Thursday, September 30, 2010

KERANAMU HELMET

Masa tu gua masih menuntut di UiTM Kampus Sungai Petani. Hari-hari ke kelas, gua terpaksa bonceng motor kawan serumah gua. Terima kasih buat kawan gua yang sudi tumpangkan gua ke kelas dari hari ahad sampai ke khamis.

Gua menjadi pembonceng tetap motor EX5 kawan gua bukan takat ke kelas, tapi juga masa merewang ke pekan Sungai Petani, merewang sampai ke Tanjung Dawai, menikmati Char Koey Teaw berdekatan kes tentera, dekat Sungai Layar dan aktiviti jalan-jalan skodeng orang dating kat Tupah. Hehe.

Biasanya bila ke kelas, gua dan kawan-kawan gua akan parking helmet kat atas seat motor, takpun side mirror motor. Alkisahnya, 2 kali helmet rempit gua kena curi. Gua syak, ni kerja budak-budak lelaki kat Malinja. Lepas 2 kali helmet kena curi, gua tukar pakai helmet kaler pink pulak kali ni.

Sumpah!!

Lepas tu memang helmet gua tak pernah hilang. Kalau ada jantan yang sanggup jugak curi helmet gua dan pakai, memang gua nak gelak 2,3 round secara marathon bersama-sama kawan gua.

Dua kali jugak gua beli helmet, terus bocor duit pinjaman PTPTN gua. Kalau gua tau ada orang nak curi helmet gua, baik awal-awal lagi gua tiru cam mamat ni. Soheh dan konpem tak ada sapa nak curi kan??? Melainkan budak-budak ni terdesak nak rendam baju.


Konpem-konpem kena saman kalo pakai helmet ni. Haha.


P/S: Petang ni gua nak pergi open office (perjabat terbuka) anjuran Malaysia Airport Berhad. Takat melantak 20 cucuk satay dengan semangkuk laksa, mampu lagi tangki perut gua ni. Keh3x.

CIKGU FIZIK

Auuuchakkkkk!! Gambar gua masa tadika dulu.. Keh3x.



Cikgu Fizik gua nama Tarmizi.

Cikgu Fizik gua anak saudara kepada Shahnon Ahmad.
Makanya, gua ada hubungan yang sangat jauh dengan Shahnon Ahmad.
Hehe.

Gua suka Shahnon Ahmad.
Karya hebat Shahnon Ahmad bagi gua ialah Seluang Menodak Baung.
Gua baca masa zaman sekolah menengah lagi.
Karya Shahnon Ahmad lebih fokus kepada isu masyarakat di Sik, Kedah.
Sama jugak macam karya Srengenge beliau.
Latar belakang cerita berkisarkan masyarakat dan kehidupan tempat kelahiran gua.
Novel Srengenge ini di mulakan dengan ‘Srengenge tersergam hodoh macam setan.’

Bila masuk makmal Fizik, mata gua automatik rasa layu.
Nak hilangkan rasa layu, gua selalu tengok luar makmal.
Ambik port paling best, tepi tingkap.
Boleh usya abang-abang Form 6 lalu lalang.

Makmal Fizik dekat jugak dengan tandas.
Gua selau buat kajian, berapa minit seorang lelaki habiskan masa di tandas.
Demmm... Gua langsung tak layan Cikgu Fizik depan kelas.

Budak-budak dalam kelas gua, semua macam haram.
Bila masuk saja makmal Fizik, semua bising macam murai.
Ada yang ajak pergi makan laksa lepas habis kelas.
Ada yang ajak pergi teman lepak kedai makcik goreng pisang.
Tak berhemah punya kawan-kawan, ajak lah gua pergi perpustakaan, kan bagus.
Kan????

Kalau tanya gua pasal Fizik ni, satu haram pun gua tak ingat.
Yang gua ingat, kalau lepas rehat ada subjek Fizik, jangan der cari gua.
Masa tu mungkin gua dah sampai rumah.
Tengah tidur.
Lari ikut pagar belakang dekat rumah guru.
Wahahaha.

Gua syak, cikgu Fizik gua pun dah malas tengok muka budak-budak kelas gua.
Sampai satu hari, cikgu Fizik gua bilang, kelas gua ni KELAS BELAKANG PARANG.


KALAU LU PANDAI, APA MAKSUD KELAS BELAKANG PARANG???


P/S : Bagi penggemar novel cintan cintun, yang asyik layan novel Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Aisya Sofea, gua rasa, boleh jugak kalau sekali sekala lu orang tukar genre bacaan lu orang. Hehe. Tapi terpulang, citarasa kita tak sama kan.

Wednesday, September 29, 2010

BOLEHKAH ANDA SURVIVE DENGAN HANYA RM 500 SEBULAN???

Kalau gua banyak duit, nak jugak gua beli pulau ni, bagi mak ayah gua. Baik kan gua? Keh3x


Situasinya macam ni.


Lu orang baru dapat gaji.

Bagi yang belum bekerja tu, sila bayangkan keadaan bila lu dah kerja nanti.
Ok, selamat menggunakan imaginasi lu orang yang hebat itu.

Dari gaji tu, banyak pulak hutang nak kena setel.
Hutang dekat mak ayah tu tak payah cerita lah, memang tak terbayar pun kan.

Pung pang pung pang.
Tolak duit kereta - setel
Tolak duit sewa rumah - setel
Tolak personal loan / ASB - setel
Tolak duit kutu - setel
Tolak duit MARA - setel. hehe.
Tolak duit PTPTN - setel. keh3x.

Sekarang yang tinggal, RM 500.

RM 500 ni lu orang akan pakai sampai hujung bulan depan.
Maknanya, RM 500 selama sebulan dari sekarang.

RM 500 ni TIDAK termasuk:
Duit makan minum.
Duit topup.
Duit minyak kereta dan tol.
Duit untuk entertainment.
Duit untuk nampak cantik dan menarik.

So, soalan gua, boleh atau tidak, lu orang survive selama sebulan dengan RM 500?









PAPER SEJARAH MASA SPM

Gambar gua masa tecit tonet.. Keh3x.


Gua memang tak minat Sejarah. Subjek Sejarah buat gua rasa cepat mengantuk. Tambah-tambah lagi cikgu Sejarah yang selalu buat lawak bodoh, sendiri buat lawak, sendiri gelak. Lebih kurang macam Amir I'm Sorry, budak Kelantan yang masuk Raja Lawak.

Konon-konon lawak, tapi haram tak lawak. Terpaksa gelak sebab nak ambik hati. Haha. Gua kat belakang kelas kadang-kadang letak majalah Ujang dalam buku teks Sejarah.

Tiap kali ujian, ramai yang gagal. Kelas gua, budak-budak Sains tulen yang paling bengong. Almaklum lah, kelas 5 Sains 3. Kalau budak kelas 5 Sains 1, mesti budak-budak yang bijak pandai. Cikgu Fizik gua cakap, kelas gua kelas belakang parang. Faham apa maksud cikgu gua????

Lepas banyak kelas gua dah ponteng masa subjek Sejarah, akhirnya sampai lah hari yang di tunggu-tunggu. Paper Sejarah masa SPM. Masa tu, tempat duduk gua di belakang dewan.

20 minit yang pertama, gua agak konfiden jawab soalan yang di berikan. Minit-minit yang seterusnya memang macam haram. Goyang-goyang pensel, pemadam jatuh ke lantai, macam-macam jadi.

Lagi cuak, partner yang suka ponteng kelas Sejarah angkat tangan, nak mintak kertas jawapan lebih, agaknya banyak sangat point yang dia nak tulis. Setan betul member gua nih. Bila masa dia study Sejarah ni. Padahal malam sebelum tu, sempat kami lepak makan Koteaw Th'ng.

Angin yang sepoi-sepoi merembes masuk ke dalam dewan buatkan gua terlena sebentar. Dalam lena yang maha pendek itu, gua rasa macam mendapat jawapan untuk soalan gua yang terbantut dari awal lagi.

Gua periksa balik semua jawapan, agak berpuas hati dengan jawapan yang gua berikan, betul atau salah, itu belakang kira. Janji pemeriksa kertas jawapan nampak kesungguhan gua untuk jawab soalan esei yang di berikan. Dapat markah kesian pun kira OK dah. Hehe.

* * * * * * * *

Masa ambik keputusan SPM, gua cari member gua yang angkat tangan 2, 3 kali masa jawab paper Sejarah. Gua tanya dia, berapa dia dapat. Dia gelak-gelak. Gua syak memang dia dapat keputusan yang baik. Kalau dia dapat A1, gua memang guling-guling kat situ jugak, sebab sangat tak percaya dia dapat A1. Haha.

Dia tunjuk slip keputusan dia kat gua, terus gua gelak. Gelak dan gelak. Dia failed Sejarah. Wahahaha. Dia pun gelak. Member gua siap cakap, penat je jawab, tapi failed. Dah tu gua tanya, apa benda yang dia jawab masa exam hari tu, sampai berkajang paper dia mintak. Dia cakap kat gua, "aku ingat cerita Parameswara je. Sampai semua soalan aku jawab pasal Parameswara". Wahaha. Bengong kawan gua tu.


P/s: Itu cerita 9 tahun lepas. Tapi rasa macam baru semalam je gua ambik SPM. Biasa lah gua, always sweet 17. Keh3x.

Tuesday, September 28, 2010

GETAH SEKERAP

Taman bunga belakang rumah gua. Keh3x


Masa gua kat kampung hujung minggu hari tu, hujan asyik turun
Mencurah-curah
Lebat membasahi bumi
Mak gua bilang, hari-hari hujan
Gua bilang, sama lah, Penang pun hujan jugak

Kalau pagi tak hujan, petang mesti hujan
Kalau petang tak hujan, malam mesti hujan
Dah macam pantun 3 kerat pulak gua rasa ayat kat atas ni

Petang tu hujan lagi
Mak gua angkat bengkang (pengat) ubi kayu ke depan
Lepak depan beranda rumah
Sambil minum ayaq kopi
Sambil cerita gosip terbaru di kampung
Haha
Belen kuih raya pun ada lagi

Sekerap dalam pot dah ada sehari
Kalau dua hari, tentu awal-awal lagi mak gua upah orang pergi kutip
Mak gua risau, takut mat ganja sapu

Harga sekerap dah naik
Sekilo dah RM 5.00
Kebun kecik, sekerap pun sikit
Kebun besar, sekerap pun banyak

Kalau tiga hari motong, mungkin boleh dapat 100 kg
Bahagi dengan tuan punya kebun, seorang dapat RM 250
Itu gaji mak gua untuk tiga hari bekerja

Asal hujan je, mesti harga sekerap naik
Masa kemarau, reti plak nak turun harga
Mak gua marah-marah manja masa sembang dengan ayah gua
Nak bayar duit kut besen lagi
Nak bayar duit kut periuk lagi
Nak bayar duit kut tikar lagi
Macam-macam jenis kut mak gua join

Ayah gua bilang ke mak gua, "alaaa... ni tokey getah la ni. sat naik, sat turun"
Lembut ayah gua cakap, nak pujuk mak gua yang pura-pura merajuk
Gua yang tengok, berbulu jugak kelopak mata
Masa tu jugak rasa nak cepat-cepat menikah
Haha

P/s: Kadang-kadang, gua ada terfikir jugak nak balik kampung dan kerja motong getah saja. Haha.

AKU SKANDAL



Kenal Roslin Hashim tak?
Tak kenal??!!
Ciss.. Lu duduk Bangladesh je lah kalau Roslin Hashim pun lu tak kenal.
Haha

Roslin Hashim tu pemain bola sepak Kedah kan??
Haha
Serius gua tipu

Roslin Hashim tu pemain badminton negara
Adik dia nama Hafiz Hashim
Dan adik dia lagi kacak dari beliau. Hehe. Demmm.. Gua gedik!

Roslin Hashim ni dulu pemain yang hebat jugak
Adik beliau, Hafiz Hashim pun hebat jugak
Tapi dulu lah
Sekarang, Dato' muda lagi hebat, sapa lagi kalau bukan Dato' Lee Chong Wei

Gua sebenarnya ada hubungan jugak dengan Roslin Hashim ni
Dan termasuk jugak Hafiz Hashim
Hubungan jarak jauh
Ehem.. Ehem..
Apa???
Dua lelaki dalam satu masa??
Haha

Sebenarnya, 'skandal' ni bukan secara direct
Tapi melibatkan kakak Roslin dan Hafiz jugak
Masa gua sekolah dulu, cikgu Biologi gua adalah kakak kepada Roslin dan Hafiz
Dan, abang ipar mereka ni merupakan cikgu Matematik Tambahan gua

Masa kelas Biologi, gua banyak tidur
Masa kelas Biologi, gua ponteng kelas
Cikgu pun ntah ingat ker tak muka comel gua nih
Haha


Sekian saja cerita 'skandal' gua
Maju lah sukan untuk negara.















Monday, September 27, 2010

TIDUR AWAL ITU BAGUS UNTUK KESIHATAN

Gua buka akaun facebook gua, tak best.
Tak ada message terbaru.
Tak ada kawan-kawan rapat gua yang tengah online.
Apa mereka buat hujan-hujan nih.

Ada friend request dari orang yang gua tak kenal.
Tapi gua tengok, ramai plak kawan-kawan gua dah add budak tu.
Ahh.. Tak kuasa gua nak add.
Ada lebih kurang 18 friend request gua tak layan.
Serius gua perasan glamer.
Haha.

Demmm!!
Tadi gua rasa nak tulis macam-macam
Lepas tu gua lupa apa nak tulis
Mungkin sebab perut gua yang lapar nih
Gila lapar
Gua nak ayam goreng yang macam mak gua goreng semalam
Kalau gua goreng, sumpah tak sesedap yang mak gua goreng

Melalui pemerhatian dan kajian gua selama berpuluh tahun ni, mak gua memang seorang tukang masak yang hebat
Sebab tu perut bapak gua boroi je
Haha
Dan bapak gua pulak sangat bijak mengenalpasti siapa yang masak melalui makanan yang terhidang

Dan petang kelmarin, masa gua lepak depan TV dengan bapak gua
Bapak gua pun tanya satu soalan wajib yang akan beliau tanya buat anak-anak beliau yang hanya boleh nampak masa cuti hujung minggu, tak pun semester break

"Bila nak balik sekolah?"

Gua ketawa berdekah-dekah

"Hahh? Bila nak balik sekolah?"
Gua ulang soalan ni beberapa kali
Biar bapak gua sedar lawak yang beliau dah cakap

Bapak gua memang dah blushing sangat-sangat

"Orang tanya, jawab main-main"


Bapak gua terus bangun dan blah
Bapak gua pura-pura merajuk
Dan gua masih lagi gelak
Dan gua perasan bapak gua sama-sama tergelak



ps: ayah, dah lama dah chek habih belajaq. dah nak masuk 3 tahun dah. lepaih ni dah susah dah nak balik tengok ayah, mak tiap-tiap minggu. 

okeh, gua nak tidur awal. gua tengah fefeeling sayu saat ni. keh3x. dan pesanan penaja, tidur awal terbukti bagus untuk kesihatan. bukti? sila search kat brader google. hehe.

GSTT-Guru Sandaran Tak Terlatih

Gua ada kawan. Beliau memang cun.
Tapi jangan gatal nak mengorat, sebab beliau dah kahwin.
Hehe.

Kawan gua ni kerja cikgu.
Cikgu GSTT.
Mengajar dekat Sekolah Menengah Tungku Sulong, Jeniang.
Dekat je dengan rumah gua.

Dengar cerita, kementerian pelajaran dah tamatkan perkhidmatan kawan gua nih.
Mesti ramai jugak kawan-kawan gua yang lain terkena tempias ni.
Sebabnya akan ada kemasukan untuk cikgu-cikgu DPLI.
Dan sebab itu juga lah, ada seorang kawan gua yang kena hantar pergi Sabah.
Best, pengalaman baru kan.

Yang lawaknya, bakal suami gua dan suami kawan-kawan gua kerja satu tempat.
Nanti, senang lah gua dan kawan-kawan nak jumpa selalu.


ps: Gua rindu zaman belajar dulu. Sekarang ni, jangan kan kata susah nak jumpa, SMS pun susah or lambat nak reply. Masing-masing ada life sendiri kan.

ENTRI LAMA-BLUES SEORANG JAGOAN # 1

Ni entri lama gua.
Malas pulak gua nak periksa, bila gua publish.


Cerita ni patutnya ada sambungan, tapi pasal gua malas, sampai ke hari ni tak pernah pulak gua sambung.
Pagi ni, (isnin 27 September), gua perasan ada 2 komen dari anon pasal entri lama gua.
Kembang kuncup jugak lubang idong gua bila ada yang memuji. Haha.
Sumpah, gua pantang di puji. Keh3x.



Komen anon:

1) Great writing, been waiting for something like that?? - yang ni gua tak faham apa jadah maksud anon.


2) I'm glad you said that? - yang ni pun gua tak faham jugak.


3) Possibly the most influential read I have read this week? -Kind Regards, Kelvin - yang ni gua faham. Thanks Kelvin. Appreciate your comment. ;p


4) Great writing! Maybe you could do a follow up on this topic =D Warm regards, Damion - yang ni gua faham. Hehe. Thanks Damion.

BLUES SEORANG JAGOAN # 1


Mail berjalan perlahan menuju ke motosikal buruknya. Syahdu. Motor buruk tu dah tak ada raga. Signal kanan kiri pun dah rosak. Kalau nak masuk simpang, terpaksa la Mail angkat tangan macam budak-budak nak ambik test JPJ. Span tempat duduk tu pun dah koyak rabak.


Bila hujan, habis air meresap ke dalam. Busuk, tapi Mail buat-buat slumber. Mail pura-pura span motor tu bau macam Kenzo Flower. Mail pernah bau sekali, waktu tu, Mail ke pasar malam. Bawak mak beli barang dapur. Ada sorang brader suruh Mail testing-testing 1,2, 3. Hmmm... Wangi. Nak beli Febreeze, Mail tak mampu. Gasak la, bukan ada awek nak tumpang pun. Penah jugak Mail pasang angan-angan, nak bawak Fasah Sandha ronda-ronda keliling kampung dengan motor.


Mail konfem, mesti ramai yang cucuk bijik mata dengan garpu sebab tak tahan tengok aksi Fasah Sandha peluk pinggang Mail. Mail senyum-senyum. Itu sudah lebih. Mail tatap motor buruk kepunyaan arwah ayahnya.


Sebelum Mail pakai motor ni, terlebih dulu abang Mail yang pakai. Sekarang, abang Mail pergi jauh. Tinggal dalam pintu besi jarang-jarang, pakai uniform hitam putih berbelang-belang, sebijik macam dalam tv.


Dalam hati berkira-kira mahu tukar pakai Honda EX5. Tapi, dengan kebun sekangkang siput babi tu, mana la Mail mampu bermimpi nak pakai motor baru hatta motor second hand pun. Mungkin dengan sifat berjimat cermat yang Mail amalkan sejak dalam perut ibu, dapat jugak Mail tukar motor baru. Insyaallah.
 
 

ps: Tang great writing tu gua senyum jugak sampai telinga. 

Friday, September 24, 2010

LAYANGAN MINDA

Salam petang jumaat buat semua rakan-rakan blogger. Harapan aku agar rakan-rakan semua sihat dan sejahtera hendaknya di sisi insan-insan tersayang. Hari ini memang hari yang indah. Perut sudah kenyang, mata pula menjadi kuyu. Tambah-tambah lagi hujau mau turun. Haha.

Ayat skema habis sebab baca blog si Sahrom (http://sahromnasrudin.blogspot.com/). Haha. Maaf ye Sahrom. Keh3x.

Apa motif brader tadi cakap, lepas minum kopi buah tunjuk langit badan akan rasa berpeluh. Jangankan kata berpeluh, ketiak pun tarak basah pun brader. Citt.. Dah ler mahal. Tak kuasa gua nak beli. Haha. Tak sedap. Pahit. Lidah dan anak tekak masih rasa pahit walaupun dah kaver minum air sebanyak 10 liter. Haha. Tipu. Jangan percaya. Tapi brader tu cakap, kopi buah tunjuk langit ni baik untuk kesihatan.


Entri ni khas gua tulis buat rakan sekerja gua yang jadi part time student kat USM Penang. Beliau kena siapkan tesis, lebih kurang macam gini lah:

*** kenapa orang yang sudah bekerja / sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang bagus masih nak sambung belajar?

Jawapan gua, mestilah sebab career development. Jawapan lu orang?

Kalau lu orang bagi jawapan yang bagus, gua akan mintak rakan gua belanja lu orang choki-choki okeh. "Choki choki enak sekali, choki choki adik gemari". Haha.


PS: ni salah satu sebab kenapa gua malas nak sambung belajar, tak larat nak hadap assignment, presentation bagai. haha. gua nak tambah ilmu bidang lain pulak lepas ni, mungkin ilmu jahit menjahit. Keh3x.

DA VINCCI CODE VS CROCODILE

Kalau tak salah, Da Vincci Code ni sebuah filem kan. Haram gua tak minat cerita yang complicated macam ni. Gua suka cerita ganas yang cool, contohnya filem Buli Balik, tak pun Soalnya Hati. Baru ganas, kena sikit dengan jiwa ganas gua kan??


Gua ingat, masa tu gua pergi tengok wayang cerita Buli Balik kat panggung wayang di Center Square Sungai Petani. Masa tu gua masih bergelar pelajar kat UiTM Merbok. Jadi, gua bersama Kodijah dan Ola sanggup lah mengepaw kereta skandal si Kodijah dan berjimba jimbi di pekan Sungai Petani.


Gua rasa, pecah panggung (bukan punggung) dengan gelak kami bertiga je. Wahaha. Cool gua rasa cerita arahan Afdlin Shauki tu. Gua rasa dia talented. Boleh berlakon, menyanyi, tulis lirik, buat filem. Kalau nak nafikan apa yang gua kata ni, terpulang. Tapi, sebelum nak kondem orang pun, tengok sendiri diri lu orang, lu orang plak ada bakat apa?? Hehe.


Gua bukan nak cerita sangat pasal Da Vincci Code ni, tapi gua nak cerita pasal adik kepada Da Vincci Code jugak iaitu kedai kasut Vincci. Adik beradik kah? Haha. Mak lain, pak lain. ;p

Design kasut kat Vincci gua rasa agak cool jugak. Harga pun not bad. Standard orang kampung macam gua ni, layan kedai Vincci je. Tak pun, gua layan kasut buaya darat je (Crocodile). Walaupun harga kasut Crocodile ni sentiasa maintain tak pernah turun, tapi gua rasa sangat berbaloi beli kasut jenama buaya darat ni sebab tahan lama. Alah membeli menang memakai, tak gitu dong? keh3x.


Tapi, kasut yang gua pakai sekarang, walaupun murah, tapi tahan lama. Dah berapa lama gua pakai kasut ni, masih utuh dan selesa. Cuma tapak je semakin haus. Maknanya apa??? Maknanya gua memang banyak berjalan. Haha.




Gua suka kasut wedges, tapi itu dulu. Tapi gua rasa macam susah pulak gua nak tekan clutch dan maukkan gear. Kalau kereta auto gua rasa tak ada masalah nak pakai kasut wedges atau heels.


 


Kasut crocs yang cool, tapi warna kasut gua bukan warna nih. Gua rasa lagi cool kalau berbaju kurung dan pakai kasut crocs. Hehe.


ps: mana-mana gua pergi, memang gua akan pakai kasut kerokss gua sekarang ni, hatta ke tempat kerja, ke pasar malam, malah pergi terawih pun. tak risau orang nak balun kasut gua, sebab gua tau, tak ramai kasut size 4 macam gua. keh3x.



sumber gambar: cedok brader google punya. tengggsss bro. ;p






Thursday, September 23, 2010

BUDAK KECIK



MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.
Muka boleh tahan kacak, tapi perangai macam setan!! Tak ada hati perut, tak berperikemanusian, memang patut dapat hukuman gantung. Buat si mak, sampai hati betul kan, biar anak hang orang pijak, pukul. Bodohnya. 
 
Betapa bodohnya. Yang paling gua ralat tu, si mak. Ishhhh.. Malas gua nak maki orang malam-malam jumaat nih. Baik gua pergi makan nasik putih dengan tomyam campur yang gua beli petang tadi. Keh3x.
Buat kawan-kawan blogger yang banyak support gua, terima kasih. Jangan risau, gua kuat. (Ini yang selalu gua cakap, kuat tahap mana gua sendiri tak berapa pasti). Kah3x. 

Gua baru je sampai Penang hari isnin lepas, tapi gua rasa, gua nak balik kampung (Kedah). Anak buah gua, Zahra yang comel, buah hati pengarang jantung family gua ada kat rumah. Ayoyoyoyo... Gua rindu A'a. Hari tu gua balik, A'a tak ada kat rumah. Terpaksa lah gua cari something milik A'a dan gua terjumpa botol losyen A'a. Gua tidur, letak botol losyen A'a kat hidung gua, hmmmm.. Ada bau A'a. Cukup lah. 

Adik gua lagi teruk!

Nak curi bear kecik milik A'a. Mujur dia terlupa nak bawak balik ke Skudai. Teruk betui perangai mak menakan A'a. Wahahahaa.


Zahra yang comel seperti mak menakan beliau. hehe.
 Keman yang kedekut!! Haha. 


Sebelum Zahra dan Keman wujud, gua sayangkan budak ni, Caff. Hehe. 


ps: binatang pun sayangkan anak! haram jad lah sapa yang berani pukul budak-budak.

HATI MENANGIS SIAPA TAHU

Patutnya gua rasa happy pada saat dan ketika ini. Tapi hati gua sangat sejuk dan beku. Gua tak nak bakal suami tahu pasal ni. Gua tak nak dia sedih dengan keadaan diri gua. Bila bakal suami tanya apa lagi nak kena prepare untuk kenduri. Gua cakap tak ada apa. Padahal gua memang tak buat apa-apa.


2 bulan bukan lama. Pejam celik, pejam celik. Sampai sudah masanya. Tapi hati gua nih. Macam tak bernyawa. Gua sedih dan kecewa. Hati gua bengkak. Bila di tanya apa warna tema di tempat gua. Gua diam saja, sebab macam-macam warna ada. Warna kelam kabut. Biarlah...

Ohhh Tuhan, kenapa macam ni. Lemahnya hambaMu ini.

Sudah tentu ada puncanya...

Gua ada kawan. Gua ada sahabat. Gua kenal mereka lebih dari gua kenal bakal suami gua. Kami bertiga memang sahabat baik. Susah senang bersama-sama. Sejak dulu. Mereka tolong gua, gua tolong mereka. Itu baru namanya kawan.

Rezeki mereka, kawan dan sahabat gua terlebih dahulu menjadi isteri orang. Tapi gua cool saja, memang itu di luar bidang kuasa kita sebagai manusia untuk tentukan cepat atau lambat jodoh tu. Masih berhubungan dengan baik, SMS tak pernah lupa gua kirimkan, begitu juga mereka.

Usai majlis perkahwinan kawan gua, dia perlukan sedikit wang. Biasa lah selepas setel kenduri, banyak wang yang dah terguna. Tak ada orang lain dapat membantu, hanya gua. Seperti zaman belajar kami dulu, gua kerap hulur wang pada kawan gua. Tak payah ungkit hal tu. Janjinya, wang tu akan di bayar selepas suami dia dapat gaji. Melepasi tarikh di janjikan, kawan gua masih belum 'muncul', kotakan janji dia. Agak lama, baru dia muncul, dan kata, boleh tak wang yang di pinjam di bayar beransur-ansur. Dan dia sendiri sudah berjaya mengumpulkan RM50.

Gua sedih juga, terbayangkan nasib kawan gua, macam mana dalam sebulan dia baru boleh kumpul RM50?? Hmmm.. Gua balas SMS kawan gua, katakan pada dia, majlis gua pun tak lama lagi. Dan gua juga perlukan duit untuk segala neka benda yang gua perlu beli. Jadi, kalau kawan gua nak bayar ansur-ansur, agak membekankan gua sebenarnya. Kawan gua diam saja.

Jadi gua pun berkongsi masalah dengan sahabat gua. Sama-sama bercerita, sama-sama mengutuk. Haha. Maaf, gua tau gua salah sebab suka mengutuk. Tapi tak salah juga kami mengutuk sebabnya kawan gua ada ijazah tapi dia tidak bekerja walhal dia sihat, kontrak dia tamat 4 bulan sebelum majlis kahwin dia. Kenduri beliau betul-betul bergantung dengan duit hantaran. Jadi, tak usah lah berbelanja tanpa ukur kemampuan diri. Betul tak cakap gua? Tapi kahwin ni kan sekali seumur hidup, jadinya perlu kot bagi kawan gua untuk dapatkan perkahwinan yang diimpikan. Ok, terpulang. Itu hak masing-masing.

Sejak SMS terakhir kawan gua, dekat seminggu masih tak ada SMS dari dia, sekurang-kurangnya SMS lah gua, cakap, "ok,aku akan usahakan untuk bayar duit hang", but nothing from her side. Gua fikir, mungkin cara gua agak mendesak kawan gua yang mungkin kesempitan wang masa tu. Jadi, gua SMS kawan gua, katakan pada dia, "takpa la, hang boleh bayar lambat pun tak pa, tapi kalau boleh sebelum raya". Maksudnya, ada masa 2 bulan lagi untuk dia setelkan duit yang dipinjam tu.

Tunggu dan tunggu, masih tak ada jawapan walaupun gua dah cuba untuk bagi kelonggaran. Dan ketika itu, gua masih berkongsi cerita pasal kawan gua yang 'hilang' dari bayar hutang dengan sahabat gua yang seorang lagi. Hari tu, sahabat gua yang agak bosan dengan cerita gua barangkali cuma reply 'NO COMMENT, aku tak boleh masuk campur. Masalah ni antara hang dengan dia saja'. Jawapan NO COMMENT tu sebenarnya agak menyakitkan hati buat seorang sahabat yang dah lama gua kenal dirinya, termasuk family dia sendiri.

Awal-awal dulu, pernah kami sama-sama mengutuk orang yang sama. Tapi tak apalah, gua tau dan faham sebab sahabat gua cakap, malas nak fikir masalah orang sebab takut high blood pressure naik. Ohhh... Maafkan gua, selama ni gua membebankan sahabat gua dengan cerita-cerita dan masalah gua yang tak bertepi yang mana mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada sahabat gua sebab sahabat gua sedang mengandung. Gua kejam sebab selama ni terlalu pentingkan masalah gua sampai terlupa kesihatan sabahat dan bayi yang sedang beliau kandungkan.

Sebenarnya malas gua nak call kawan yang berhutang tu, tapi dia diam saja. Petang tu gua telefon. Nombor tak dapat dihubungi pula. Gua cuak. Tapi waktu tu gua masih berfikiran rasional, maybe handphone kawan gua hilang. Berhari-hari juga gua cuba hubungi kawan gua. Dan satu hari, gua dapat SMS dari kawan gua, "jangan risau, aku takkan lari punya. aku akan bayar duit hang, nanti hang tak ajak aku mai kenduri hang pulak". Kawan gua muncul dengan SMS memerli gua. Baik, gua terima. Kawan gua berjanji untuk bayar. Tapi, lepas tu diam semula.

Akhirnya, gua tekad untuk SMS. "Kalau dah bank in duit, tolong bagitau. Salah ka aku nak dapatkan balik hak aku?". Tak lama, gua dapat SMS dari kawan gua. "Kalau lah mencuri tu halal, dah lama aku buat untuk bayar hutang hang". Dan lagi SMS dia, "hang lain, hang orang senang. Hang kerja, laki hang kerja. Hang takkan faham keadaan orang yang dah kahwin". Okeh, gua nak explain jugak kata-kata kawan gua nih.

Sejak bila gua ni orang senang, mak ayah gua kerja menoreh saja. Dan gua sendiri tak pakai hebat seperti dia, berjenama, gua pakai jenama cap ayam pun tak apa, janji gua ada kerja dan tak susahkan sapa-sapa. Kawan gua cakap gua kerja, laki gua kerja. Apa keheyyy laki pulak, gua bukan kahwin lagi dengan bakal suami gua. Dia ingat gua macam dia, dimewahkan oleh lelaki sebelum kahwin. Mana??? Topup pun bakal suami tak pernah belikan kat gua. (Ohhh.. ada sekali gua rasa). Gua tak pernah pun dapat duit, baju, minyak wangi atau apa benda sekalipun dari bakal suami. Dan gua sendiri tak pernah meminta-minta bakal suami sediakan apa-apa untuk gua. Ohhh..Gua sangat sakit hati sekarang. Merembes-rembes airmata gua macam air hujan yang turun pada petang yang panas.

2 manusia yang terlalu dekat dengan hati gua ni sekarang rasanya sudah gua buang jauh. Jauh sampai tak mampu gua tarik dan letak balik dalam lubuk hati gua. Tapi gua tak lupa untuk minta alamat kawan dan sahabat gua nih, untuk gua kirimkan kad undangan sempena majlis gua nanti.


ps: maaf, gua jadikan tempat ni sebagai tempat meluahkan rasa hati gua. tapi gua tak ada tempat mengadu.  gua mintak maaf kalau kawan dan sahabat gua ada baca pasal ni kat blog gua nih. gua sedih. gua tak mampu nak tahan ni sorang-sorang. pada zahirnya gua ketawa, tapi gua sedih. gua cuba untuk baiki hubungan kami tapi seperti di duga, macam ada jurang. tak mengapa, gua sendiri akan masuk dunia mereka, dunia rumahtangga, jadi tak mengapa lah kalau gua teruskan hidup gua dengan kawan-kawan yang gua ada, di samping kawan-kawan blogger gua. hati gua sedih, hancur jadi debu.

LAMBAIAN TANGAN ITU

Dari dalam kereta, Timah Fatimah nampak ada lelaki melambai-lambai di tengah jalan
Tinggi lampai, berbadan tegap
Nampak sangat kacak sekali walaupun dari jauh Timah Fatimah nampak kelibat lelaki itu
Baju putih yang di pakai lelaki itu sangat kemas
Segak, persis Ashraf Muslim pengacara Gadis Melayu di TV9
Ohhh.. Hampir-hampir Timah Fatimah jatuh cinta

Timah Fatimah yakin lelaki kacak itu melambai-lambai pada dia
Timah Fatimah jadi tak senang duduk
Tiba-tiba saja bagai ada bisul di punggung
Memang tak senang duduk

Timah Fatimah garu-garu punggung yang tak berapa gatal
Ada kurap gamaknya
Semakin kereta Timah Fatimah menghampiri lelaki yang melambai itu

Hati Timah Fatimah jadi kembang kuncup
Berbunga-bunga
Timah Fatimah tak boleh berdiam diri

Mungkin ini jodoh Timah Fatimah
Tak sia-sia semalam sebelum tidur Timah Fatimah taip "ON SUNYI"
Dan hantar ke 32457

Kereta segera di pandu perlahan
Sengaja
Dekat dengan lelaki berbadan sasa itu

"Hai bang, lambai-lambai ni nak mintak nombor telefon kah?"
Kih kih kih
Timah Fatimah buat muka comel
"Cik, jangan berhenti kereta kat sini. Orang nak lalu. Nanti jammed jalan ni"
Lelaki berbaju putih itu bersuara

Timah Fatimah malu sangat
Rasa macam nak potong kepala, masukkan je dalam beg tangan jenama Giant tu
"Dah tu kenapa encik lambai-lambai kat saya tadi?"

"Cik, saya ni polis trafik. Saya tengah duty sekarang. Jaga lalu lintas. Cik tolong jalan, nanti jalan jammed".

Ponnn.. Ponnn.. Ponnn..
Pemandu di belakang yang langsung takde rasa sifat sabar


Berbekalkan rasa bengang yang tahap haram jad
Terus Timah Fatimah angkat jari kelingking dan tunjuk pada pemandu di belakang





Di tulis oleh Karam Pak Karim





Wednesday, September 22, 2010

MENCARI CINTA



Kesunyian? 
Nak cari CINTA atau KAWAN?
Dapat nombor handphone di sini, mana tau ada JODOH


Jom chat, untuk Malay SMS dan bukan Malay ke 33163
Hantar OUT to opt out.

Gua cilok ni dari SMS yang gua dapat. Apa ke heyyy suka benor deme ni hantar SMS camni kat nombor gua. Grrrrr...

Buat rakan-rakan blogger yang masih single dan berhajat untuk mencari cinta atau kawan, gua cadangkan lu orang ON MY dan hantar ke 33163. Mana tau, jumpa jodoh lu orang. Keh3x. Kalau gua single mingle lagi, mau jugak gua try cara nih. Keh3x.

"Jodoh takkan datang kalau tak di cari......"

RUMAH HANTU

Perasan tak blog gua ada bunga-bunga kat luar kotak hijau? Tak perasan?? Hishh.. Ngaku je lah mata lu orang agak juling. Haha. Gua saja nak menampakkan blog gua agak-agak gadis sikit, ni tak, warna hijau dan kuning je. Gua risau jugak kalau blogger lain cakap gua ni fanatik sangat dengan negeri kelahiran gua. hehe.

Tapi, gua rasa, memang gua kena remove jugak menatang bunga-bunga tu. Sebabnya, blog gua terus jadi slow bila nak buka. Berat, macam anak gajah! Gua kan pakai PC kompeni, dan kalo nak buka blog, agak slow macam siput babi lah jugak. Siput babi tu bukan mencarut okeh, gua mana suka mencarut. Siput babi adalah seekor binatang yang bukan tergolong dalam kategori najis mughallazoh, kan??

Lepas tu gua nak kabo, kalo blog yang pesen ada banyak widgets, video bagai, sangat slow okeh kalo gua nak masuk dan baca entri lu orang. Kesian kan kat gua. Jadi, bukan gua sombong. Sebab benda ni beyond my control. Hehe. Macam mana lu orang tengok blog gua yang takde apa-apa widget yang bombastik de amor, sebab kalau gua letak, sumpah slow gila babi. Ahhh.. Babi pulak dapat nama.

Gua pun taktau apa motif gua letak tajuk rumah berhantu. Haha. Saja suka. Suka suki, janji gua hepi. Haha. Ohh dan lagi gua nak kabo, gua dah remove entri pasal jemputan kahwin tu. Nanti-nanti gua buat special entri lagi untuk ajak mai makan nasik minyak okeh. Yang gua pasti, gulai batang pisang memang takde. Sebab bapak gua ingat, dia nak beli lembu seekor dan buat sup daging, cicah dengan ayaq asam. Setakat tu ja menu yang gua tau. Yang lain, nanti gua hantar pasukan perisik untuk intip menu-menu yang akan dihidangkan. Keh3x.


ps: blog yang paling laju gua boleh view adalah blog Kak Cho. hehe. good job Kak Cho yang macho. haha.

Once you have bought something, you will find the same item being sold somewhere else at a cheaper rate.


Perlukah gua translate tajuk di atas?
Ohh.. Tak perlu rasanya.
Anak buah gua yang belum pergi tadika pun gua fikir faham dengan tajuk di atas.
Keh3x.
Gua tipu.

Berdasarkan tajuk di atas, situasi tu memang terjadi kat gua sekarang (actually sejak dulu lagi)
Jadi gua buat keputusan, malas nak beli apa-apa.
Haha.
Jimat duit gua.
Kalau nak beli jugak, gua memang akan beli.
Tapi gua nekad, takkan buat comparison dengan benda yang dah gua beli.

Semestinya gua akan sakit hati bila gua mendapati harga di tempat lain adalah lebih murah kan.
Tapi tak apa lah kan, makhluk yang comel macam gua ni, kalau sakit hati masih akan kelihatan comel.
Har har har.


ps: terima kasih buat abangensem sebab bagi gua hadiah saguhati berupa duit RM15 bersempena kerajinan gua menyertai contest yang beliau anjurkan. Buat abangensem, terima kasih daun padi, esok-esok bagi lah duit banyak-banyak lagi. Wahahahaha.

Sekian saja dari akak Timah Fatimah yang gebussss,
Majulah sukan untuk negara.

Tuesday, September 21, 2010

TIMAH FATIMAH GADIS GEBU


"Haii sayang. Nama I Timah Fatimah. You boleh panggil I Baby Girl, tak pun Gegurl. Keh3x".



Pagi ni Timah Fatimah keluar awal dari rumah. Saja nak tunjuk rajin kat boss, nak sampai awal kat ofis. Mana lah tau boss nampak kerajinan Timah Fatimah yang luar biasa itu dan bagi bonus lebih menjelang Gong Xi Fa Chai 2011.


Hari ni luar biasa Timah Fatimah melawa, lipstick warna merah menyerlahkan lagi kemungilan bibir seksi Timah Fatimah. Mau muntah hijau jugak kalau Angelina Jolie nampak bibir mungil Timah Fatimah ni.


Ohhh.. Lupa. Hari ni Timah Fatimah mengenakan seluar slack hitam, kemeja sendat atas bontot jenama Polo yang di beli di pasar malam berdekatan rumah sewanya, menampakkan susuk tubuh Timah Fatimah yang lawa bak Aishwarya Rai. Sapa Aishwarya Rai?? Hishhh.. Aishwarya Rai ni adalah pelakon filem yang glamer, antara filem terlaris beliau ialah Zombie Kampung Pisang. Har har har. Gua tipu.

Sesampai saja Timah Fatimah di tepi jalan, angin sepoi-sepoi bahasa telah menerbangkan rambut beliau yang hitam, pekat dan lebat itu, berambut rebonding, guna jari pun boleh membuatkan Timah Fatimah persis model yang sedang beraksi di depan jurugambar majalah Playboy. Keh3x.

Timah Fatimah perasan ada sekumpulan jantan jongos yang sedang memerhati ke arah beliau. Bangga benor Timah Fatimah ketika itu. Tapi wanita anggun dan hebat seperti Timah Fatimah memang mudah saja menambat hati para jantan jongos yang mabuk cinta. Kah3x. Ntah hapa benda gua merepek ni.
Tapi Timah Fatimah tidak tahu yang sebenarnya jantan-jantan jongos itu sedang meniliti zip seluar slack beliau yang lupa nak zip!!! Wahahaha.




ps: actually gua tipu. gua yang lupa zip seluar hari ni. tapi situasi itu dapat gua cover dengan baju gua yang agak labuh. cerita Timah Fatimah ni mengarut sahaja. rekaan gua semata-mata. gadis bijak macam gua pasti terlepas punya dengan stituasi memalukan macam nih. keh3x.

ps: gambar di atas adalah peserta pertandingan Miss World.




- end -

JEMPUTAN KE MAJLIS KAHWIN

ENTRI NI GUA AKAN REMOVE LEPAS SETEL MAJLIS GUA NANTI.
ENTRI BARU KAT BAWAH YE......

Info berkenaan majlis gua nanti.

Akad nikah: 14 November 2010

Pihak gua
-----------
Kenduri: 20 November 2010 (hari sabtu)
Bertempat di: Kampung Kuala Ruman, Jeniang, 08700 Gurun, Kedah.

Pihak bakal suami
-------------------
Kenduri: 21 November 2010 (hari ahad)
Bertempat di: dot dot dot.

Haha. Ampun, gua tak ingat alamat rumah bakal suami gua. Kah3x. Nanti ler gua update. Kad gua nak pos 20 keping je memandangkan harga setem dah naik harga. Haha. Jadi, sila bagi alamat anda.

1. achik sapinat (alamat dah dapat)
2. sahromnasrudin (alamat dah dapat)
3. kak cho
4. kak tasek merah (nama macam dinasour). haha.
5. stiffler kacak
6. linglung
7. aleen adeela akooo (ntah hapa punya nama nih)-beliau exam masa tu, so malas gua nak pos.haha
8. six september
9. ardzman
10. YB (yang amat berhormat Yunus Badawi)
11. Macha anak kak leha
12. Kak Kancil Biru
13. Mak Dara Terdiva
14. Cdotttttttttttttt
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Yang balance ni, malas pulak gua nak fikir. Nak lagi senang, boleh bagi email address lu orang. Nanti gua scan je kad kahwin gua yang tak berapa cun tu. Haha. Malas nak buat link ke blog mereka-mereka nih, tapi harap kalo baca entri ni, sila reply A.S.A.P okeh.

Sila email kan alamat ke email gua: sitinaminah@esquel.com

Semua blogger di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Pssstt.. Jangan lah lenggang kangkung, datang tu bawak lah hadiah besar-besar punya. Haha. Kalo tak boleh datang, ambik no akaun mebenk gua. Haha. Tak malu... (Gua gurau-gurau je okeh). haha.

Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert

 Lawa tak??

GEORGETOWN: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menarik diri daripada meneruskan konsert Hari Malaysia anjuran Kerajaan Pulau Pinang pada 25 September ini, atas nasihat doktor. Sehubungan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keseluruhan konsert berkenaan yang dijadualkan diadakan di Stadium Bandaraya di sini, selama satu jam akan dibatalkan. Katanya, kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan pada saat-saat akhir.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi hormati masalah dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti, ” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd kelmarin dengan disertakan sekali surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Katanya, surat berkenaan memaklumkan Siti Nurhaliza tidak dibenar berjalan jauh atau terbabit dalam sebarang aktiviti fizikal berat termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.
Bagaimanapun, beliau enggan dedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan berkenaan dan menyaran supaya sebarang pertanyaan diaju kepada pengurus Siti sendiri.

Guan Eng berkata, Siti Nurhaliza Productions juga sudah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab atas kerugian ditanggung pihak penganjur ekoran pembatalan itu. 

Nak baca lagi? Klik sini... Berita Harian.

-----------------------------------------------------------------------------------------

 Ada iras-iras gua tak? Hehe.

Saja gua gedik, main copy je artikel dari Berita Harian. Alaaa... Ini kan cara blogger yang malas. Haha. Memang gua tengah malas pun. Haha. 

Walaupun gua malas, tapi gua bijak. Keh3x. Apa kena mengena dengan kebijaksanaan gua dengan kes Dato' Siti ni? haha. 

Bukan, gua suka part bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 tu. Bila gamaknya akaun bank gua nak ada duit sebanyak ni ek? Hahaha. Itu baru pendahuluan okeh, kalau full agaknya berapa puluh ribu lah ek? Ok, sila gunakan imaginasi lu orang untuk membayangkan. Hehe.

Musim-musim raya ni, buka je mana-mana channel, mesti ada muka Dato' Siti nih. Astro ada, TV3 ada, TV9 ada. Masyukk betul lah. Alhamdulillah, rezeki. ;p

ps: suara gua pun sedap jugak, kalau gua masuk Mentor, ada jugak peluang gua nak menang. Yang penting Mentor gua mesti Akak Ziana Zain. Keh3x.

Monday, September 20, 2010

BORANG NIKAH

Haha. Perasan tak, gua sangat suka cerita perihal kahwin sekarang. Hehe. Tak pe lah, gua bukan pernah ada  pengalaman macam ni. Dan lagi, pengalaman macam ni pun bukan hari-hari boleh dapat kan. Keh3x.

Gua dah pergi rumah tok imam ambik dan isi borang nikah depan beliau sendiri. Mujur skill nak baca jawi tu masih ada. Susah nak lupa, kalau masa belajar tu bapak gua letak hanger besi kat sebelah beliau. Ada baiknya jugak bapak gua buat gitu. Hehe. Terima kasih ayah. 
Gua tengok dalam borang nikah tu kena letak taraf pendidikan. Malu jugak kalau gua ni takat-takat lepas SRP je. Hehe. Rasa sangat comel pulak bila kena nyatakan taraf sekolah gua. Mujur pulak tak kena senaraikan matapelajaran dan gred masa SPM haritu. Sah-sah nampak yang gua pernah failed Fizik dan Kimia. Haha.

19 September adalah hari lahir adik gua. Jadi, di kesempatan ini gua nak ucapkan selamat hari lahir buat beliau yang dah semakin tua. Haha. Beliau menggalas harapan yang besar dari mak ayah gua, dan menjadi orang pertama  dalam kampung gua yang dapat Master. Gua tak payah tanya lah, cukup dah dengan apa yang ada ni. Kalau takat pergi kelas, dok menganga saja belakang kelas sambil baca surat khabar, baik tak payah belajar. Haha.

adik gua yang suka layan novel twillight, yang layan vampire diaries, yang tunggang skuter ego, 
adik merangkap best friend gua, yang gua tak sanggup kalau dia cakap dia takde duit walopun
kekerapan beliau makan McD melebihi kakak beliau sendiri. Haha.


Petang kemarin gua bawak adik gua ke pasar malam, dia cakap nak makan tengkorak ayam, jadi consider lah tengkorak ayam tu macam KFC ye adikku, Ekmi. Hehe.



HIV TEST

Isnin, 20 September 2010.

Maknanya, 2 bulan dari sekarang, akan berlangsung majlis perkahwinan gua.
Kalau tanya gua berdebar atau tak, jawapan yang gua nak bagitau, gua tak berdebar pun.
Gua rilek dan cool saja.
Haha.
Gua tipu!


Ahad, 19 September 2010.

Gua pergi buat HIV test.
Keputusan, of course lah negatif.
Kalau positif, mau jugak gua pengsan kat klinik kesihatan tu.
Haha.


ps: kalau lah keputusan HIV test gua tu positif, agaknya nak tak bakal suami gua tu kahwin dengan gua? haha.

Saturday, September 18, 2010

NOTHING TO DISPLAY


sumber gambar: gua cedok dari email


Tajuk macam harremm. Haha.
Gua malas nak hapdet arini. Tolong pinjamkan sekejap rajin korang kat gua.
Apa??
Lu orang pun malas macam gua jugak??
Cisss.. Tak boleh harap!!
Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
Haha.

Apa-apa pun terlebih dahulu gua nak ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham M. Rajoli.
Gua tak tau pun arwah dah meninggal, pagi ni buka blog baru gua tau since gua tengok ramai rakan blog yang dah hapdet pasal ni.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
Al-Fatihah.

Kenapa Piala Malaysia semalam, Kedah menentang Perak, game tu buat hari Jumaat?
Gua ingat, selalu game bola mesti hari Sabtu.
Kesian semua pemain, dalam mood raya yang masih berbaki ni, dah kena turun padang pergi training.
Tapi alhamdulillah, skuad Kenari menang 2-0 hasil jaringan Badrol Bakhtiar.
Yahuuuu..

Sepatutnya hari ni gua balik kampung gua kat Kedah, setelkan borang nikah gua.
Tapi gua malas.
Kenapa gua malas??
Sebab gua tak rajin.
Haha.
Tak lah, gua kerja hari ni.
Yup, sabtu pun gua kerja.
Selang seli, sabtu minggu ni kerja, sabtu minggu depan cuti.



ps: ada ka orang nak baca bebelan gua nih??? cisss...

Friday, September 17, 2010

Piala Malaysia: Kedah Vs Perak

Wahai semua rakyat bumi...
Malam ni gua tak nak di ganggu...
Keh3x

Apahal???

Gua nak tengok bola lah
Kedah lawan Perak

Setakat ni Kedah mendahului 1 - 0 
Hasil jaringan Badrol Bakhtiar

Gua harap team hijau kuning bermain dengan cemerlang malam ni
Pulun Kedah Pulun...!!!!


sumber gambar: anakkedahukm.blogspot.com

ps: kelihatan dalam gambar adalah Sabri Abu, Badrol Bakhtiar, dan Helmi (penjaga gol). Skuad baru gua tak berapa kenal. Haha. Tiada dalam gambar ialah Khairyl Muhaimeen. Gua suka jugak kapten Kedah yang lama iaitu Victor Andrag, dan lagi Hasmawi Hassan. Gua redha je masa Akmal Rizal Ahmad Rakhli keluar dari skuad Kedah. Dulu skuad Kedah ada Fauzi Shaari, lelaki kurus yang laju lariannya. Biar berkali jatuh, dia tetap bangun. Kedah, Kedah pantang Kalah, walah sakit jatuh dan rebah. Hehe.

Terima Kasih Nuffnang

Terima kasih Nuffnang sebab bagi duit raya dalam bentuk buffered earnings kat gua. Bukan 1, bukan 2, bukan 3.

Ni campaign yang dah Nuffnang tempek kat dalam blog gua. 

OSK Investment Challenge LR
Nokia Messaging E5 LR
NIKE City SS
Celcom XPAX Reload and Win SS
STB GPSS LB


Bila pergi ke blog orang lain dan ada entri pasal BE, gua pun terpanggil untuk buat entri yang sama untuk ucapkan terima kasih gua kat Nuffnang. Terima kasih ye.


ps: orang cakap, rezeki orang nak kahwin ni memang murah kan. keh3x.

Takut kena rogol

aksi tendang menendang
                    
Masa gua tingkatan 1 dulu, masa tengah pening kepala nak pilih badan beruniform, kawan gua ajak gua masuk kelab Taekwondo WTF (World Taekwondo Federation). Gua tanya, kenapa tak masuk Persatuan Puteri Islam je? Dia cakap, Puteri Islam untuk gadis-gadis ayu saja.

Cisss.. Gua ni kategori gadis ayu lah bongok.!!

Tapi disebabkan darah panglima yang mengalir dalam tubuh gua ni, gua pun cekalkan hati mendaftar sebagai ahli kelab Taekwondo.

Jadi, masa perjumpaan pertama dengan cikgu penasihat, gua dengan member gua dok depan-depan sekali. Tak faham jugak gua, kenapa nak duduk depan sekali. Padahal bukan dapat air kotak free pun masa tu.

Jadi, cikgu gua pun pung pang pung pang itu ini mengalu-alukan kehadiran gua dan budak-budak lain, sambil ada sesi soal jawab untuk berkenalan dengan lebih mesra dan intim.

Kenapa awak nak masuk kelab Taekwondo?

Tanya cikgu gua sambil mata meliar-liar mencari orang yang patut jawab soalan kacang beliau tu. Dan, pandangan mata beliau berhenti tepat pada mata kawan gua.

Kawan gua apa lagi, dengan rasa berani dan konfiden lagak budak yang dah ada tali pinggang hitam terus menjawab:

Saya takut kena rogol cikgu, sebab tu saya nak belajaq Taekwondo.

Bagus, jawapan yang ringkas dan padat dari member gua. Itu tandanya dia banyak baca suratkhabar dan tengok Buletin Utama.



                hiyarggghhh....!!

ps: ntah kenapa, budak-budak Taekwondo yang gua jumpa ramai yang tomboy dan pengkid. sampai gua pun kena mengorat. tapi gua mana layan tu semua. sebab gua dah fefeeling cintan kat coach gua masa tu. keh3x.

Sumber gambar: pinjam brader google

AYAT YANG KERAP DI DENGAR

Gua berjalan perlahan menuju ke tangga flat tempat gua menyewa. Di kanan tangan gua ada 2 bungkus nasi berlauk ayam masak kicap, sedikit sayur serta kuah banjir yang sudah gua tapau dari Restoran Makbul Bayan Baru.


Terdengar derap tapak kaki dari depan, gua angkat kepala, cuba memandang lelaki di depan. Wajah tak sekacak mana tapi manis ada, terpancar pada wajahnya. Apa-apa pun, tetap tak semanis bakal suami gua. Ohhh.. Maafkan gua, adat orang berkasih, orang yang disayang pasti akan selalu nampak manis.




Gua lihat, ada senyuman terukir dari bibir yang agak kusam itu. Sah penghisap rokok tegar nih. Gua syak saja. Senyuman itu tak semanis senyuman bakal suami gua. Ohhhh.. Lagi sekali gua memuji bakal suami gua. Maafkan gua, dekat-dekat tarikh nak kahwin ni, rasa syok pulak kalau cerita-cerita gua di selang seli dengan cerita pasal bakal suami. Kalau bosan, gua mintak maaf. Sapa suruh layan entri gua. Baik pergi baca suratkhabar Utusan, ada jugak faedahnya.

Alang-alang mamat ni dah senyum, maka amat tidak manis sekiranya senyuman itu tidak di balas. Sombong itu bukan sifat gua.


Saat mamat tu melintasi gua, gua ada terdengar sesuatu yang buat gua kaget. Ohhh.. Benarkah apa yang gua dengar?? Atau hanya khayalan gua sahaja?? Perlahan saja kata-kata itu meluncur dari bibir si lelaki, tapi masih mampu gua tangkap butir bicaranya, walaupun telinga hampir 3 hari tidak gua korek, di kaver pulak dengan serkup kepala warna hitam dan tudung indon yang kedua-duanya gua beli di pasar malam.


"Haii comel"


Masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Buat gua tak lena tidur saja.
Tiada yang benar, melainkan benar-benar belaka.


ps: terima kasih atas pujian itu walaupun kerap sangat gua dengar. keh3x.


Thursday, September 16, 2010

DI SERANG ANON



Anonymous said..
macam bagus!
 
Gua tengah godek-godek blog, usya komen-komen blogger lain. Lepas tu gua perasan, ada komen baru dekat previous entri gua.  

Beberapa bulan jadi blogger, baru hari ni gua perasan, blog gua di serang hendap oleh anon. Walaupun komen anon ni 2 patah perkataan je, tapi gua rasa tak sedap hati.
Gua takut kah? Macam takut. Rasa macam nak pulak gua tukar comment setting gua tu. Biar dapat approval gua dulu, baru komen tu akan di publish. 

Orang comel macam gua, mesti lah ramai yang dengki dan sakit hati kan. Huisss.. 

Anon, kalau berani, tunjukkan diri lu depan gua. Jangan sembunyi belakang tiang macam pengecut. Sapa-sapa pun lu, gua tak pernah gentar. Musuh lama atau orang yang baru nak jadi musuh, silakan tampil. Dah lama jugak gua tak test skill Taekwondo gua.

Wonderpets

Gua layan citer Wonderpets kat TV9 sekarang. Haha. Itu je nak kabo. Tapi sangat best lah Wonderpets nih. Mereka sedang berusaha nak selamatkan anak panda.

Apa yang penting? Kerjasama.

Apa yang penting? Kerjasama.
Apa yang penting? Kerjasama.

Ada itik, kura-kura dan hamster. Macam tiga bangsa utama kat Malaysia ni, Melayu, Cina dan India pulak kan. Tiba-tiba pulak gua terselit semangat 1 Malaysia kat sini. Keh3x.



Alamak, dah lambat. Gua nak keluar dating dengan abang pomen, tayar keta gua ada bunyi-bunyi. Risau pulak keselamatan gua kalau ada masalah dengan kereta kecik gua tu. 


CUTI 1 MALAYSIA

16 Septermber di wartakan sebagai cuti 1 Malaysia. Mujur company gua ambik cuti ni. Kalau tak, memang makan hati sebab member-member asyik buat taik, SMS ajak datang rumah terbuka, padahal tau gua tengah kerja. Huhu. Siap cakap sama gua, 'bangla je keja raya-raya nih'.

Biadap samakan status warganegara gua dengan bangla. Sungguh tidak berperikemanusiaan langsung. Huhu.

Tapi tak semua company yang ambik cuti ni kan. Takpe lah, jangan merungut. Kerja mesti ikhlas. Dah lupa tagline Ustazah Siti Bahyah? Hiss.. Penat tau gua nak ingatkan. 'Anda buat, anda dapat'. Jadi kalau anda pergi kerja, anda la yang dapat gaji. Takkan gua pulak kot yang dapat gaji anda. Hehe.

Kalau bakal suami dekat, boleh jugak ajak pergi dating. Takpe lah, gua terima, jauh di mata, dekat di hati kan. Eceececcece. Ada unsur-unsur gedik di situ. Maafkan gua. Almaklum ler lagi berapa hari je nak kawin, kena lah gedik sikit. Haha. 


Selamat bercuti!!!!


Wednesday, September 15, 2010

TIPS NAK JADI BLOGGER YANG HEBAT

Hahhh.. Mari dekat.. Mari dekat.. Kalau nak ilmu tu cepat dapat, tak boleh duduk jauh-jauh. Tak boleh duduk belakang-belakang. Biar terkena air liur cikgu/ pensyarah/ uztaz/ ustazah, itu lagi afdal. Mau pulak pagi tadi lecturer lu orang lambat bangun, tukar baju lebih kurang, tak sempat nak berus gigi, terus datang kelas. Keh3x.



Kalau di lihat pada tajuk di atas, ada jugak rasa nak muntah hijau sebab gua yang tulis entri ni pun baru jugak jadi blogger. Januari 2010 bulan pertama gua start mendaftar jadi blogger, sekarang dah September 2010, maknanya dah 9 bulan. Kalau perempuan mengandung, cuma tunggu hari nak beranak je. Hehe. Betul?? Tak betul boleh tekan tanda X kat atas blog gua, sebelah kanan tu. Grrrrrr....


Gua mana lah layak nak bagi tips kat lu orang yang lagi otai dari gua pasal nak jadi blogger yang hebat ni. Tengok saja berapa kerat je yang sudi jadi follower gua. Yang terpaksa tekan butang follower tu pun ada, bukan apa, sebab nak gua follow blog mereka balik. Haha. Gua pun dengan menggediknya (sebenarnya saja nak jaga hati), terkocoh-kocoh pergi balik ke blog diorang dan tekan jugak lah butang follower tu.


Blog lu orang kan, jadi suka hati lah apa lu orang nak buat. Sama jugak macam blog gua. Lantak ler orang cakap blog gua ni macam blog sampah pun, ataupun lu orang rasa sakit mata tengok warna hijau dan kuning yang melatari blog gua nih. Gua apa kesah. Tak mati pun dengan caci maki orang. Haha. Tetiba emo.


Cuma pesanan gua, kita sesama blogger ni tak payah der dengki mendengki. Tengok gua nih, tak de pun rasa sakit hati ataupun dengki serta dendam kesumat bila ada blogger lain yang dah cash out dari Nuffnang. Gua masih cool seperti entri lama gua kat sini. (Sila klik buat mereka yang belum tahu betapa cool nya gua nih).
 
 

"Ya Allah, ampuni dosa-dosa para blogger yang suka buat entri lucah. Ampunkan mereka Ya Allah. Amin".

CINTA KILAT



Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan kebahagian
Ikuti 2 kisah cinta yang tidak kesampaian

Dapatkan MMS Cinta Kilat Sekarang!
Hantar ON CK ke 22228


Gua pun tak berapa faham kenapa 22228 ni asyik bebenor hantar SMS macam ni kat henpon gua. Ada rasa nak reply "kepala hotak hang" jugak ke nombor 22228 tu. Tapi minda gua yang masih waras ni masih boleh mengawal tindakan bongok yang mampu gua ambik.

Tau la cerita cinta gua dengan bakal suami pun ibarat cinta kilat jugak, tapi tak payah arr nak perli-perli gua camni. Haha. Gua terasa tau tak. Cissss..

Lebih kurang 2 bulan lagi gua dengan bakal suami akan nikah. Nak kata berdebar sangat tu, tak jugak. Gua maintain cool lagi. Persiapan yang gua buat macam majlis kahwin tu lambat lagi. Padahal, 2 bulan je lagi. Bakal mak mertua pun dah mula tersasul bahasakan diri "mak" dengan gua. Gua masih gelak-gelak comel.

Gua dengan bakal suami mana ada bercinta bagai nak rak macam remaja sekarang. Kenal pun tak lama. Gua rasa, boleh di kira dengan jari kaki dan tangan berapa kali gua dengan bakal suami keluar dating sebelum bakal suami cakap nak bertunang.

Masa tu gua suspen jugak. Nak jugak feeling macam dalam TV, si lelaki datang melamar dengan cara yang cool, melutut sambil gigit bunga ros, tak pun masukkan cincin dalam bekas aiskrim, gua pun cedok-cedok aiskrim tu makan sampai habih, then tertelan cincin. Padan muka. Mungkin bakal suami dah tau gua jenis gelojoh masa makan, jadi beliau tak guna cara macam tu. Huhu.

Gua bercinta dah macam orang zaman dulu. Takde istilah pergi tengok wayang, almaklum la jumpa pun sebulan sekali je. Jadinya, banyak benda yang gua tak berapa tau pasal bakal suami gua nih. Gua ingat, bercinta lepas kahwin tu lagi best kot. Ekekekeke.

Isnin lepas bakal suami dah bagi borang nikah untuk gua isi. Ada part yang bakal suami dah isi. Then, dari situ baru gua tau serba sikit info pasal bakal suami. Haha. Kalau gua tak baca info atas borang nikah tu, sumpah gua tak tau lagi sampai sekarang. Haha. Tolong jangan bagitau bakal suami gua pasal ni ye. Kang gua lempang jugak lu orang yang mulut macam murai ni. Har har har.

Eh, dah lah. Gua malas nak story lagi pasal cinta kilat ni. Tapi pesanan dari gua, jangan dating dalam hujan. Kang ada kilat, nahas je kena panah petir. Keh3x.


Tuesday, September 14, 2010

NOTEBOOK 1 MALAYSIA

Masa gua kat kampung, gua tengok anak sepupu gua tengah godek-godek notebook beliau. Wah.. Bukan main, baru tingkatan 2 dah ada notebook sendiri. Zaman tingkatan 2 gua dulu, jangan kata notebook, nak tengok komputer pun sangat rare. Melainkan masuk kelas konputer. Waaaa.. Jakun pulak kalau nak di bandingkan zaman gua dengan zaman budak-budak sekarang.

Masa tu, mana kenal youtube lagi. Facebook pun belum ada. Kalau ada email dah kira hebat. Tapi apa gua kisah semua tu, jiwa gua mana layan benda melalaikan macam tu. Sila konfiden yang gua adalah pelajar contoh di sekolah gua. Hehe. 

Gua tengok anak sepupu gua main game yang gua sendiri layan, sampai berebut-rebut dengan adik-adik gua. Kalau mood gedik nak main game Plants Vs Zombies, sanggup gua layan tido sebelah adik gua sambil tunggu zombie makan otak beliau. Hari raya pun gua sempat layan game ni. Haha.




Gua cuma rasa pelik, kenapa sebuah rumah boleh dapat sampai dua notebook? 

Relevan kah pemberian notebook ni kalau budak-budak dah mula install game dalam tu?

Tak risau ka kalau ada budak-budak ni nanti akan mula search video-video porno? 




Lu orang jangan ingat gua jeles pulak sebab gua sendiri takde notebook mahupun laptop, sedangkan gua sendiri pun guna PC kompeni. Gua cuma risau,  kemudahan, kesenangan yang di bagi ni di salah guna.

ISU BUMPER SEMPENA RAYA KE 5

Tadi gua rasa macam banyak benda gua nak cerita kat sini. Tapi bila gua dah klik new post tu, terus terbang ke mana hala gua punya idea nak tulis tadi. Gua syak, penangan makan laksa banyak sangat masa raya hari jumaat lepas. Ada kena mengena tak? Tak??? Cisss..

Lu orang kenal tak blogger nama anis bumblebee mende hapa ntah nama blog beliau, alaaa... mak budak yang tinggal dekat Sri Lanka tu. Tak kenal? Ciss.. gua sangat malas nak buat link ke blog beliau. Pandai-pandai lah lu orang cari. Beliau kat Malaysia sekarang ni, balik beraya. Jadi, gua ada visit beliau di rumah mak mertua beliau. Wahhh.. Pot pet pot pet jugak mulut beliau. Haha. Kak Anis, hampunn ye. Gua syak dia akan missed entry gua yang ni sebab kata beliau, broadband sangat slow. Hehe. Walaupun dia tinggal kat Sri Lanka, tapi loghat Kedah beliau masih kawwww... Haha.

Lu orang mesti tak perasan kan.. Perasan tak?? Tak perasan.. Hishhh.. Sedih betul.. Cuba cari apa yang lain kat blog gua yang berwarna hijau kuning ni. Tak jumpa? Hmmm... Orang Kedah kata 'baloq liat' betul. Dasar pemalas. Haha. Maaf, terkutuk pulak. Ok, biar gua kasi tau. Lu orang tak perasan ek, yang gua dah ada domain sendiri. Haha. Last week gua tukar, bayar RM40 je. Saja ja gua gedik, perasan banyak duit. Haha. Gua nak rasa feeling best bila ada domain sendiri. Haha. Kalau sampai hujung tahun ni amount Nuffnang gua tak naik sampai RM50, tahun depan sumpah gua tak renew. Haha.

Hari ni dah masuk raya ke 5 kan?? Okeh, gua bongok sikit hari ni. Gua lupa yang sekarang dah boleh makan time siang. Gua slumber je tak breakfast pagi tadi. Mujur lelaki yang sayangkan gua merangkap bakal suami tanya gua dah breakfast belum. Lupa der. Bila gua tengok amoi-amoi tempat gua usung mug pergi pantry, gua buat cool, sebab feeling bulan puasa masih ada. Haha. Lepas tu gua sibuk jalan-jalan ke blog orang lain. Sedar-sedar dah lunch time. Dan bongoknya, gua lupa nak pergi lunch. Dah lambat, malu lah gua nak jalan sorang-sorang pergi kantin. Gua kan perempuan melayu terakhir yang sopan, jalan mesti nak tunduk dan pandang lantai, segan lah gua kalau orang tengok gua jalan terkocoh-kocoh pergi kantin. Ahhhh.. Baik gua makan biskut yang gua simpan dalam drawer sejak sebelum puasa lagi. Hmmm... Masih mantop lagi rasa biskut tersebut. Syukur alhamdulillah, rezeki untuk gua. Ada jugak makanan untuk dijamah.

Apa lagi ye yang gua nak tulis tadi??? Cisss.. Lupa nih.. Ni lah yang jadi kalau banyak makan megi. Bukan takat rambut je boleh jadi kerinting macam megi, tapi memori pun cepat hakis. Hehe.

Pesanan gua untuk blogger yang masih pakai word verification tu, sila lah buang je weh menatang tu. Macam menyusahkan diri gua tatkala nak komen kat entri lu orang. Gua sendiri pun pernah kena tegur dengan blogger lain. Jadi, untuk improve blog masing-masing, ada baiknya kalau kita sama tegur menegur.
"Anda buat, anda dapat". Ok, gua pinjam sekejap tagline Ustazah Siti Bahyah.

Sekian dahulu esei gua pada hari ini, Insyaallah nanti gua sambung lagi.


Yang benar,
Gadis yang perasan comel.



ps: kagumnya gua dengan diri sendiri sebab gua dapat taip entri yang panjang sebanyak 1000 patah perkataan. Cikgu Bahasa Melayu gua mesti kagum dengan esei panjang gua kali nih.

MENANTU HANTU

Syawal ke 4, gua keluar awal dari rumah gua menuju ke tol Gurun. Nak beraya dan ziarah keluarga bakal mertua. Ehem ehem...



Mujur gua keluar awal, jalan yang agak sesak gua hadapi dengan tenang. Lebih kurang 3 jam memandu tanpa henti, gua pun sampai di rumah bakal mertua gua. Pesan bakal suami, kalau dah nak sampai, sila bagitau beliau.


Saja gua nak buat beliau surprise, gua tak bagitau. Terus merempit dengan laju dan parking di kawasan luar rumah.


Sampai je kat situ, terus gua ternampak muka bakal ayah mertua. Srotttt... Tersirap darah gemuruh gua. Tobat der, dah lama gua tak jumpa keluarga bakal suami gua nih. Last jumpa masa gua bertunang bulan February tahun ni. Dan last gua jejak kaki ke rumah bakal ayah suami pulak kalau tak salah hujung bulan 12 baru-baru ni.


Kan dah cakap, gua macam menantu hantu. Har har har.


Ok, tamat cerita seram gua. Malas gua nak cerita panjang-panjang. Nanti lu orang bosan dengan cerita nak kahwin gua nih. Gua cerita pasal benda lain plak lepas ni okeh. Gua ingat nak cerita pasal sang kancil dan buaya, lu orang mesti minat kan cerita nih.


ps: Dah, gua nak sambung kerja. Haha. Sebenarnya cerita gua tak habis di situ. Tapi malas der gua nak taip panjang-panjang. Skill menaip gua dah hilang lepas makan lemang banyak sangat. Keh keh keh.

SOSILAWATI LAWIYA

Apa yang gua perasan kan, mana-mana blog yang gua masuk, kebanyakkan mesti ada cerita pasal Sosilawati Lawiya nih. Yang gua rasa hampeh tu bukan apa, gua saja lah nak mintak blogger-blogger yang suka copy paste artikel dalam metro atau kosmo nih, sila lah buat your own story, bukan main ciplak je artikel dalam paper tu.

Bagi lah otak gua baca something yang fresh dari otak lu orang. Gua tak besh tau bila pergi jalan-jalan tengok blog lu orang, mesti ada cerita pasal ni. Gua tak kisah kalau lu orang nak buat cerita pasal ni bagi up lu punya traffic, tapi pelisss dan pelissss, sila create sendiri cerita lu orang. 

Gua tau lu orang yang bernama blogger ni semuanya kreatif macam gua jugak, tau macam mana nak up kan traffic ke blog lu orang, tapi jangan der sampai blog lu orang, entri-entri semua di plagiat dari artikel dalam metro atau kosmo. 


Psttt.. gua sedikit emo. Entri pertama gua sejak kembali dari raya. 



ps: gua masih berharap yang Sosilawati dan 3 lagi mangsa selamat. hati kecil gua masih yakin yang mereka masih hidup. sama-sama kita doakan mereka.

Monday, September 13, 2010

GADIS COMEL IS BACK

I'm back. haha. Esok baru mula bekerja. Tapi masih mood raya.






So, selamat hari raya.

Thursday, September 9, 2010

LEPAS RAYA NANTI

Apa-apa hal gua nak ucap selamat hari raya buat family jutawan kosmetik NV tu (saja gua taip NV sebab gua tak tau nak eja Nouvelles Vissages). Camni ek cara nak eja NV tu? Keh3x. Sumpah kat sekolah dulu cikgu gua tak pernah ajar gua eja perkataan ni. Semoga Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi yang hilang tu selamat. Insyaallah. Ok, bukan pasal janda Nash ni yang gua nak cerita.

Gamaknya, raya hari apa? Ikut kalendar memang hari jumaat. Tapi ada jugak yang cakap raya hari khamis. Ciss.. Sempat ker gua nak pergi cari buluh lemang dengan bapak gua nih. Takpun mintak lah bapak gua upah je orang kampung. Kang kematu pulak tapak tangan gua, nanti nak salam dengan bakal mak mertua pun gua jadi segan. Hishhh..


Lepas raya nanti, gua akan super duper busy. Pasal??


Gua dah nak kena buat preparation wedding gua lah. Dari borang nikah, ke HIV test, semua tu gua tak buat lagi. Insyaallah, raya ke tiga nanti gua akan jumpa bakal suami, dia nak pass borang-borang semua.


Banyak benda lagi nak kena beli. Kalau lah mak bapak gua tak segan, nak jugak gua pakai baju kurung je masa kahwin nanti. Gua segan kalau muka gua kena tenyeh-tenyeh dengan mekap segala. Gua segan, gua yakin gua akan jadi super duper comel kalau di mekap. Kang ramai pulak budak lelaki bujang kat kampung gua rasa menyesal sebab tak ngorat gua awal-awal.


Haippp... Tapi gua mana layan budak lelaki kampung gua. Kah3x.


Bapak gua kemain lagi nak suruh gua senyum simpul atas pelamin. Bapak gua cakap, kalau kahwin tapi tak duduk atas pelamin, baik buat nikah koboi je. Ada patut bapak gua cakap camtu. Sumpah gua malu. Bapak gua saja nak kena kan gua nih. Sebab tu makin hari, makin banyak bapak gua sakat gua. Gua layan saja, sebab gua ada sorang ayah saja kan.




Selamat hari raya buat bapak gua.

Wednesday, September 8, 2010

Gadis Comel yang Cool

Member gua cakap, gua cool. Cool tu apa? Ice cool kah? Lantak lah cool apa pun.

Member gua kagum dengan gua. Why? And why?

Masa tu gua pergi konvo kat UiTM Shah Alam. Gua memang rasa tak sedap hati walaupun gua hepi pergi sana. Tandanya gua dah tamat belajar. Tak cemerlang pun tak apa lah, janji berjaya setelkan study gua tu.

Balik dari Shah Alam, member gua datang ambik kat stesen bas. Gua tengok dia macam ayam berak kapur. Selebet je muka beliau. Gua ingat mungkin sebab beliau mengantuk sebab masa tu baru pukul 4.30 pagi kalau tak salah gua.

Bila gua macam rileks sikit dalam kereta, member gua mula buka mulut.

"Weh, aku ada benda nak cakap", muka beliau memang takut-takut, macam lah gua nak sekeh pala dia kalau dia cakap dia dah rembat topup maxis gua atas meja yang gua belum lupa nak gores sebelum pergi Shah Alam.

Itu time, gua rasa macam tiba-tiba gua diberikan kuasa superpower cap kacip kak timah. Jadi, gua pun keluarkan statement macam ni:

"Kenapa, motor aku hilang ka?".

Member gua terus terkejut beruk, mujur tak bertukar menjadi baboon. Member gua tanya, "macam mana tau?".

Gua bilang, "memang dah boleh agak yang motor tu takkan lama dengan aku".

Member gua, "dah tu macam mana?".

Gua bilang, "balik tido dulu lah weh, mengantok sangat ni. Esok aku pergi buat report lah".



Masa tu, gua sentap jugak. Tak sampai sebulan gua pakai motor EX5 cap mat rempit tu, dah kena rembat. Jadi, di kesempatan ni gua nak ucap selamat hari raya kat brader-brader yang rembat moto gua tu. Motor korang rembat, kunci motor ada lagi dengan gua. Itu je kenangan yang ada dengan motor KCF 8997 tu. Semoga brader-brader yang curi motor gua tu sihat sejahtera dan beroleh hidup yang lebih baik lepas ni.