Friday, July 30, 2010

HATI SEORANG AYAH

sob3x.. aku teriak tersedu-sedu.. sampai hati ayah libas aku dengan hanger besi tu.. sakit tau dak?
bukan berat sangat pun salah aku.. aku tak mau makan saja.. bukan aku pi meloncat dalam kolam dekat bendang yang ayah kata banyak lintah tu.. bukan aku pi mengail labi pastu pi jual dekat Siam.. huhu.. ayah suka, kalau makan, nak anak ramai-ramai duduk makan sekali.. kalau mak buat sup, ayah cedok kuah sup suruh anak-anak dia hirup.. sebab tu ayah suka makan ramai-ramai.. seronok.. meriah.. ayah garang, anak-anak semua takut.. ayah penah penampaq gaban kat anak laki sulung dia, bising kat masjid waktu terawih, sampai anak jantan dia jatuh tergolek kat longkang dan patah tangan.. mujuq tak dak orang telefon teledera.. tidak, konpem ayah tidoq balai..

waktu tu aku kecik lagi, ayah geram tengok aku terkedek-kedek baca jawi.. ayah panggil aku duduk depan dia.. malam tu ayah rajin pulak melepak kat rumah, kalau tak, asyik tak lekat kat rumah, politik memanjang.. malam tu aku belajaq sampai abih semua ayaq dalam badan bertukar menjadi ayaq mata.. ayah jentik pun tak, tapi aku takut.. sejak malam tu, lancar je aku baca jawi.. tapi i'm sorry ayah, sekarang ni anak ayah ni macam bengap pulak baca jawi, mungkin ayah kena libas sekali lagi dengan hanger besi tu baru boleh lancar balik.. hehe...

ayah cakap ayah nak pindah rumah, bawak mak dan adik-adik.. dekat sikit nak ke tempat kerja ayah.. tapi ayah, chek sayang tok.. kesian tok.. takpa, biar chek dok dengan tok.. ayah pindah, waktu tu aku darjah 4.. seminggu sekali ayah balik, gilir-gilir bawak aku atau kak jumpa mak.. tak boleh tinggalkan tok sorang-sorang kat rumah.. darjah 4 jugak aku dah hafal nombor IC ayah, nak sign kat kad kemajuan.. tok dah tua, baca pun tak reti, ni kan pulak nak sign kad kemajuan.. aku belajar tiru sign ayah.. hebat jugak aku waktu tu.. darjah 4 jugak aku menggedik panjat pokok getah, nak ambik bijik getah, nak lawan bijik getah sapa paling kuat.. pappp.. padan muka,aku jatuh pokok getah.. patah tangan.. tahniah jugak untuk aku, sebulan lebih tak payah pi sekolah..

mana ayah?? aku tunggu jugak waktu cikgu mintak ayah mai sekolah, ada perjumpaan cikgu dan ibu bapa.. ayah tak mai.. aku tunggu jugak, takkan nak mintak jiran sebelah rumah tok jadi wakil..waktu tu aku tak reti apa-apa.. bila cikgu tanya kenapa ayah tak mai, aku tunduk pandang lantai.. aku cari-cari wajah ayah bila cikgu umum nama aku kat pentas.. orang ramai tepuk tangan.. tapi, aku tak nampak muka ayah.. cikgu kata suara aku sedap, nanti nak buat persembahan menyanyi.. aku ingat, bakat aku mesti turun dari ayah.. mak aku tak pandai nyanyi rasanya.. mesti ayah dulu awek ramai, nyanyi kat awek time keluar dating.. aku kat atas pentas buat persembahan, ramai orang tepuk tangan, phewwit-phewwit kat aku, tapi aku langsung tak nampak muka ayah.. walaupun aku kecik, tapi aku bijak time tu, aku dah faham maksud redha..

hari sukan sekolah, aku kecik lagi waktu tu, aku wakil sukan rumah biru.. kuat jugak aku lari, tinggalkan budak-budak kurus dan tinggi tapi lari macam kura-kura kat belakang, tapi hampa, aku dapat nombor 2 saja.. cikgu kata, aku boleh cuba acara lompat jauh.. aku cakap aku pendek, mana boleh lompat jauh cikgu.. cikgu yakinkan aku, "yeahhh.. kamu mesti boleh. Malaysia boleh". aku lompat, dan menang. tempat ke dua jugak. celaka, budak tu menang sebab dia kurus dan tinggi. jauh jugak lompatan beliau. aku benci dia sampai sekarang sebab dia kurus dan dapat pingat nombor 1. waktu aku ambik hadiah, aku masih tak nampak muka ayah.

aku malas pi mengaji petang. aku nak pi meloncat kat bendang dengan kawan-kawan, lepas tu nak pi main tuju kasut. aku cakap kat tok, tak mau pi sekolah, tok bilang, "up to you lah". aku meloncat macam kera sebab tak payah pi mengaji petang. pi sekolah esoknya, cikgu marah, cikgu cubit perut aku, pastu suruh aku berdiri atas kerusi, lenguh abih tempurung lutut aku, time-time tu jugak aku masih tak nampak muka ayah.



jiwa aku memberontak. aku perlukan kasih sayang ayah.. bila aku besar, aku join satu akademi untuk jadi seorang perisik.. hebat gila waktu tu.. aku dapat belajar macam-macam, pistol la, senapang la, mesin gun lagi, bom pun ada.. bukan standard meriam buluh yang budak laki kat kampung aku dok main time posa.. memang aku bijak, sebab tu aku boleh jadi perisik yang berjaya dan femes.. dah besar dan dewasa ni, body aku punya la lawa, bibir mungil, loncat dari pucuk pokok nyoq ke tanah pun tak apa-apa lagi.. kemudian, aku berjumpa seorang lelaki yang sayangkan aku.. hensem tak hengat, muka macam brad pitt.. tak sangka betul, rupa-rupanya dia pun perisik macam aku..

ok, panjang sangat cerita aku ni.. lain kali aku sambung lagi.. aku nak masak, satgi Mr. Smith nak balik makan.. dah la kat dapur ada stok ikan bilis ja ni, buat sambal ikan bilis dengan sardin king kup kira spesel dah..


sekian,

yang benar,

Jane Smith.

BUTA WARNA + GAMBAR YANG SOMBONG + MISI MENUNTUT HUTANG

BUTA WARNA

Ok, aku mengaku semalam aku tengok tilawah al-quran sikit-sikit saja. Sebab aku tengok cerita Buta Warna. Awie berlakon. Beb, aku minat Awie. Kalau mintak aku nyanyi lagu Awie, kalah sikit dari Black Mentor je. Memang sedap weh suara aku. Tak percaya? Sila tanya ustazah nasyid sekolah rendah aku dulu. Hehe.

Lawak gila cite ni. Aku gelak kaw2. Kalau hangpa tengok, tapi hangpa tak gelak, konpem hangpa ada masalah urat kentut putus. Awie memang terbaek lah.. Si Jihan Raja Lawak tu pun lawak tiga suku.

Awie dalam cerita ni buta warna. Kaler hijau, dia kata keler merah. Lawak tengok Awie pakai seluar striking kaler merah. Sakit mata aku. Haha. Pastu, pakai pulak kaler pink. Comel weh. Rasa macam nak ajak Awie kahwin je. Haha.

Si Jihan Raja Lawak tu pulak macam Ugly Betty. Lebih kurang macam Norkhiriah dalam cerita Mario Mariono Bros. Kalau nanti ada balik ulangan cerita ni, sila tengok ye. Tak paksa suruh tengok pun, tapi kalau tengok ramai-ramai dengan ahli keluarga, mesti happening.


.............


GAMBAR YANG SOMBONG

Si dia cakap, aku kena provide 2 keping gambar untuk tujuan kahwin-kahwin nanti. Aku angguk saja tanda faham.

Balik rumah, aku cari stok gambar yang masih ada. Alhamdulillah ada. Belek-belek gambar sendiri, aku senyum. Comel jugak. Lantak la aku nak puji diri. Nak harap orang lain puji, jangan harap lah. Sendiri puji, sendiri senyum. Hihi.

Kalau nak bandingkan gambar ni dengan gambar kat IC dengan lesen, wahhh sangat failed! Muka sombong sangat lah.. Mungkin tertelan anak tebuan sebelum ke kedai gambar. Menyampah jugak tengok muka sendiri yang sombong dan serius. Jadi, aku amat berpuas hati dengan gambar yang akan aku bagi kat si dia nanti.

Mak selalu pesan, muka tu jangan masam sangat. Senyum sikit. No wonder budak-budak kat sekolah dulu cakap aku sombong.


...........


MISI MENUNTUT HUTANG

Hari tu kan aku penah story pasal kawan yang pinjam duit dari aku. SMS aku send, tak reply. Call tak angkat. Aku sedih jugak, dia kawan baik aku. Bila dia susah aku tolong. Lagipun sekarang kan aku nak kena buat persiapan untuk kahwin, banyak duit nak pakai.

Aku segan nak SMS dia, terasa macam nak mintak sedekah je. Tapi sumpah, aku nak pakai duit. Kalau sekarang aku tak de plan nak kahwin ka apa, memang aku tak kisah dia bayar lambat. Hari tu dia reply SMS aku:

"kalau lah mencuri tu halal, dah lama aku buat demi bayar hutang hang".

dan lagi dia cakap,

"mungkin hang tak akan rasa susah macam aku susah lepas kahwin, sebab hang orang senang, bekerja dan husband pun kerja".


Dia baru je kahwin, tak kerja. Tapi aku sedih, macam ni dia cakap kat aku walaupun niat aku baik nak tolong dia hari tu.


Kawan,
aku bukan orang senang.
mak ayah aku hanya penoreh.
bukan orang senang macam kau kata.

Kawan,
bila kau kata aku senang,
aku rasa lucu
senang pada ukuran apa?
aku senang pada kau sebab aku tak pernah bercerita susah aku

aku tak jejak ke KFC, McD dan Pizza macam orang lain
aku tak menonton wayang, aku tak pergi main boling
aku tak pernah lepak kat Starbucks cafe.
aku tak pakai pakaian mahal macam kau.
aku tak macam kau yang dibantu sumber kewangan dari lelaki bernama teman lelaki mahupun tunang.
aku senang sebab aku kedekut.

hahahaha...

ok, tamat sudah cerita aku. Petang ni lepas kerja terus aku nak merempit balik kampung. Masalah, aku letak tepi dulu. Balik jumpa mak ayah kat kampung, mereka sumber kekuatan aku. Aku rasa bahagia tengok mak ayah tersenyum dengan gigi ayah yang makin kurang. Haha. Hidup tanpa masalah macam minum kopi tak letak gula. kihkihkih...

Thursday, July 29, 2010

SEJARAH BARU AKAN TERCIPTA

Mak ayah jual anak?

Ini bukan cerita mak ayah jual anak kepada sindiket pelacuran gara-gara nak bayar hutang. Itu cerita drama-drama Melayu. Kalau jalan cerita bagus dan pelakon mantap, aku layan jugak. Tapi kalau cerita macam lakonan pendek yang aku lakonkan waktu sekolah rendah dulu, sumpah aku kritik cukup-cukup. Rasanya layak aku jadi pengkritik filem walaupun jarang jejak kaki ke panggung wayang. Tengok saja drama Melayu kat TV. Cukup.

Ok, berbalik kepada cerita jual anak aku tadi, itu hari aku balik kampung. Mak ayah dok bercerita yang ada budak perempuan kampung aku yang nak bertunang. So, bagus lah. Isunya sekarang, takkan setakat nak bertunang pun aku nak kecoh-kecoh kat sini. Tak, bukan yang tu. Ada lagi. Sila sambung pembacaan anda.

Dok sembang-sembang tu, terkeluar cerita yang kemungkinan mak ayah budak perempuan ni, kita letak nama Fashi (bukan nama sebenar), nak letakkan hantaran anak dara depa sebanyak 15 ribu. Seingat aku kan, kalau jadi hantaran Fashi ni sampai 15 ribu, kiranya pecah rekod hantaran tertinggi kat kampung aku dan kampung-kampung yang sekitar dengannya. Paling tinggi hantaran kat kampung aku sekarang 12 ribu, tak lain tak bukan, mak sedara Fashi sendiri.

Sedikit info berkenaan keluarga Fashi ni, arwah Tok Wan Fashi ni memang la kaya raya. Dusun buah melambak-lambak, kebun getah merata-rata, dan si Fashi ni pun belajar bukan lah sampai universiti pun, itu pun takat SPM je. Nak kata pesyen ke masjid kalau ada aktiviti orang kampung, tak pernah pulak nampak dia menempek kat situ. Kot kalau kata rajin menolong kat rumah kenduri, rasanya kalau ada kenduri, jarang pulak nampak muka dia. Melainkan kenduri tu memang sedara mara mak ayah dia. Tambahan, Fashi ni cantik jugak orangnya. Kalau masuk pertandingan Gadis Remaja anjuran Karangkraf agak-agak lepas jugak peringkat saringan.



..........


Aku bukan nak mengutuk ka apa. Tapi ni la masalah yang melanda dalam komuniti kita. Last-last, tak mampu nak sediakan hantaran, ajak awek kahwin kat siam. Dekat kampung aku sendiri pun ada. Ayah budak tu pesyen suka gebang besar, letak hantaran anak tinggi, padahal tengok la kemampuan pihak lelaki, kalau boleh kurangkan, cuba lah. Hantaran tinggi macam ni sudah tentu akan membebankan pihak lelaki. Dan lagi, orang akan tercari-cari apa faktor penentu yang melayakkan seorang gadis menerima hantaran setinggi ini. Cantik saja tidak cukup. Tak sangka ada jugak mak ayah yang demanding macam ni. Lelaki di luar sana, buka lah mata. Melambak perempuan-perempuan di luar yang lebih baik, bijak dan mampu buat kerja-kerja rumah dan yang penting tidak demanding macam ni. Tapi kalau kamu masih berkeras dan mampu menyediakan wang sebanyak 15 ribu untuk hantaran, aku salute!

Syukur alhamdulillah mak ayah aku tak macam tu. ;p

Apa-apa pun, sejarah baru akan tercipta kalau betul-betul ada hantaran setinggi ni.

FAKTA MENARIK UNTUK DI KONGSI

Nak berkongsi sedikit fakta menarik yang aku dapat dari email. Sharing is caring kan? So, hari ni nak sharing dengan kawan-kawan semua.

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum sorang-sorang.


ps: masih awal lagi, mood nak menulis belum ada. kena pekena breakfast dulu. ;p

Wednesday, July 28, 2010

SETAN BERAJA DI HATI

Hampir sebulan lebih si dia sakit perut, aku syak mungkin atas faktor pemakanan. Lepas beberapa kali ke klinik dan hospital, berjumpa pakar pun sudah, sakit si dia masih tak sembuh. Lepas tu si dia mencuba cara perubatan Islam di kawasan tempat tinggalnya sebelum mengikut rakan sekerja balik berubat. Ternyata, ada benda asing menghuni dalam perut si dia. Benda halus.

Si dia angguk-anguk seperti kenal dengan ciri-ciri orang yang bomohkan dia. Perempuan. Aku sendiri pernah bercakap dengan perempuan yang disyaki, junior si dia di tempat kerja. Dulu si dia pernah sukakan perempuan yang disyaki, tapi kata si dia, perempuan ni seperti tomboy dan sukar di kawal. Akhirnya, selepas berkenalan dengan aku dan serius dengan hubungan kami, perempuan disyaki mungkin rasa sakit hati. Perempuan disyaki berjaya mendapatkan nombor telefon aku dan mula mengganggu aku siang dan malam. Baiknya aku, masih melayan perempuan disyaki dengan lemah lembut walauput sifat semulajadi aku bukan macam tu.

Bercakap dan bercakap, perempuan disyaki aku rasakan kurang matang. Itu pandangan aku selepas beberapa lama bercakap dengan dia. Dia makin rasa rendah diri bila mendapat tahu yang taraf pendidikan aku lebih tinggi dari dia dan mempunyai kereta, dan meminta aku supaya menjaga si dia dengan baik. Titik. Itu kali terakhir aku bercakap dengan perempuan disyaki. Iaitu sebelum raya tahun lepas.

Hujung minggu baru-baru ni, si dia menjelaskan yang mungkin perempuan disyaki ini yang membomohkan dia. Aku tak mau buruk sangka pada perempuan disyaki. Maghrib semalam, aku sempat baca Yassin dan berniat semoga penyakit si dia cepat-cepat sembuh dan supaya Allah tenangkan hati aku, terlampau banyak ujian yang kadang-kadang aku rasa penat nak tanggung sendiri. Malamnya, tiba-tiba aku menerima panggilan dari nombor tak dikenali, rupanya perempuan disyaki yang call. Perempuan disyaki berpura-pura bertanyakan aku siapa kerana nombor telefon aku memang sudah lama tersimpan dalam henpon dia, dan akhir sekali sebelum meletakkan telefon, perempuan disyaki cakap, "sorry ye kalau saya mengganggu awak dan suami".

Setelah hampir setahun berlalu dan semalam dia menelefonku. Itu pun setelah kami tahu yang dia adalah suspek utama dalam kes ni. Aku takut kerana aku yakin akan ada lagi usaha dari perempuan disyaki untuk menghancurkan si dia, kerana itu janji perempuan disyaki kepada si dia di akhir pertemuan mereka.

Dan aku pasti, akan ada lagi panggilan telefon dari perempuan disyaki untuk mengganggu aku selepas ini. Aku risau sekiranya aku tidak melayan panggilan perempuan disyaki, dia akan rasa marah dan akan ada tindakan yang lebih dahsyat dari sekarang. Atau mungkin, sekiranya aku melayan panggilan perempuan disyaki dia akan merasa tidak senang dengan kebahagiaan kami dan bertambah teruk usaha yang akan dilakukan untuk memisahkan kami.

Majlis aku dan si dia akan berlangsung November nanti tapi persiapan yang sepatutnya berjalan lancar terpaksa di utamakan untuk merawat sakit si dia. Semoga aku dan si dia di lindungi Allah. Semoga si dia cepat-cepat sembuh.

Tuesday, July 27, 2010

TAMBATLAH HATI SI DIA

Tambatlah hati si dia dengan memahami sikapnya.

Dia pasti akan lebih menyayangi anda.

...


...


...


Hantar ON RW untuk Rahsia Wanita dan ON RL untuk Rahsia Lelaki ke 22228.



ps 1: kenapa aku asyik dapat sms celaka camni. serius, aku tak pernah subscribe menda2 alah camni. tak pun, memang semua orang dapat same sms macam ni, ada tak?

ps 2: kalau hangpa ada try hantar ON RW, takpun RL, bagitau la ilmu apa yang depa tulis. sharing is caring kan? and knowledge is power. hihihi.

TRIBUTE BUAT MEREKA YANG BERGELAR PENOREH

Pagi ni hujan lebat kat Penang. Aku suspek, kampung aku kat pedalaman Kedah tu mesti hujan jugak. Mak dan ayah aku mesti tak kerja hari ni. Kerja menoreh memang macam ni. Kalau hujan lebat, memang boleh rehat kat rumah. Kalau petang kemarin dan semalam hujan rintik-rintik kecik tu, masih boleh menoreh macam biasa. Kalau tak pasti, pergi luar rumah, periksa kulit pokok. Kalau basah teruk, konpem cuti. Tak pasti lagi, boleh berdiri tepi jalan, tengok member-member ada tak yang patah balik dari kebun.

Hari ni, dapat la mak ayah dengan tok makan tengahari awal sikit. Orang Kedah panggil nenek tu, tok. Datuk tu, tok wan. Jangan tersalah panggil pulak. Kena jugak belajar benda baru macam ni. Tak la canggung sangat kalau jejak kaki kat Kedah nanti. Kalau hari mak aku menoreh macam biasa, matahari terpacak atas kepala baru sampai rumah. Dengan tangan penuh daki-daki susu getah, basuh cuci-cuci, terus masak tengahari. Memang rumah aku kat kampung tu tak ada sapa-sapa. Tinggal mak ayah dengan tok saja.

Kalau nak hilangkan bau getah yang melekat kat tangan, biasanya guna limau nipis, tapi masih ada jugak bau busuk getah tu. Hatta cuci dengan sabun Lux pun belum tentu dapat hilangkan bau. Aku ingat dulu masa masih belajar dan hari cuti kalau aku di kampung, aku akan tolong mak ayah kutip getah sekerap. Penat, Tuhan saja yang tau. Tapi penat lagi mak ayah aku. Kalau aku dan adik-adik tak balik tolong, mak ayah yang kena kutip sendiri getah sekerap tu.

Nak senang kutip sekerap, kami guna kereta sorong, hampir penuh, tolak ke satu tempat yang lapang, dan isikan dalam guni. Dapat duit, mak upah sorang sepuluh ringgit. Dapat jugak tambah duit poket nak balik UiTM. Aku waktu tu belajar kat UiTM Merbok, Sg.Petani. Adik aku yang sorang tu kat Skudai, dan sorang lagi kat Politeknik. Pagi-pagi nak ke kebun tolong mak kutip sekerap, kami biasa pakai uniform buruk awal-awal dari rumah. Jadinya, masa nak lintas jalan raya depan rumah, mesti akan terbertembung dengan van-van kilang atau mamat-mamat yang nak pergi kerja kilang. Kerek je depa pandang aku dan adik-adik. Depa kan pakai uniform kilang, nampak kemas sangat kalau nak dibandingkan dengan uniform kami 3 orang. Jeling je minah-minah kilang tu kat kami. Cilakak. SPM pun tak habih, berlagak nak mamposss... Haha. Emo pulak.

Pernah jugak antara kami bertiga, lepas tolong mak ayah kutip sekerap, then kena rushing naik bas nak balik tempat belajar masing-masing, dalam bas yang ber air-cond, boleh bau tangan kami yang busuk sekerap tu dengan ketara. Tapi rilek lah, buat je muka slumber. Bukan ada orang nak mai check bau tu mai dari mana.

Sekarang ni mak ayah aku dah advance sikit. Depa upah budak-budak yang tak sekolah kutip sekerap. Ramai jugak yang buat cara macam tu. Sekali upah dah sepuluh, dua puluh ringgit, boleh buat duit jugak budak-budak tu. Bukan kebun mak ayah aku saja, kebun orang lain pun macam tu. So no wonder la kalau budak-budak lagi dah pakai henpon canggih.

Actually, aku sendiri pernah jadi penoreh. Haha. Rasanya, penoreh paling educated lah kot. Ayah aku sakit waktu tu, kebun tu tak da sapa toreh. Mula-mula testing dulu samada pass atau tak. Once mak aku kata pass, dan ayah bagi kebenaran, maka bermula la rutin aku sebagai penoreh. Haha. Ingat lagi waktu tu aku baru grad, malas nak cari kerja lagi, nak rilek kat rumah dulu. Masa tu aku fikir, ada baiknya aku kat rumah, dapat juga tengok-tengokkan ayah yang sakit. Hangpa imagine la, kalau aku menoreh dalam 4 hari, then aku jual sekerap, hasil yang aku dapat let say dalam dua ratus, menoreh pulak dari pukul 7.30 pagi sampai 11 pagi je, then hangpa cuba bahagi berapa gaji aku sehari? haha. Balik kerja awal, aku masih boleh masak untuk ayah dan mak.

Balik menoreh, singgah kedai makan, baca paper. Isu semasa tak boleh letak tepi, nanti jadi katak bawah tempurung pulak. Pulak tu susah aku nak debate dengan ayah aku pasal politik kalau info aku kurang. Biasa la, bekas setiausaha sulit wakil rakyat, mana mau kalah dengan ceteknya ilmu seorang anak. Wakakakaka. Petang, merempit ke pekan, melepak kat cyber cafe. Jadi, tak la left behind sangat aku waktu tu. hihi. Tapi ramai tak suka aku menoreh, cakap aku mensia-sia kan ilmu yang ada. Akhirnya,aku dipaksa oleh sepupu aku jadi cikgu ganti kat sekolah tempat dia mengajar. Maka, berakhir la pekerjaan aku sebagai seorang penoreh. hihi.

Pengalaman paling heaven masa jadi penoreh, tangan aku pernah kena bucu tajam dekat besi tempat susu getah meleleh. Menitik-nitik darah pekat jatuh ke rumput. Aku hampir pitam sebab memang pesyen tak boleh tengok darah, tapi sempat start enjin motor, pegi kebun mak aku menoreh, berlari-lari cari mak aku sambil terpekik-pekik, mak aku terus lempar pisau menoreh, berlari ke arah aku, koyak tudung yang dia pakai, dan balut luka di tangan aku. Nak muntah, pening, semua ada. Memang pesyen tak boleh tengok darah. Mak aku ambik daun kapal terbang 3, 4 helai, tekan lumat-lumat kat tapak tangan, letak kat tempat luka. Mujarab. Darah berhenti tak lama lepas tu. Alhamdulillah. Lepas rehat dalam 10 minit, aku pun dah cool, tak pening-pening lagi, start motor, pi sambung menoreh. See, mafia tak aku time tu? Tak sia-sia kecik-kecik dulu terjun bendang, terjun pokok getah sampai patah tangan. Haha.




ps: best part, mak aku tak dapat cari balik pisau menoreh yang dia lempar masa lari kat aku. Lepas 2,3 hari baru jumpa balik. hihi. kesian mak... i love u, mak. ;p

Monday, July 26, 2010

DIALOG BUDAK KECIK DAN BUDAK PUTIH

Budak Kecik: Budak Putih, kemaghin I jumpa Budak Tak Berapa Cute. Dia dah sambung belajar kat UUM.

Budak Putih: A'ah. I tau. I nampak dia update dalam fesbuk.

Budak Kecik: Wahh.. Good lah.

Budak Putih: Alaaa.. U kalau nak sambung pun boleh.

Budak Kecik: I tak mau lah, otak I dah tepu. Tak sanggup nak bergelumang dengan buku lagi. Majalah Ujang i ok lah. Hihi.




ps: tak minat dah weh nak sambung belajar. otak serius dah tepu! tapi masih berminat nak belajar menjahit. haha. mafia sekolah minat menjahit??!!! hihihi.

KAKAK PATTANI

Malam. Aku balik dari Terminal Bas Sg. Nibong, hantar budak rumah balik kampung. Anak-anak cacing dalam perut, menangis sedu sedan, minta di isi. Kesian dengan mereka, aku singgah di sebuah kedai makan selepas 'memarkingkan' kereta persis Alex Yoong.

Sampai kedai makan. Aku cari port paling depan, mengadap ke TV. Almaklum la sorang-sorang, segan kalau mengadap ke depan, dengan ramai lelaki, takut pulak ada yang datang mintak nombor telefon.

Duduk. Pelayan aka kakak pattani datang tanya menu yang hendak di pesan.

"Nasik putih, tomyam campur, bungkuihhhhh". Simple, cepat, dan kena dengan selera aku.

Kakak pattani blah dengan gaya itik pulang petang. Melenggang lenggok.

Tengok TV, isi masa terbuang sambil tunggu makanan yang di pesan tadi.

Tiba-tiba..



"Kakak, tolong ya sapukan mejanya.. Pereshh oren nya tumpah. Minta diganti ya.."

Aku pusing kiri, terasa seperti orang bercakap dengan aku.. Cilakak.

Memang mau bagi makan tapak kasut! Minah Indon tu ingat muka gua yang iras-iras Dato' Siti Nurhaliza, dagu belah, smookey eyes ni sekapal dengan Kakak Pattani tadi kot..


Muka innocent aku tadi bertukar ganas. Tanpa senyum aku toleh dan tunjuk ke arah Kakak Pattani yang baru keluar dari dapur.

"Ohhh.. Maaf ya.." dengan rasa bersalah Minah Indon tu memohon maaf.

Ringan-ringan je budak tu kenyang makan selipar Jepun aku malam tu... Aku blah dari kedai makan tu dengan perasaan hangin satu badan. Ketara sangat kah muka aku macam orang Pattani? huhu. Rasa macam nak boikot je kedai makan tu. Relevan tak? Haha.

Friday, July 23, 2010

HARGA MAKANAN

Saja menyebok nak tau. Harga makanan kat tempat korang, murah ka tak?

Contohnya,

Kalau nasik putih, ikan cencaru bakar, sambal udang sepiring dan ayam goreng, berapa ringgit?

Ohhh...air jangan lupa. Limau ais.


Basuh tangan kanan, kalau rasa moden sikit, makan pakai sudu dan garpu, baca doa makan, makan, sembang pung pang pung pang dengan member, tokey kedai datang kira harga makanan dan air, tulis atas kertas kecik, letak tepi pinggan atas meja, tokey kedai blah dari situ, tunggu kat kaunter.

Habis makan, letak sudu dan garpu, yang makan dengan tangan, cari air dan basuh tangan, capai kertas kecik, pegi kaunter dan bayar.


Zapppp... Dengan lauk dan air yang aku mention kat atas, kalau kat tempat korang, agak2 berapa RM kena?

Jawapan yang paling tepat korang bagi dengan harga lunch aku hari ni akan dapat kad jemputan ke majlis kahwin aku nanti. Ekekeeke.



Sekian, selamat meneka. ;p

SUKA

Aku suka jugak kerja kat company ni. Semua department termasuk Human Resource, Purchasing, Admin, Shipping, IT dan jugak Finance (Payroll), hanya ada 2 orang Melayu. Yang lain, semua berbangsa Cina dan seorang perempuan India kat Admin department.

Dengan 2 orang Melayu sahaja dan hanya seorang bertudung, kadang-kadang aku rasa macam heaven. Kalau orang datang company ni, orang akan pelik dengan aku. Sebab rata-rata yang lain bergaya dengan rambut hitam, ada jugak blonde mengalahkan rambut Elyana, pesyen rambut rebonding, rambut tutup mata pesyen pelakon Korea, hangpa nama kan ja, mesti ada pesyen rambut the latest dan oudated, mesti ada. Haha. Jadi, sangat lah pelik bila tiba-tiba orang nampak aku yang bertudung ni.

Dan lagi, kalau kombinasi warna tudung dan baju tidak ngam pun tidak mengapa. Bukan ada sapa kisah pun, samada aku malu atau tidak nak pakai, itu je. Macam hari ini, pakai baju kurung hijau ada bunga warna koko sikit, aku pegi bantai pakai dengan tudung koko macam ayaq milo O. Seperti biasa, tiada sapa yang kisah dengan penampilan aku. Hihi.

Aku segan nak pakai tudung bawal yang ada batu-batu macam diamond. Hari tu ada sorang Cina tegur aku, "Wah... tudung you ada diamond lah. Kaya lah you..". Itu bukan ayat perli, itu ayat kagum ok. Hihihi. Aku gelak-gelak comel. Sampai je hari Jumaat, dan pesyen rajin nak pakai baju kurung, nanti mesti ada yang bagi salam kat aku. "Assalamualaikum..". Cisss... Main-main amoi nih.. OK, aku jawab, "waalaikumussammmm...". Ini yang ustaz aku ajar. Aku lupa maksud, "celaka lah keatas kamu" kot. Tak apa, nanti kalau jumpa dengan ustaz ni, aku tanya dia lagi.

Heaven tak heaven jugak, bos mesti perasan kalau aku datang kerja lambat walaupun aku merangkak sekalipun dari tempat scan badge. Orang lain, mungkin dia tak perasan sangat sebab nampak sama dari belakang, tapi aku ni, beza sikit. Hishh.. tak heaven betul..!!

.........


Tapi kerja sini layan jugak la, bekerja dengan bangsa Cina ni, depa sangat disiplin, sampai kerja awal. Jarang MC, annual leave pun jarang ambik. Aku pun dah terikut cara depa bekerja. Ikutkan, aku dulu kaki ponteng sekolah. Lepas rehat, memang lesap. Especially, kalau kelas hujung ada subjek kimia, fizik dan biologi. Masuk kelas pun tak pandai-pandai, baik balik rumah, tidoooooo... haha.

Thursday, July 22, 2010

PEKASAM MAKCIK FAIZAH YANG MEMBUKA SELERA

Sebut je pasal pekasam, aku tak pernah jumpa pekasam yang sedap macam yang mak aku buat dalam muka bumi ni. Haha. Bukan niat nak puji hasil air tangan mak sendiri, tapi ni la fakta yang aku cuba nak bagitau kat hangpa semua. Niat nak bercerita ni bukan apa, sebab posa dah makin dekat. Sedap betui kalau dapat pekena ikan pekasam yang mak buat masa sahur (orang Kedah kata makan soq).


Ni pun berapa kali dah aku dok telan ayaq liyuq sambil dok tulis pasal ikan pekasam yang mak aku buat. Hishhhh... Sedap ni. Awat la lambat sangat nak sampai 30 haribulan, dah gedik dah ni nak makan ikan pekasam goreng garing. Nak lagi sedap kan, hangpa goreng dengan bawang besaq dan cabai melaka. Kalau stok cabai melaka tak dak, hangpa boleh ja guna cabai kering. Wallaweyy.. Sedap aihhh...


Hari tu ada kenduri kat kampung aku, jadi mak aku yang baik dan comel macam anak dia ni pun bagi la 2 balang ikan pekasam yang dia buat, jamu orang kampung makan. Lepas tu, ramai pulak dok puji ikan pekasam yang mak aku buat. Sengih sampai cuping telinga dah mak aku tu. Sejak dari tu, ramai la orang kampung pakat mai beli pekasam yang mak aku buat. Otak bisnes betui mak aku tu.. Kat adik beradik dan sedara tu, mak aku segan nak ambik duit. Dia bagi ja. Yang lain tu, dia kena la ambik duit, kang rugi lak bisnes pekasam mak aku tu. Kalau yang rapat dengan family aku, mak aku bagi sekilo RM10 je, tapi yang tak berapa nak rapat tu, mak aku jual RM15. But actually, tak tau la harga kat pasaran berapa. Pernah jugak aku jeling-jeling pekasam kat kedai runcit kat Penang ni, mak aiiii... Sangat mahal lahh.. 3 ekoq kecik pun dah harga RM4.


Modal nak buat ikan pekasam ni pun sangat kecik. Bergantung kepada kerajinan ayah aku nak pi tahan pukat kat sungai belakang rumah. Kesian jugak kat ayah aku, dia pun bukan sihat mana pun. Tapi, jiwa seorang pemancing tegar macam ayah takkan pernah surut. Bila pukat tu carik, ayah akan jahit sendiri. Kadang-kadang dia mintak budak-budak kecik anak sepupu aku tolong buangkan daun-daun kering yang terlekat kat pukat. Ishhh... aku suka semua moment-moment ni. Buat aku rasa touching pulak... Sob3x.


Lepas pukat tu ayah tahan sehari kat sungai, baru dia pi tengok. Bawak balik ikan, mak aku cepat-cepat pi siang. Simpan elok-elok, lepas tu goreng beras dan tumbuk. Aku tau makan saja, detail cara nak buat pekasam tu tak pernah pulak aku perhati betui-betui time mak aku buat. Hihi. Dah siap tumbuk beras tu, mak aku akan peramkan serbuk beras dengan ikan. Kasi letak dalam balang elok-elok. Dan biarkan selama 2,3 minggu sampai ikan tersebut masam dan boleh di goreng.


Mak ayah aku ni yang lawaknya, kalau depa tengok aku suka makan ikan pekasam, sampai ke sudah kalau aku balik kampung, mak asyik tanya, nak makan ikan pekasam dak? Dan memang tekak aku ni memang tekak orang kampung, suka sangat makan ikan masin, macam ikan tambam, ikan gelama, ikan talang, jadinya tiap kali aku balik kampung, asyik nak jamu aku dengan ikan masin je. Haha. Itu belum anak depa yang kat Johor balik, budak tu hantu petai, suka sangat makan sambal petai, kalau luar musim, jenuh jugak nak cari. Mahal pulak tu. Tapi demi nak jamu anak-anak yang jarang-jarang balik, sanggup je mak ayah usahakan, cari sampai dapat.


Ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir aku boleh sambut dengan mak ayah dan family tercinta. Sebabnya, status aku yang akan bertukar menjelang hujung tahun nanti pasti berbeza................................................................ Tak mampu nak sambung cerita lagi. Bergenang airmata aku ketika ini.



Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. End.

Wednesday, July 21, 2010

MEE SEDAP VS MAGGI KARI

Aku balik kerja petang tadi tak singgah kedai makan. Terus melangkah laju ke kedai runcit berhadapan flat tempat aku tinggal. Semalam tergoda sekali dengan iklan Mila dan Aril AF, bukan main promote maggi slurrppp..


Peliknya, iklan Pizza, iklan McD, iklan KFC langsung tidak menggangu gugat nafsu makanku. Hanya iklan maggi yang menyentap selera ku. Jadinya, balik kerja tadi terus aku beli 3 bungkus megi. Buat stok. Orang bujang macam ni lah. Stok megi mesti kena ada kat dapur.


Aku tak pernah cuba mee sedap sebelum ni, tapi aku rasa seperti mahu mencuba sesuatu yang baru. Mudah saja nak masak. Budak tadika pun boleh buat, ini kan pulak aku yang sekolah 3 tingkat.


gambar di cedok dari brader gugel


Siappppp.... Masukkan dalam mangkuk. Bismillahhirrohmanirrahimmm....


Rasa mee sedap tu boleh tahan. Tapi tekak aku nih sudah biasa dengan megi kari cap maggi, megi 2 minit. Ohh.. megi kari itu tetap dalam hati. Nak lagi mantop, potong cabai melaka 2 bijik, dan masukkan telur sebijik. Maveles.. Sila cuba samada mantop ka tidak.


gambar ni pun cedok dari brader gugel. thanks bro gugel. ;p


Dari zaman belajar sampai la ke zaman dah bekerja, megi kari always in my heart. Haha.


ps:
1) baby cacing dalam perut terasa nak makan ikan keli bakar pulakk.. ngada-ngada betui baby cacing nih...

2) lagu malam ini: S Club 7 - Never Had a Dream Come True

REMPIT

Gua sampai office di iringi langit gelap seperti jam 7.30 malam. Pagi ini hujan turun membasahi bumi. Dapat juga tanggalkan tahi burung yang sudah kering atas bumbung kereta. Alhamdulillah. Gua teringat zaman gua pakai motor rempit, EX5 yang baru keluar kedai. Calar pun masih belum ada dekat motor rempit gua. Tapi lahanat punya orang jahat, pergi curi motor rempit gua. Sob3x. Tak sampai sebulan gua pakai, motor rempit dah tak ada, yang ada hanya kunci motor dengan jumlah hutang yang masih banyak.


Waktu motor rempit ada dengan gua, beliau sempat berkhidmat dengan gua tak sampai sebulan. Seronok gua rempit pakai motor rempit tu, sangat laju sampai gua rasa mau terbang bersama angin, tambah-tambah lagi waktu gua bawak laju atas jambatan Pulau Pinang. Itu jam, gua rempit 20 minit saja dari Bayan Lepas ke Perda. Gua cilok kanan, gua cilok kiri. Sampai. Mujur tak sampai lubang kubur. Insaf seminit.


Lepas motor rempit gua hilang, gua terpaksa berpindah dan duduk di Bayan Lepas. Kali ni canggih sikit, gua datang kerja naik bas kilang. Mula-mula gua rasa malu jugak, rasa macam operator pengeluaran. Tapi gua buat muka cool saja, gua patut bersyukur masih ada pengangkutan seperti bas kilang untuk senangkan gua pergi kerja. Itu jam, attendance gua memang tip top. Setengah jam sebelum masuk waktu kerja, gua memang dah terpacak kat office. Sekarang, boleh dikira berapa kali gua sampai awal. Gua sengih bila ada time gua sampai tepat pada masanya. Ada jugak gua terlajak. Itu pun gua sengih jugak.


Kalau gua terlepas naik bas kilang, terpaksa pulak gua tunggu bas Rapid Penang. Kalau naik bas rapid, alamatnya gua kena berjalan jauh nak masuk ke kawasan kompeni gua kerja. Itu time, no wonder lah gua sangat slim. Berpeluh-peluh gua. Memang sihat badan gua. Petang time gua balik kerja, dalam bas memang penuh dengan abang la (bangla) dan abang don (indon). Gua tensen rasa macam mau terjun dari bas. Perjalanan 15 minit nak balik rumah, azabnya rasa seperti 40 minit. Gua sabar lagi. Ada hikmah semua ni. Gua selalu percaya itu.


Gua percaya motor rempit gua hilang supaya gua ada peluang untuk pakai kereta. Syukur sangat-sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. Buat pencuri motor rempit gua, semoga anda menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang walau dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Maju lah sukan permotoran rempit untuk negara.

Tuesday, July 20, 2010

BANTU AKU JIKA KAMU TAHU

Tolong aku, aku tak faham. Photo profile ada berapa jenis ye? 1 saja atau 2? Sebelum ni aku pakai photo profile macam yang kat bawah ni. Semalam ntah apa yang aku buat, photo profile aku dah tukar ke default photo (yang icon tak ada apa, seperti belum ada akaun google)


-yang ini lebih kiut kan?? sila angguk untuk jaga hati aku.. pelisssss....


So, dengan gigihnya aku berjaya tukar photo profile ke gambar di bawah ni. Walopun tak sekiut miut seperti photo profile aku yang sebelum ni, aku redha dari tak ada gambar langsung.


-bunga tulip ni jadi sasaran aku..



Aku budak baru belajar, kalau salah, sila tunjukkan aku caranya. Aku juga mahu jadi blogger yang hebat seperti kamu juga. Kalaupun bukan blogger yang hebat, cukup sekadar jadi blogger yang gigih. Hihi.


p/s: menulis sambil dengar lagu Soledad-Westlife! Mantop..

SPLIT PERSONALITY

Manusia ni, tak kira la bangsa apa, warna kulit putih atau hitam, atau jugak sawo matang macam kulit aku, laki ker pompuan, bapok atau gay ataupun lesbian, yang aku nak bagitau kat sini, manusia memang kreatif. Dan, memang berbakat. Hebat tak hebat, hangpa tengok la apa depa dah buat dengan anjing-anjing ni.



Anjing-anjing tu sendiri mesti rasa keliru dengan identiti dan jatidiri beliau sebagai seekor anjing. Mesti anjing tu ingat beliau adalah seekor harimau, tapi kenapa pulak menyalak seperti anjing. Keliru, ya memang normal untuk beliau merasa keliru.

















Nak kreatif pun berpada-pada laa... Kesian dah aku tengok dengan anjing-anjing ni.. Dah macam jadi mangsa kreativiti manusia.. Sama kes jugak kalau kau lelaki, tapi mak kau bagi kau pakai baju kurung hari-hari, lama-lama sure kau akan rasa keliru. "eh, laki ker pompuan aku ni?". Mesti sama jugak dialog anjing-anjing ni. "eh, anjing ker rimau/panda aku ni?".



Jangan aniaya binatang lah.. Tindakan depa ni boleh menyebabkan 'split personality' buat anjing-anjing ni. Aku, GADIS COMEL membantah sekeras-kerasnya tindakan depa ni.



Hidup GADIS COMEL. Sila undi untuk GADIS COMEL pada pemilihan Gadis Tercomel peringkat antarabangsa 2010. Sekian, terima kasih.



p/s: latest craze in China - painting pet dogs to look like other animals.

Monday, July 19, 2010

SAKIT JIWA

Peluh dan keluh
Bercampur menjadi rasa penat yang melampau



Ada ubat untuk itu
Ubatnya ada di rumah ku
Bukan rumah sewaanku
Tapi rumah mak ayah ku
Rumah buruk yang orang tua bina bersaksikan tawa dan airmata



Aku dan dia sama saja
Kalau berdepan dengan masalah jiwa
Rumah yang ada mak ayah itu lah tempat kami merawat sakit di jiwa



p/s: lambat sangat nak sampai 30hb-balik kampung time...!!!

Saturday, July 17, 2010

AKHIRNYA SAMPAI JUGA KE PULAU JEREJAK

Alhamdulillah, sampai jugak kat Pulau Jerejak ni. Ramai cakap pulau ni berhantu. Mungkin jugak sebab pulau ni dulu ada penjara dan digunakan untuk menahan banduan. Tapi, itu dulu. Sekarang, resort pun dah ada kt situ. Malas nak story panjang-panjang, sila lihat gambar di bawah.

Info: harga tiket Rm25 pergi dan balik. If korang nak folo aktiviti yang pihak resort sediakan, korang kena bayar Rm60.

Selamat datang... welcome to Pulau Jerejak...



Ni gambar dari atas feri, permandangan jeti Pulau Jerjak.




Feri dah sampai untuk angkut penumpang balik.



Ok, mau pergi arah mana?



Mencuba flying fox (ni bukan Gadis Comel Ok)



Titi gantung yang tak berapa panjang tapi agak gayat



Jumpa pakcik makcik dari Kulim, datang menjala udang.



Permandangan dari Pulau Jerejak ke tanah besar (boleh nampak Queensbay Mall tak?)



Beskal yang disewa, Rm10 sebijik. Sangat lenguh. Seat beskal sangat rendah. Rantai beskal jatuh 2,3 kali. Agak gerun, rantai beskal jatuh tengah2 hutan.



Kereta kancil yang telah di ubahsuai. Milik pihak resort.



Isi minyak dulu. Shell Bayan Baru. New rate, Rm1.85 seliter. Huhu.



Penat berjalan, pekena nasik ayam dekat Nazir Nasik Ayam berdekatan dengan Sunshine. Superb.



Tiket ke Pulau Jerejak. Bukti aku dah pernah sampai. Yahuuu...



Goodbye Pulau Jerejak.

Friday, July 16, 2010

MENJEJAK PULAU JEREJAK

Sabtu minggu lepas, dah hiking Bukit Jambul dan berbowling. Rasanya, sabtu minggu ni kena buat something new. Takkan nak pegi hiking lagi kot.

Tengah fikir-fikir, agaknya nak buat outdoor aktiviti yang macam mana? Boleh keluar peluh sikit-sikit, kira ok lah. Dah kerja nih, badan rasa macam dah lemau, tak dak buat aktiviti luar langsung. Masa lebih tertumpu dengan kerja. Ohhh.. Sangat merindui zaman belajar kat UiTM dulu. Sob3x.

Jadi, cadangnya semalam nak pergi ke Pulau Jerejak. Korang pernah sampai tak kat sini?

Serius cakap, aku belum pernah sampai lagi. Dekat je dengan Queensbay Mall. 10 minit dari tempat kerja nak ke sini. Tak lah jauh sangat. Aku dah check jadual feri nak ke Pulau Jerejak.

Wahhh... Very excited nih.. Aku malas nak letak gambar-gambar Pulau Jerejak kat korang, korang search la sendiri ye... Hihi..





So, apa plan korang untuk hujung minggu ni?

Thursday, July 15, 2010

MERAJUK ITU SANGAT SENANG DI KESAN

Rupanya, merajuk itu sangat senang di kesan.

Itu yang kawan aku perasan.

Yes, aku merajuk dengan dia.

SMS dia yang panjang tidak la berjela-jela, aku reply sejemput.



Contohnya seperti di bawah.

Contoh 1
-------------
Kawan: Syaaban ni hang tak posa ka?
Aku: Tak kot.

Contoh 2
-------------
Kawan: Hang ni kenapa, Ok ka tak?
Aku: Aku Ok.

Contoh 3
-------------
Kawan: Kedai yang hang cari haritu, dah jumpa?
Aku: Dah.


Maafkan aku kawan, aku merajuk bersebab. Mungkin aku terlalu pentingkan diri sendiri. Aku ada masalah, aku expect kawan aku ada untuk dengar masalah aku. Aku silap. Mungkin aku tidak matang lagi. Soalan-soalan kau, aku jawab. Tapi aku tidak sudi untuk berkongsi apa-apa lagi. Yup, masalah aku, biar aku yang selesaikan sendiri. Itu kan jawapan kau, NO KOMEN lepas kau dengar masalah aku.

Pernahkah aku jawab NO KOMEN untuk setiap masalah yang pernah kau alami??
Atau mungkin aku yang lupa, kau tak pernah cerita apa-apa masalah dengan aku.

Baik.

Apa-apa pun, terima kasih atas perhatian selama ini.


p/s: Maaf, terlanjur bercerita masalah peribadi di sini.

AKU RINDU BUDAK NI...






Wednesday, July 14, 2010

INIKAH PESYEN BAJU KURUNG TERBARU???

Nak tanya nih, pernah tak nampak pesyen macam ni?


Orang cakap, ini ler pesyen terbaru.






Nak kata terlupa pakai inner, dia macam rilek je. Macam merelakan diri sendiri menjadi tatapan umum.


Kalau body cantik ala-ala Nasha Aziz, tak de hal lah.


Aku ni jakun sangat, tak pernah lak ternampak orang pakai macam ni.


Ahad lepas pergi kenduri pun tak perasan pulak ada yang berpesyen ala-ala Lady Gaga ni.







Bagi aku yang berfikiran ala-ala konservatif ni, pesyen macam ni memang sangat-sangat tidak manis dan tidak sopan dan sangat-sangat keterlaluan. Berpesyen seperti ini boleh menjadi faktor penyumbang kepada meningkatnya kadar kes rogol dan buang bayi....

Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!!!

Cuba lah berpakaian sopan seperti gadis-gadis kecil di bawah ini.




p/s: aippp.. ni bukan gambar aku tau. ni gambar anak-anak murid aku masa jadi cikgu ganti dulu.. hehe.

Tuesday, July 13, 2010

PAUL THE OCTOPUS MERAMALKAN SESUATU YANG LUAR BIASA

Encik sotong ni memang hebat. Bukan saja dapat meramalkan pasukan yang akan memenangi World Cup tempohari, tapi kali ini, Paul the octopus tampil dengan membuat ramalan dalam bidang yang agak lari dari keupayaan beliau.





Keputusan yang diramalkan oleh Encik Paul telah bikin hangat!!!


Risau seandainya pihak yang tidak berpuas hati akan menjatuhkan hukuman kejam kepada Encik Paul.


Perlu di ingat, Encik Paul adalah seekor binatang, khurafat ye kalau kita percaya akan tilikan beliau.


Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan manusia.


Sekian sahaja sajak saya pada hari ini, terima kasih bebeh....

Monday, July 12, 2010

DETIK CEMAS MELARIKAN DIRI DARI SEKATAN JALAN RAYA

Rakan serumah mengajak ke Anjung Budi, USM Penang. Majlis perkahwinan adik sahabatnya. Aku ikut saja, dapat makan free, sapa tak mau kan???

Selepas Zohor kami bertolak. Aku memandu kereta kecikku.

Ahad, jangan buat main di Penang ni. Jalan agak sesak. Dari jauh aku nampak kereta perlahan-lahan berhenti.

"Alamak, ada road blocked lah", kata aku kepada rakan serumahku. "Pusing balik lah". Luahku.

Cepat-cepat aku bagi signal ke kanan, ada pusingan U di situ.

Lega.......




Melalui jalan lain untuk ke USM, sama saja. Masih sesak, tapi pergerakan agak lancar.

Sampai di satu kawasan berdekatan Terminal Bas Sungai Nibong, papppp.... Road blocked yang kedua.



Tak ada pilihan untuk melarikan diri, terus memperlahankan kereta dan berhenti.

Muka sangat cuak, dan aku cuba senyum. Menampakkan susunan gigi yang sangat putih dan bersih seperti dalam iklan ubat gigi. Pelik, kenapa nak cuak sangat nih.


Lesen? Ada.

Roadtax? Baru je renew.

Tali pinggang keselamatan? Pakai.

.


..



So, kenapa nak cemas sangat nih? Nak buat camne? Dah pesyen cuak, nampak polis je takut. Tapi polis tu sempat cakap dengan aku, "lawa-lawa nak ke mana?". Polis tu yang cakap Ok. Jadi korang sila la percaya yang owner of this blog memang comel dan lawa pun. Haha.



p/s: Cisss... Lupa nak bagi nombor telefon. Frust betul..

Sunday, July 11, 2010

LAKSA YANG MAVELES




Sila lihat semangkuk laksa di atas, sangat maveles tau. Di bawah mangkuk laksa tersebut adalah meja makan aku yang terbaek.. Makan apa2 pun,mesti mau lapik dengan meja tersebut.

Harga laksa ialah RM 2.50, kalau tak letak telur dan daun-daun untuk hiasan serta timun, abang penjual laksa akan beri diskaun lima kupang.

Laksa ini memang terbaek! Sapa mau, buleh mai penang. Aku belanja. Hari sabtu je tau...

Saturday, July 10, 2010

BERBOWLING SETELAH SEKIAN LAMA




Pagi tadi, tepat jam 8.30 pagi, bergerak menuju ke Bukit Jambul, untuk tujuan mendaki bersama 2 lagi kawan. Dah lama tak mendaki, semput!! Stamina ntah ke mana. Bukan setakat peluh je yang keluar, yang pastinya hingus pun sama-sama hampir meleleh. Penat!!

Hari ni ramai group yang turut sama mendaki. Bagus! Ramai yang ambik berat soal kesihatan, termasuk aku. Korang? Hmmm...

Badan rasa sangat sakit, kaki rasa menggeletar. Nak tekan cluth rasa teramat sukar. Huh! Kena tukar pakai kereta auto (kalau ada rezeki lebih..hehe). Belum sarapan. Mau sarapan di mana?? Ok, kawan ajak makan kat Pelita Nasik Kandar.

Penat je naik bukit, konon nak sihat, pegi bantai pulak nasik kandaq.. haha.. Tak terus balik, dengan kaki masih terketar-ketar, menghala kan kereta ke shopping complex. Nak berbowling setelah sekian lama. Rasanya dekat-dekat 3 tahun tak menjejakkan kaki ke tempat ber bowling. Rasa macam jakun je. Lantak apa orang nak kata.

Tiga-tiga orang masih dengan baju hiking tadi, seluar track, seperti pelajar sekolah baru balik dari ko kurikulum. Aku terasa macam baru semalam tinggalkan zaman sekolah. hehe.

Ber bowling of course kalah teruk. Tak payah tanya berapa point yang aku dapat. Ternyata bola bowling itu lebih suka terjun ke longkang dari bergerak di atas landasan. Hmmmm...

Setel ber bowling, tidak pulang ke rumah. Sempat pusing-pusing, testing kasut. Aku sangat obses dengan kasut. Beli, pakainya tidak, kereta kecik ku jadi muzium kasut bergerak.

Testing kasut pada cuti yang lalu. Thanks untuk kawan aku yang sudi teman pada hari tu. Lunch kita petang tu memang maveles. ;p








Friday, July 9, 2010

HEYYY BABI....!!!

Heyyy BABI...!!!

Kan aku dah cakap, aku tak boleh makan kau...
Apahal bebal sangat nak suruh aku makan kau ni hah......???!!!
Nak kena tetak dengan cangkul bapak aku ka kau nih...

Penah rasa kena terajang gaban dengan aku???
Tak pernah???
Hahhh... datang dekat sikit aku nak terajang kau nih babi oiiiii....

Apahal kau nak sangat aku makan kau hah...
Hari tu kau biar je orang potong-potong daging kau
Kari lah, sambal lah, goreng garing lah....
Padan muka, aku langsung tak makan kau...

Sekarang, kau guna taktik lain...
Babi betul kau nih babi....

Sekarang kau biar diorang guna lemak-lemak kau dalam teh pulak..
Kau betul-betul nak perangkap aku kan???
Celaka betul...



picture removed by owner of this blog



Korang check betul-betul code kat belakang pek teh tarik nih..
Ada code yang start dengan E- code untuk babi.

Antara code untuk bahan yang mengandungi lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Sila check ye...

Thursday, July 8, 2010

PIALA DUNIA VS SKUAD KENARI

Serius aku tak ada knowledge nak story pasal Piala Dunia.
Kan aku dah cakap, aku minat Skuad Kenari je.
Alaaa... Yang nyanyi lagu "Kedah, Kedah pantang kalah.."
Haha.


Orang sana sini dok pung pang cerita pasal Piala Dunia.
Tapi aku buat rilek saja.
Tak payah bersengkang mata nak tengok sapa lawan sapa.
Pagi-pagi dah ada yang sms, inform result game.
Terima kasih Hotlink.
Hari tu aku beli topup Piala Dunia, yang hot ticket tu.
Automatically, every game Hotlink akan sms result kat aku.


Dok korek2 info dekat abang 1 ofis dengan aku nih, aku rasa nak folo dia jugak.
Dia sokong Spain.
Aku rasa, aku pun mau sokong Spain jugak.
Hehe.
Apa2 pun, Skuad Kenari (pulun Kedah pulun) tetap di hati.


Layan ye sportwear terbaru sempena Piala Dunia.
(kemaruk betul)





Kenapa makin ramai orang jadi gila?



Ini soalan untuk pembaca blog Gadis Comel. Bukan ayat penyata.


Hari aku nak ke Lumut aritu, aku nampak 3 orang gila. Bukan pasal aku hebat dapat scan kepala diorang macam tu je.
Tapi pasal aku tengok rambut diorang sangat kusut masai, baju pun sangat kotor. Jalan tanpa arah. Jadi, kesimpulan yang aku dapat buat, mereka memang gila. Mungkin perkataan gila sangat sakit hati bila dengar. Ok, tukar je lah. Jiwa tidak sihat.


Eh, gila ni melibatkan jiwa ek? Ker, kepala hotak? Ntah, aku tak berapa pasti puncanya.


Pagi tadi pun aku berkesempatan tengok sorang lagi yang tidak sihat jiwanya. Aku tengok dia duduk je atas tebing batu tepi jalan raya. Orang lalu lalang kat situ, dia dengan lagak slumber menghembuskan asap rokok. Macam membilang asap-asap yang terbang di tiup angin. Dia kelihatan sangat asyik. Dan lagi, aku buat kesimpulan yang dia tidak sihat.


Dunia makin maju, tapi kemodenan tak selari dengan rasa ketenangan di jiwa. Ada banyak punca. Terpulang kepada individu nak atasi masalah, samada masalah peribadi, masalah kerja, masalah dunia, dan macam-macam masalah.


Kalau ada masalah, kalau tak dapat selesaikan sendiri, berkongsilah dengan kawan-kawan. Tidak pun, dengan adik beradik. Dan tidak pun dengan sapa-sapa je yang korang percaya. Mungkin diorang tak dapat nak tolong kita selesaikan masalah tu, tapi mungkin mereka ada idea yang lebih baik mahupun penjelesan yang lebih bijak dari penyelesaian yang cuba kita ambik.


Paling penting, muhasabah diri. Bercerita lah masalah kita dengan Dia. Masalah tu Dia akan berikan kepada orang yang betul-betul layak.

Tuesday, July 6, 2010

ENTRI TAK BERTAJUK

Kawan-kawan, esok aku cuti tau. So, tak dapat la nak update blog pada hari rabu. huhu. Aku sebenarnya ber blogging menggunakan PC kat ofis, kerana aku tidak mempunyai PC sendiri. Haha. Sebab itu wujudnya nama blog:bukananaktokey.blogspot.com ini.

Sesungguhnya, aku bukanlah anak tokey tempat aku kerja nih, tapi memang slumber je aku menggunakan kemudahan yang ada untuk berblogging dan yang sewaktu dengannya sewaktu di tempat kerja. Sila jangan tiru etika bekerja seperti ini okeh! Aku tau, kompeni tempat orang lain, macam-macam ada. Nak FB pun boleh, twitter bagai, YM lagi. Kompeni aku, semua depa blocked!! Tapi tak pe, akses untuk aku mencari kawan-kawan baru tak terputus di situ. Blog kan ada. Syukur alhamdulillah. ;p

Jangan ler mimpi aku nak beli laptop & berukband, sebabnya aku prefer utk tukar rim kereta kecikku dari membeli laptop. Indahnya kalau kereta kecikku dapat meluncur laju di atas jalan raya. Mungkin jugak bilangan saman akan bertambah. Haha. Mintak di elakkan 'surat cinta' berbayar tu. Huhu.

Lupa nak bagitau, cuti ni sempena ‘Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang’. Kat sini aku lampirkan email dari pihak HR kompeni aku. Hehe.

The Penang State Government has declared that 7th July each year starting from 2010 as a public holiday for Penang in conjunction with the "Declaration of Penang as World Heritage Site". In line with this declaration, the Company is pleased to announce that we will be observing July 7 as a paid public holiday.

Jadi, berjumpa lagi kita pada hari khamis nanti. Kawan-kawan jangan noti2. Sila jangan rindukan aku. Yeyeahhhh...

TAJUK SYARAHAN AKU PADA HARI INI IALAH 'SAKIT HATI'

Aku tengah sakit hati. Itu je aku nak bagitau.

Aku cakap macam tu, mesti kang ada yang tanya, sakit hati kenapa.

Ok, aku cerita sikit.


Member pinjam duit. Janji nak bayar awal bulan 7 ni lah. Laki dia gaji, terus mau bayar utang. Kalau singgit, aku halalkan je. Ni beratus2 ringgit. Sudahnya, dia SMS nak bayar sikit-sikit dlu, 50 bulan ni, 50 bulan depan, dan seterusnya.


Hari tu janji macam lain. Sebab tu aku bagi pinjam. Aku pun nak pakai duit nih. Aku sms dua kali tarak reply dari beliau.


Sebab tu hari ini terkeluar tajuk syarahan berkenaan SAKIT HATI.


Kita kalau berhutang dengan orang, lepas tu janji nak bayar sekian-sekian date, sila buat seperti janji kita tu.


Aku sangat murka. Sapa bising-bising kat blog aku hari ni, aku salat taik idong kat dia. Berani????!!!!

Monday, July 5, 2010

Belog ini beroperasi semula setelah lama bercuti.. Ngeh3x..

Assalamualaikum.. Gadis Comel is back...!!!! Sangat poyo.. Haha..

Ok, thanks kat semua kawan-kawan blogger yang leave comment kat entri sebelum ni.. Sangat appreciate korang punya concern pasal aku.. Alhamdulillah, interview berjalan lancar.. Harapnya akan ada feedback yang bagus dari pihak di sana..

Aku sampai kat Lumut lebih kurang 11.10 minit pagi, yang mana aku bertolak dari Penang lebih kurang pukul 8.30 pagi.. Turun je tol Changkat Jering dan melalui jalan yang sangat berliku untuk sampai ke Lumut, aku mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membiarkan kereta kecik ku memfolo belakang lori.. Nak potong sangat tidak ada keberanian di samping jalannya yang seperti ular kena tibai dengan buluh.. Maksudnya, sangat bengkang bengkok.. Ok..

Sampai je kawasan Lumut, aku terus usya sekilas pandang kompeni XXX berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh penyiasat peribadi yang dah aku upah sejak awal-awal lagi. Terima kasih buat penyiasat peribadiku.

Masih awal lagi, ikutkan aku punya interview pukul 2.30 petang.. Apa nak buat?? Ok, call anak sedara yang tinggal kat kuarters TLDM.. Sebelum masuk dalam kawasan TLDM, korang kena register dulu.. Sembang pung pang pung pang dengan encik TLDM kat pondok pengawal, aku terus menghalakan kereta kecik ku ke blok XX. Tak susah nak cari blok anak sedara ku.

Sampai je kat kompeni XXX tu, aku di sambut oleh seorang perempuan omputih. Mak aii.. Ni aku malas ni.. Hengelish aku sangat hebat ok.. Saja takut perempuan tu kagum.. Hengelish lady tu suruh aku tunggu sat.. Aikk.. Apahal yang lalu lalang ni semua hengelish men? Cuak.. Meter kecuakkan sangat berada pada tahap luar biasa.. And then, hengelish lady tadi bawak aku jumpa Marko XXX (saja letak XXX sebab aku dah lupa nama beliau). Sah, memang sah aku kena cakap hengelish. Tobat aku tak syok, aku tau hengelish aku sangat hebat dengan result MUET yang hampir kena repeat tu. Ishhh..

Ok, Marko explain pasal business kompeni itu. Aku angguk, dan angguk. Banyak kali angguk, tapi jangan ingat aku faham, ekceli memang tak faham. Saja pura-pura berminat dan faham dengan apa yang dia bagitau. Pung pang pung pang sembang dengan Marko, dan tamat lah sesi interview tersebut. Lega, sebab lidah aku rasa terbelit, banyak sangat cakap hengelish. Salah mak aku jugak, kecik-kecik dulu tak bagi aku makan cheese banyak-banyak. Kalau tak, sure hengelish aku lagi luar biasa. Haha. Ampun mak. Chek main-main je.. ;p

Peluang untuk dapat kerja adalah 50-50, sebabnya procedure kompeni aku untuk berhenti kerja mesti kasi 1 bulan notis. Tapi kompeni XXX ni nak pakai orang secepat yang mungkin. Kalau aku tak diterima, then aku percaya, rezeki aku bukan disitu. Aku redha. Tak pe, try lagi nanti. Sebelum bertolak balik ke Kedah, aku sempat tengok penghantaran balik sebijik submarine ke jeti TLDM. Kagum.


ps: badan masih lenguh-lenguh coz lama drive. ;(

Thursday, July 1, 2010

Korang tolong doakan aku tau...

Kawan2, tolong doakan aku tau.
Esok aku nak attend 1 interview.
Dah lama tak attend interview weh.
Rasa gugup sangat.
Last year end kot, last interview aku kt I_tel, tapi bukan rezeki aku.
Tak dapat.
Tak apa, rezeki aku masih kat tempat sekarang.


Esok pagi aku akan drive dari Penang ke Perak.
Which part of Perak?
Ok, Lumut.


Post apa?? Tak payah tau la. Segan nak cite.
Coz qualification pun takat sekolah pondok je.
Hehe.


Lepas interview, drive balik kampung kat Kedah.


Mak, chek rindu kat mak. Chup.. chup.. chup...


Ok kawan2, jumpa lagi on Monday.
Harap2, semua berjalan lancar. Insyaallah.

"Hang gheja swasta ja? Awat tak gheja kerajaan?"

Mentaliti orang kampung aku, kalau boleh, mesti atau tidak, kena dapatkan kerja dalam gomen. Tak kisah lah jawatan apa, pembantu tadbir hatta tukang cuci sekalipun, kalau namanya bekerja dengan kerajaan, bagi mereka memang OK.

Alkisahnya pulak, orang-orang yang bertuah dapat kerja dengan kerajaan pun sama naik tocang. Jawatan pembantu tadbir saja, gred apa, 17 ye? Eksyen bukan main, mengalahkan gred 41.

Memang sekarang ni susah nak dapatkan kerja dengan kelayakan yang kita ada. Janji kerja, tak kisah la gred apa pun, kerajaan atau swasta. Bukan tak boleh memilih. Memilih tu boleh, tapi jangan sampai terlampau memilih.

Pekerja-pekerja gomen ni pulak, kebanyakkan yang aku jumpa, kerjanya sangat tidak bagus. Boleh lah ye kalau aku cakap tidak bagus. Kenapa? Tapi aku nak mintak maaf dulu kalau ada sesiapa kat sini yang bekerja dengan gomen. Ini pendapat dan pengalaman peribadi aku. Kita berhak suarakan pendapat masing-masing kan??

Kisahnya aku ke balai polis, nak buat laporan berkenaan motor aku yang kena kebas. Polis kat kaunter tu, sila belajar untuk mengeja ok. Nak eja apartment pun terkial-kial. Sudahnya dia suruh aku eja. Itu satu hal, lepas tu dengan slumbernya polis berkenaan keluarkan rokok dan hisap rokok depan aku, kat kaunter dalam kawasan balai. Mulut aku kan agak boleh tahan keceluparan, slumber je aku tanya, "Encik, dalam kawasan balai pun boleh hisap rokok kah????". Debushhh.. Kena sekali. Dan slumber jugak dia jawab,"Ohh.. hari ni orang ramai sangat. Nak rehat pun tak sempat". Bagus punya jawapan.


..



..



..



Ada dua lagi cerita, tapi esok lah aku sambung. Hehe.