Thursday, January 27, 2011

tak apa lah aku tak ada bonus

Kawan-kawan kat company lama dah dapat bonus. Dengar kata, ada yang dapat 1.3. Yang dapat sikit pun ada. Based on performance kan. Syukur kan, dapat jugak bonus. Ada orang yang langsung tak dapat bonus, contohnya aku. Haha. Kalau kat company lama, confirm merasa jugak bonus.

Cadangnya dulu, lepas kahwin, memang aku nak stay kat Penang lagi. Nak tunggu bonus dulu, baru pindah ke Lumut. Mungkin rezeki aku, sebelum kahwin aku dapat offer kerja kat Lumut. Dan alhamdulillah, gaji lebih tinggi dari tempat lama walaupun kat tempat lama, aku dapat elaun makan kan kantin. Apa lagi ek, boleh claim OT.

Tapi, aku bersyukur, walaupun tak dak bonus, aku tetap merasa bonus kebahagiaan yang aku dapat lepas kahwin. Daripada tugas nak jadi weekend housewife, sekarang aku boleh jadi surirumahtangga yang berkerjaya. Boleh masak untuk suami, sedap atau tak lantak la tapi aku confirm sedap walaupun dia tak pernah puji sebab berdasarkan aksi menghabiskan semua makanan tu, menampakkan yang aku memang pandai masak. haha. Walaupun kadang-kadang aku memang malas nak  masak sebab penat, balik kerja, mandi dan solat asar, terus ke dapur, sumpah penat. Tapi aku rasa itu bonus yang  terbaik untuk aku, lebih dari bonus duit ringgit.

ohhh.. ni saja nak share, because tok aku cakap, sharing is caring. Mak aku call semalam, cakap dia dah beli ubi kemili (tempat aku orang panggil ubi kemili, sesetengah tempat panggil ni ubi keling, sesetengah tempat yang lain, tak pasti pulak panggil apa). Dah lama tak makan ubi kemili, boleh rebus makan macam tu je, atau buat gulai campur dengan udang. Mak kan, kalau anak-anak nak balik, dia suka sangat. Sabtu ni jugak mak nak buat kenduri doa selamat sebab adik aku dah habis belajar kat UTM, tapi dalam proses nak sambung lagi, ambik PHD. Good luck adikku. Kak hang nak muntah tengok buku. Migrain tiba-tiba ja mai. Haha.



ni contoh ubi kemili yang mak aku dah beli khas untuk aku. keh3x.
gambar macam biasa, di cedok dari google.

9 comments:

  1. baru berdua dah penah...
    mcmane nak ada anak ni....hehehehee
    lagi penat tau ada anak..tp tgk muka anak & gelegat anak confirm hilang penat...

    x caya? tlg cepat beranak...hehehehee

    ReplyDelete
  2. uih~ lama sungguh x makan ubi nih.. sis panggil ubi keling.. lupa dh rasa dia cam ner..kekeke

    ReplyDelete
  3. salam gc

    bagus la kalo redha begitu...
    lepas2 ni giliran gc plak dpt bonus... amin ~

    ReplyDelete
  4. aku dapat bonus 3 bulan gaji...jeles tak???? jeles???? hahahahaku ketawa!!!

    ReplyDelete
  5. aku nak jugak bonus yg ko dapat tuuuu...


    tetibe sayu.

    harap2 dapat bonos 3 bulan tahun ni. hahaha!!!

    ReplyDelete
  6. Yg penting u tiap2 bulan dpt bonus dari husband nanti :)

    ReplyDelete
  7. ubi apa weh. lama aku tenung tapi tak dapat tangkap pulak rupa gena.

    ReplyDelete