Friday, January 28, 2011

aku jumpa dia

Dia ni dulu kawan baik aku. Sangat baik rasanya. Pagi buta sms aku, suruh call balik, ingatkan ayah dia sakit teruk, rupanya nak cakap pasal putus cinta. Bila masa bercinta pun aku tarak tau. Pandai simpan rahsia, padahal semua masalah cerita sama aku.

Tarak duit, datang mengendeng dekat aku. Aku baik, dan aku jenis penjimat orangnya (perasan), tak pakai baju branded macam dia, tapi apa guna, menang gaya tapi poket kerap kosong.

Bila tarak duit, aku jadi bank, buat loan sementara tunggu duit pinjaman masuk.

Itu zaman belajar sama-sama.

Menganggur 4 bulan sebelum kahwin, tapi masih ada keinginan nak buat kenduri yang hebat. Tarak duit lagi nak bayar photographer, last-last aku jugak di cari. Kawan, kalau tahu duit tak banyak, tak payah buat kenduri yang hebat. Sedar dengan faktor kewangan yang tak mengizinkan tu. Tapi tak apa, bila susah, ada kawan yang nak di cari. Bila senang, lari jauh-jauh.

Kata kawan baik aku, aku nikah, aku kahwin pun tak tunjuk muka. Ok, aku terima. Sekarang ni dah ada akaun facebook, boleh pulak add orang lain, tapi aku yang dulu jadi bank masa tarak duit, lupa pulak nak add aku? Kenapa, segan nak add aku kah?

Bodohnya manusia macam ni. Sangat penting diri sendiri.

* aku ingat lagi sms lama dia dulu : kalau lah mencuri tu halal, aku akan buat untuk bayar hutang hang. (masa nak pinjam, bukan main janji manis menghiris kalbu, bila mintak hutang, macam-macam alasan).

* aku ingat lagi sms lama dia dulu : hang tak faham masalah orang yang dah kawin macam mana. (mentang lah aku jodoh lambat, senang hati nampak sound aku macam tu. ni sekarang aku dah kahwin, dan aku cuba faham masalah hang sekarang, tapi aku tetap tak faham. tak dak duit, kena kerja la sayang oii. bukan simpan ijazah yang hang dapat tu dalam almari bagi tikus tengok).

14 comments:

  1. aku pun tak reti nak mintak balik duit yang orang hutang dengan akuu. segan pulak rasanya

    ReplyDelete
  2. aku fes???




    dah lama tak rasa nikmat fes. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. kenapa mesti ada manusia yg mcm tu.... benci la..

    ReplyDelete
  4. biasa la .. bila nak pinjam, ayat2 cinta mula la keluar.


    memang perit berdepan dengan orang2 yang macam ni!


    byk2 sabar yer GC.baru lah sentiasa chomel! :D

    ReplyDelete
  5. Sabo GC...mulakan ari anda dgn segelas milo panas....sllrruruuuuuppp..jgn mulakn dgn ati yg panas....

    -palsampah minah leter-cedok dr majalh giler2-

    ReplyDelete
  6. sabau ye akak..sy sgt memahami..sy penah mengalaminya...ape yg berlaku kite jadikan pengajaran pasni kene lg berhati2..kwn yg baik dan ikhlas sukar di cari..

    ReplyDelete
  7. lepas nih klo aku putus cinta aku msj ko la eyh?wi3

    ReplyDelete
  8. six september - aku pun segan nak mintak, tp kena gak mintak, sbb nak guna duit. huhu.

    six september lg - nk kena bg hadiah eh? haha

    mamafarhan - biasa la tu. semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang.

    sepet - haha. maintain comel la wehhhh.. yihuuuu..

    mamamia - eh, dah minum milo tadi.. hihihi..

    ccc - akak? eh, aku akak kah? haha

    aleen - sms la kalo nak kena maki. haha

    ReplyDelete
  9. Itu namanya 'kawan tak boleh pakai'...sorry to say.

    Saya tak suka ada 'kawan' yang hanya ingat kita bila dia susah, bila dia perlukan pertolongan...kalau tak, haram tak call/contact pun.

    ReplyDelete
  10. GC : camne boleh jadi status kawan baik kalau macam tu ?

    Setahu aku, kawan baik tak minta hutang dengan kawan baik dia..

    ReplyDelete
  11. tak sangka hang pun ada kawan bangang camtu.... aku ingat aku sorang ja ada kawan camtu. he he.....

    ReplyDelete
  12. daddy ziyyad - tak pa la, org tu dah jadi sejarah pun. sejarah yg tak mungkin berulang. hehe.

    pala maldini - kawan baik pun, kalo hutang mesti kena tuntut! wajib! haha

    pia - ada! awat plak takdak. grrr..

    ReplyDelete
  13. der nih member lu yg pinjam duit lu x byr balik tu ke? haih laa lame btol pnjam..lu dr lom kawen smpai dh slmt jd madam heee neway der..lu mmg sah pyabar.kalo gua ...huuhuhuhu

    ReplyDelete
  14. masalah kan..... bab berkawan ni mmg pelik. maksu ada tu, dulu kemain baik siap dtg rumah lap-lap peluh, sesat jalan pun datang ke rumah. lepas dia dapat kawan baru, dia bukan saja lupakan maksu, malah menabur fitnah dan mengata tak habis-habis dan sumpah maksu konon maksu ni yang meroyan dan gedik tua tak sedar diri. itukah dia alkisah kawan..... hhmmmmm, mmg nasib badan tak da ong dapat berkenalan ngan org mcm tu.

    GC, if we are right, let them go, meluat nak disimpan2

    ReplyDelete