Saturday, October 30, 2010

TEKA TEKI UNTUK BUDAK-BUDAK MALAS MANDI

Nak guna gua lu buleh tak?
Buleh la nohh
Syok dan mesra gitu
Kalau tak mesra, lagu mana nak mengeratkan tali silaturrahim antara kita???
Tak gitu budak-budak malas mandi??!!
Hihihi


Nih, gua ada 1 teka teki nak bagi
Di sebabkan teka teki ni sangat mudah dan menyenangkan
Hadiahnya ialah reload RM5 je
Tempat gua ada reload RM5 tau!!!
Kagum tak??
Kah3x


Teka teki tersebut ialah:


"Kenapa bila kita berak, kita mesti kencing. Tapi bila kita kencing,
tak semestinya kita berak???"



Tarikh tutup teka teki ni sampai Ahad.
Pemberi jawapan paling cepat akan dapat hadiah reload.




SEPOIL MOOD

Pagi ni cuaca memang elok sangat
Petang ni kalau tak hujan, buleh buat BBQ tepi pantai Seagate


Macam biasa, aku drive kat lane sebelah kiri
Takdak mood nak ajak moto honda petak kat sebelah kiri merempit


Kat radio panas yang di beri nama Hot FM
Boleh dengar suara penyanyi yang guna nama timangan kucing
Yang punya duit sejuta, Tomok dok menyanyi
Boleh tahan je suara jantan ni
Jadi kegilaan budak-budak perempuan masa zaman aku sekolah menengah dulu
Lawak gila
Siap ada yang potong-potong gambar Tomok kat majalah
Buat macam folio Sejarah
Kagum cikgu Sejarah kalau tengok pelajar-pelajar buat folio Sejarah sebijik macam buat folio Shah Indrawan ni


Rilek je dok mengutuk budak-budak perempuan zaman sekolah dulu
Tiba-tiba ada kereta kuning kat lane sebelah kanan hon
Terus jarit Babi!
Terkejut sangat-sangat
Memang perkataan tu je keluar dari mulut


Terus usya kereta kuning kat sebelah
Amoi cina bawak kereta kaler kuning
Halamnyadah betui
Aku syak dia nak potong tapi takut kereta dia tak muat nak lalu
Sebab aku ke tengah jalan sikit
Ada motor sebelah kiri weh
Takkan aku nak rapat kat motor tu


Halamhalamhalam....
Lepas awek kereta kuning tu potong
Aku terus follow dekat dengan kereta dia
Sebab kereta kuning tu pun awek jugak kan
Itu pasal aku berani follow dekat-dekat
Kalau jantan, idok ler aku berani
Har har har

Friday, October 29, 2010

TUAN BARU, RUMAH BARU

Salam budak-budak malas mandi!!


Ni Melah ni
Budak yang pakai nama Gadis Comel dah chow!!!
Melah sudah hambat dia dari rumah ni
Sebab budak yang kata dia comel tu tak bayar sewa
Terus Melah tendang bontot dia
Lempar kain baju dia keluar dari rumah Melah ni
Dusssshhhhh!!!


Lawa tak rumah Melah???
Cantik kan?
Cat kaler pepel
Curtain kaler putih
Very nice and sweet
Just like me
Kih kih kih


Sempena meraikan Melah kat rumah baru Melah ni
Melah nak jamu budak-budak malas mandi semua makan!!!!
20 November nanti jemputlah datang ke rumah Melah tau
Ayah Melah tumbang sekoq lembu woooo
Makan lah sampai termuntah pun tak pa
Hihi


Ok la
Jemput la datang rumah Melah lagi ye
So, jangan lah rindu-rindu sangat dengan Gadis Comel tu
Sebab Melah lagi comel dari dia
Har har har



Ikhlas dari Melah

ps: Melah rindu kat Abang Jusuh.

CERITA DIA




Hari tu aku buka fessebok. Aku tengok kat relationship status bekas rakan sekerja merangkap bekas rakan serumah aku dulu "Single"??? Biaq betui single. Macam tak percaya, tapi kena jugak percaya. Jadi, aku yang memang agak suka sebokkan diri sendiri, tanya la dia, why your relationship status is single? Tipu! Aku haram tak tanya dalam bahasa Oprah Winfrey tu.


So, perempuan ni pun cakap la yang dia dah break off. Aku pun pung pang pung pang interview serba sikit, maka aku berpuas hati dengan jawapan yg diberikan walaupun sisi gelap dalam diri aku ketawa mengekek. Sebab apa??? Ohhhh.. Kerna diriku begitu menyampah kiranya ada manusia yang suka bercerita pasal diri mereka dan kekasih hati mereka. Kadang-kadang bila aku sakit hati yang amat, aku pun tanya awat sampai sekarang dia tak kawin lagi, katanya sebab dia belum dapat keja tetap. Malaun! Kerja HR Officer tu tak tetap lagi ker woiii. Alasan je tu, padahal cik abang dia langsung tak buka mulut ajak kawin.


Awal minggu ni, aku ke HR nak hantar surat resign, so sempat la sembang-sembang kosong dengan orang kat HR tu. So, ada la terborak pasal ex housemate aku ni. Terkejut sampai terjojol bijik mata aku, cina tu kata kekasih hati ex housemate aku sebenarnya mati accident bulan 2 tahun ni. Serius gila vavi aku terkejut!! Awat ritu dia cakap kata dah break off.


Aku pun apa lagi, dulu kan aku penah join geng CSI Miami bawah pengawasan Horatio yang rambut oren tu, dan praktikal sat dengan geng-geng NCIS, maka aku buat siasatan sendiri. Har har har. Time tu memang gaya aku sebijik detektif yang kena buat siasatan pasal kes yang sangat hebat dan merbahaya. Aku pun buka fessebok, belek balik status ex housemate aku yang lama-lama. Bawak ke pukul 1 pagi jugak siasatan aku tu sebab gila vavi punya banyak status dan komeng-komeng dalam tu.


Bila aku amati balik status-status yang dia pernah post, aku yakin yang dia tipu cina kat HR tu. Sebabnya, orang kalo kekasih hati mati, mesti lah sedih. Ye dok? Lagipun dah lama kapel, dah bertahun-tahun dah. Ni tak, status dalam tu takde langsung tulis,

"Ohhh,, aku sangat merindui kekasih hati yang mati accident 5 bulan lepas, semoga rohnya tenang di sana".

Tak pun, "aku rindu arwah".

Sumpah, memang tak dak. Yang ada;

"Perempuan yang sekali dikhianati pasti sukar nak bercinta lagi kan".


Semalam aku tengok dia online. Jadi, lebih baik aku tanya dia direct. Kali ni dia kata, dia terkena sihir hati. Kekasih hati dia yang buat, dah 3 tahun. Kesannya boleh bawak ke mati. Ada jugak sihir macam gini ye. Aku pun tak tanya sebab apa kekasih hati ex housemate aku boleh sihirkan dia. Tapi, dulu aku memang fedap kalau hari-hari kena tadah telinga dengar cerita dia dengan kekasih hati.

"Abang saya kan, masa gemuk ni encem sikit". - Ciss.. apa motif ni weh cerita kat aku pasal kekasih hati hang gemuk ker kurus.

"Saya hari-hari mesti sembang dengan abang. Kredit RM10 tu memang habis arr kalau bercakap. Kadang-kadang, RM10 tu tahan 2 hari je". - Yelah-yelah, bagus lah. Support lah Maxis. Boleh jadi anak angkat Ananda Krishnan, ye dok?

"Kami dulu suka gaduh, tak boleh jumpa. Bila jumpa je, mesti gaduh. Last-last, terjatuh cinta lak. Ramai tau yang minat kat abang, tapi dia tetap pilih saya." - Uwekkkk!!! Geli tapak kaki aku.



Tengok cam aku yang cool ni. Nak menikoh lagi 2 minggu lebih pun status fessebok aku tetap dan tak pernah ada cerita pasal kaweng-kaweng ni. Cuma kat event tu je aku ada tag kawan-kawan suruh datang kenduri. Tak pernah pulak aku pi kat wall bakal laki aku tulis;

"Rindu sayang lah".

"Sayang, hadiah birthday ayang bulan 12 nanti, ayang nak lappy tau".



Eeee... sangat menggelikan ketiak!!!

Thursday, October 28, 2010

TULUNG.. TULUNG.. HELP.. HELP

Wahai Abang-abang Supermen dan Kakak-kakak Superwomen di luar sana
Sudi lah kiranya menolong adik yang comel ni
Sangat-sangat memerlukan bantuan dan jasa baik anda semua


Adik yang comel sebenarnya nak cari rumah sewa
Tapi tak dapat lagi
Yang ada tu, mahal sangat lah
Sewa RM 400


Kalau boleh, adik yang comel nak cari rumah yang murah sikit


Adik yang comel nak cari rumah sewa kat kawasan Lumut / Manjung / Sitiawan
Kalau abang-abang dan kakak-kakak semua ada sedara mara yang tinggal dekat 3 kawasan ni
Tolong la tanya kan ek


Membantu orang yang dalam kesusahan tu kan besar ganjarannya
Jadi, tak mau ka ganjaran yang besar ni?????


Sekian,
Terima kasih.
Ikhlas dari adik yang comel.

ZETTY VOUGE

Zaki berumur 24 tahun. Kulit memang putih gebu, meawarisi kecantikan yang dimiliki oleh mak Zaki, seorang primadona kampung. Mak Zaki pernah menang beberapa pertandingan Ratu Kebaya peringkat daerah sebelum berkahwin dengan seorang askar yang macho, iaitu pak Zaki.


Zaki ada kakak seramai 4 orang. Zaki tak ada adik, tak ada abang. Maknanya Zaki adalah anak yang ke 5. Kalau tak betul, sila congak sendiri. Kalau matematik failed, sila pergi guna kalkulator.


Sejak kecik, Zaki memang rapat dengan mak dan kak-kak dia. Jarang sangat berkawan dengan budak-budak lelaki satu kampung. Bila budak-budak lelaki yang sebaya Zaki ajak Zaki pergi main tuju tin (hangpa panggil apa game ni, baling tin ka), Zaki tolak. Zaki nak main masak-masak dengan kak-kak Zaki. Apa barang main panas di luar, nanti kulit boleh jadi hitam. Masa tu Zaki belum kenal produk Vaseline.


Pak Zaki garang, sebab tu Zaki malas nak join pak dia pi kebun. Kalau Zaki pegang parang terhegeh-hegeh, free je Zaki kena maki dengan pak dia. Macam harreeemmm je. Masa Zaki pakai t-shirt merah jambu kak Zaki pun pak Zaki marah walaupun t-shirt tu macam jersey bola jugak. (hahaha.. apa kes jersey bola kaler pink. Lantak arr. Ni cerita pasal Zaki kan, bukan kisah benar).


Lama-lama Zaki jadi memberontak. Ada suara lain yang menjerit-jerit dalam diri Zaki. Zaki tak suka nama ni. Zaki tukar pergi letak nama Zetty. Baru glemer. Masa ni Zetty dah habih belajar. Zetty kerja kat KL, standard la budak-budak kampung macam Zetty, rasa tak cool lah kalau tak kerja kat KL. Kalau orang kampung tanya, "hang kerja apa sekarang?", laju je kata kerja kat KL. Bodoh. Orang tanya kerja apa, bukan tanya kerja kat mana. Padahal pi KL kerja cuci pinggan kat kedai makan je, tapi balik kampung boleh buat gaya best, pakai spek mata hitam, slang Kedah pun dah takdak, tukaq pi cakap KL.


Dah makan ker? --- padahal dulu cakap dah makan ka?
Kejap.. Kejap.. --- padahal dulu cakap sat.. sat..
Roti telur satu --- padahal dulu cakap ghoti teloq satu.


Kat kedai makan tempat Zetty kerja, ada jugak mat-mat Afrika yang macam haram je rupa sekoq-sekoq selalu mai makan kat situ. Geng-geng mat Afrika ni ada jugak ajak Zetty join group depa. Tapi alhamdulillah, Zetty masih kuat pegangan agama. Masih ingat halal haram. Zetty nak tukar nama je, bukan nak tukar identiti dan sifat keperibadian Zetty sebagai lelaki tulen.


Gila vavi gak mat-mat Afrika, dah la sekoq-sekoq muka cam cipan, ada hati nak ajak Zetty jadi cam depa. Hari tu Zetty sempat jugak snap gambar mat-mat Afrika ni.



Ni lebih kurang macam Destiny Child kot?



Pilih yang mana berkenan di hati



Macam Rihanna tak?




Kalau mekap sikit, pakai baju yang elok macam Beyonce tu pakai dalam video klip dia, rambut buat curly-curly sikit, tukar kaler rambut pi jadi blonde ka, agak-agak boleh lawa jugak depa ni kan???

Wednesday, October 27, 2010

RELAKAN PEMERGIAN KU

Budak-budak comot semua
Aku rasa aku nak berhenti berblogging
Takpun aku nak berhenti rehat buat sementara waktu


Sekarang ni aku berblogging pakai PC company
Lepas berhenti nanti
Aku tak tau company baru macam mana
Dan mungkin aku busy masa tu
Nak belajar benda baru
Jadi aku takkan ada masa untuk berblogging


Lagipun aku tak dak lappy sendiri
Komputer gemuk tu pun aku takdak
Kesian kan kat aku ni
Sob.. Sob.. Sob..


Kepada yang nak ligan traffic tu
Harapkan aku masuk balik blog hangpa
Aku rasa macam tak mampu nak buat dah
Aku mintak maaf


Biaq la blog aku ni bersawang
Biaq la blog aku ni tak berpenghuni
Biaq la hangpa semua rindu kat aku
Budak yang perasan comel
Lepas ni sapa-sapa nak guna nickname Gadis Comel, sila kan
Ambik la balik title tu yang aku pegang hampir 10 bulan ni


Jangan rindu banyak-banyak kat aku, takut habih bulu mata aku luruh
Nanti lagi la tak comel

Tuesday, October 26, 2010

TAHI


Cool gila makan macam ni kan?



* Dah tak boleh pakai gua-lu dah kan??? Kang ada je makhluk-makhluk yang muka tak comel nak tegur. Nak report kat bakal laki aku kunun. Lempang kang baru tau. Okeh, guna aku-hang je lah. Lebih sopan dan lemah lembut. Menampakkan sikit ciri-ciri gadis Melayu.


Kelmarin iaitu yesterday, amoi tempat kerja aku tanya. "Gadis yang comel, what is SHIT in bahasa?". Aku kaget. Kaget ye, bukan kagum. Pehal amoi ni tetiba tanya soalan pasal SHIT nih. Sangat tidak sopan di dengari oleh cuping telinga aku yang tak capang ini.


"TAHI kan??". Dia tanya lagi. Nak kepastian. Aku jawab, "YES". Apa kena mengena SHIT dengan pekerjaan kami berdua? Kami bukan bekerja mengangkat tahi di tepi jalan atau menyedok tahi kucing yang bertaburan dan bertempiaran di halaman rumah.


Rupa-rupanya amoi ni nak tulis peribahasa, HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Ciss... Suspender betui lah. Buat apa la susah-susah, translate je la sebijik-sebijik dari peribahasa tu.



WARM WARM CHICKEN SHIT.



Cool jugak kan??





Monday, October 25, 2010

DAPAT!!

Company yang kat Lumut tu call
Gua dapat kerja tu
Start 1 December
Sehari sebelum birthday gua


Sekarang gua kena bagi notis kat bos gua
Gua rasa tak kuat nak berdepan dengan bos gua tu
Gua rasa berat nak tinggalkan kawan gua yang melayu tu
Sebab hanya kami berdua je melayu kat sini
Gua berat nak tinggalkan rakan serumah gua


Dan gua takut jugak kena bayar pampasan kat company sekarang
Gua patutnya kena bagi notis sebulan
Tapi since gua mau kawin, last day gua kat sini 13hb November



Apa alasan yang paling best nak blah dari sini tanpa membuatkan gua kena bayar
se sen pun kat company sekarang???
Jawapan paling best akan mendapat hadiah
reload sebanyak dua kupang!!!





MUNGKIN NANTI




Hai kanak-kanak ribena semua
Im back!!!
Rindu gua tak??
Ekekekeke..
Jangan lah cakap tak rindu
Kecik hati nih
;'-(


Penat lah


Jumaat drive pergi Lumut, sebab ada interview
Slumber je tipu boss kata makcik meninggal
Berdosa kan kalau tipu
Lolololo
Kalau bagitau nak cuti, mesti boss tak approve
Sekarang ni memang heavy shipment!!


Interview tu tak macam interview gua rasa
Ntah la, malas nak fikir dapat ker tak
Tunggu je lah good news or bad news


Pagi sabtu gua rushing balik Kedah


Pagi ahad, gua pergi hantar borang nikah kat pejabat agama
Kemungkinan, gua kena nikah awal dari tarikh yang telah dipersetujui


Sebab
Sebab.
Sebab..
Sebab...
Sebab....




Ahhh.. Malas ahh nak cakap.. Peneka jawapan paling tepat dapat hadiah reload RM 0.10!!! Fuyooooo.. (itu pun kalau kedai topup ada jual reload sekupang)



Sekian,
Gua yang comel.

Thursday, October 21, 2010

BERUBAH HATI

Gua dah tak tahan lagi
Gua rasa, cukuplah selama ni gua bersabar dengan kerenah dia
Sampai satu tahap, gua memang dah tak sabar


Selama ni gua memang boleh sabar lagi
Tapi lama-lama, sabar gua ni dah menipis macam kulit bawang
Sampai lah semalam bila gua tau hal sebenar


Apa, ingat gua ni tunggul je??
Ingat gua ni cop duit???
Gunung Daik Bercabang Tiga pun, kalau dah tarah selalu, habih jugak!!!


Tak salah rasanya kalau gua nak berubah hati
Lantak lah dengan dia
Gua dah tak kuasa nak teruskan lagi
Gua lelah


Selamat tinggal
Jangan ditangisi kepergian gua
Cukuplah selama setahun lebih gua bersama dia
Biarkan gua pergi
Jauh dari sisi


************************************************************************


Cukuplah selama ni gua bersabar dengan harga barang kat kedai runcit dekat flat gua tinggal tu. Selama ni gua sokong bisnes depa, tapi bila kemarin gua pergi kedai yang jauh sikit tu, gua tengok harga kat kedai yang baru gua pi tu lagi murah!!!!!!


Gua frust tau tak!!
Seminggu sekali gua mesti minum air kotak Dutch Lady Gaga tu. Gua pergi beli kat kedai runcit tu harga RM5, tapi kemarin gua pergi kedai lain, harga RM 3.90.
Bayangkan dah berapa banyak kedai yang selalu gua pergi tu dah untung. Beza singgit sekupang okeh. Singgit sekupang tu kalau gua masukkan dalam tabung buluh, dah cukup rasanya duit gua sekarang nak beli tiket pergi tengok teater muzikal Tun Dr. Mahathir.


Gua dah berubah hati. Berjauh hati jugak.
Lepas ni gua tak mau beli air kotak Dutch Lady kat situ lagi.



Memang relevan untuk gua berubah hati kan???





Wednesday, October 20, 2010

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

Tajuk entri macam nak buat esei masa sekolah dulu.

Tapi bukan nak cerita pasal bunga raya, tapi daun bunga raya.

Dulu, masa kecik, masa main dangau dengan kawan-kawan, kami guna daun bunga raya buat duit kertas. Kulit kerang, jadi duit syiling.

Rasa sangat heaven la masa tu.

Agak-agak kalau petang ni aku pi isi minyak kat Shell, bagi daun bunga raya, ok dak?

SYARAT-SYARATNYA

Senah sembang dengan laki dia, Abang Jusuh.


"Abang, ni tak pa ka kalau Senah nak tulih blog macam hat ramai orang pakat dok tulih tu. Senah tak syok dah hari-hari nak tukaq status facebook. Pagi-pagi Senah mai keja, Senah tak tau nak tulih pa kat status tu. Main game farmville pun Senah rasa tak best dah laaa ni".


Abang Jusuh, laki senang tak kata apa, diam saja.


"Ni Senah dok baca BLOG GADIS COMEL tu, Senah rasa syok pulak. Pandai tau budak hat nak menikah bulan depan tu tulis cerita. Bila Senah baca blog dia, Senah pun rasa nak tulih macam dia. Tapi kan bang, Senah rasa, Senah lagi tererrr pada budak hat boh nama dia Gadis Comel tu. Comel sangat ka tuan blog tu bang???".


Abang Jusuh toleh kat Senah.


"Ishh hang ni Senah, hingaqqq sungguh noh. Abang nak baca surat kabaqq pun tak senang". Abang Jusuh dah mula hot fm.


"Abang ni tak cool lah, Senah dok cerita pasal blog kat abang, abang buat dun no jerr. Tak rock macam The Rock lah abang ni". Senah pujuk laki dia.


"Abang bagi ka dak Senah nak tulih blog ni??? Senah dok tengok kan, kat blog hat nama Anis yang dok Sri Lanka tu, ada iklan dok bergedik-gedik, tokey iklan tu depa geng-geng blog kata nama Nuffnang. Kat blog hat nama pelik tu, Langling ka Linglung ntah, dia boh iklan Mangga apa ntah. Senah nak teraaaiiii lah bang. Dok aktif kat facebook hari-hari pun, bukan dapat duit sekupang pun. Koman-koman kalau Senah dok aktif blog tu, dapat gak duit. Betui dak bang???".


"Ikut hang la Senah oiii. Tapi kalau nak tulih tu, abang tak mau la Senah dok pi tulih pasai abang dalam tu, dok pi letak gambaq abang ka apa dalam tu. Kena pandai jaga maruah abang".


"Ishhh.. dak la abang. Abang tengok hat blog gadis comel tu, mana dia dok letak gambaq dia sangat pun".


"Ok, Ok. Kalau boleh, abang tak mau la Senah dok tulih dok kata kat orang tu, kata kat orang. Fitnah sana, fitnah sini. Satgi depa kata abang yang dok ajaq Senah tulih lagu tu pulak. Lepaihh tu abang nak habaq lagi, kalo buleh tok sah la dok tulih lagu budak hat Senah kata nama Gadis Comel tu, gua-lu, gua-lu. Menatang apa gua-lu tu? Gua Kelam hat kat Perlis tu ka?"


"Yela-yela, Senah ingat pesan abang tu. Ok lah abang, Senah nak online dulu. Nak pi melayari internet dan mendaftar kat blogspot.com. Senah cayanggggg abang". Chuppppp.. Chupppp.. Chupppp.. Senah cium Abang Jusuh di pipi 3 kali.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Itu cerita Senah dan Abang Jusuh.


Dan bawah ni, cerita gua.


Dan sebenarnya, bakal laki gua dah tetapkan syarat-syarat kalau nak terus berblogging. Dan gua sebagai manusia yang paling mendengar cakap dan patuh pada arahan orang yang gua sayang, kena la adjust sikit cara gua lepas ni.


Lepas ni, nak guna saya-awak pulak. Lebih sopan gitu. Takde la orang nak cakap cara gua ni macam samseng kongsi gelap lagi. Har har har.

Tuesday, October 19, 2010

SENAH JAMBAN

Perut Senah rasa memulas. Senah syak, ni mesti angkara laksa yang Senah makan semalam. Di tempat kerja, perut Senah masih tak OK. Walaupun dah telan ubat bijik kedai cina cap pil chikit teck aun, keadaan Senah masih kurang memuaskan. Cecair dan sisa pepejal yang keluar dari tempat keluar najis itu seakan tidak mahu berhenti.


Dah berapa kali Senah masuk, keluar jamban. Senah risau orang cop Senah dengan gelaran baru, "Senah Jamban". Cukup lah orang cop Senah dengan gelaran Senah Salak, gara-gara Senah suka makan jeruk salak.


Hari ni saja dah 5 kali Senah masuk jamban. Tiap kali duduk atas mangkuk jamban, Senah perasan benda ni. Ni mesti kerja orang-orang HR.

HAVE YOU FLUSH THE TOILET?

SUDAHKAN ANDA FLUSH TANDAS?



Senah rasa something wrong dengan menatang notis yang HR tempek kat dinding tu, tapi Senah sendiri tak tahu perkataan apa yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan FLUSH tersebut.


SUDAHKAN ANDA MENGEPAM TANDAS?






POWER ROOT, M vs XL

Gua tak ambik apa-apa hasil keluaran Power Root. Tak main der minum air Kacip Fatimah. Gua lebih ganas, terus pergi rumah Mak Timah, pinjam kacip beliau. Lebih powerrrrr.. Har har har.


Tapi, yang gua nak cerita kat sini pasal kawan gua. Dia ni hampeh sikit, suka ajuk cakap orang. Dan yang paling best, dia suka ajuk dialog pakcik yang menang hadiah Power Root tu.


Dialog best pakcik tu, "Saya menang motor".


Mula-mula gua rasa sangat bersalah kalau gua gelak, tapi gua memang tak boleh tahan. Terpaksa jugak gua gelak, kalau tak mau berpintal urat kentut gua sebab tahan gelak.


Gua minta maaf.



**********************


Gua malu sebenarnya. Gua ada belikan baju untuk bakal laki gua. Konon-konon nak surprise kan beliau. Gua kan romantik orangnya, jadi haruslah ada unsur-unsur kejutan dan romantika de amor bagi menambahkan kemesraan dalam bercinta. Kah kah kah.


Selama ni gua syak bakal laki gua tu pakai baju saiz M, jadi gua pun dengan bangganya pilihkan baju yang baik dan cantik baik dan cantik lah sangat.


M dan XL tu ada bezanya ye Gadis Comel. Nak ker tengok bakal laki lu pakai baju macam sarung buah nangka membaluti buah nangka di atas pokok nangka. Hisss.. Itu lah, orang tua-tua kata, malu bertanya sesat jalan.


Sekian, tajuk syarahan gua pada hari ini berkenaan pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Selamat hari Selasa.

Monday, October 18, 2010

YA ATAU TIDAK

Gua sebenarnya tak tau nak buat keputusan.
Gua dapat call dari company yang gua pernah pergi interview 5-6 bulan lepas.
Company tu tak ambik gua masa interview lepas sebab gua cakap, gua kena bagi notis.
Company tu pulak nak pakai orang cepat, so depa hire sorang budak yang boleh start kerja immediately.

Last week, this company call gua.
Tanya gua, boleh ker tak pergi interview sebab position yang gua apply hari tu dah kosong.
Gua bingung tahap bengong dah ni.

Gua malas nak pergi sebab:

1-jauh. gua penat nak drive 2,3 jam pergi sana. Lepas tu nak patah balik ke Kedah. Boleh patah pinggang gua yang ramping macam kerengga nih. (tipu).

2-Gua dah tak ada cuti. Cuti gua, gua simpan untuk cuti kawin. Nak MC gua malas sebab gua memang tak pandai berlakon depan doktor.

3-Kalau dapat, gua kena start kerja awal bulan 12. Memang kelam kabut. Dengan nak kenduri, nak cari rumah, nak cari barang-barang wajib ada untuk rumah. Haipppp.. Tensen.

Gua memang nak move ke sana lepas kawin. Dekat dengan bakal suami. Awalnya plan kami, kami nak buat PJJ je. Perkahwinan Jarak Jauh! Keh3x. Konon-konon, tahun depan baru gua nak move pi sana.

So, macam mana ni?? Patut ker gua pergi interview tu???

Status gua sekarang: Fua fening fala fakfau fak fifir fafam fafa lafi.

KEPUASAN BER FACEBOOK

Dulu gua tak aktif sangat dengan fesbuk ni. Sebab ada manusia yang busy body pergi menyibuk kat status fesbuk gua. Bila gua cakap gua nak deactivate akaun fesbuk gua, ada jugak manusia yang kata, nanti dah tak boleh keep in touch lagi. Pala otak berjambul! Seingat gua, tak pernah pulak gua keep in touch dengan dia selama ni.


Bila gua tak aktif fesbuk, secara otomatik jugak gua tak tau nak tulis apa kat status gua. Rasa lucu sebab gua biasa tulis panjang-panjang macam esei kat dalam blog. Tapi bila tulis panjang-panjang, takde pulak kawan-kawan gua nak komen. Buat gua frust saja.


Tapi sekarang gua temui kepuasan dalam ber fesbuk. Bagaimana? Kenapa? Siapa?


Gua suka layan video-video lawak dalam fesbuk. Itu perkara paling heaven gua rasa bila boleh tengok video-video lawak. Boleh buat gua gelak dengan chumel sekali. Terbaru, gua tengok video bertajuk "P. Ramlee failed SPM". Har har har. Kreatif weh, mamat tu tukar dialog filem P.Ramlee tu dalam loghat Kedah. Sangat lawak gua rasa.


Kepuasan seterusnya gua rasa dengan ber fesbuk ialah dapat tengok gambar orang lain dan gelak macam setan. Terbaru, gua tengok gambar nikah kawan gua masa sekolah menengah dulu. Part paling best, gua ajak rakan serumah dan sama-sama bergelak ketawa secara berjemaah. Lucu gila bila tengok aksi kawan gua berposing.


Kepuasan yang terakhir ni sangat biasa saja. Gua selalu usya conversation kawan-kawan gua dengan laki/bini atau pakwe/makwe. Terbaru gua usya conversation kapel pakwe/makwe ni. "Baby dengan abang". Lawak siot. Rasa nak bagi penendang pun ada.



Sekian,
Ikhlas dari gua yang suka menyibuk.

Saturday, October 16, 2010

CITA-CITA

Dulu-dulu, masa cikgu tanya, besaq nanti nak jadi apa.

Paktam Kodek: Askar!
Leha Lik Leha Terbalik: Misi!
Ija anak Cik Ah: Cikgu!
Padin: Polis!

Jawapan semua memang terbaik dari ladang lah.

Kalau boleh, nak cari cita-cita yang tak sama dari orang lain. Kalau cita-cita sama dengan budak yang lain, best pulak dok kondem member, cakap diri sendiri lagi layak dengan cita-cita tu. Lawak macam tapir je! Har har har.

Tapi, cita-cita gua memang tak sama dengan orang lain. Pucat je gua tengok muka budak-budak kelas gua bila gua angkat tangan dan cakap dengan yakin cita-cita gua yang murni itu.

"Saya nak kawin dengan Awie".

Masa tu gua syak, Awie masih bujang. Dan gua memang terpengaruh dengan abang gua yang minat gila babang kat Awie. Gay kah abang gua sebab dulu dia letak poster Awie dalam bilik. Letak ler gambar Erra Fazira, itu kan lebih normal.

Rasa nak lempang diri sendiri bila ingat cita-cita yang murni itu.

Tapi, budak-budak sekarang, kalau tanya bab cita-cita, gua syak, semua ada cita-cita yang canggih mangih, sesuai dengan dunia tanpa sempadan ni.

Danial Adam: Pakar Sakit Puan!
Melor Edward: Angkasawan Wanita yang pertama di Malaysia!
Elly Mazlan: Penyanyi yang hebat seperti Dato' Siti Nurhaliza!
Ahadi Akasham: Drift King!




P/S: Lempang jugak kalau ada budak-budak yang ada cita-cita nak jadi Mat Rempit!

Friday, October 15, 2010

COTE-DE-LIESSE

Gua tengah siapkan beberapa document untuk shipment ke Canada
Alamat tempat tu COTE-DE-LIESSE, Canada

Dah siap tulis, harus lah semak balik semua document
Takut ada yang salah taip
Salah amount lagi haru

Sekali gua baca COTE-DE-LIESSE
Dua kali gua baca COTE-DE-LIESSE
Tiga kali gua baca COTE-DE-LIESSE

Sentap!!

Apahal pelik je nama tempat ni.


Ini gua masa kanak-kanak ribena dulu.
Comel kan???





MACAM-MACAM ADA (BUKAN TAGLINE ASTRO)

Entri pagi jumaat yang mulia ini ada macam-macam nak cerita. Nak kongsi dengan semua penduduk bumi. Itupun kalau semua makhluk kat muka bumi ni boleh faham dan mengerti apa yang gua tulis ni. Gua dah malas nak sokong Oktober Bulan Bahasa Kebangsaan. Ramai orang nak lempang gua pasal gua guna bahasa baku. Apa salah gua woiiii? Gua adalah anak Malaysia yang menyokong serta mendokong kempen yang di anjurkan oleh kerajaan.

Lu orang ingat tak pasal entri yang gua buat pasal netbook yang kerajaan bagi kat budak-budak kampung gua? Kalau ingat, memang bagus. Kalau tak ingat, sila korek-korek balik kat arkib entri lama gua. Gua tengok netbook anak jiran gua, button pun dah hilang. Bercalar dan nampak buruk. Siap mintak gua bluetooth lagu masuk ke netbook. Gua pun kuat temberang, gua cakap bluetooth handphone gua ni macam haram, rosak. Padan muka budak-budak tu.

Pagi ni kawan gua email. Dia kata kena panggil dengan boss. Kena warning sebab bulan lepas, dia buka internet lebih dari 40 jam. IT company dia cakap, dia rajin buka blogspot. Boss dia tanya, apa tu blogspot? Ntah hapa kawan gua cakap. Boss dia cakap, dia tak tau apa itu blog. Gua syak, tak lama lagi, gua pun kena panggil dengan boss gua jugak sebab buka blogspot dan guna internet lebih dari limit yang company tetapkan. Koh koh koh..

Ada makcik jiran gua, dia ni ibu tunggal. Tiap-tiap tahun dapat duit zakat, tahun ni ntah kenapa tiba-tiba tak dapat plak. Makcik ni cakap, bagi dekat Pah Latib yang kaya, pakai gelang mas sekerat lengan. Apa kes Pah Latib boleh dapat duit zakat pulak. Jual getah saja 4 hari dah dapat seribu. Itu baru 4 hari, kalo lu orang darab-darab balik, gaji Pah Latib lebih dari gaji gua sendiri. Layak ker orang macam ni dapat duit zakat? Kepala hotak lah. Anak 2 orang je sekolah. Lu orang tau, gua dengan beraninya pergi buat laporan kat pejabat zakat daerah gua. Gua tak layak nak tentukan sapa yang layak dapat, cuma melalui pemerhatian gua, orang macam Pah Latib tu memang sangat tidak layak untuk dapat duit zakat.

Kadang-kadang gua rasa, diri gua layak jadi wakil rakyat kan? Har har har.

Lagi sebulan lagi gua nak menikah ni woii.. Dan gua masih tak rasa berdebar-debar. Hebat kan gua? Berat haram tak turun-turun. Orang lain nak kawin, gua tengok bersusah payah nak diet, gua cuba jugak diet, tapi hasilnya memang tak besh. Berat gua tak turun-turun. Rakan serumah gua tetiba pulak rajin masak. Dan gua pun sama. Tiba-tiba rasa nak asah skill memasak gua yang dah berkarat tu. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri kenyang, sendiri gemuk. Hor hor hor hor liowww... Tapi rakan serumah gua cakap, gua tak payah diet lah, sebab gua memang dah lawa. (senyum).

Borang nikah gua dah ada kat pejabat agama manjung. Dalam minggu depan baru bakal suami nak pos bagi gua. Harap-harap, semuanya selamat dan berjalan lancar.


P/S: last gua jumpa bakal suami gua masa awal syawal dulu. dah lama sangat tak jumpa, gua pun dah lupa muka bakal suami gua. Gambar pun takde nak tengok. Harap gambar dalam handphone je.  Macam Romeo dan Juliet kan gua dengan bakal suami gua.

Thursday, October 14, 2010

CIKGU YANG PUTIH GEBU

NOMBOR SATU, SEORANG CIKGU.
NOMBOR DUA, PUTIH.


Ni syarat utama makcik sebelah rumah aku masa nak cari bini untuk anak lelaki beliau. Anak lelaki makcik ni kerja hebat jugak. Graduan, kerja hebat, walaupun muka tak sekacak mana. Har har har. Bukan niat nak mengutuk okeh. Tapi, aku kan jujur orangnya. Aku cakap benda yang betul.

Merata tempat jugak makcik ni terjah, semata-mata nak cari calon menantu seorang cikgu, dan putih. Pergi merisik dua, tiga kali, akhirnya jumpa jugak. Bukan cikgu tuisyen, tapi cikgu betul lah, yang ajar kat sekolah tu haaa. Setakat cikgu tuisyen cabuk tu, aku pun layak ajar. Tapi, untuk budak darjah satu saja kot. Hehe.

Makcik sebelah rumah aku ni peseng bangga jugak bila dapat berbesan dengan orang kaya. Aiyoooo.. Di canang-canang sampai fedap jugak aku nak dengar. Tapi layan jugak cerita hot makcik tu, tak layan kang kata aku sombong pulak.

Dah dua, tiga bulan lepas kenduri, aku pun peseng geng terjah abang rambut ketak jugak, sebok jugak nak tau apa perkembangan menantu baru makcik sebelah rumah. Slow je makcik tu bagitau aku, menantu tak reti masak. Anak lelaki makcik ni pulak peseng orang Kedah pure, hari-hari nak makan kari a.k.a gulai (orang Kedah tak sebut kari okeh, kami sebut gulai).

Aku dalam hati terus ketawa riang gembira. Nak gelak depan-depan kang terasa plak makcik ni. Hari tu very the demanding nak cari menantu cikgu, putih bagai. Aku yang sebelah rumah ni harreeemmm tak pandang. Kah kah kah.


Lawa tak awek ni? 


SAYA SAYANG KAMU

Kacak kan?? Tapi ini bukan bakal suami saya.
Hehe.


Boleh atau tidak kalau saya tidak menulis dalam bahasa baku lagi? Sebab saya rasa seperti melempang diri sendiri sahaja apabila saya menulis dalam bahasa baku ini. Tetapi, saya mahu menyokong kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Hmmmm.. saya kecewa kerana saya tidak fokus dengan matlamat saya untuk menyokong kempen ini.

Saya sayang kamu, itu tajuk entri saya pada hari ini. Saya rasa seperti sedang memberi ucapan pada hari perhimpunan sekolah pulak. Saya pun tidak tahu kenapa dan mengapa serta bagaimana saya boleh menjadi skema begini. Mungkin ada gen skema yang saya dapat dari kedua ibu bapa saya.

Sebenarnya, saya hendak cerita yang saya sayang Celcom.

Celcom baik sangat. Celcom bagi saya panggilan percuma selama 7 hari. Tapi, panggilan percuma untuk 15 pax sahaja. 7 hari bercakap sampai muntah dan pengsan. Free of charge! Memang seronok sangat. Sampai hendak masuk jamban pun saya teringin bawa telefon bimbit bersama.

Macam mana hendak mendapat bonus istimewa daripada Celcom ini?? Caranya mudah sahaja seperti menyebut ABC.

ABC.. ABC.. ABC.. ABC.. Senang kan??

Kamu perlu menambah baki kredit panggilan sekurang-kurangnya RM20/ seminggu. Kalau kamu bertuah, dapat lah kamu menikmati bonus yang di tawarkan pihak Celcom. Kalau tidak bertuah, pergi lah mandi bunga.

Semasa saya menghubungi rakan-rakan 15pax saya, mereka semua terkejut seperti kera mendapat belacan kerana mereka menyangka yang semalam adalah harijadi saya. Tapi ada yang masih ingat, tarikh harijadi saya ialah pada 2 DECEMBER. Tak apa kan saya promosi tarikh hari tua saya??

Semasa saya bercakap dengan adik saya semalam, tiba-tiba senyap dan sunyi sahaja. Rupa-rupanya bateri telefon bimbit beliau telah habis digunakan. Adik saya menghantar pesanan ringkas kepada saya selepas itu, "sori, bateri kong". Mulanya saya ingatkan bateri bertukar menjadi king kong. Entah apa punya bahasa budak-budak remaja zaman sekarang.

Sudah lah. Saya tidak mahu menulis panjang-panjang lagi. Saya hendak pergi menelefon rakan 15pax saya, saja hendak tanya mereka sudah bersarapan atau belum. Nanti, semasa makan tengahari saya akan menelefon mereka lagi. Biar mereka jadi tensi kerana asyik mendengar suara saya sahaja sepanjang 7 hari ini.

Kesimpulannya, saya sayang kamu. Kamu sayang saya? Ho ho ho horlicks. Sekian, jumpa lagi.

Wednesday, October 13, 2010

MISTIK

Saya masih dalam mood Bulan Bahasa Kebangsaan, maka haruslah saya menggunakan bahasa baku lagi untuk entri hari ini. Sekian, harap maklum.

Pada sesiapa yang rasa seperti tersesat masuk blog ini, tolong diam. Nanti saya lempang awak baru awak tahu. Saya sangat garang hari ini sebab saya sangat mengantuk dan pagi-pagi hujan. Saya rasa, cuaca seperti ini sangat sesuai kalau berbungkus dalam selimut.

Pagi tadi semasa saya hendak ke tempat kerja, saya mendengar radio Hot FM pada frekuensi berapa pun saya tidak tahu. Saya tahu tekan 'ON' dan terus dengar Fara Fauzana, FBI dan AG membebel. Mereka bercakap pasal mistik.

Mereka mengatakan, kemalangan ngeri yang berlaku pada hari ahad lepas di sebabkan oleh benda mistik. Kerana, ada sesetengah orang pernah melihat seorang perempuan mengendong bayi di situ dan melintas jalan. Ada pemandu yang terpaksa memperlahankan kenderaan mereka, dan ada juga yang terbabas sebab memperlahankan kenderaan secara mengejut.

Bila mereka meminta para pendengar memberi komen, ada seorang lelaki telah menghantar SMS dan memberikan pendapat bernas beliau. Beliau berkata, harus lah di buat jejantas supaya mudah bagi hantu-hantu melintas jalan tanpa mengacau kenderaan yang lalu lalang.

Bagus pendapat beliau. Saya setuju. Anda pula bagaimana? Sila layangkan pandangan anda pada ruangan komen. Sekiranya tidak bersetuju dengan cadangan ini, sila kemukakan cadangan lain yang mungkin anda rasakan bijak. Sila gunakan bahasa baku di ruangan komen. Sekiranya tidak guna bahasa baku, anda akan di lempang oleh hantu yang suka melintas jalan.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 12, 2010

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA

Saya tidak tahu pula yang bulan Oktober ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Sewaktu saya berkunjung ke blog Gadis Bunga (maaf, saya tidak ingat link ke blog beliau), baru lah saya tahu. Maafkan saya, saya jarang baca suratkhabar dan tengok Buletin Utama. Saya kerap membaca SMS dan sekarang berminat untuk menonton atlet Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Komanwel, India. Jadi, saya akan menggunakan bahasa baku sepanjang bulan Oktober ini. Saya akan cuba sehingga berjaya. Oh yeahhhh..


Semalam, saya melayan program sukan di Saluran Astro Arena. Saya melihat Pandalela Rinong menang pingat emas yang ke tujuh. Selepas itu, saya tengok pulak acara ragbi. Ohhh.. Ruginya. Seperti yang mak saya cakap, buat penuh kapal terbang saja. Pasukan ragbi Malaysia di belasah teruk. Malu saya nak tengok kekalahan tersebut,  jadi saya pun tukar ke saluran lain. Alangkah seronoknya kalau Sukan Komanwel ada pertandingan Jalan Itik sebab masa sekolah dahulu, saya kerap di denda Jalan Itik. Dan hanya manusia yang berkaki kurang panjang sahaja yang agak mudah untuk menyertai acara ini.


Berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada:

1. Abang Ensem
Abang Ensem telah memberikan saya hadiah saguhati setelah saya menyertai kontes yang telah beliau anjurkan. Walaupun mendapat hadiah saguhati sahaja, tapi saya sangat bersyukur. Pertama kali saya menyertai kontes dan saya mendapat hadiah berupa ringgit Malaysia lima belas ringit sahaja. Terima kasih buat abang ensem.


2. Mak saya
Mak saya telah bersusah payah melenyek pisang dan tepung bersama kelapa parut, dan sedikit garam, gula dan air untuk di buat cekodok. Mak saya terpaksa bangun awal dan goreng cekodok tersebut sebab saya selaku anak yang baik dan comel, telah menyatakan hasrat untuk membawa cekodok ke tempat kerja dan di jadikan sarapan. Maka, mak saya terpaksa bangun pukul 5.30 pagi untuk goreng cekodok dan membekalkan cekodok kepada saya sebelum saya bertolak balik ke Penang pada pukul 6.15 minit pagi.


3. Nuffnang
Terima kasih kepada Nuffnang kerana menaikkan duit dalam akaun Nuffnang saya sebanyak 0.23 sen sahaja semenjak dari minggu lepas. Semasa saya memeriksa duit dalam Nuffnang, saya melihat ada peningkatan sebanyak 23 sen.


Hari ini, saya belanja awak tengok coklat yang sedap.
Belanja tengok saja tau, bukan belanja makan.
Keh3x.

Monday, October 11, 2010

SUKAN KOMANWEL INDIA 2010

Situasi 1

Komen mak gua masa atlet Malaysia kalah acara menembak.

"Ohhh.. Ni tak pa lagi. Kalah pun tak pa. Tak kisah. Sebab soghang dia saja yang kalah pun. Kalau yang macam main hoki tu kalah, rugi, rugi. Pi ghamai-ghamai, buat penuh kapai terebang saja. Buat habih duit".

Gua angguk-anguk. Bijak betui mak gua nih. See the leg lah, mana tumpahnya bijak seorang mak tu kalau bukan kat anak dia. Ehem.. Ehem..



Situasi 2

"Ayah, kenapa kat sekolah dulu tak dak boling padang. Kalau ada, dah tentu sekarang chek jadi atlet negara".

Ayah gua malas nak layan karenah gua. Masih menonton dengan khusyuk atlet negara beraksi.

"Ni tak, ada acara lontar peluru, lompat jauh, lompat kijang", sambung kakak gua.

"Aku lompat tu tak pa lagi, yang nak kijang tu masalah sikit. Tak berapa jadi kijang, jadi lompat kancil".

Ayah gua jeling-jeling, tandanya suruh gua dengan kakak gua diam. Cukup lah ada dua orang pengulas sukan kat dalam TV, tak perlu ada pengulas sukan tambahan.


Gambar tak ada kena mengena dengan entri.
Saja nak menggambarkan keadaan gua setiap hari Isnin.
Hehe.
Rindu gua tak????
Dua hari tau gua tak hapdet blog.
Keh3x.

Friday, October 8, 2010

PEN ITU TANDA KASIH SAYANG

"Tak lama lagi birthday kanda kan, kanda nak apa?" tanya dinda kepada kandanya.

"Kanda nak pen", kata si kanda kepada dindanya.

"Pen??", dinda buat-buat terkejut. "Kenapa pen?", dinda tanya lagi.

"Kanda suka pen, kanda suka menulis", sambung kanda lagi.

"Kalau hari-hari kanda guna, habis la dakwat pen tu. Nanti kanda buang pulak pen tu", dinda buat-buat merajuk.

"Ok.. Ok.. Kanda tak guna, kanda simpan je", alololo.. comel je kanda ni.

-----------------------------------------------------------------------------


*Dinda plan, dinda nak beli je pen kilometrico tu. Dinda tengok dalam iklan kat TV, lama betui boleh pakai pen tu. Tulis banyak-banyak pun dakwat lambat habis.

*Bulan December nanti birthday dinda pulak, dan dinda dah get ready apa yang dinda nak. Keh3x. Sama ada sport rim untuk kereta kecik dinda, tak pun laptop. Kan? Kan? Kan? Kan?



 Thanks Izza & Kema untuk kek yang cantik dan sedap ni.
Kek ni dinda telan masa umur dinda nak masuk 23 tahun.
Umur dinda sekarang 23+3-8.
Kah3x.

GURAU SENDA MENAMBAHKAN KEMESRAAN

Ada dua orang gadis. Mereka berdua sangat comel, sopan, pemalu, dan ramah tamah. Bukan tanah pamah ye kawan-kawan.Mereka selalu bergurau senda sesama mereka kerana dengan cara ini akan menambahkan lagi kemesraan antara mereka berdua dan kawan-kawan yang lain. Hidup mereka begitu ceria. Seperti saluran Astro Ceria.


Pada suatu malam, mereka berdua merasa sangat lapar. Gadis yang comel ajak gadis yang ramah pergi beli maggi goreng. Mereka berdua sangat lapar sebab malam tu mereka rajin menelaah pelajaran. Makanya, bila menelaah pelajaran, automatik rasa lapar seperti anak cacing kerawit sedang menggigit pankreas dan ginjal.


Di tanya kepada rakan serumah mereka, adakah beliau yang sedang menelaah pelajaran merasa lapar, rakan serumah yang suka menelaah pelajaran secara bersendiri di dalam bilik itu menggelengkan kepala. Dua orang gadis itu pun blah dan menuju ke kedai makcik sengau.


Setelah meng order dua bungkus maggi goreng, dan bersembang pum pang pum pang bersama pelajar-pelajar yang terdapat di kedai makcik sengau tersebut, dua orang gadis itu pun blah selepas membayar harga makanan. Bau maggi goreng yang baru lepas di goreng itu betul-betul menaikkan nafsu makan mereka. Gadis yang ramah pecut motor laju-laju, nak cepat sampai di rumah, nak makan. Gelojoh betul perempuan ni.

Sampai di satu simpang terakhir berdekatan rumah sewaan mereka, gadis yang comel mencadangkan kepada gadis yang ramah satu aktiviti sampingan untuk menambahkan kemesraan antara mereka berdua dan seorang lagi rakan serumah mereka yang bersendirian di rumah. Gadis yang ramah setuju dengan cadangan tersebut. Gadis yang ramah matikan enjin motor dan mereka tolak motor tersebut secara perlahan-lahan, yang kedengaran hanya bunyi tawa kecil mereka berdua. Kedua-dua mereka nampak seperti ejen FBI yang sedang menjalankan siasatan.


Apakah aktiviti gurau senda tersebut? Sila nantikan sambungan cerita ini pada episod yang akan datang. Terima kasih kerana meluangkan masa anda. Har har har.

Thursday, October 7, 2010

BUKAN KITA YANG TENTUKAN



Makcik-makcik kat kampung gua, semua boleh mintak kerja dengan TV3, jadi wartawan untuk skuad Melodi. Boleh join skuad abang rambut ketak. Apa pasai gua cakap gitu?? Semua kerja nak ambik tau hal orang. Tapi tak semua macam tu.  Segelintir saja. Gua cakap macam ni pasal depa ni suka sangat menyibuk hal orang. Kalau belum kawin, sebok benor tanya bila nak kawin. Kalau dah kawin, tapi tak ada anak, sibuk pulak tanya, tak mau anak ka?? Lama dah kawin, pasai pa tak dak anak lagi. Macam la semua benda ni kita yang tentukan. Nak kawin bila, nak dapat anak bila. Hishhh..

Okeh, gua tension. Dulu, masa gua belum ada boipren, mesti soalan ni yang akan singgah kat telinga gua. Naik menanah jugak telinga gua nih dengar soalan tu. Kalau ada tisu, untung gua lap nanah tu dengan tisu. Kalau tak ada tisu, slumber je gua lap dengan tudung gua. Har har har. Pastu siap cakap kat gua, mengaji tinggi-tinggi pun, balik-balik masuk ceruk dapoq jugak!! Auwww.. Hangin betuii..

Masa kakak gua belum kawin dulu, gua kesian tengok dia. Bila gua balik kampung, dia selalu cerita, orang asyik tanya bila dia nak kawin. Kakak gua kawin masa umur 29 tahun. Dah masuk kategori ANDARTU kan?? Tapi, tu semua bukan kakak gua nak. Bila ada sedara mara jauh mai rumah, kakak gua malas nak join sebab mesti orang akan tanya soalan cepu emas kat dia. Siap cakap kat kakak gua, lambat kawin nanti susah dapat anak. Haram J jugak.

Alhamdulillah, tahun lepas kakak gua kawin. Dengan lelaki yang lebih muda dari kakak gua. Tak ada masalah kawin dengan laki muda kan, janji dia sayang kita. Dan, tak salah jugak kawin dengan laki tua, yang penting laki tu sayang kita. Hehehe. Dan, alhamdulillah jugak, rezeki kakak gua, tak lama lepas tu dia pregnant dan dapat anak perempuan. Zahra Safiyya dah nak masuk umur 4 bulan dah. Berjaya tutup mulut orang yang suka tanya soalan cepu emas ni.

Mai pulak turn gua.

Berani orang nak tanya gua saolan pesyen sentap gitu kat gua???

Kalau ada yang tanya, gua dengan slumber akan jawab, "Dah penat-penat belajaq masuk U, nak lah kerja, tolong mak ayah. Nak jugak hantar mak ayah pergi Mekah menunaikan haji, kalau boleh hantar pergi umrah tiap-tiap tahun, belikan mak ayah I-phone yang budak-budak blogger pakat join tu, tukar rumah sekarang jadi banglo dengan swimming pool bagai".


Tapi, jawapan tu gua hanya jawab dalam hati. Malas nak melawan dan tunjuk biadap depan orang tua. Makcik-makcik ni bukan boleh terima jawapan-jawapan cliche.

SEJUK

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Hehe.


Pagi-pagi gua sampai tempat kerja
Terus buat nescafe
Minum panas-panas
Best...

Kerja bertimbun
Bersemangat nak clear kan sikit bukit-bukit yang dah nak jadi gunung tu
Tiba-tiba boss panggil meeting

Pung pang pung pang
Bla bla bla bla
Work work work work
Order order order order
Bonus tarak, bonus tarak

Habis meeting
Jalan laju-laju
Teringat nescafe yang baru sempat 2 kali teguk
Cisskek...
Sejukkkk..

Rugi nescafe gua secawan


ps: Busy tahap gaban! Nak jalan-jalan pergi blog orang lain macam selalu pun tak sempat. Minggu depan lagi maha busy. Hiyarghhhh.. Encik sotong, nak pinjam tangan bulehhhh????

Wednesday, October 6, 2010

SEKOLAH RENDAH

Permandangan dari atas Bukit Bendera, Pulau Pinang. Cuti-cuti Malaysia. 


Banyak cerita zaman sekolah rendah yang masih gua ingat sampai sekarang. Rasa macam sweet sangat moment-moment indah, tak cerdik, kurang bijak gua masa tu. Gua kasi tulis dalam point saja ek. Format menulis tu gua abaikan, since yang baca blog gua semua budak-budak malas macam gua jugak. Har har har.

DARJAH 1

- Masa ni abang dengan kakak gua masih sekolah. Gua darjah 1, kakak dan abang gua darjah 6. Pagi ke sekolah, gua duduk kat seat belakang beskal kakak gua, tengahari balik sekolah, gua duduk seat belakang beskal abang gua. Kenapa? Sebab pagi, kakak gua masih ada banyak tenaga nak kayuh, petang dia dah lembik.

- Gua selalu pergi lepak tepi padang sekolah, tengok abang gua main bola.


DARJAH 2

- Masuk darjah 2, abang dan kakak gua dah takde. Dah masuk Form 1. Pagi-pagi, mak gua kayuh beskal, hantar gua pergi sekolah. Mak gua tak pandai bawak motor, ayah gua pergi kerja. Terima kasih mak.

DARJAH 3

- Gua terpilih masuk kumpulan nasyid sekolah. Suara sedap macam Dato' Siti, memang senang orang nak perasan bakat yang ada. Keh3x. Masa pergi pertandingan, cikgu letak lipstick dan make up sikit. Gua takut nak makan dan minum, takut lipstick gua hilang.


DARJAH 4

- Sebulan gua cuti, tak pergi sekolah. Tangan patah, jatuh pokok. Hmmmm.. Pokok getah!! Bengong budak yang suruh gua panjat pokok getah ambik bijik getah. Gua pun sekali bengong pergi panjat pokok getah tu. Demmmmm..

DARJAH 5

- Gua masuk pertandingan lakonan pendek. Watak gua, isteri seorang nelayan yang tamak. Lu orang tau kan cerita pasal nelayan yang pergi memancing dapat ikan yang tunaikan 3 hasrat nelayan tu kan?? Gua syak, kalau lepas SPM gua ambik performing arts dengan UiTM ataupun ASWARA, gua rasa, mungkin sekarang gua setaraf Lisa Surihani jugak. Sila kagum.

DARJAH 6

- Gua kena denda berdiri depan perhimpunan sekolah sebab buli budak perempuan kelas gua. Harammmm betui Leha Lek Leha Terbalik tu. Abang dia suka tunggu gua kat tempat parking beskal, nak ajak gaduh. Macam gua heran!!



P/S: 4 orang cikgu yang ajar gua dulu, masih ada kat situ. Lama betuiii.. Kalo gua kahwin lepas SPM, gamaknya sekarang cikgu gua ajar anak-anak gua pulak. Keh3x.

Tuesday, October 5, 2010

CHINTA OHH CHINTA

masa kiter kecik2 dulu, kiter suka nyanyi
"rama2 cantek ikan keli panjang, saloma cantek, p ramlee sayang".
suwettt kan kiter?
kah3x


kiter balik keje, kiter tengok citer chinta. kiter tengok fasha sandha berlakon. fasha nampak suwettt je bawak watak chinta. pakai baju kurung dan bertudung, nampak naif sangat. padahal kiter rasa, real life fasha bukan naif sangat pon kannnn.. hehe.. tak baik tau kiter cakap fasha macam tu..


kesian chinta tau, abang chinta jahat.. abang cinta nama kamal.. kamal kan, pakat dengan awek dia nama mestika, jual chinta kat haji karim.. pastu, chinta kena rogol.. masa chinta kena rogol, abang chinta dengan awek dia snap gambar banyak-banyak.. kesian chinta.. chinta malu sangat.. dah la malu, sedih pulak sebab kena jual dengan abang sendiri.. haram J punya abang..!! alamak.. kiter jadi emo plak.. kiter kalau emo, memang suka mencarut.. sori yer.. hehe..

lepas chinta kena rogol dengan haji karim, chinta kena rogol dengan pakwe dia pulak.. kesian chinta.. mestika jahat, pergi fitnah chinta, cakap chinta suka kat haji karim yang tua dan tak ensem langsung.. pakwe chinta geram sangat dengan chinta.. lepas tu, yang bongok nya, pakwe chinta pi rogol chinta pulak.. ada pulak macam tu yer.. kiranya, dua kali jugak chinta kena rogol..

tapi, dalam dunia ni ada ker orang yang baik macam chinta tu??

chinta cakap, dia dah maafkan dosa abang dia yang jahat dan haram J tu.

chinta cakap, dia dah maafkan dosa pakwe dia yang rogol dia tu.

ohhh.. baiknya chinta..

masa orang tuduh chinta jahat, tuduh chinta gatai, chinta diam je.. chinta biar je.. padahal, bukan salah chinta kan, chinta kena rogol.. demmm.. kesian tau kiter kat chinta..

kalau kiter kat tempat chinta, awal-awal lagi kite bagi penampar jurus ke 99 kat orang yang kata kat kite.. pastu, kite bagi 1000 tumbukan kat pewot orang tu, biar pewot orang tu senak dan terberak kat situ..

hissshhh... kiter dah emo dah..

tapi kan, kiter tak ingat sangat jalan cerita drama ni.. kiter tengok pun sebab nanti ada adi putra yang ensem dan kacak dan gagah akan muncul.. kiter syak, adi putra ni lah hero utama cerita ni.. ahhh.. suweettt je adi putra.. sekarang ni watak adi putra tak wujud lagi, mungkin sebab adi putra masih belajar kat overseas, standard lah kan citer melayu, anak orang kaya yang encem dan gagah, semua belajar kat overseas.. hehe..

ok kawan-kawan, kalau kawan-kawan nak tengok muka naif fasha sandha dalam citer ni, kawan-kawan tengok ler kat tv3 yer..



kata-kata kiter: sokonglah drama melayu.. oh yeahhh..

LAWAK TAK HENGATTTT

Hujung minggu tu, Ola sorang-sorang kat rumah.
Kak Kodijah balik kampung.
Gua dan 3 lagi kawan gua, pergi audition Akademi Fantasia.
Haha.
Gua tipu saja.
Tak ingat gua dan 3 orang kawan pergi mana, gua syak, pergi lawatan under course yang gua ambik kot.
Yang penting, bukan pergi dating.
Gua lebih suka single, slumber dan available.
Keh3x.
Tapi sekarang gua tidak suka single, gua suka double, contohnya double cheese burger. Haha.

Ok, berbalik kepada cerita gua.
Ola kat rumah sorang-sorang.
Gua pun biasa dok rumah sorang-sorang jugak kalau semua member rumah balik kampung.
Gua kan berani, jadi setakat dok sorang-sorang, memang tak de hal lah.
Sia-sia gua mendalami ilmu Silat Pulut masa sekolah rendah dulu.

Malam tu, masa masih belum balik ke rumah sewa, gua dapat SMS Ola.
Ola tanya, bila gua nak balik.
Gua cakap, petang sabtu lah.
Ahad kan ada kelas.
Gua belajar area utara, makanya cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

"Kenapa?", gua tanya Ola.
"Takde pape. Nanti ko balik, aku cite", macam serius je bunyi.
Gua syak Ola ni gaduh dengan boyfriend dia, nak ngadu dengan gua, almaklumlah, gua kan pakar cinta. Keh3x.
Pakar Cinta yang memilih untuk hidup single.
Oh yeahhh....

Lepas gua balik, Ola panggil gua dengan Kak Kodijah.
Malas nak panggil budak 3 orang tu, kang histeria pulak.
Peseng taikkk penakut.

Cerita Ola

"Masa tu aku pergi dapur nak basuh pinggan, pastu nampak macam orang hulur pinggan kat tepi, aku ambik. Alaaa.. Macam kita lepas makan tu, ko hulur pinggan suruh aku basuh". Ola cerita dengan tenang.

Gua pura-pura cool lagi, gua tanya Ola, "dah tu hang buat apa?".

"Dah basuh semua pinggan tu baru aku teringat, aku dok sorang, tadi tu sapa yang hulur pinggan kat aku".

Ahhh.. sudah!! Gua dah mula seram sejuk. Bila gua seram sejuk, gua akan rasa takut nak bangun kencing sorang-sorang. Ohhh demmm.. Takkan nak ajak Kak Kodijah temankan, nanti dia kecoh kat budak-budak lain, malu ahh gua.


P/S: Orang comel macam gua pun ada perasaan malu jugak okeh. Tajuk tak ada kena mengena dengan cerita. Best kan??? Hehe.

Monday, October 4, 2010

NAIK MOTOR RONDA-RONDA

Lagi cerita gua dengan Kak Kodijah


Kak Kodijah memang cool
Sama macam gua jugak
Kami sama-sama cool

Kak Kodijah ada motor
Gua dengan Kak Kodijah selalu ronda-ronda naik motor

Motor Kak Kodijah hebat
Selalu gua bonceng kat belakang
Kak Kodijah merempit laju
Gua takut, gua tepuk-tepuk bahu Kak Kodijah
"Oiiii.. slow sikit woiii.. aku belum kahwin lagi nih"
 Kak Kodijah gelak kuat-kuat

Masa Kak Kodijah pergi kelas
Semua budak usya Kak Kodijah
Gelak-gelak kat motor Kak Kodijah
Kak Kodijah rilek saja
"Lantokkk.. Macam diorang ada motor. Diorang pun jalan kaki je"
Memang cool habis lah Kak Kodijah

Tapi sumpah
Tak ramai budak perempuan yang cool macam Kak Kodijah
Dia slumber je naik motor honda bulat abah dia masuk kawasan kampus
Kalau budak perempuan lain, haram segan nak naik motor honda bulat tu

Laju woo motor Kak Kodijah
Kalo merempit, memang meluncur laju di atas jalan raya
Boleh kalahkan motor Kriss budak rumah gua
Masa tu cool habis
Gua akan jadi co pilot tetap Kak Kodijah

Masa semester break
Kak Kodijah bagi gua guna motor dia bawak balik kampung
Memang cool lah
Dah berapa kali gua ulang perkataan cool pun gua tarak tau

Ini dia contoh motor Kak Kodijah



Ps: motor abah Kak Kodijah ni memang banyak berjasa buat Kak Kodijah, gua dan Ola. 


NESCAFE KAK KODIJAH

  Kucing ni perli gua kah??? Hahaha..

Masa tu study week. Gua malas nak balik kampung, sebab gua ingat, kalau balik kampung soheh gua tak study. Maka, gua stay kat rumah sewa dengan Kak Kodijah dan Ola. Tiga orang budak rumah gua yang lain memang kerap balik kampung. Almaklum ler, ada transport.

Gua bukan peseng yang rajin study. Dan, gua bukan orang yang suka study.

Apa perbezaan di antara rajin study dan suka study??? Ntah... Tak dapat pulak gua nak bagi perbezaan. Lu orang pikir sendiri lah. Haha. Cuma, kesimpulannya memang gua tak suka dan tak rajin study. Ok?

Kononnya nak stay up. Kalau nak stay up, ubat yang paling mantop untuk menghalang mengantok ialah nescafe. Jadi, gua dengan Ola pun pakat, nak suruh Kak Kodijah bancuhkan air.

"Kak Kodijah, neskepe yang hang bancuh sedap lah", intro dari gua.

"Betul Kodi, hari tu ko bancuh, sedap sangat", Ola sambung puji-pujian untuk meneruskan misi kami menyuruh Kak Kodijah bancuh air.

"Banyak lah korang punya sedap, dasar pemalas. Puji-puji aku tu, saja je nak suruh aku bancuh air kan", suara Kak Kodijah yang nyaring dan tak merdu menyapa gegendang telinga. Lalu, Kak Kodijah pun bangun menuju ke dapur.

Gua sengih-sengih dengan Ola. Berjaya misi kami.

"Kak Kodijah, bancuh pekat-pekat sikit. Nanti nak stay up, tak la mengantok sangat", ini request gua. Keh3x. Takut jugak Kak Kodijah maki gua 2,3 round.


.......................................

Gua dengan Ola teguk air lepas baca bismilah.

Gila babang punya pekat!!! Haram Kak Kodijah, kena kan gua dengan Ola. Pastu, paksa gua dengan Ola habiskan jugak air nescafe tu.

Nak jaga hati Kak Kodijah dan lagi takut dia membebel, gua dengan Ola abihkan jugak air nescafe yang maha pekat tu.

Sudahnya, Ola tak tidur 2 hari 2 malam, gua pulak, 3 hari tak tido. Langsung tak leh tido. Baring je, tapi mata takleh pejam. Dah tak tido tu, haramnya nak study. Tapi dok melongok depan laptop, main game. Masa tu layan Magic Vines dengan Bejeweled je. Hehehehe.



P/S: Lepas tu, tobat dah nak suruh Kak Kodijah bancuh air. Tak sanggup der tak tido 3 hari.




Sunday, October 3, 2010

AHAD DAN IMPIAN

 Sekadar hiasan. Ini bukan kereta gua okeh. Har har har.


AHAD

Today is Sunday. Sunday is Ahad.

Sekian,
Terima kasih.

............................................

IMPIAN

Semua orang ada impian. Impian gua dari segi material, gua kalau boleh nak dapatkan benda-benda ni dalam hidup gua. Tak kisah lah gua beli sendiri mahu pun ada orang bagi, gua memang nak sangat. Gua buat ayat sedih ni weh, tak kesian kat gua kah??? Haha.

1 - beli laptop : gua tak ada laptop mahupun komputer besar gajah tu. selama ni, gua berblogging guna komputer besar gajah kat ofis gua. balik kerja, gua buat muka sekupang, guna laptop rakan serumah gua. macam sekarang ni, gua pinjam laptop rakan serumah gua jugak. terima kasih rakan serumah yang baik hati. sayang awak...

2 - tukar rim - ohhh.. gua memang nak sangat tukar rim kereta gua tu. bukan nak bagi lawa, tapi nak tukar tayar standard yang gua masih guna sejak tahun hampir 2 tahun lepas.

3 - kamera DSLR - gua nak kamera DSLR!!! sebab gua rasa gua ada bakat, lagipun gua banyak berguru dengan Adam. Sebab tu gua folo cerita Adamaya tu.

Itu saja kot impian material gua. Nanti-nanti gua ingat, gua tambah lagi list ni okeh. Hari ni, gua lepak di rumah saja. Tak ada aktiviti jalan-jalan cari makan mahupun jalan-jalan cari pasal. Sapa mahu cari pasal dengan gua, datang ar cari gua kat Disneyland, gua tengah bersuka ria di sini. Haha. Gua tipu. Gua ada kat rumah sewaan.

Okeh, sudah!! Gua nak pergi tolong rakan serumah gua, beliau nak masak Kari Udang Mavelesss dengan Kobis Goreng Vavavommm.

Sekian,
Budak paling comel. Har har har.


p/s: gua rindu dia. sori, terjiwang. ohhh.. demmmm.. gua bukan jiwang okeh, tapi normal lah, orang comel macam gua pun mesti ada rasa rindu rinduan kan. hehehe.

Saturday, October 2, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA MARIA OZAWA BINTI TENGKU JUH

Salam 1 Malaysia buat semua. Hari ni Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh ingin membawa anda semua jalan-jalan cari makan bersama Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh di kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang.


 Buat mereka yang sangat bengong tak pernah tengok Ais Batu Campur aka Ais Kacang, maka kat sini Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh nak kenalkan kepada semua okeh. Sedap tauuuu... Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh sangat berpuas hati, udah ler harganya murah, 2 hinggit je tauuuu.. Jimat gitu... Udah ler sedap.... Hehe.


 Ok, seterusnya Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh nak kenalkan pulak Bakso daging dinosour!! Hak hak hak. Kak Maria Ozawa tipu je tau... Nampak tak bebola daging yang sebesar penumbuk anak menakan Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh, sangat besauuuu okeh. Harga 3 hinggit setengah. Sedap betuuuiiii..


Seterusnya, aktiviti menghabihkan duit gaji yang baru dapat. Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh telah berkunjung ke pasar malam, usya tudung lawa yang murah. Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh memang tak kisah pakai tudung murah, janji lawa. Motto hidup Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh ialah, "MURAH, MURAH, DAN MURAH, JANJI LAWA". Jangan tiru motto hidup Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh okeh.

Seterusnya, Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh telah berjaya menghabiskan semangkuk Laksa Kedah yang Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh beli dengan harga 2 hinggit setengah. Telur rebus tokey laksa tu letak sebijik yuuuuu... Memang berbaloi-baloi. Udah ler seedap!!! Tak percaya??? Tengok lah mangkuk tu, licin kannnnn... Abaikan tin biskut cap Lagenda tu, itu adalah lapik meja  Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh okeh. 


Pruttttt... Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh terkentut pulak!! Sekali bau macam haram sebab tadi Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh dah abihkan telur rebus sebijik yang tokey laksa tu bagi. Boleh pengsan jugak kalau kentut 2,3 kali nih. Jadi, Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh nak pi sapu Krim Pati Halia bagi kurang sikit sengkak perut Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh. Ok lah, kita jumpa lagi dalam episod yang akan datang bersama Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh di saluran Jeniang Food Channel (JFC). Jumpa lagi, papai. Taking care. 




Yang benar-benar belaka,
Kak Maria Ozawa binti Tengku Juh

INI BUKAN TRAGEDI OKTOBER

Tajuk macam haram jugak! Haha. Tajuk tu gua cilok dari lagu Awie, Tragedi Oktober. Hari ni kan Sabtu, otak gua pun sama berjimba-jimbi. Sampai tak boleh nak fikir tajuk apa yang paling sesuai nak letak. Keh3x.

Walaupun hari ni hari sabtu, gua masih kerja. Tapi, separuh hari sajorkkk. Lepas habis kerja, petang-petang sikit cadangnya gua nak pergi shopping!!! Mau ikut??? Hehe. Tempat mana yang lu orang rasa best nak shopping? Queensbay Mall yang bertentangan dengan Pulau Jerejak? Tak pun, Prangin Mall? Tak sesuai? Takkan Bukit Jambul kot, itu gua tengok mat indon dengan minah indon je ramai. Haha.

Ekceli, gua nak pergi shopping kat Long Wan je. Haha. Kenapa Long Wan? Sebab barang-barang kat Long Wan lebih murah mengikut survey yang gua buat. Contohnya, harga Downy kat Long Wan lebih murah dari harga kat Tesco. Yang tu je gua ingat, yang lain gua tak berapa ingat. Keh3x. Dan lagi, gua suka jugak barang-barang plastik kat Long Wan. Cantik dan murah. Tidak kah gua seperti duta kedai Long Wan? Haha. Takpe-takpe, gua buat free promotion untuk Long Wan. Har har har.

Aktiviti gua pada hari ini akan di teruskan lagi dengan aktiviti menghabiskan duit di pasar malam pulak. Gua mengidam nak makan Laksa Kedah. Sedap bangat!! Itu makanan yang wajib gua beli. Gua tak suka Laksa Penang sebab rasa tak ngam dengan tekak gua yang dah berabad dan berkurun hadap Laksa Kedah je. Hehe. Dan di pasar malam jugak, gua dengan rakan serumah gua akan cari tudung baru yang pastinya lebih murah. Ohhh.. murah, murah dan murah. Itu memang motto hidup gua sejak dari dalam kandungan mak gua lagi. Keh3x.



ps: Walaupun pakai barang murah, gua tetap maintain cun. Orang cun, tak kisah lah pakai barang murah, tetap akan nampak cun kan??? Heheh. Tak guna pakai barang branded, handbag Guess, perfume Be Delicious, barang make up Simply Siti kalo spender pakai yang 3 helai sepuluh hinggit!! Haha.




Friday, October 1, 2010

Mari menonton TV

Pernah tengok cerita Wild Hogs? Gua tak pernah tengok. Tapi, kat TV3 sekarang tengah tayang Wild Hogs. Kisah 4 orang sahabat naik motor besar, tak pasti pulak gua motor Harley Davidson atau apa. Tapi, deruman enjin motor tu membuatkan gua rindu motor EX5 gua yang di curi orang. Haha.

Pelakon cerita ni, gua tak kenal sangat. Kecuali John Travolta. Alaaa.. Gua bukan folo sangat perkembangan artis Hollywood ni, kalau pelakon kat Malaysia nih, gua kenal jugak lah. Walaupun sekor pun artis Malaysia tak kenal gua. Har har har.

p/s: Best part gua rasa, ntah kenapa pelik sangat nama watak kat drama Melayu sekarang. Ada nama Chenta, ada nama Asmara, ada nama Abu Durrah. Nape pelik bebenor nama nih? Gua rasa comel jugak kalau lepas ni lu orang panggil gua, Chenta. Keh3x.


yang benar,
Chenta.


uweeeeeeeeeeekkkkkk...

PART TIME JOB

Gua belanja lu orang jamu mata, tengok kek yang delisyesss.. Keh3x.


Senah ni kawan gua. Dia kerja jururawat kat hospital swasta di bandar Alor Setar. Senah dah kahwin, anak sorang.

Senah sekarang buat part time job. Spa apa benda ntah. Sebel Spa? Bebel Spa? Ntah, gua pun tarak tau part time job apa Senah buat. Ada jugak Senah sebut pasal jual aksesori wanita dan krim-krim untuk badan.

Senah kata, "bukan apa, boleh jugak tambah pendapatan keluarga". Gua senyum saja. Bagus lah kalau ada niat nak bantu naikkan taraf ekonomi dia laki bini.

Part time job ni macam Multi Level Marketing (MLM) jugak gua syak. Sebab kena cari orang bawah kita untuk join. Gua syak, Senah tengah fokus nak dapatkan gua, suruh gua join dia buat part time job ni.

Senah kata, "kalau nak senang, takleh bergantung dengan satu income saja". Gua gelak lagi. Malas gua nak layan Senah ni.

"Jom lah masuk. Kalau tak reti, nanti aku ajar", Senah pujuk gua lagi. Kalau hari-hari SMS gua dok cakap benda yang sama, hangin gak gua. "Sorry, not intrested". Gua balas SMS Senah.

"Aku dulu pun sama, tak minat jugak, last-last rasa best pulak", Senah balas lagi. Nak umpan gua. Memang peseng tak paham bahasa jugak Senah ni.

Gua balas SMS Senah, "Sekarang ni aku pun tengah buat part time jugak. Aku jadi blogger. Menulis dan duduk depan komputer je. Tak payah nak pergi training, tak payah keluar jumpa orang". Wahahaha. Macam haram jugak SMS gua.

Gua syak Senah sakit hati dengan SMS gua. Sampai sekarang Senah tak SMS gua. Haha. Mungkin jugak Senah sibuk dengan part time job dia sampai tak ada masa nak SMS gua. Tak apa lah, gua harap Senah berjaya dengan apa yang dia buat. Senah cakap, kalau semua berjalan lancar, Senah nak berhenti kerja tahun depan, nak fokus kerja Sebel Spa nih.


P/S : Nak jual produk kecantikan konon, gua nih, datang kerja, bedak pun tak pakai. Wahaha. Tapi di sebabkan gua ni memang cantik semula jadi, so memang tak payah nak tempek-tempek bedak. Keh3x.