Monday, January 31, 2011

maafkan ai bang

Assalamualaikum.

Malam ni abang tak balik kan??
Ok, abang duty. Ai lupa.

Ai nak mintak maaf dengan abang. Ai terambik stoking abang. Ai ingatkan stoking hitam ai, rupanya stoking kerja abang. Ai mintak maaf.

Memang la pelik kalau kaki ai yang ber saiz 4 macam kaki Cinderella ni bila pakai stoking abang yang ber saiz 10 tu. Eh bang, 10 ker 11? Lupa pulak saiz kaki laki sendirik. Ekeekeke.

Sejuk sangat tempat kerja ai ni bang, pakai baju sejuk saja tak cukup, tetap kena pakai stoking. Kat luar tu, macam salji tengah turun je. Sangat sejuk. Ai ni tak pa lah orang Malaysia tulen, biasa kena panas, jadinya sebab itu ai tak berapa tahan dengan cuaca sejuk macam ni. Tapi yang ai pelik, orang-orang putih kat sini pun tak tahan sejuk jugak. Dekat Finland sana tak ada salji kah???

Ok bang, nanti ai janji, ai cuci balik stoking abang yang ai guna nih. Serius ai tak sengaja ambik. Maafkan ai abang. Nanti abang balik, ai gorengkan ikan pekasam kegemaran kita tu yang telah dibekalkan oleh mak masa kita balik kampung. Hehe.

Ai lupa nak bagitau abang, ai dah berjaya merasmikan seekor ikan pekasam dari balang yang mak dah ikat tiga lapis plastik takut busuk. Sedapnya. Pandai mak buat kan.

Buat kawan-kawan ai dari terengganu, pantai remis dan yang seangkatan dengannya, sori lah tak dapat nak bagi u'olls rasa pekasam yang mak buat, sebab stok tak banyak. Lagipun ayah ai malas nak pi pukat ikan. Hihihi.

13 comments:

  1. takpelah share stokin.. boleh erat kasih sayang.. he..he.. bestnya ikan pekasam.. tp dah lama tak makan sbb en.asben tak suka makan tu.. jadinya terpaksalah beralah..

    ReplyDelete
  2. hahahaa....ko nih..ada2 aje le..jgn tertukar dlman sudah...hahahahaaa...tolong jgn imajin..hahahhaaa..

    ReplyDelete
  3. huhuhu..nasib baik share stokin..kalau share tutttt..cemane la gamaknya hahahaha

    ReplyDelete
  4. elehhhhhh... cakap jek lah sengaja abang stokin tu..sebab u rindu kat hubby u kan!!! kan!! muahahahaha..larikkkkksss

    ReplyDelete
  5. * adeesss laaa.. ayat pon dh tunggang terbalik.. paham2 sendirik lah eh~ lalalala

    ReplyDelete
  6. Korang berdua makanlah ikan pekasam tu. Ai tak berapa suka hehehe

    ReplyDelete
  7. Abg tengok betul2 stokin tu bila GC dah balikkan. Takut dah ada lubang ngeeee

    ReplyDelete
  8. hang mmg dr dlu kalo buat entry xpenah skali gagal buat gua rase lapo hishh..ikan pekasamm feberet tuuu

    ReplyDelete
  9. kak hanis - luckily kami berdua suka makan! haha

    ujee - jgn nak mengarut! haha

    sahrom - jgn nak mengarut la weh. dah sah2 saiz lain2. haha

    kak nafira - knp ayat tunggang terbalik nih? haha

    YB - mak aii, ruginya tak makan. YB blom jumpa yang sedap lg.

    days - mai ar jalan2 kt umah aku, boleh makan pekasam.. haha

    ReplyDelete
  10. pinjam stoken~ keh3x

    *sedang baca entri2 yg ada. cuba cari jiwa blog ini. =)

    ReplyDelete
  11. haha.. hape daaa... curik stokin suami.. XD

    ReplyDelete
  12. Abang sejukkk kat sini ..Hahahaha!

    ReplyDelete
  13. GC - Ikan pekasam depa buat guna ikan sepat ke? best, kan?!

    ReplyDelete