1

Serius, memang sakit. Tapi aku nak elakkan dari telan painkiller. Aku tak mau badan aku penuh dengan chemical product. Sila percaya. Sebenarnya aku takut makan ubat. Haha.

Ekceli, aku memang nak turunkan berat sikit. Sikit je lah. Hehe. Tapi banyak usaha yang aku cuba buat, akhirnya membuatkan aku melukut di tepi gantang juga akhirnya. Kecewa dan kecewa. Huhu.

Dari tekan tubi, skipping, lompat bintang seperti harimau bintang, lari setempat sejauh 5 kilometer setiap hujung minggu, dan akhirnya sehingga ke cara yang paling hampeh aku penah buat, iaitu mengurangkan pengambilan nasik. Ceh.. ini nasihat kawan aku. Katanya, kalau tak makan nasik seminggu, aku boleh turun 2 kg okeh. Aku ikut. Sudahnya kaki rasa macam kena parkinson, lapar der.

Aku ni perut orang Melayu, mana tahan kalau sehari tak makan nasik. Ishhh.. Sungguh hampes kerana aku ikut nasihat tu. Haha.

But then, sekarang aku kan sakit gusi. Menurut Doktor Pakar Peribadi merangkap kawan serumah aka Kak Ina, dia cakap aku mesti nak tumbuh gigi bongsu. Ehemmm.. Aku muda lagi kan.. Sebab tu gigi tumbuh tak abih lagi. Hehe.

Kesukaran untuk makan tu memang lah sangat terasa, even nak minum air pun terasa sakit. Dan lagi, rutin harian aku untuk menguap depan PC sepanjang waktu bekerja juga terasa sangat terseksa. Sifat keMelayuan aku iaitu makan dengan tangan pun terpaksa aku letak tepi, sebabnya tak dapat nak nganga. Akhirnya, aku menjadi sedikit moden (poyo), dengan makan menggunakan sudu. Nak telan air liur pun sakit weh.

Hari ni dah masuk 4 hari aku menanggung kesakitan akibat dari kebengkakkan gusi, dan rutin harian aku untuk menimbang berat tak pernah aku abaikan. Alangkah shock nya aku, aku berjaya menurunkan 1.5 KG dalam masa 4 hari. Yahuuuu... Berjaya....

So, aku terima sakit gusi aku ni dengan redha, sebabnya setiap apa yang jadi dalam hidup kita ni, pasti ada hikmah dari Dia. Sakit, at same time dapat kurangkan berat badan (yang belum sampai tahap obes okeh).

Friday, June 11, 2010

DEMAM PIALA DUNIA DAH TERASA?

Demam Piala Dunia dah terasa?

Anda pasti teruja dengan komik bola sepak Soccer Striker.

RM 0.50/ MMS.

Hantar ON SS ke 23268.

Untuk servis bola sepak lain, dail *100#.



Penghantar SMS: 23268 (MAXIS)
Penerima SMS: Aku yang tidak meminati Piala Dunia!! Aku layan Skuad Kenari je. Sila jangan SMS aku lagi pasal Piala Dunia nih. Penuh inbox aku je.


Notakaki: Kalau anda real peminat Piala Dunia, try ler ON SS ke 23268. Ada berani der?????

NAMA SAYA ARDI




Haiiii.. Nama saya Ardi. Ardi tinggal di Jakarta, Indonesia. Ardi berumur 2 tahun. Kecik lagi kan Ardi nih? Tapi, walaupun Ardi kecik, Ardi suka hisap rokok. Sehari Ardi boleh hisap rokok sampai 40 batang. Serius, tak tipu punya. Kalau Ardi tak hisap rokok, nanti Ardi akan menjerit-jerit dan cepat marah.






Ardi kecik lagi, mana Ardi ada duit. Jadi, hari-hari, Papa ler yang beli kan rokok untuk Ardi. Baik kan Papa Ardi. Ardi sayang Papa.



Ardi mula hisap rokok ni waktu Ardi umur 18 bulan lagi. Mesti Ardi kecik lagi kan waktu tu. Hehe. Ardi pun tak tau sapa yang bagi Ardi hisap rokok waktu Ardi kecik dulu. Papa Ardi kot.



Ardi tengok, kawan-kawan Ardi semua masih hisap botol susu, tapi Ardi tak, Ardi kuat, Ardi dah besar, sebab tu Ardi boleh hisap rokok macam Papa dan kawan-kawan Papa.






Doktor cakap Ardi obes, tapi sikit pun Ardi tak faham obes tu apa. Papa Ardi pun cakap Ardi sihat, jadi memang Ardi sihat lah. Nampak tak badan Ardi, lagi besar dari kawan-kawan Ardi.



Ok lah kawan-kawan, Ardi nak pergi main tembak-tembak ni. Jumpa lagi yeee... si yu bebehhhh....





NOTAKAKI:
Kanak-kanak dalam gambar tersebut ialah Ardi Rizal, Kanak-kanak 2 tahun dari Indonesia ini telah mula menghisap rokok sejak umur 18 bulan, dan pada umur sekarang, beliau telah menjadi ketagihan terhadap rokok. Malah beliau akan mengamuk jika tidak dapat menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.

Thursday, June 10, 2010

Di saat-saat

Di saat-saat sakit gusi aku ni masih tak surut-surut, aku teringin:



1) teringin nak makan ayam masak kicap yang mak aku buat. sampai ternampak kat tubir mata aku nih, beberapa ketul ayam sedang berbogel atas piring yang tubuh mereka di selaputi oleh kicap, bawang besar.... srotttttttttt....



2) teringin nak terajang orang yang asyik suruh aku buat tu, buat ni.. adoii.. aku sakit la weh.. sakitttt...!!!



3) teringin nak muntahkan balik painkiller yang aku terpaksa telan pagi tadi sebab dah tak tahan!! aku jarang-jarang sakit. demam setahun sekali. kalau demam, aku jarang telan panadol. selalunya aku tidur, dan tidur dan balutkan tubuh aku dengan selimut tebal-tebal.



4) teringin nak landing-landing depan tv je. malas sangat nak datang kerja. MC? malas pulak. Tapi kalau esok masih ada sakit nih, terpaksa jugak menjejakkan kaki kat klinik. huhu.


sekian, tata titi tutu.

sakit lagi

sakit gusi ni buat aku rasa malas nak bercakap.
senyum pun terasa sangat menyeksa kan.

minum pun terasa sakit.
telan air liur pun sakit.

tapi aku masih datang bekerja.
banyak kerja yang harus disetelkan.



sakit.

macam mana nak makan ni??
itu yang aku risau... ;(

Wednesday, June 9, 2010

burung saper ni?????


lawa noh burung ni???



ni pun lawa jugak...


ni pun lawa...


sangat lawa...


memang lawa..
















notakakidantangan: impian ingin memiliki kamera yang canggih terpaksa di beku kan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.. huhu... tolong weh, kelik2 ler nuffnang aku tu.. bersedekah lah untuk aku mencapai impian aku tu.. ngeh ngeh ngeh..

ADUHH.............

aduhhh...

sakit...

takkan tua-tua pun gigi masih nak tumbuh...

cukup-cukup la time muda remaja dulu...

serius tak tahan...


huhu.. sakitnya gusi aku nih...

nak makan pun tak selesa...

sakitnya......

Tuesday, June 8, 2010

CINTA ITU KETAWA DAN AIRMATA

Cinta itu ketawa dan airmata

Ada cinta
pasti ada ketawa
pasti ada airmata

pasti juga ada rasa kecewa
pasti juga ada rasa bahagia

Cinta itu ketawa dan airmata


Cinta itu mencipta rasa rindu yang maha hebat
Cinta itu mencipta rasa getar dalam dada
Cinta itu mencipta rasa gelora di jiwa

Cinta itu ketawa dan airmata

Cinta itu bukan hanya seperti kisah Uda dan Dara
Bukan juga seperti kisah Kasyah dan Ayu
Tidak juga seperti kisah Adam dan Maya

Cinta itu ketawa dan airmata

Dan aku mahu rasa cinta itu....

Ohhh cinta, datanglah.....................


notakaki: tak leh blah syair ni.. terkozut Shahnon Ahmad kalau dia baca.. buleh meleleh ayaq hinguih...

perangai macam mangkuk jamban

kalau malas, aku boleh tahan lagi..

takpe, aku boleh buat..

aku boleh sabar..

guna barang aku pun aku boleh sabar lagi..

gaji besar, guna barang branded, apa tak malu guna barang orang?

tak reti nak beli sendiri??


perangai memang buruk macam mangkuk jamban tak flush!!


berani je blah macam tu..

sewa rumah tak bayar.. bil letrik, bil air slumber je buat2 lupa...



tak pa, aku halalkan.. semoga rezeki aku lebih mencurah2..

UNTUK HARI TUA


bestnya kalau duit GC banyak macam ni... hohohoho..



Baru seminggu je Gadis Comel aka GC dapat gaji, tapi GC rasa macam dah sengkek sangat-sangat. Biasa la GC kalau balik kampung, bawak mak GC pi jalan-jalan, beli barang rumah, isi minyak kereta pi mai pi mai, bayar tol lagi, dah tinggal berapa kupang lagi dah dalam poket GC ni.

Risau?? Tak risau sangat. GC ni bukan jenis orang yang suka shopping macam gadis-gadis kat luar tu. hehe. Tengok beg, GC jeling je. GC cuma pantang tengok kasut je. Sebab tu Lelaki Kacak suka perli GC, "beli kasut banyak-banyak, tapi tak pakai pun". Hehe...

GC sebenarnya nak share sikit pasal kepentingan berbelanja dengan berhemah dan menyimpan untuk masa depan yang lebih gemilang dan terbilang pada masa depan.

Ekceli, berapa persen dari gaji yu all yang yu all fixed kan untuk saving?

GC sebenarnya tak fixed pun berapa persen tiap-tiap bulan. Haha. Tapi simpanan tetap untuk ASB (Anak-anakku Sungguh Bertuah) memang GC ada bank in dalam akaun Mebenk. Untuk yu all yang sudah bekerja, GC rasa okey jugak kalau yu all semua ambik ASB Loan. Ini ibarat simpanan hari tua yu all yang yu all tak boleh nak usik. Selepas 10 atau 20 tahun, baru yu all boleh merasa duit yang yu all simpan sekarang. Alaaa.. macam konsep duit EPF yu all. Tiap-tiap tahun yu all tengok amount dalam akaun 1 dan 2 yu all makin bertambah, tapi yu all still tak boleh usik, sehingga yu all berusia 50 tahun.

Tapi, untuk konsep ASB Loan tadi, yu all masih boleh keluarkan duit bonus atau dividen setiap tahun yang ASB akan declare pada bulan Januari setiap tahun. Keuntungun yang ASB bagi untuk simpanan kita agak baik iaitu sebanyak 8 persen (plus minus) berbanding yu all simpan dalam mana-mana akaun di bank.

Satu lagi yang GC nak share, GC agak suka dengan konsep main kutu. Sebabnya, main kutu ni macam force saving. Kalau nak harapkan kita saving sendiri, alamatnya tiap-tiap kali ada sales, mesti langkah kita asyik ke ATM je. Walaupun ada sesetengah orang tak berapa suka dengan permainan kutu ni, tapi itu terpulang pada pendapat masing-masing. Sebolehnya, pemain-pemain kutu tu mesti lah orang yang kita rasa yakin yang mereka akan bayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Jangan-jangan dah dapat duit, terus lesap. Tak syok pulakk... Lagipun, main kutu ni ibarat macam kita pinjamkan dulu duit yu all untuk kawan-kawan yu all, lepas tu bila sampai turn yu all, kawan-kawan yu all akan bayar balik 'hutang' yang kawan-kawan yu all pinjamkan tu..

Dan lagi, kalau yu all rasa nak selamatkan duit yu all dari ketagihan yu all yang suka cucuk duit tu, GC cadangkan yu all keluarkan duit yu all dan simpan dalam ASB. Sebabnya, bila yu all guna kad, senang-senang je yu all nak keluarkan duit yu all. Tapi kalau yu all simpan dalam ASB, susah sikit sebab ASB kan pakai buku, jadi tak la sesenang yu all nak keluarkan duit dan perabih macam tu je. Tambah-tambah kerja macam GC ni, lunch time je ada untuk GC nak ke bank atau pejabat pos kalau GC nak keluarkan duit ASB, tapi kalau GC keluar, tak sempat pulak lunch time GC. Jadi, susah lah GC nak keluarkan duit dalam akaun GC yang ada berapa kupang tu.. ekekekeke....

Kalau di tolak duit itu ini, bayar yang tu bayar yang ni, GC rasa kita masih boleh menyimpan balance duit yang kita tak guna lagi. Takkan nak harapkan simpanan untuk ASB je kan. hehe.




Rasa macam topik GC kali ni agak seriyus. Tapi GC tak kisah, GC nak share je pendapat GC yang tak berapa mahir lagi dalam ilmu kewangan ni. Kalau yu all semua ada cadangan yang lebih bagus, sila tinggalkan komen yu all ye.


notakaki: gambar duit ribu riban tu GC cilok dari abang gugel.. ;p

Monday, June 7, 2010

GEDIKSS




Ekceli, Gadis Comel (GC) rasa sangat gediks mau kawin di saat dan ketika ini. Haha. Kedengaran sangat gediks kan. GC mintak maaf. Bukan apa, kawan2 GC semua sudah kawin, yang belum kawin ada lagi 2,3 kerat. Yang lain, kebanyakkan sudah tukar status. Bukan setakat jadi bini orang, tapi dah jadi mak budak pun dah ramai...


Ala.... GC sangat sedih. Last week GC pegi kenduri kawin member GC. Aduhhh... Semua kawan2 GC dah kawin.. GC cuba2 nak senyum kat member GC merangkap pengantin pada hari itu, tapi sangat kelat dan tidak ikhlas senyuman yang cuba GC lemparkan. Ohhh... Jeleskah GC??? Rasanya yesss... Memang GC jeles... Haha...


Tapi bila GC fikir2 balik, ekceli GC belum bersedia lagi mau kawin.. Bukan takut pasal first night..!! Hahaha..


Serius, bukan itu sangat yang GC fikir dan takut-takutkan, tapi banyak benda lagi yang buat GC belum bersedia.


Waktu kat kenduri member GC tu, GC tengok bukan main lagi majlis dia. Baju yang member GC sewa dah 3 pasang, siap dengan pelamin ala-ala Sultan Melaka melepakkan diri macam dalam wayang P Ramlee dulu-dulu.. Lepas tu GC tengok, tempat makan pun hias cun-cun giloss... Bilik tidur pun bukan main lagi gempak.. Itu belum masuk bab hantaran lagi.. Aduihhh.. GC rasa-rasa, duit dalam akaun Mebenk GC belom cukup lagi..

Memang la GC ni perempuan, boleh letak hantaran tinggi-tinggi, tapi GC tak mau lah menyusahkan bakal suami GC. Kang bakal suami GC pinjam duit dengan ALONG, sia-sia je GC jadi janda muda kalau laki GC kena potong kapla... Uishhh... tak mau lah GC...


Itu belum masuk preparation dari segi mental lagi.. Sebelum ni hidup membujang, tiba-tiba dah kawin, mestilah cara dan pembawakkan dah tak sama... Betoi dak?? Kalau selama ni balik kerja je, GC mesti melepak-lepakkan diri depan TV, rasanya lepas ni dah tak boleh buat camtu.. Kang suami GC balik, GC tak masak lagi.. Ishhh.. GC tak mau lah camtu.. GC kan nak jadi isteri solehah.. hehe...


Pastu, cara GC bergaul dengan kawan-kawan pun kena kurangkan dah.. Bukan tak boleh nak spend masa dengan kawan-kawan GC, tapi keutamaan mesti untuk suami GC kan.. Dan lagi, GC kena belajar sayang menyayangi keluarga mentua GC, adik beradik dia, sedara mara dia.. Kena belajar kenal hati budi dia lagi..


Kalau GC nak kupaskan cite pasal kawin-kawin ni, buleh buat GC takut dan takut lagi.. Jadi perasaan gediks GC tadi dah berkurangan selepas GC cerita kat kawan-kawan semua...


Sampai di sini saja topik perbincangan GC dengan kawan-kawan semua, jumpa lagi pada episod akan datang.. hehehe..

MALAS

aku sangat malas okey...!!! malas yang teramat sangat.. cepat lah sampai hujung minggu.. hohohoh...

Friday, June 4, 2010

AKU RINDU... BUKAN JIWANG OK..

Tudey aku nak balik kampung.. Serius rindu masakan mak aku.. Makanan kat kedai tak berapa menepati selera anak tekak aku.. Sejak kakak aku bersalin ni, asyik-asyik makan makanan orang berpantang je.. Sorang je yang bersalin, abih satu rumah berpantang..

Aku pulak memang rajin masak, tapi kesedapan tu amatlah diragui.. Daripada makanan tu membazir je tak ada orang makan, jadi aku prefer untuk tak payah masak... Derrr.. Bukan aku malas ok...!! Sila percaya...



Dah lama mak aku tak masak ketam masak lemak yang sungguh sedap dan mengghairahkan ni...





Tak pe, kalau mak busy, mak buat je lah sambal sotong.. perghhh... sutun... sutun....





OK, kalau mak tak sempat, mak perap je ayam ni.. Nanti anak mak yang rajin tahap luar biasa ni tolong idupkan api kat dapur kayu tu... Ayaaaammmmmmmmmmmmmmm....




Setakat goreng daging ni, tak pe lah.. Anak mak boleh buat.. Senang je nih.... Goreng sambil lompat-lompat pun boleh.. Tapi nanti ayah marah cakap aku terkinja-kinja macam beruk lak.. Anak mak batalkan je la hasrat nak lompat-lompat tu....






Ni feberet aku...!!! Ikan gelama goreng... Sesapa yang ada resdung, sila elakkan...








ps: ni gambar aku ciplak dari abg gugel tau.. tapi real yang mak aku masak, lagi menarik dan sedap dan enak dan hebat dan lapar dan tak sabar nak balik kampung...!!!! yebedabedu.. siyu bebeh....

Thursday, June 3, 2010

JAWATAN 0: BODYGUARD DI PERLUKAN



Serius aku kagum dengan kekuatan brader ni..
Kalau korang ada kenal brader yang kuat camni, pelis let mi no..

Aku rasa, korang yang baca ni pun tak sekuat brader ni..
Demam sikit pun dah menggedik panggil mak.. betul tak cakap aku?
Sila mengaku cepat...!!!

Aku ingat nak ambik dia jadi bodyguard aku lah..
Sejak 6 bulan aku menjadi blogger, aku rasa kurang selamat..
Blogger ni glamer macam artis reailiti tivi kot sampai siang malam, mana-mana aku pi, mesti ada yang folo..
Serius aku risaukan keselamatan aku..
Sebab tu aku mau upah brader ni...

Setakat mamat-mamat yang ada body ketul-ketul tu, apa lah sangat..
Sekali brader ni kentut kat muka, sure dan konpem ramai yang pengsan..
Itu belum brader ni pijak kaki lagi...

Es em es aku ye kalau-kalau korang ada jumpa brader ni.. Aku kagum derr tengok brader ni.. Kagum sampai jatuh cinta... Deyyyyyy... Cinta itu kan makanan jiwa.. ;p

Tenkiu beri mash..

ANDA MEMANG LOSER JIKA.....



Cinta itu kan makanan jiwa
Kita memang macam loser kalau dalam hati tak ada cinta
(sila angguk jika anda setuju)


Lirik Lagu Cinta Ada - Karen Kong, Sheila Majid, Jaclyn Victor

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya

Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa


Memang cinta ada dalam jiwa kita...

notakakidantangan:

1) memang cinta ada dalam jiwa kita.. jadi, kita bukan loser..!!! sila jiwang selama 10 saat.

2) gambar di ciplak dari abg gugel yang baik hati. camne mau buat air bentuk love tu ek?

Wednesday, June 2, 2010

MANGSA LELAKI BUAYA DARAT

Dari jauh aku nampak kelibat lelaki buaya darat itu. Nak lari atau pergi dekat. Nanti aku jadi mangsa seterusnya.

Tapi...


Aku betul-betul dah tergoda.. Ya Allah, selamatkan aku..


Aku datang dekat dengan lelaki buaya darat itu, aku tanya, tapi perlahan je suara aku. Aku kuatkan sikit supaya lelaki buaya darat itu boleh dengar apa yang aku cuba bilang sama dia.

(tetiba terkeluar ayat Indon pulak.. Mintak maaf.. Terpengaruh dengan drama Jangan Bilang Cinta kat Astro)


Berbalik kepada cerita lelaki buaya darat tadi, kali ni dengar.


"Berapa bang?", tanya aku sambil senyum-senyum. Lelaki buaya darat itu ikut senyum. Hadddoiiii... Hensemnya lelaki buaya darat ni.. Hensem sungguh... Terasa tak pijak di bumi... Aku bayangkan, aku dan lelaki buaya darat menari di sebuah istana yang maha hebat, di perbuat daripada kristal, aku pakai gaun cantik, menyerlahkan kecomelan aku. Lelaki buaya darat pulak ber tuxedo, rambut belah tengah, kami menari di iringi muzik orkestra. Perghhh...... Lemah gemalai tarian kami..

(sila bayangkan situasi ini dengan gaya imaginasi korang)


"20 je dik".


Papppp... Terus mati fantasi aku yang indah dan menyeronokkan tadi.


"Murahnye". Aku buat-buat gedik. Manja lah konon-konon. Cisss... Celaka..!! Dia senyum kat aku. Serius, aku tergoda..
Tak tahan nih....


"Ok bang, saya nak yang ni, kaler itam, saiz 4". Terus aku ambik 2 keping not kaler merah dari dompet comel ku dan blah cepat-cepat. Lama-lama kat situ buat aku risau dengan perasaan aku sendiri.


Tadaaaa....







Ni ler kasut crocs kaler itam size 4 yang aku beli kat lelaki buaya darat tadi.


Explanation:

Lelaki=brader yang jual kasut ni kan lelaki
Buaya=brader ni jual kasut crocs kan??
Darat=dia menjual di darat, di pasar malam, bukan di air


Sekian, terima kasih kepada abg gugel kerana pinjamkan gambar tu kat aku. hihi. ailebiu.