Wednesday, February 2, 2011

cuti sekolah adalah musim makan kenduri

Pihak lelaki: "Kami datang bawak hajat. Hajat besar, menggunung tinggi. Harap sudi terima hajat kami ni".


Pihak perempuan: "Apa hajat yang tinggi menggunung tu? Tinggi Gunung Everest kah? Kih3x".


Pihak lelaki: "Cisssskek.. Buat lawak cerdik pulak. Ok.. Ok.. Berlagak cool, kang pinangan di tolak, naiya".


Pihak perempuan: "Maaf la ye, bergurau. Tak leh bergurau, dok surau... Kah3x... Mari gelak secara marathon".


Pihak lelaki: "Grrr.. Demmm siot bakal besan aku nih. Grrr.. Kena sabar lagi. Cenyum, cenyum. Ok Encik Dollah, kedatangan kami yang ramai sampai sebijik bas dari jauh sampai penuh rumah Encik Dollah ni sampai ada yang kena bersila kat luar, ada hajat, nak meminang anak dara Encik Dollah untuk anak teruna saya".


Pihak perempuan: "Ohh.. begitu. Jadi, yang mana satu anak saya yang menjadi pilihan hati anak Encik Samad, sebab saya ni memang ada ramai anak perempuan. Hohoho.. Untung.. Untung".


Pihak lelaki: "Anak teruna saya amat lah berkenan dengan anak Encik Dollah yang bernama Dayah, Dayah binti Dollah. Jadi, macam mana??".


Pihak perempuan: "Ohhh.. Anak saya Dayah Dollah tu memang ramai yang datang bertanya, tapi saya belum mahu lepas lagi anak saya tu, almaklum la, baru sangat habis SPM, masak pun belum pandai. Tapi, dah tengok semangat Encik Samad sekeluarga ni, datang ramai-ramai ke rumah saya, saya rasa, saya rela hati nak lepaskan Si Dayah Dollah ni. Hihi. Untung.. Untung".


Pihak lelaki: "Bagus.. Bagus.. Jadi, berapa hantaran yang Encik Dollah sanggup nak letak ni??"


Pihak perempuan: "Ishh..Segan pulak saya nak cakap pasal ni. Hihi. Letak murah-murah saja. Lagipun, anak saya tu, SPM pun tahap tak ada gred, pangkat lebih dari pangkat tiga. Masak pun tak berapa pandai. Jadi, boleh la noh kalau saya letak hantaran Si Dayah Dollah ni dalam Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu, mas kawin sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu, Sembilan Ratus, Sembilan Puluh Sembilan Ringgit, Sembilan Puluh Sembilan Sen, dan barang kemas serba satu! Hihi. Bukan apa, sekarang ni, barang naik harga, minyak petrol RON 97 pun baru saja naik lagi sekupang. Keh3x".


Pihak lelaki: "Glurrrpp.. Tak boleh kurang sikit ka Encik Dollah. Mahal kemain Dayah Dollah ni. SPM pun teruk, masak tu belum tentu boleh lagi. Harap muka saja boleh tahan''.


Pihak perempuan: "Itu dah kira murah lah Encik Samad oiiiii, apa ingat anak saya ni spenda yang jual kat pasar malam, boleh mintak kurang. Kalau nak, ambik. Kalau tak mau, sudehhh!! Ramai lagi yang mau kat anak saya tu. Putih, tinggi lampai, walaupun tak pandai masak, kerja kilang elektronik saja, tapi ramai yang mauuu okeh''.


Pihak lelaki: "Cehhh.. Tak hingin aku nak dapat besan mata duitan macam ni. Ok lah, kansellll... Tak jadi!! Kami chow dulu. Assalamualaikum".


Pihak perempuan: "Pinggan tak retak, nasik tak dingin, orang tak hendak, kami sikit pun tak hinginnnnnnnnnn... Waalaikumussalam".




ps: terkejut sebab ada mak bapak yang sanggup letak hantaran anak tinggi-tinggi, kerja tak, sekolah pun takat SPM ja, harap muka saja lawa. harap-harap perempuan tu pandai buat kerja rumah, pandai ilmu agama.

20 comments:

  1. masalahnya..lawa muke dia hehehehe..cube hang tempe muka dayah tue kat blog hang nie hehehehehee

    ReplyDelete
  2. -saya sendiri sebenarnya kan hairan, dari mana dan sejak bila wujudnya satu skema atau satu protokol dalam menetapkan harga hantaran ni, berdasarkan tahap pendidikan. Hmmmmmm

    ReplyDelete
  3. tul2 dikk gantung kuali belangga lahh ekkekeke

    ReplyDelete
  4. mungkin dia rasa muka lawa buleh menjamin keturunan yang lawa2...koh3x!

    ReplyDelete
  5. heheheh...

    emm..mcm2..saya xnak kata byk..sebab sy xkwen lg..hehhe

    ReplyDelete
  6. artis yang tahap SPM pun mahal tauuu ...

    ReplyDelete
  7. mahal giler sampai 15ribu hinggit woii .. err terasa gak nk nengok mcamna lawa nyer si dayah ni ...:P

    ReplyDelete
  8. fuyooo...
    mcm mana lk dgan gadis2 yg pndai msk laksa mcm wa??...

    boleh lg tinggi ka???

    ReplyDelete
  9. Salam kenal.

    Kak Azie rasa, itu adalah budaya yang menjadi ikutan. Dari mulut ke mulut, bila dapat menantu yg sanggup bagi hantaran tinggi ada orang kaitkan dgn:

    “alaa... budak tu sekolah tinggi, sebab tu hantaran pun tinggi.”

    Lama-lama ianya menjadi perbualan yang stigma pula. Menjadi ikutan pula...

    ReplyDelete
  10. Masa kena pinang, letak hantaran ribu riban....

    Bila dah kahwin, masak nasi pun tak pandai, kerja rumah tunggang langgang...harap muka je comel, tapi peribadi gagal tahap cipan!

    Masa tu, si lelaki nak mengadu kat sapa?
    Si bapa mentua nak tolong jawab kah?

    ReplyDelete
  11. bila nak cari isteri kena cari yang sejuk mata memandang .. bukannya cari yang bila pandang je rasa seram sejuk..


    hahaha..


    gua ingat nie semua sebab isu kenaikan harga la.. sebab tu hantaran jadi mahal..

    ReplyDelete
  12. salam.. singgah dari blog DaddyZiyyad..

    mmg pelik ngan parents skang ni... dorang tak penah terpk kot manalah bakal menantu tu nak carik duit byk2.. pastu tak risau ke nati kot2 lepas kawen nati anak dorang susah sebab2 loan nak kawen.. haishh..

    ReplyDelete
  13. iya ker? entahlah... parents zaman sekarang ek

    ReplyDelete
  14. ada ke mcm tuu? Hissh.. tapi ada gak family perempuan yg tengok bakal laki tu pakai kereta apa.. kalau pikir secara logik, budak laki tu gaki 3000++.. pakai kereta 1000. Duduk dkt KL.. pastu kena pulak hantaran 15k.. bile masa nak kumpul duit kannn?

    duit hantaran tu untuk kenduri kawin kan? bukannya duit nak repair rumah kann?

    ReplyDelete
  15. buat apa hantaran tinggi2..kawen grand2..bulan depan tu cerai..membazir!

    ReplyDelete
  16. sekarang ni dah ada golongan yang nak mempermudahkan keje kawen ni. huhuhu~

    tapi masih ramai lagi yang masih nak menyusahkan. muka lawa hari ni, kalau besok tereksiden...cemana pulak?

    ReplyDelete
  17. come on lah. consider sikit. kita ni nak jaga anak diorg seumur hidup, tahu? keh3x

    well, sekadar mampu lah. panjang pendek jodoh bukan terletak pada tinggi rendah nilai hantaran, ya? =)

    ReplyDelete
  18. tak kisah spm ke, degree ke, kalau orang laki dah mampu pastilah mahu mahal! keh keh

    ReplyDelete