Monday, January 10, 2011

kecik-kecik lagi sudah pandai lepak

skill lepak melepak ni sebenarnya bukan baru hari ni bermula. ekceli, memang sejak kecik lagi terutamanya untuk budak-budak kampung macam aku. nak pi cyber cafe masa tu, mana ada. cyber cafe dulu mana ada tumbuh seperti cendawan lepas hujan macam sekarang ni. nak pi jalan-jalan makan mekdi, tudiaaa nuh, kena pi pekan sungai petani. jauh kemain. masa sekolah rendah, jangan kan kata tengok mekdi, makan kfc pun tak pernah. sedih gila cerita nih, gamaknya sekarang kalau cerita cam aku ni wujud lagi, boleh la masuk bersamamu TV3, hulurkan tangan, ringankan beban.

dulu kalau lepak-lepak, tak pi jauh-jauh. petang-petang menempek di kedai makan yang tak beroperasi pada waktu petang, duduk dalam 3,4 orang, sambil tengok kereta lalu lalang. dah duduk ramai-ramai tu, mesti ada game yang tercipta. masa tu, game yang paling glemer ialah pilih nombor plat kereta yang lalu lalang, dari huruf A sampai Z. pilih la nak hruuf apa pun, terpulang. janji tak sama dengan orang lain.

nak lagi hebat, pilih huruf tu berdasarkan pangkal nama masing-masing. konon nak nampak hebat. contoh nama rehan, so orang tu akan pilih huruf R dan tunggu kereta lalu lalang, sapa yang kereta paling banyak lalu, dia menang.

untungnya, R tu tandanya kereta tu dari perlis. perlis kan berjiran dengan kedah. untung-untung, ada kereta perlis yang lalu. kalau pilih huruf S, memang boleh pengsan jugak kalau nak tunggu. tak banyak kereta berplat pendaftaran S. ada member yang konon nak nampak hebat, pilih huruf Q, konon-konon tak mau sama dengan orang lain. berjanggut nak tunggu kereta plat Q.

masa tu memang agak bangang dan cerdik-cerdik pak pandir, belum tau yang plat K tu untuk Kedah, P untuk Penang, R untuk Perlis. Serius ngok, kalau ingat-ingat balik, ada tak dulu aku terpilih huruf O atau F, G. grrrr....

bila ada kereta yang lalu ada huruf yang kita pilih, menjerit kemain macam orang kena loteri. serius seronok. balik rumah, ada yang berbirat paha sebab kena cubit dengan mak sebab tergedik-gedik kat tepi jalan. yang tu mak tak bagi buat, yang ni mak tak bagi buat, tapi masih cool, lepas ni cuba game lain pulak. masa tu takdak feel lagi nak lari dari rumah. tak macam budak-budak sekarang, merajuk sikit nak lari dari rumah. huhu.


ps: keputusan anugerah juara lagu ke 25 semalam agak tidak best... grrrr...

13 comments:

  1. sungguh cool penulisan lu ni....tapiiii pehal tak puas hati result AJL?? awek gua menang siot!!!

    ReplyDelete
  2. ehhehehe.da rejeki diaorg..tp memang ramai yg best2

    ReplyDelete
  3. ceh.xbes langsung permainan korang.xcukup adventure klo aku 2. :P

    ReplyDelete
  4. Weh..menarik game tu...
    Jom kita main nak? :P
    Ko pilih plat LA..hahaha
    Kami dulu cuti skul balik kampung,
    kami buat rakit daripada buluh pastu letak sepupu yg masih kecik test..jauh gak hanyutnye sebelum pakcik aku sedor..hahaha.. :P

    ReplyDelete
  5. bgus2.. mase tu otak tgh berkembang.. :)

    ReplyDelete
  6. aku dulu kecik2 mana main macam hang
    dok rumah belajaq masak ja

    kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Z ada kat Sp tu. kan ka ada kem tentera dekat2 situ....~

    ReplyDelete
  8. aku main apa ek kecik2 dulu......?? masak2 tepi umah jer kot. pak aku bukan bagi aku nak pi jauh2..... =)

    ReplyDelete
  9. kekeke.. unik sungguh game masa kecik2 kan.. sonok sgt bila tingat masa kecik2 kan~

    ReplyDelete