• News

    05 January, 2011

    KUASA TELEPATI

    perasan tak, dulu-dulu kalau tengok tv, banyak betui drama-drama pasal kuasa telepati. kuasa telepati ni kalau di rujuk kepada kamus dewan kampung kuala ruman iaitu kampung aku sendiri, adalah merujuk kepada kuasa minda yang diberikan oleh Allah kepada hanya orang-orang yang terpilih. maksudnya, tak semua orang dapat kuasa telepati ni. telepati ye kawan-kawan, bukan telemerpati. kuasa telepati ni membolehkan seseorang itu berkomunikasi dan mengetahui sesuatu tanpa perlu berkomunikasi malahan dari jarak jauh. grrrr.. apa aku merepek ni.


    alkisahnya kemarin ada seorang budak, dia nak makan bihun, maka dia telah shout di facebook beliau mengenai jenis-jenis bihun yang terdapat di pasaran samada bihun sup, bihun kuah, bihun hailam dan sebagainya. dan beliau mempunyai seorang kawan blogger di facebook beliau yang mencadangkan beliau makan bihun tomyam. ohhh.. bagusnya pendapat itu.


    maka, setelah tamat waktu bekerja, budak itu pun pulang ke rumah sambil membayangkan menu bihun tomyam untuk makan malam nanti. alkisahnya, budak itu tertido depan tv dari lepas asar sampailah ke malam, berkemungkinan hampir pukul 10 malam, dengan tv terpasang, rumah gelap gelita. hampir pukul 10 malam budak itu merasa terkejut yang amatzzz dan terjaga dari tidur dalam keadaaan mamai apabila melihat kepulangan laki beliau. ohhh... lakiku pulang, bisik budak itu di dalam hati dan sambung tido tanpa memperdulikan kepulangan lakinya.


    laki budak tersebut membawa pulang sebungkus bihun sup ye kawan-kawan. inilah yang dinamakan kuasa telepati tersebut. tanpa perlu sms dan menelefon, si laki telah tahu kehendak dan tahap kebuluran si bini. mungkin selepas ini, budak itu boleh berimaginasi untuk makan burger prosperity pulak, mana tau kuasa telepati si laki akan membolehkan beliau makan burger prosperity. hehe.


    tamatlah cerita pasal kuasa telepati. malam ni nak makan .... hmmmmm... no idea pulak.

    23 comments:

    Cik SHiNJU said...

    erk..buruknye pangai budak tu..ish3x :P

    Pala Maldini said...

    haha.. sebenarnya laki 'budak' tu baca status 'budak' tu di FB, sebab itu bila balik laki dia bawa bihun!

    gadisBunga™ said...

    ceh. igt dia nak balik buat. hahaha~~

    Siti Noor Aminah said...

    cik shinju: buruk? kah3x. tidak lahhh...

    pala maldini: haha. aku pun syak macam tu. keh3x.

    GB: haha. tertido la GB.

    Days said...

    gua suspek lu ngn laki lu leh ganti romeo n juliet.siyes memahami.nih ke yg di panggil amazing nye kawenn

    Siti Noor Aminah said...

    days: glurppp.. tipu je weh, dia baca status fb gua. kah3x. takdak la telepati sgt. ekekeke

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    seorang budak tu lu la ye?.

    HaN WarreN said...

    hahahahah sengal la hang ni...betul2 isteri soleh lagi solehah :P

    alien said...

    apala budak tu kan..

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    telepati hanya berkesan dari FB !


    kehkehkeh...

    Amir Syahir said...

    kalau la wujud..keh2

    cikceriacorner said...

    nak minta budak tu burgerla.lapau la plak..ehheh

    mario said...

    hebat betul dak tu tido...ekeke

    one2paii said...

    gua pun nak minta budak laki a.k.a si suami tuh untuk belikan gua sebijik kehte dan uhma..dasat betul laki tuh kan..kuikui

    Mat Sentap said...

    wah!!!!! dh ada dot com!!!!
    hahaha...

    btw, ini link baru tau..

    || NaFiRaa || said...

    isk3.. x senonoh sungguh budak itu kan~ bukan nak balik masak bihun tomyam.. dia balik tido plak! kekeekke

    Aleen Aiden said...

    kuasa telegram pon xsemua ada kan?abg2 posmen je yg terpilih.hak2

    Unknown said...

    haahha...bagusnya suami budak ituu,,,rasamcm romantik je...;)

    budak kecik said...

    kalu baca buku2 dr fadzilah pun, beliau ade sebut psl kuasa telepati nih...

    ak pn prnah kena. waktu tu, tetiba ak ase rindu ngn kwn ak tyme mrsm. yg ajaibnya, petang tu jgk beliau kol ak~!

    kuasa telepati punya psl. Allah telah sampaikan rasa kerinduan ak kt kwn ak tuh

    Pencacai Alim said...

    aku just blh geleng pala jeh..kehkeh

    My Special Mall said...

    wah, kena berlatih kuat2 ni bertelepati

    Siti Noor Aminah said...

    stiffler: eh, gua kah? haha. bukan kot.

    hantwo: gua memang soleh dan solehah. aminnnnn.. hehe.

    alien: grrr.. dia budak yg baik tau..

    kak reen: haha. betul, sgt berkesan untuk kuasa telepati. hahaha

    Siti Noor Aminah said...

    hiro: hmmm.. kalo lah wujud kan.. huhu..

    cikceriacorner: grrr.. beli sendiri k. gaji dah abesss.. haha.

    mario: grrrr.. mana ada. ekekeeke.

    one2paii: rasa nak kena lempang je budak one2paii nih!!! haha.

    aliesya: jgn ngada2. dah lama tau, since last year. grrr///

    kak nafira: budak itu betul2 penat, kesian la kat beliau.. haha.

    aleen: jenuh nak tggu kalo guna kuasa telegram. mati semua anak cacing dalam perutttt... haha.

    echah: haha. merepek lah, tak romantik langsung. kah3x.

    budak kecik: lu nih byk sgt tengok drama melayu nih. haha. tp serius, mmg ada pn. ;p

    pencacai alim: dan aku mampu anggukkan kepala. hehe.

    maksu: haha. jom kita berlatih bersama2. haha.

    Total Pageviews

    My Followers