Wednesday, January 26, 2011

malas

bangun pagi, lepas solat subuh, rasa macam nak tidur balik. nak mandi pun malas, air sejuk macam mandi pakai air dari peti ais. ohh.. macam mana nak pergi overseas kalau air sejuk macam tu pun tak tahan. gamaknya kalau pergi overseas, soheh hari-hari tak mandi. main lap-lap badan dengan tuala basah je. itu pun mesti super duper sejuk. ok, tak jadi pergi tempat sejuk, baik pergi afrika. sana kan panas, kalau panas, sedap pulak kalau dapat hirup ice lemon tea. ngeh ngeh ngeh.

malas nak pergi kerja, malas nak siap-siap ke tempat kerja. lif masih rosak, kena guna lif sebelah lagi, kadang-kadang ada bau tahi kucing sebelum nak sampai ke lif. kenapa biarkan kucing berak merata-rata, suruh kucing belajar cara-cara nak berak kat tandas dengan lebih efektif.

malas nak panaskan enjin kereta. kalau boleh, start enjin, terus nak masuk gear. ok, lepas tu kereta lingkup cepat. padan muka kena pergi kerja naik beskal. malas nak tekan pedal minyak, kenapa kereta tu tak bergerak pakai arahan dari suara je. "Ok kereta, sila bawa aku ke ofis". malas nak tengok kiri kanan masa nak lintas jalan, macam nak terus jalan je. kalau pakai kereta kebal, mungkin selamat tapi kalau setakat pakai kerata kecik, confirm aku yang terlenyek macam kentang lenyek KFC. demmmm.. sedapnya kentang lenyek tersebut.

sampai tempat kerja, malas nak buat kerja, rasa macam nak tidur je. biar semua kerja, boss buat sendiri. tapi hujung bulan, gaji masuk macam biasa. dan lagi best kalau gaji aku bertukar dengan gaji boss. tapi tak payah bayar LHDN. kan bagus kalau masuk-masuk kerja, tengok-tengok dah 5.30 petang, boleh terus balik rumah.

boleh tak kalau tak payah masak? hari-hari makan oblong pun tak apa kan avang. ayang tak larat nak masak. malam tu kita makan oblong tu sangat sedap lah avang, dan rasanya lebih kurang prosperity burger. kita dah boleh jimat, dari habiskan duit beli prosperity, baik kita beli oblong yang sedap lagi murah itu. kat kedah dulu, tak pernah pulak jumpa orang jual oblong. ayang macam sedikit jakun bila mendengar nama yang lucu itu tapi rasanya sungguh sedap.

malas nak update blog. malas nak blogwalking ke blog kawan-kawan. malas nak taip new posting, malasnyaaa...

tapi excited nak balik kampung. dah pujuk mak ubah tarikh kenduri doa selamat. mak mesti sanggup ubah date tu semata-mata anak kesayangan beliau nak balik. ibu zahra gebuss pun dah cakap nak beli ikan keli dan buat ikan keli bakar. bakar atas dapur kayu, berminyak-minyak ikan keli tersebut. buat yang pesan ikan pekasam tu, sorry. tak ada stok. pekasam tu special mak buat untuk aku. ok, nak sambung tido kat ofis. kroiiiihhh.. kroiiihhhhh... kroihhhh...



rupa bentuk oblong yang sedap itu.
harga tidak pasti sebab di bayar oleh encik avang.
gambar di cilok dari brader gugel.

11 comments:

  1. malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen
    malas nak komen






    malas.

    ReplyDelete
  2. klo kucing pandai berak kat toilet pon die xde 3posen..kah3

    ReplyDelete
  3. hehhehe..

    saya pon malas arini..

    tp kene lawan malas tu..kalo x..sume keje xjalan..
    hehehhe

    ReplyDelete
  4. aku terus ketik komen. malas nak baca. hahahah

    ReplyDelete
  5. Oblong ternyata lebih sedap dari prosperity yang mahal tu....

    Cuba try untuk malas makan..ngeeeeeee

    ReplyDelete
  6. malas nk ... tutt ... tuttt ...


    ok! xmo tulis ap bende.



    hahhahaa ...

    ReplyDelete
  7. ramai masih tertanya2 apa itu oblong bila aku cakap kepada mereka "oblong"
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. Penah dengar Oblong...tapi tak penah palk makan..sedap eh?

    ReplyDelete
  9. tetibe aku terfikir, eh, apasal ko tak penah tau pasal oblong masa kat kedah? aku tau jek..

    err..rupanya aku ni asai je kedah, tapi dok kat subang. ok, ko betul. mungkin takde oblong kat kedah. huhuhu~

    ReplyDelete