Thursday, August 26, 2010

CERITA PASAL LEMANG

Gua nak balik kampung, kan gua ada cerita nak ambik cuti straight je sampai merdeka. Gila semangat nak merdeka nih. Keh3x. Jadi apa-apa hal gua kena bagitau dekat orang department gua. Kang ada kerja yang pending ka apa.

" You nak balik kampung bukak puasa dengan family? "
Tanya amoi sorang ni.

" Yes "
Gua sengih-sengih.
Ternyata gua sangat bahagia kalau berbicara pasal balik kampung.

" You dah boleh buat lemang lah "
Konfiden betul amoi ni.




Agak-agak la kalau betul pun teruja nak raya, takkan la tengah-tengah puasa ni nak buat lemang. Depa ingat gua cuti lama pasal nak raya, pasal depa tak pernah kira pulak berapa hari kita dah puasa. Yang depa tau, bazar ramadhan ada, boleh beli macam-macam makanan. Ok, kali ni gua ampunkan saja dosa amoi ni kat gua.

COMMUNICATION PROBLEM


Masalah komunikasi,
Bukan jadi kat tempat kerja, kat rumah, kat sekolah, kat mana-mana pun jadi.

Kat bawah ni ada contoh communication problem.
Sangat comel.
Tak lusyahhh okeh.
Sekadar contoh.
Hehe.









Tak lusyah kannn?? Gua dah cakap, tak lusyah.. Puasa-puasa mana boleh lusyah, nanti kena tolak pahala puasa. Haha.

KEDAH ATAU PERAK

Hari ini luarbiasa eksaited.

Sebab, nak balik kampung.

Kalau nak balik kampung, memang akan jadi pesyen gini.



Cuti straight, esok sampai 31 Ogos.

Saja nak berlama-lama di kampung.

Menghabiskan masa bersama ayahanda dan bonda.

Sanak dan saudara.

Keh3x.



Check dalam system, cuti ada balance 5 hari lagi.

5 hari cukup ka sampai hujung tahun??

Tobat tak cukup.

Mujur company bagi cuti 5 hari untuk kawin.



Kad kawin dah siap, Insyaallah akan sampai kat tangan lu orang nanti.

Boleh pilih, nak datang belah Kedah, atau Perak.



Tak suka lah cakap pasal kawin.

Lagipun lambat lagi kan.

Lepas raya haji nanti.

Hehe.





Jadi pilihan lu orang, Kedah atau Perak????











Wednesday, August 25, 2010

PUASA TAK BOLEH BERAK

Ada amoi cina dari finance department call kawan gua
Kawan gua pulak tak dak kat tempat beliau
Mana pergi budak ni

"Fasaha Sandaha not around, u call back"
Ringkas jawapan gua

"Heyy.. Dia pegi mana?"
Amoi tu masih tak puas hati

"Berak"
Gua jawab

"Oii.. lu puasa boleh berak meh? Lu tak makan nasik pun boleh berak??"


Ada jugak yang nak kena tazkirah dengan gua.

AYAT SUSPEN

Tok gua dah berumur 80 lebih rasanya. Tok ni nenek la, orang Kedah memang panggil nenek tu tok. Hari tu tok ada cakap gua, "Anak hang nanti tak tau tok dan tengok ka dak". Gua geleng-geleng kepala. Buat dah tok gua nih. Kahwin pun belum, anak nak mai kot mana.

Lu orang jangan salah faham, tok gua memang gini. Dari zaman gua masih usung beg turun naik bas pergi kelas kat UiTM dulu, tok gua dah cakap, "Kalau dengar tok mati, hang balik la noh". Ayat tok gua dari dulu sampai sekarang macam sama saja. Gua tak rasa suspen dah.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya buat tok yang baik sebab terjun selamatkan gua masa gua jatuh telaga masa gua kecik-kecik dulu. Tenkiu tok. Hehe.

Tuesday, August 24, 2010

ENTRI BALAS DENDAM

Alhamdulillah, kembali lagi gua dalam area pembloggian ni setelah melalui hari yang mencabar di sebabkan tekak gua yang agak manja dengan tuannya. Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan, adik kakak serta abang yang sudi berkongsi tips untuk memulihkan sakit tekak. Ada yang suruh minum ayak nyok, jadi petang kemarin gua singgah di bazar dan beli sebungkus ayaq nyok yang mantop berharga 3 hinggit. Sedap betui ayaq nyok tersebut. Terima kasih kepada abang penjual ayaq nyok tersebut kerana telah menjual ayaq nyok yang sedap dan delisyeess itu. Tak seperti abang yang jual air soya 2 hari lepas, langsung tak manis. Mengurangkan lagi manis di wajah seorang bakal pengantin je. Hampes. Tak pe bang, gua maafkan lu. Semoga lu ceria-ceria selalu hendaknya.

Ada jugak yang suruh gua minum ayaq asam jawa. Itu pun gua buat. Sangat masam, sampai tertutup dua bijik mata gua yang agak sepet ni setelah menghirup sikit-sikit ayaq asam jawa tersebut. Tapi alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, akhirnya sakit tekak ni beransur pulih.

Tak lupa, ubat pemberian percuma oleh Klinik Pan Medic juga gua sumbat. Hebat sekali penangan ubat yang di berikan, terus gua tertido selepas solat maghrib. Samada penangan ubat atau pun memang gua yang betul-betul mengantok. Wallahualam.

Sumpah dari kecik sampai ke besar gua memang susah nak makan ubat. Tanya ar bapak gua, apa jadi kalau nak bagi gua makan ubat dulu, mesti ada tukang pegang kaki, mesti ada yang pegang tangan, dan mesti ada yang tolong suapkan ubat dalam mulut, secara paksa. Kalau demam, nak bagi makan panadol, tidaklah boleh makan macam tu saja. Panadol tu bapak gua kena lumat-lumatkan menjadi ketulan-ketulan kecil, campur dengan air, baru di sumbatkan masuk dalam mulut gua.

Tapi skill mak gua lagi hebat. Kalau tanda-tanda nak demam sudah ada, mak gua akan bagi gua minum milo panas. Entah apa magisnya milo yang mak gua buat, lepas minum dan tidur, gua pasti akan sihat walafiat. Terus boleh bangun dan main anak patung bersama rakan-rakan gua. Taktik ni hanya boleh diguna pakai kadang-kadang saja, kadang magis itu memang tak ada. Seingat gua, mak bapak gua memang jarang bawak gua ke klinik. Orang kampung macam gua, cukup sudah dengan makan panadol dan cortal (ubat demam kaler pink untuk kanak-kanak).

Gambar ubat yang gua dapat dari Klinik Pan Medic. Jadi gua pun nekad tak mau minum ais lagi sepanjang seminggu ni. Biar tekak gua ni beransur pulih.










Ni lagi satu entri balas dendam, henpon cap ayam gua dah ada earphone. Sebelum ni memang dah ada, tapi tangan gua ni kalau dah bercakap kat telefon, boleh pulak menggedik pegang gunting la, pisau la, bergantung apa yang ada depan mata waktu tu. Jadi satu hari, semasa tengah rilek sembang, gua secara TAK sengaja telah terpotong wayar earphone gua. Malang betui. Dah pi beli earphone baru, tapi cepat pulak rosak. Itu la, kalau pakai barang murah cap ayam, memang cepat je rosak.

Sekarang gua ada earphone baru. Mantop betui boleh dengar lagu masa tengah kerja. Gua letak earphone tu kat telinga kanan je. Risau kang boss panggil, gua tak dengar. Jadi, daripada telinga gua ni dok dengar amoi-amoi dan apek-apek ni bincang pasal annual dinner, baik gua dengar Asma ul Husna. Lagi mantop.


ps: si dia tak percaya gua sakit tekak sebab suara gua sentiasa kedengaran hepi dan manja di corong telefon. hakikatnya, sangat sakit. si dia mungkin tidak tahu, si gadis yang ingin dinikahi ini sangat kuat dan gagah. tak main la sakit sikit nak nangis. merengek sikit-sikit tu tak salah kan.keh3x.

JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU

Entri ni gua cilok dari email yang gua dapat.
Khas buat para suami, bakal suami dan jugak bekas suami. Hargai dan sayangi lah isteri lu orang, semoga lu orang mampu memimpin isteri lu orang menjadi wanita solehah. Gua akan bagi bakal suami gua baca entri ni sebab gua memang suka menangis. Hehe.



Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?






Apakah keistimewaan perempuan ini?


Dibalik kelembutannya, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan kebenaran...
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya...
Pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya...

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
Dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pd orang yg dikasihinya...
Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya...
Dia sangat gembira melihat kelahiran...
Dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan air matanya bisa membawa perdamaian.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGANYA dia".

HONEYMOON

Gua sekarang sedang 'berhoneymoon'

Jadi lu orang jangan rasa jeles dan sentap

'honeymoon' mana boleh bawak lu orang!!

Kacau line saja



Jadi, tataplah gambar-gambar bahagia, kononnya gua dalam gambar tersebut

kononnya gua lari-lari manja di kejar si dia


sekali sekala buat pose comel macam ni, memang boleh jatuh cinta kan??


Ohhh.. indahnya dunia..


kayuh beskal bersama-sama si dia. bahagia betul..


teknik fotografi yang terbaekk...


mana si dia nih??


menanti si dia dengan penuh rasa rindu.. serindu.. rindunya..

Monday, August 23, 2010

SAKIT TEKAK

Gua sekarang tengah sakit tekak yang amatzz. Sakit sangat. Bila nak telan ayaq liyuq tu, punya la seksa. Pedih sangatzz. Rasa macam terlekat tulang ikan pun ada. Tapi konpem, bukan terlekat tulang ikan.

Gua report kat mak, mak pun batuk-batuk lagi. Mak berjangkit demam kat cucu beliau. Hishh budak kecik bernama Zahra Safiyya ni, beliau dah berjaya menjangkitkan demam beliau kat mak dan gua.

Orang suruh gua minum ayaq masak, gua dah minum pun. Banyak, sampai tak larat ulang alik ke toilet. Gua minum lepas berbuka dan sebelum abih waktu sahur lah. Kang lu orang ingat gua minum siang-siang pulak. Bukan.

Ni amoi tempat kerja gua suruh gua kumur dengan air garam. Nanti gua usahakan tips bernas daripada amoi ni. Mana tau berkesan. Sakit weh, sakit sampai rasa nak berbuka. Especeli masa batuk, lagi lah sakit. Kohhh.. Kohh.. Kohh.. Macho je gua batuk.

Tapi gua sabar, member gua cakap, sakit tu menghilangkan dosa-dosa kecik kita. Jadi, gua terima sakit nih demi meminus dosa-dosa kecik gua.



SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMAL IBADAT KITA

SUPER POWER

Dua hari berturut-turut keluar cari baju raya
Bukan untuk gua, tapi housemate gua

Penat!!!

Perempuan kalau bershopping, semua sudut nak terjah
Semua sudut nak di singgah

Semua kedai gua dan rakan serumah gua masuk
Pegang-pegang, hish tak berkenan

Kedai lain pun begitu juga
Sudah jumpa yang berkenan, size pulak tak ada

Akhirnya, tetap balik tangan kosong
Lain yang nak di beli, lain yang di beli

Haipp.. Penat!!!
Gamaknya minggu depan kena keluar lagi
Huhu

Jadi untuk menambahkan kembali tenaga gua yang tinggal sikit ni
Minuman super power mungkin boleh membantu waktu berbuka nanti

Tongkat Ali Super Power!!!


ps: Tahun ni gua tak ada baju raya. Si dia pun sama. Cool kan kami berdua?

FESYEN BUDAK NAK MEMBESAR

Gua ada sehelai jeans koyak di lutut. Bukan gua sengaja koyak, tapi seluar tersebut sudah rapuh pada hemat gua. Jeans lama memang senang koyak kan. Mula-mula koyak sedikit, makin lama makin teruk pulak aksinya. Tak salah gua koyak di lutut sebelah kanan.

Gua suka sangat dan sayang pada jeans tersebut. Bila gua pakai, rasa macam gua lah gadis paling cun dalam abad ke 20 ni. Kerana itu saja jeans paling kacak yang gua ada selain daripada jeans pesyen gadis-gadis nak meningkat remaja. Gua pun sudah alter hensem-hensem jeans koyak tersebut, muat-muat saja kaki gua yang tak berapa selim dan panjang ini. Dulu sekolah gua ada ter join pesyen bebudak kulit kepala ataupun dalam bahasa yang lebih glamer adalah Skinhead. Gua ikut pesyen saja, seluar kaki kecik dan baju belang-belang.

Betui?

Dulu gua rasa gua sangat selim, jadinya kalau pakai jeans paras buku lali yang kecik dari lutut ke kebawah tu, memang sangat comel. Dengan rupa paras gua yang ayu dan manja, siapa yang tengok pasti tertawan. Tapi sekarang, jeans kaki kecik gua, mak gua dah potong buat kain buruk lap kaki je. Ohh.. Sampai hati mak. Hari tu gua kemas baju-baju lama, gua terjumpa sehelai jeans kaki kecik gua. Gua terus tarik dan simpan, takut pulak mak gua buat lapik cerek dapur kayu beliau.

Budak-budak nak membesar, pantang tengok pesyen yang semua orang buat, konpem nak ikut. Gua ingat lagi, pesyen rambut gua masa zaman nak membesar dulu adalah pesyen potong rambut pakai mesin, style nombor 2. Ntah, gua lupa. Member gua paling macho, ikut style 1. Gua tak berapa nak macho, ikut style 2 jadi lah. Maksudnya, kalau nombor 1, rambut lagi nipis dari rambut pesyen 2. Itu time, gua rasa ringan je kepala gua. Pagi-pagi nak pergi sekolah pun gua masih mampu shampoo rambut sambil nyanyi di bilik air.

"Sabun di bilik mandi.. Sabun di bilik mandi". Gitu lah gaya gua di bilik mandi setiap pagi.

Itu cerita zaman gua baru nak membesar. Sekarang gua dah lain. Sekarang gua dah pakai sopan. Rambut yang dulu pendek langsung tak boleh ikat, sekarang siap boleh sanggul. Jeans koyak tu gua simpan, lipat baik-baik. Bakal suami gua tak pernah tengok gua pakai jeans tu, tapi gua pernah jugak bagitau bakal suami, gua ada jeans koyak di lutut. Bakal suami bilang, kalau dia nampak jeans koyak tu, bakal suami mau gunting. Ohh.. Itu kenangan. Itu sejarah. Jadi, daripada dia gunting, baik gua simpan baik-baik. Dah ada anak cucu nanti, gua nak kasi letak dalam frame.



ps: Teringat pulak zaman muda yang ceria.

Sunday, August 22, 2010

KONTES ANJURAN GADIS COMEL

Dalam dua gambar di bawah ni ada gambar gua. 1 gambar masa gua masih kanak-kanak Ribena, dan 1 lagi gambar masa gua sudah agak remaja. Lu orang boleh teka seorang sekali saja. Pemenang akan dapat reload Maxis / Celcom / Digi. RM 10 cukup lah yerr. Ni macam duit raya jugak lah dari gua untuk lu orang.


Ni gambar gua masa masih menuntut di Uitm Merbok, Kedah





Ni gambar gua masa form 1




ps: sila lah teka woiii yang mana 1 gua... keh3x.

TETAMU BERKUNJUNG KE RUMAH

Gua cuti-cuti ni, kalau dah bangun mesti rasa nak SMS kawan-kawan. Rindu pulak sama kawan-kawan gua. Yang dah kawin, yang tak kawin, semua gua SMS. Nak mengeratkan silaturrahim. Hehe.


Ada jugak kawan-kawan gua yang bekerja pada hari Ahad ni, almaklum lah kerja di Kedah. Tak apa lah, Jumaat mereka cuti. Salah seorang kawan gua bagitau, harini ada tetamu nak datang rumah. Member gua ni dah kawin, kalau masih single, nak jugak gua promote sama kawan-kawan blogger yang belum ada awek. Keh3x.


Kata kawan gua, si suami nak jemput kawan-kawan datang berbuka di rumah. So, dia tanya gua, nak masak apa untuk berbuka nanti. Uiksss.. Rasa macam pakar masak memasak pulak gua. Kenapa kawan-kawan asek tanya pasal makan-makan dengan gua. Nak kata gua pakar, hish tidaklah!! Pakar masak megi 2 minit saja, adalah.. Hehe.


Gua pun balas SMS kawan gua, based on makanan yang dah lama gua rasa teringin mak gua masak, kalau nak suruh gua masak, hmm.. wallahualam. Antara menu yang gua rasa OK nak suruh dia masak:

-sambal udang
-asam pedas
-ikan temenung aka ikan kembung rebus dengan ayaq asam
-kerabu pelam aka kerabu mangga
-sup ayam



OK tak list yang gua bagi?? Mantop kan. Gua sendiri kecur ayaq liyuq masa buat list tu. Nampak gaya, petang ni nak kena pi Giant beli barang dapur. Barang dapur dah abis. Rasa bosan kalau asek beli makanan kat bazar ramadhan. Mahal pun ya jugak. Haha.



ps: Bapak gua cakap, sambal belacan yang gua buat memang maveles. Sebab, orang yang garang saja boleh buat sambal belacan yang maveles okeh. Gua garangkah? Ohh.. tidak. Gua sangat lemah lembut dan pemalu. Sampai hati bapak gua cakap gitu.

SAMAD OHH SAMAD



Samad,
Lu lambat sikit je.
Kalau gua still single, soheh gua ngorat lu.

Samad,
Lu tak payah kutip lah pompuan macam tu buat bini.
Melambak lagi pompuan yang lagi bagus dari pompuan tu.

Samad,
Mujur lu belum kahwin lagi dengan pompuan tu.
Kalau dah kahwin, memang terseksa lah lu.

Samad,
Rugi betul lu tak ngorat gua awal-awal dulu.
Gua bukan mata duitan macam pompuan tu.
Keh3x.

AHAD IS SUNDAY

Ahad is Sunday.
Sunday is holiday.
Sunday no need to work.


Sunday I can rest at home.
Sunday I can clean my house.
Sunday I can watch TV.
Sunday no dating for me.


Sunday is a very fast day for me.
Tomorrow is Monday.
I dont like monday.
Monday is always blues for me.


I like Sunday, You like or not?

Saturday, August 21, 2010

TODAY IS SATURDAY

Hari ni gua kerja weh. Half day, sampai pukul 12 saja. Tapi gua malas nak buat kerja. Gua nak rilek saja sampai pukul 12 nanti. Haha. Apa gua heran, hari ni bos besar dan bos kecik cuti. Gua boleh enjoyyyy..


Pagi-pagi sampai ofis, gua nampak sorang amoi ni pakai skirt putih, singkat. Bukan paras lutut beb. Kira bawah sikit dari bont_t ja. Cisss.. Kurang pahala puasa gua. Pagi-pagi lagi dah kurang pahala. Kang petang gua nak ke bazar ramadhan, nak usya brader yang ensem jual nasik kandar lagi, kang terlanggar bahu mana-mana brader yang beratur beli ikan keli bakar lagi, dah tinggal banyak mana lagi dah pahala posa gua. Hissshhh.. Nanti pandai-pandai gua kaver dengan terawih dan tadarus lah.


Lepas tu, gua sit down kat kerusi empuk gua. Gua usya belakang dan sengih kat amoi satu department dengan gua. Ohh.. Tengah breakfast amoi ni. Gua nampak amoi tu makan mee. Gua tak tau mee apa. Tapi tiap kali amoi tu suap mee dalam mulut dia, gua terus kaku dan terpaku. Rasa macam sedap sangat wehhh.. Siap ada sound effect bila amoi tu makan. Srottttttt... Haramzadeyy betui!!!



Semangkuk mee yang gua cilok dari brader gugel



ps: dugaan.. cabaran.. menguji kekuatan iman..

Friday, August 20, 2010

LOSING WEIGHT IS A MENTAL GAME

Puasa dah masuk hari ke 10 kan?
Ok, ada perubahan. Dah terasa dah yang gua makin kurus.
Gua puasa bukan untuk kurus okeh.
Ini arahan dan perintah Allah.

Puasa ni gua tak selera nak makan.
Selera gua tertinggal di kampung.
Gua tak dapat nak penuhi permintaan bapak gua nak balik kampung tiap-tiap minggu.
Gua tak larat nak drive lama-lama.
Lagipun badan gua rasa macam tak sihat.

Dan lagi, kalau gua balik, kesian rakan serumah gua.
Takkan dia nak berbuka dan sahur sorang-sorang.
Takkan gua nak mintak lu orang datang temankan rakan serumah gua.
Cisss... Gedik jugak kalau ada yang angguk tadi.
Mau jugak bagi karate kid barang sedas dua.

Disebabkan selera gua tertinggal kat kampung, itu pasal gua rasa gua makin selimmm sekarang.
Tak payah pegi Slim World bagai, tak payah produk Dr. Rozmey rambut belah tengah
Tak payah!!
Mengarut, buang duit saja
Ingat duit tu main petik2 dekat pokok bunga raya???

Tapi yang gua was-was tu, kenapa gua rasa part kaki je yang kurus
Bila pakai kasut crocs gua nih, dah macam pakai kaki itik yang nak pakai menyelam je
Kelepapp.. Kelepapp..
Itu yang gua pelik
Kenapa kurus di kaki saja


Tapi gua syak bukan gua dah kurus, tapi sebab kasut crocs gua nih dah melting sebab gua ada jemur kat luar hari tu.. keh3x.



ps: boleh ka kalo gua kahwin nanti, gua nak pakai baju kurung je?? tak payah lah gua diet bagai nih. lagipun gua malu, feberet gua baju kurung je.

WORD VERIFICATION

Assalamualaikum awak-awak semua. Saya dah berjaya buang word verification kat laman komen saya tu. Saya harap, awak-awak semua maafkan saya.

Haritu Kak Kancil Biru yang pada hemat saya mempunyai kereta kancil berwarna biru dah bagitau suruh saya buang word verification tu dari blog saya. Tapi saya langsung tak faham. Maafkan saya ye, almaklum la, saya dulu, sekarang dan selamanya agak buta IT. Lagipun subjek IT tidak ditawarkan masa zaman sekolah rendah saya dulu. Keh3x.

Lepas tu, saya pun mintak bantuan Mak Budak yang tinggal kat Sri Lanka tu, saya siap ugut beliau lagi, kalau beliau lambat reply email saya, saya nak luku kepala dia. Dan2 tu jugak berdesup email dia masuk. Haha. Dan dia dah ajar kat mana nak tekan-tekan dan kelik-kelik. Pandai kan saya dan Mak Budak yang tinggal kat Sri Lanka tu?? Hehe.

Jadi lepas ni, boleh la awak-awak semua komeng dan komeng sampai bengkak jari-jari awak semua. Kalau jari dah bengkak, jangan pulak bagi alasan tak leh pi terawih. Nanti saya luku pala awak sekali. Keh3x.

Ok la, hari ni saya tak dapat nak berkunjung ke banyak blog sebab blog-blog awak semua sangat canggih, terus jammed PC saya ni. Opsss... bukan PC saya, PC kompeni. Dah la ek, selamat berbuka ye awak-awak.



ps: comel pulak kalau guna saya -awak ni kan??

MEMBOIKOT BRADER ROTI JOHN

Hari ni kemahen lagi gua busy. Lihat, sudah masuk tengahari baru sempat nak post new entri. Kebiasaaan gua post awal-awalkan? Apa, lu orang tak perasan? Cisss... Tarak guna jugak.. Haha.. Jangan marah, gua gurau-gurau saja.. Tak leh bergurau, pi dok surau.. Ok, berbalik kepada tajuk entri gua di atas, jadi cerita gua pada hari jumaat yang mulia ini mesti lah berkisarkan tentang perasaan boikot memboikot yang telah gua dan rakan serumah gua sepakati.


Berjalan dari awal sampai ke hujung bazar ramadhan, gua dan rakan serumah gua bersepakat mahu beli roti john. John, glamer betul lu nih.. Ada orang pakai nama lu letak kat roti.. Tahun depan-depan, kalau gua sudah ekselen ilmu masak memasak, mau jugak gua letak nama biskut Gadis Comel, tapi macam tarak ada itu commercial value pulak.. Ciss.. Roti John memang nama yang agak commercial.. No wonder sangat hangat di perkatakan di merata pelosok negara.. Ni macam cerita merepek je..


OK, berbalik pada cerita boikot tadi, gua dan rakan serumah gua terus brek mengejut bila nampak sebuah gerai jual roti john.. Brader yang masak roti john ni kelihatan agak taff badannya.. Cisss.. Sempat lagi mata gua melilau ke arah badannya.. Sungguh tidak sopan untuk gadis yang sopan dan berbaju kurung hijau muda pucuk pisang seperti gua berkelakuan seperti itu.. Sumpah, itu akan jadi kali terakhir gua pandang brader nih..

Sumpah ini gua bagitau lu orang kerna gua rasa mau bagi kaki barang sedas dua kepada brader roti john ni kerana beliau telah membuatkan gua dan rakan serumah gua buang separuh daripada roti john yang panjangnya kelihatan seperti 2 jengkal jari gua yang mulus dan tulus ini. Sebijik roti john berharga RM 3.70, sekiranya di makan separuh, dan separuh lagi di buang, makanya kemarin gua dan rakan serumah gua telah kerugian sebanyak RM 1.85. Cisss... RM 1.85 ni cukup untuk gua beli jus carrot susu yang agak delisyesss okeh..

Roti john brader tu memang tak menepati selera gua dan rakan serumah. Sudah lah daging cincang tak di taruk langsung, macam letak telur sahaja, kemudian di tempekkan roti yang panjang ke atas telur, di angkat, di letakkan mayonis, hirisan timun dan sos. Dan lagi, telur tu hangit weh. Di ulang, hangit. Brader tu ingat gua tarak penah makan roti john kot sebelum ni. Gua tak rasa itu rupa sebenar sebijik roti john. Koman-koman biar la roti john itu kelihatan seperti gambar di bawah ini. Kan????






ps: boikot terus weh kedai brader roti john tu!!!

Thursday, August 19, 2010

AL-FATIHAH BUAT SOLEHAH HJ. MOKHTAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada semua sahabat2, saudara mara atau sesiapa sahaja kenalan di dalam FB SOLEHAH MOKHTAR , kami sekeluarga ingin mengumumkan adik SOLEHAH BT MOKHTAR selamat kembali ke PENCIPTANYA pada 16/08/2010 jam 5.40 am di Hospital PUSRAWI, KL akibat simptom KEJUTAN DENGGI.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua doa-doa,ucapan, kunjungan dan bantuan dalam menguruskan jenazah arwah SOLEHAH semalam.Di kesempatan ini, kami sekeluarga mewakili arwah SOLEHAH ingin memohon maaf di atas segala kesalahan atau apa jua kekhilafan arwah sepanjang hayat beliau. Besar harapan kami agar beliau dimaafkan dan dihalalkan dunia akhirat atas segala kekurangan atau perlakuan semasa hidup.

Sekiranya arwah ada berhutang bolehlah berjumpa kami sekeluarga atau menghubungi melalui TALIAN 03-61206195 atau FB kakak beliau, MASTURA MOKHTAR. abg2nya SHAFIQ MOKHTAR ,MUHAMMAD SHAHIR. MUHAMMAD FIRDAUS & AIMAN MOKH untuk sebarang tuntutan.

Kami sekeluarga dengan rasa rendah diri amat mengharapkan kerjasama sahabat2 supaya tidak menyiarkan sebarang gambar2 yang tidak menutup aurat atau sebarang video arwah untuk tontonan umum.Ini adalah pemintaan terakhir pihak keluarga.

Dengan ini, kami sekeluarga memberi peluang kepada semua sahabat2 arwah untuk memberikan sebarang ucapan ataupun kiriman doa di wall FB beliau selama seminggu dari tarikh 16/8/2010-22/08/2010 sebelum pihak keluarga menamatkan sebarang laman sosial arwah.

Sama-samalah kita meghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah dan mendoakan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.Amin.

SOLEHAH BT HAJI MOKHTAR 16021994-16082010

ikhlas dari keluarga arwah


PS: ini aku copy dari FB arwah. terasa yang dia masih ada. lupa yang dia dah tak de. sempat aku kucup pipi dan dahi arwah sebelum di bawa ke masjid untuk di sembahyangkan. apa ertinya raya nanti tanpa dia. semoga Solehah di tempatkan disisi orang2 beriman. Amin.

TEKAK RASA PEDIH

Tekak rasa pedih macam baru lepas karaoke jamban 20 lagu, apa tandanya?


..


..



..


..


ps: selamat berbuka dan bersahur daripada Gadis Comel. ;p

OUR OWN DOMAIN

Cehh.. Kemahen lagi ye tajuk in English.. Hehe..

Aku perasan kan, makin ramai pulak blogger yang ada domain sendiri. Bagus tak kalau ada domain sendiri nih? Mana lah tau, kalau-kalau dengan berblogging ni boleh earn side income yang masyuk, seronok jugak kan. Keh3x.

Tadi aku ada cari kat internet info pasal domain ni, dan terjumpa website ni. Depa ni offer harga serendah RM35 setahun. Boleh tahan kan?

Rasa macam nak jadi seorang blogger yang aktif, tapi jumlah traffic ke blog ni pun macam 'hidup segan, mati tak mau' ja. Haha.

BAZAR RAMADHAN BAYAN LEPAS, PENANG

Kemarin gua berjaya jugak menjejakkan kaki di bazar ramadhan. Tak jauh dari rumah gua, bertempat di tapak pasar malam Bayan Lepas jugak. Dekat sangat dengan rumah. Kalau gua rasa malas jalan kaki, nak merangkak pun boleh. Ohh.. Tidak! Jangan merangkak. Jangan kufur nikmat yang Allah bagi. Insaf.

Ohhhh... Gua nak cakap sikit je nih, gua memang suka bazar ramadhan tu. Sebab??

Nooooo.. Bukan pasal ada jual ayam percik. Setakat ayam percik, merata ada jual.

Sebab harga makanan kat situ murah? Nooooo.. Harga memang standard gua rasa.

Sebab gua mampu berjimat cermat? Hmmm.. Mungkin jugak! Sebab semalam gua cuma habiskan 4 henggit saja di bazar tersebut. Jus epal 2 henggit dan kuih 2 henggit. Gua memang pesyen berjimat cermat. Untung sapa kahwin sama gua. Haa.. Kan dah melepas sebab lu orang tak mengorat gua awal-awal. Keh3x.

Eh... lu orang teka la yang best-best sikit.. Tau lah puasa pun.. Takkan lah otak terus jadi pasif nih. Haha. Mintak maaf. Yelah, gua bagitau. Kenapa gua suka bazar ramadhan tu, sebab kan.. Hehe.. Gua ternampak ada mamat ensem meniaga kat situ. Gua rasa petang ni nak singgah kat tempat beliau meniaga. Kemarin gua tak singgah, tak mo lah nampak macam desperado sangat.

Tapi konpem lah, petang ni gua nak singgah kat gerai beliau. Lu orang jangan bagitau kat bakal suami gua pulak. Kang free je gua kena sekeh kepala. Keh3x.



Sekali sekala buat muka comel macam ni tentu encik bakal suami lagi jatuh cinta kan??? keh3x.



ps: Encik bakal suami tau gua ada blog tapi dia tak tau URL address gua. Hehe. One day, Encik bakal suami cakap gua ni gadis comel, tetiba gua rasa sentap. Bukan! Bukan sebab gua tak suka di puji, gua kalau kena puji, senyum sampai telinga. Meleret-leret, sampai mintak di puji lagi. Tapi gua syak, mesti Encik bakal suami dapat tau nickname gua dalam blog nih. Haipppp.. Tetiba gua syak adik gua yang bagitau nih.Hishhh..

Wednesday, August 18, 2010

MOREH YANG HILANG SERI

Masa gua kecik2 dulu, selalu gua dan kawan2 gua yang sama2 kecik jugak, folo budak2 yang besar sedikit dari gua dan kawan2 pegi masjid. Bukan terawih pun. Saja nak tunggu orang siap terawih, lepas tu nak ambik moreh.

Masa tu kan, budak2 kena duduk diam2. Tak leh bising. Ye lah, orang tengah solat terawih kan, mana buleh bising. Kalau nak rasa makan pelempang, sila lah bising. Nak kentut pun takut, kot2 member main tuduh2, lepas tu bising pulak dalam masjid. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu. Memang akan bising macam kat pasar malam tempat orang jual ikan. Huh!

Orang dah siap terawih, gua dan kawan2 gua yang kecik jugak, berebut beratur nak ambik moreh. Masa tu, apa kesah moreh apa pun. Memang seronok, berebut-rebut nak ambik. Tolak-tolak member sampai ada yang jatuh tergolek. Cian. Walopun gua kecik, tapi gua kuat. Mak gua bagi minum milo masa gua kanak-kanak lagi. Menjelang remaja, gua jadi Gadis yang Comel. Macam puji diri sendiri.

Tapi kemeriahan dulu dah tak terasa weh. Budak2 dah tak ada kat masjid, mak2 segan nak bawak anak pun, takut bising, kang ada pulak yang mengumpat. "Ishhh.. hingaq betui noh anak Che Nah tu, nak terawih pun tak khusyuk". Memang kena mengumpat agak sekandaq jugak la. Budak2 sekarang seronok main mercun depan rumah agaknya.

Masa balik dari masjid, sembang2 dengan sepupu, "ishhh.. awatla sunyi sangat masjid sekarang ni, budak2 pun tak ramai". Gaya soalan macam soalan cepu emas peringkat akhir Imam Muda. Sepupu aku jawab, "Dulu2 buleh la, TV tak dak cerita best, laa ni ada Astro, macam2 ada".



ps: rasa lain sangat keadaan dulu dengan sekarang ni, even gua memang tinggal kat kampung, tapi zaman dah berubah. Dunia dah maju.

MANGSA KEBAKARAN DI BAZAR RAMADHAN.. KESIAN..

Sampai hati weh, member buat dajeyyy. Member send email, gambar mangsa kebakaran. Gua memang rasa sentap betul bila tengok gambar mangsa-mangsa kebakaran nih. Sangat sedih dan sayu. Terus teringatkan mak ayah dan keluarga di kampung. Padahal baru 1 hari saja gua balik sini.

Ada mangsa yang terkulai layu, bergelimpangan tanpa arah, ada yang kelihatan sangat lemah terbakar oleh bara api. Ohhhh... tidak! Sangat kejam.

Gua sangat terkilan. Korang lihat lah sendiri gambar-gambar di bawah ni. Biar kita sama-sama terkilan ye. Takkan gua sorang je yang nak terkilan. Memang tak adil lu orang kalo lu orang biarkan gua terkilan sorang-sorang.

















Ps: baru 8 hari berpuasa kan, setakat ni gua masih belum jejak kaki ke bazar ramadhan. Nampak gaya macam petang ni kena jejak jugak, tak tahan jugak insan di perantauan macam gua ni bila tengok mangsa-mangsa kebakaran bergelimpangan macam ni.
Hati tarak senang weh tengok mangsa udang tu. Aduhhh..

MISTERI MALAM TERAWIH

Selesai solat Isyak, mak cik sebelah cuit lengan aku
"Dengaq bunyi dak?"

"Dengaq. Bunyi budak-budak mai moreh kot, dok main kat depan".
Jawab aku, menidakkan apa yang mak cik tu pikiaq.

"Bukan kat depan, belakang".
Sambung mak cik tu lagi.

Tiba-tiba, bunyi lagi

Kepangggg... Kepangg... Kepangg..

Sah, bukan bunyi dari depan
Tapi kawasan belakang masjid
Apa ada belakang masjid??
Hanya kubur
Kawasan kubur sangat luas, penghujungnya ada sungai

Aku cuba berfikiran positif
Mungkin ada yang bertukang malam-malam
Tapi hati kecik masih berbisik benda yang bukan-bukan

Tak mengapa
Abaikan
Selesaikan terawih dan witir dulu

Jemaah lelaki sorang pun tak dengar
Hanya jemaah wanita
Tapi tak semua jugak jemaah wanita yang mendengar

Malam tu, tadarus al-quran berakhir cepat sekali
Kata ayah, ada mak cik yang lari berkaki ayam
Kasut tinggal di masjid dulu



ps: malam tu, bunyi sayup-sayup macam orang ketuk papan. bunyi tu datang dari hujung kawasan kubur. memang tak ada rumah di kawasan hujung kubur. aku syak, memang ada orang bertukang malam tu.

SALLEH GREGOR SAMSA

Memperkenalkan, Salleh Gregor Samsa
Mamat terglamer saat ini
Yang bijak dalam mendraft kitab baru
Yang mahu menandingi kehebatan Al-Quran barangkali

Salleh Gregor Samsa
Apa agama mu?
Tiada?
Ohh ya..
Betul juga
Kamu mahu cipta agama baru
Yang tak perlu berpuasa kan?

Salleh Gregor Samsa
Semoga kamu bahagia dengan agama ciptaanmu







Kawan-kawan Salleh Gregor Samsa

Gambar: Sumber email

Tuesday, August 17, 2010

CELUPAR

Masing-masing ada pendapat sendiri

Pendapat yang mungkin sama dengan pendapat orang lain

Dan mungkin jugak berbeza

Apa jua pendapat aku kira

Jangan sampai menjatuhkan agama

Jangan sampai kau hina poligami

Poligami itu sunnah Rasulullah





ps: aku terbaca entri seorang blogger ni, dan aku rasa, dia sangat buta agama. maaf.

MUSAFIR



Dari Kedah ke Selayang
Entah berapa kilometer
Beratus-ratus kilometer agaknya

Sah
Aku dan 3 laki tua dalam kereta kecikku bermusafir itu hari

Di atas jalan raya
Usya kereta sebelah
Asap rokok keluar ikut ruang tingkap yang terbuka

Lelaki memang macam gitu
Tak kira apa bangsa
Suka hisap rokok dalam kereta
Tak kira di mana jua

Tergantung di situ kalimah Allah,Muhammad dalam bentuk tulisan jawi di dalam kereta
Musafir seperti kami jugak barangkali



ps: memandu jauh memang memenatkan. Tapi masih boleh bertahan. Aku hanya memandu dari Sg. Perak sampai ke rumah. Non stop. Dan pagi, dari rumah terus ke Penang. Ada tanda-tanda mau demam jugak. Berjangkit dengan Zahra barangkali.

PERMINTAAN AYAH

Masa berbuka
Hanya ada aku, ayah dan mak di meja makan

Hero pertama di rumah mertuanya
Heroin pertama di rumah mertuanya juga
Heroin ketiga di Skudai
Heroin keempat di Merlimau
Heroin kedua di asrama


"Balik la tiap-tiap minggu, bulan posa ni"
Itu permintaan ayah

"Tu dia aihh.. Gaji pun nak abih dah ni ayah"
Ini kata-kata aku

"Nanti ayah bagi duit minyak"
Balas ayah

"Berapa?"
Aku tanya ayah

"20 cukup la"
Sambung ayah

"Hahahahaha.. mana cukup"
Sambung aku

"Tak seronok anak-anak tak dak, lepas ni hang pun dah nak dok Perak, susah dah nak balik"
Sambung ayah lagi


Aku diam.
Sebak.



ps: lepas kahwin, Insyaallah aku akan ikut si dia ke Perak. Tak ada lagi rumah ke dua di Penang.

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum

Ramadhan ke 6, Solehah pergi meninggalkan kami
Al-Fatihah untuk Solehah binti Haji Mokhtar

Buat keluarga sepupuku
Terimalah dengan redha
Solehah hanya pinjaman Allah buat kita

Pada usia 16 tahun, Solehah pergi
Punca, Dengue Shock Syndrome
3 hari demam, hari ke 4 koma dan hari ke 5 Solehah pergi
buat selamanya

Al-Fatihah buat Solehah binti Haji Mokhtar

Sunday, August 15, 2010

SENI PERSEMBAHAN LALAT

LALAT.

Lalat adalah spesis menatang yang bersayap. Beliau jugak mempunyai kaki. Rasanya empat sahaja kaki beliau. Ada lalat yang pesyen kecik, dan ada jugak lalat yang pesyen besar. Lalat bergerak secara terbang, dan mereka suka gather together pada benda busuk. Dan adakalanya pada benda yang bukan busuk juga. Kalau nak tengok lalat dan rakan-rakan lalat yang banyak, sila berkunjung ke pasar malam iaitu tempat menjual ikan. Pasti juga lalat banyak melepak di pasar, market dan tidak pasti samada ada atau tidak di supermarket. Juga, tidak pasti samada lalat boleh terbang selaju Superman ataupun tidak.

Di kampung-kampung, lalat yang banyak menyibuk di dalam rumah, akan diketuk-ketuk menggunakan penyapu lidi. Pekerjaan membunuh lalat menggunakan penyapu lidi adalah pekerjaan yang sangat mengujakan sekali sekiranya anda mampu membunuh ramai lalat. Perasaan seronok itu sangat luar biasa sekiranya anda berjaya mengumpulkan banyak lalat yang telah mati.

Baik, di sini ada beberapa aktiviti yang anda boleh cuba sekiranya anda telah berjaya mengetuk dan mematikan lalat. Apa yang anda perlukan ialah lalat yang telah mati dan telah di keringkan semalaman, pensel dan kertas serta kreativiti. Kalau tiada kreativiti, sila pergi mandi bunga!!!!! keh3x.

"Abang, seronok jugak kan dapat rilek macam ni petang-petang"




Aksi terjun tiruk




Ni macam main jongkang jongket je...




"Wahhh.. panjang bangat kaki lu"




"Kuda ku lari gagah berani.. ayuh kuda ku..."




"Tempat pertama di menangi oleh Encik Lat....."




Yang Female ke kanan, yang Male ke kiri ye..




Nih pesyen anak derhaka, pijak pala pak dia..




Tak senonoh





ps: sapa lah punya kerja aniaya menatang macam ni kan..???

KISAH MAT BANGLA YANG SENGAL

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;

"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...

Friday, August 13, 2010

TOLONG JANGAN SAMAN AKU LAGI

Itu kata-kata merayu dari aku.
Sungguh, kali ini, kalau kena saman lagi, aku akan bagi kunci kereta sama dia.
Biar dia saja yang pakai.
Aku??

Belikan aku motor baru.
Naza Blade??

Bukan.
Tak sampai kaki.
Mau tergolek kat jalan.

Belikan motor Ego yang comel itu.
Yehhhh...
Sangat comel kalau Gadis Comel menunggang skuter Ego yang comel.
Dah jadi comel kuasa dua.
Tak sia-sia belajar Add Maths sampai meleleh air hingus.

Sekarang sudah ada 2 saman.
Tak banyak sangat kan?
Tapi aku perlu setel sendiri.
Pakai banyak modal jugak.

Had laju 60 km/j
Baik turun kayuh beskal
Rasanya lebih laju



Dari email yang aku terima
Atas jambatan Pulau Pinang sedia ada kamera
Untuk rakam aksi pemandu seperti aku
Bayar saja tol jambatan
Tekan minyak sampai kereta rasa mau terbang jatuh dalam laut.




ps: satu pun aku tidak mahu, inikan pulak dua. harap-harap tidak ada tiga. huhu.

CASH OUT NUFFNANG

Kecoh kat mana-mana blog yang aku masuk, cerita pasal cash out Nuffnang. Sumpah aku jelous tahap gaban. Ada sorang blogger tu baru je bergiat aktif dah berjaya dapat more than lima puluh ringgit.

Aku???

Dah 8 bulan, jangan kata sepuluh ringgit, 5 ringgit pun belum sampai lagi. Haha.

Aku gelak kuat-kuat, sebenarnya tu bukan main concern aku. Bukan sangat pasal duit. Just seronok jugak tengok jumlah kat dalam akaun Nuffnang tu bertambah, walaupun sikit-sikit.

Aku suka ada blog nih sebab kompeni aku ni lah, cam cipan, ada patut depa blocked fesbuk. Sakit hati woo. Dah la aku orang susah, laptop dengan berukband pun tak mampu nak beli. Hoho.

Tak pa lah, ada blog pun ok jugak. Kalau hari-hari hapdet status kat fesbuk pun bukan dapat duit, tapi kalau rajin hapdet blog dan rajin blogwalking, naik la sikit duit kat Nuffnang tu. Ye dok?


ps: status kat fesbuk aku tertulis, "Akaun Facebook ni akan di tutup tak lama lagi. Harap maklum".




Hai abang dan kakak.. Gebu tak pipi Zahra? Keh3x. Abang dan kakak jangan mengelat waktu kerja okeh..

KENAPA MAK

Boleh baca tak? Kalau kurang jelas, sila kelik kat gambar nih.





Best tak gambar di atas??? Keh3x..




Harini mood nak menulis memang dah terbang bersama perasaan seronok
Nak balik kampung okay
Berbuka bersama keluarga adalah something yang heaven
Nak lagi heaven, dah sampai rumah petang ni, call heroin ketiga dan keempat
Mau meleleh ayaq mata budak 2 ekoq tu
Kakak yang baik kan???
Keh3x








Thursday, August 12, 2010

ANTARA GADIS

A: Awak, saya rasa hari ni tak nak beli kuih. Membazir je semalam dah buang. Macam nak buat cucuq ubi.

B: Hmmm.. Ok, baru plan nak buat cucuq cempedak.

A: Ohhh.. camtu, tak payah buat cucuq ubi, kita makan je cucuq cempedak.

B: Nanti kita nak makan apa?

A: Ayam ada lagi, kobis dengan carrot pun ada, buat ayam goreng kunyit pun okay. Lepas tu goreng ikan masin.

B: Ohhh.. okay jugak. Tapi tak de kuah. Huhu.

A: Camtu, kita buat ayam blackpepper lah. Lepas tu, goreng sayur dengan telur.

B: Sedapnya ayam blackpepper. Macam yang awak buat hari tu kan.

A: Ahhh..sudah, jangan nak perli. Hihi.



PS: Bahagia rasanya tinggal berdua saja dalam rumah sewa. Sebelum ni tinggal bertiga, tapi insan ketiga ni dah pindah. Masa dia duduk sama-sama dulu pun, memang dia jarang ada di rumah. Kerja rumah jangan kata, memang jarang-jarang, tak pun, tak pernah dia buat. Keh3x. Memang sakit sikit terpaksa menanggung beban sewa rumah dan bil berdua, tapi kami lebih bahagia daripada tinggal bertiga dulu. Ok, sekarang cuba teka, antara A dan B, mana satu kah watak yang di pegang oleh Gadis Comel. Pemenang akan memenangi hadiah.........................................................bijik cempedak. Keh3x.

CAKAP BANYAK TARAK GUNA, TENGOK LA SENDIRI

HAAA.. INI SESUAI UNTUK IBU-IBU YANG SEBOK NAK JAGA ANAK, LEPAS TU NAK MASAK LAGI. SESUAI. BOLEH CUBA...



HAH.. YANG NI PUN KITA BOLEH CUBA. ASTRO, KALAU HUJAN, MEMANG SUSAH NAK TENGOK TV.




NAMPAK TAK NOMBOR PIN AKU???? HIHIH.





TAK MAMPU DER NAK BELI GPS. TAPI, MUJUR ADA HENPON...




BARU PUAS KALAU NAK DENGAR LAGU...




TAK CUKUP CERAH LAGI???





TV BARU LAGI BESAR DARI ALMARI LAMA




JAGA KESELAMATAN, SILA PAKAI TALI LEHER KESELAMATAN




TAK DAK SUDU?? JANGAN RISAU...