Wednesday, February 16, 2011

ada orang nak tarik kereta???

Cerita ni jadi dalam minggu lepas kalau tak salah aku. Petang, masa tu baru balik keja. Kat guard house, masa nak scan pass, tetiba je pak guard tu tahan kereta aku. Aku cuak jugak, mungkin sebab sekarang pelekat kenderaan dah dikuatkuasakan, tapi kereta aku belum ada pelekat kenderaan lagi. Grrrrr. Tak pun, memang pak guard tu saja tahan kereta aku sebab nak mintak nombor telefon. Almaklum la, hari-hari lalu, kot-kot dia terjatuh cinta. Walaupun dah kahwin, tapi muka still sweet-sweet gitu macam muda remaja. Who knows kan?? Kih3x.

"Ada India nak tarik kereta, baik blah. Dalam pukul 7 baru masuk balik", pak guard tu bagi arahan.

"Pehal pulak ada orang nak tarik kereta saya, bulan-bulan saya bayar tak pernah missed. Saya sendiri yang bayar, lewat pun tak pernah", signal angin puting beliung dah mula mencanak naik ke kepala. Terus tak boleh nak cakap sopan-sopan.

"Haa.. Betul la no plat kereta ni, P** 84**. Kereta warna putih. Baik blah dulu, nanti baru masuk", pak guard tu cuba nak tunjuk hero konon-konon nak selamatkan kereta aku dari kena tarik.

"Pehal pulak", aku dah kali ke berapa asyik ulang dialog tu. Bengang gila.

Tetiba datang sorang lagi pak guard, datang usya roadtax kereta aku. OK, tengok lah puas-puas sebelum aku korek bijik mata kau dan aku kutip bijik mata tu, balik buat sup. Grrrr...

"Eh, bukan kereta ni. Roadtax hidup lagi ni. Kereta yang satu lagi tu roadtax dah mati tahun lepas, installment pun dah lama tak bayar", mujur brader pak guard ni bijak dengan mengeluarkan statement macam tu, kalau tak, nahas je tak dak bijik mata.

"Bang, ada sebijik lagi kereta, same model, same color, plat no. pun hampir sama, P** 84 jugak, cuma beza dua nombor kat belakang", aku terus tekan minyak kuat-kuat, ala-ala Michael Schumacher, saja nak tunjuk lagak kata kereta aku masih suci dan dara, dari kena notis dengan pihak bank.



** Lepas dari kes tu, serius dah lama aku tak nampak kembar kereta aku. Please noted yang kereta aku better dari kereta tersebut sebab kereta aku sangat bersih dan comel seperti tuannya, tak macam kereta yang satu lagi tu. Hihi.

17 comments:

  1. ekekeke banyak kes mcm nie dikk keter sama .. plat no lain .. ermm sib baik lah pak guard tuu kalau idookkk .. lebammm bijik matoooo hahhaha

    ReplyDelete
  2. haha kalo kita pon bengang... ada ke orang cakap kita tak bayar camtu... malu tau... ~

    ReplyDelete
  3. hahahahahah brape no plat kete lu...malam kang gua datang nak pecahkan cermin :P

    ReplyDelete
  4. cian kete kene tarik.takutttttttt.ekekekekkeekke.

    ReplyDelete
  5. Ko dan org tu beli kodi ke kereta dua bijik tu. Semua sama sampaikan no plat pun dekat2? hehehe

    ReplyDelete
  6. semingu berapa kali ko mandi wajibkan krete ko hehehehehe

    ReplyDelete
  7. tapi guard tu baik sebab ambil berat~haha~

    ReplyDelete
  8. Tapi kan, sebenarnya pak gad tu baik tauuuuuu..sangat caring gitu...belanja lah dia minum air teh..:P

    ReplyDelete
  9. baik kamu hati-hati dgn pak guard tu. dia caring semacam je tuh. hahahaha!

    ReplyDelete
  10. salam kenal cg,


    apa maksud tu ye ...

    kesian pak guard tau....
    dia nak tolong tp tersalah pulok ^_~


    Jom baca: Tag Dari Tok Dukun

    ReplyDelete
  11. betul... kertea satu algi tu, tentu "tuan nya malas mandi"

    ReplyDelete
  12. kdg2 bila org buat baik tak bertempat mmg buat kita angin juga kan.. he..he.. selamat biji mata dia dari jadi sup..

    ReplyDelete
  13. kekekeke.. pak guard tuh niat nak tolong.. tapi salah kereta plak.. sian dia~

    ReplyDelete
  14. heheh..cuak gak saya..naseb baik xde ape2..penah ikut kwn g stor tarik kete..org yg tarik tu nampak ganas..

    ReplyDelete
  15. peh gila bergaya pak guard tu. agak2 kereta tu slamat x kene tarik awal2, sebab pak guard ni la kot. keh3x

    ReplyDelete
  16. HEHE.tp baguslah pakguard tuh nk selamatkan kerteta trsebut:)

    ReplyDelete
  17. guard tu nak usha kot !




    kena tampal sticker "aku bini orang"


    haha..

    ReplyDelete