Friday, January 7, 2011

dah jumpa, berbaloi-baloi

ni cerita pasal minyak masak lagi. hari ni jumaat, lunch break 2 jam. singgah kedai runcit dekat kawasan rumah, saja nak cuci mata, kot-kot ada minyak masak yang diinginkan. alhamdulillah, jumpa jugak minyak jenama knife, 2 kilo rm7.20. sudah dikira murah, sebab masa pi giant dengan econsave, jumpa minyak masak yang harga dua puluh lebih. ohhh.. tidak berbaloi-baloi. sebelum ni pandang kedai runcit tu sebelah mata je sebab kedai runcit kan, mesti stok minyak masak confirm takdak. tengok-tengok ada, serius tak ramai lagi yang serbu dan habiskan stok minyak masak kat situ.

so balik kerja petang nanti, boleh mandi minyak sekali sebab minyak masak dah banyak kat rumah. ekekeke. sapa-sapa nak join, boleh sms dengan kadar segera.

grrr... tadi beli bawang besar. konfem!!! naik harga. kentang 4 ketul, bawang besar 5 ketul dah lima ringgit lebih. rasa nak lempang je tokey kedai runcit tu. tapi saja malas nak masuk lokap free sebab pagi tadi dah tengok kat berita, ayah si dafi tu umum harga bawang naik lima puluh peratus. lima puluh peratus okeh!!! awat yang tak penaik bagi seratus peratus teruihhh? senang sikit nak kira.

demmm.. terus jadi emo nih. lepas ni tak mau makan bawang dah, nak makan megi kari ja. makan megi kari tak boh bawang, aku boh teloq dengan cabai ja. kot nanti depa umum harga megi naik pulak, aku tukaq makan biskut cream crackers jenama hup seng aka roti pat segi, cicah dengan ayaq tehhhhh...

grrrr...

20 comments:

  1. uikss....mendadaknye kenaikan harga bawang tu...ape sebab? nak kena tanam sendiri nih...

    ReplyDelete
  2. untung sapa duduk rumah banyak tanah, boleh cucuk tanam sendiri

    tapi minyak tak tau nak la nak gali kat mana, heh

    ReplyDelete
  3. kat SP petani pun minyak ni tgh krisis...mak aji suh beli kat shah alam nanti dia nak mai amik

    ReplyDelete
  4. jom kiter jadi petani moden huhuhuh

    ReplyDelete
  5. cik shinju: katanya kat india banjir, jadi stok bawang takdak. kah3x.

    KOG: ok, balik nanti nak tanam bawang dalam pasu. letak kat balkoni. grrr...

    kak KB: kat shah alam ada stok lagi ka? igtkan kot belah sana yg habih awaiii.

    sahrom: minyak masak camna? nk proses kelapa sawit sndiri ka? haha

    ReplyDelete
  6. kesimpulannya..harga makanan tengah runcing..runsing pun boleh jadi..disebabkan permainan si tukang minyak

    ReplyDelete
  7. kat umah kg, minyak berlambak2..maklumla..baru pas kenduri..siap boleh mandi minyak lagi.. saje jer citer nak bagi jeles..hahaha!

    ReplyDelete
  8. semua naik..nampaknye kene tanam sendirila bawang,ubi,serai..hehehe

    ReplyDelete
  9. hahahhaaaa..agak2 nak lg jimat makan angin je la...mkn angin berperisa co2 berjenama bmw..heheheee...kenyang tu..

    ReplyDelete
  10. oooohhh dah jumpe dah minyak??? pasni boleh masak sedap2~

    haah lah~ tangok gak berita semalam.. bawang naik harga~

    ReplyDelete
  11. bwg pun naik rege ke? adus! susah betul la idop skrg

    ReplyDelete
  12. Nak buat lagu mana...tu la keadaan la ni.
    Tapi yang paling tak bestnya, bila dah naik, tak reti2 pulak dia nak turun balik!

    ReplyDelete
  13. salam singgah..

    minyak kat sh alam nyawa2 ikan!!..

    saye x dpt stok arini :(

    ReplyDelete
  14. harga bawang naik banyak babe..! abis la lepas ni laksa tak sedap. aku buat laksa taruk bwg banyak. wuwuwu~

    ReplyDelete
  15. semenya dah naik skrg ni...mana de turun...

    mungkin kuasa telepati dpt membantu...huhu

    ReplyDelete
  16. sakit jiwa raga betul la...
    semua brg naik. bawang dah 2 minggu naik rega, baru hari ni depa nak umumkan???

    benci la...

    ReplyDelete
  17. mampoih dah...sapa nk buat kenduri besok2 ni..dulu 10k boleh laa lagi buat kenduri, la ni,fuh!20k pun xtau cukup ka tak..

    ReplyDelete
  18. one2pai- suh bini lu masak megi hari2. konfem tak pakai minyak masak. haha.

    mdt- kat kampung kalo lepas knduri memang belen minyak masak tu byk lagi. boleh pakai 2,3 bulan lag. hehe.

    cikceriacorner- sume benda naik, darah tggi pn naik jugak nih. grrr..

    ujee- haha. boleh kembong perottt.. ekeke.

    kak nafira- tak da la sedap mana, kadang2 nak gak makan ikan goreng kan. hehe. bawang naik separuh hargaaa.. ohhh.. gaji tak naik2. huhu.

    msgoodnite- memang lah, lu ni nampak sgt tak tgk berita nih. tp mujur lu baca blog gua nih. haha.

    kuasai minda- haha. naik reti, turun tak reti.kah3x.

    echah- up, and no down. haha.

    ReplyDelete
  19. zie- jgn kata kat shah alam, kat lumut ni pn sama. masak pakai myk petrol je lah. haha.

    gb- haha. tanam la bawang gb. tak payah beli. jimat dan berbaloi-baloi. ekekekee.

    mario- telepati pa jadahnya woiii? haha. meh aku nak telepati dgn hang, tolong belikan minyak masak kat aku 5 kilo. keh3x.

    kak pnut- pak2 menteri kata, standard la harga barang naik, harga kt tmpt kita masih murah kalo nk d bandingkan dgn tempat lain. ayat standard.

    kak anis- mujuq kita kenduri dah.tidak haru gak bakal laki nak cari duit hantaran. haha.

    ReplyDelete