Thursday, February 10, 2011

gelandangan


Saya GC, wartawan 365 darjah celcius, berada di Jalan Haji Taib, ingin menemuramah beberapa orang gelandangan ataupun homeless people yang sedang berada di kawasan ini. Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih kurang 200 orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan menjadikan kaki lima sebagai tempat tidur mereka. Surat khabar dan kotak-kotak lusuh dijadikan alas sebagai 'tilam vono' mereka.

Ok, bersama saya sekarang adalah Abang Mat yang berasal dari Kedah, yang datang ke Kuala Lumpur ini untuk mencari kerja. Walaupun tidak mempunyai sijil pelajaran yang tinggi, tapi Abang Mat merasakan Kuala Lumpur adalah tempat yang paling mantop untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sekolah tak pandai mana.

GC: Ok Abang Mat, boleh cerita sikit latar belakang Abang Mat, asal dari mana, pekerjaan Abang Mat, sudah kahwin atau belum. Hihi.

Abang Mat: Abang Mat mai ke Kola Lumpuq ni 10 tahun lepas. Abang Mat asai dari Kedah, umuq dah 35 tahun, belum kahwin dan bujang trang tang tang.

GC: Abang Mat mempunyai pekerjaan atau tidak, dan bagaimana Abang Mat boleh tinggal di kawasan ini.

Abang Mat: Abang Mat kheja sebagai pak guard, tapi gaji Abang Mat tak berapa nak cukup kalau nak sewa rumah, sewa rumah kat KL ni mahaiii, mana Abang Mat mampu, gaji pun kecik. Sebab tu Abang Mat pilih nak tidoq kat sini ja. Sewa rumah, bil api, bil ayaq semua tak kena bayaq.

GC: Adakah keluarga Abang Mat tahu keadaan Abang Mat yang tinggal merempat macam ni?

Abang Mat: Depa semua tak tau, kalau ada sapa-sapa nak mai sini, nak melawat Abang Mat, Abang Mat tak bagi, Abang Mat suruh depa tunggu Abang Mat kat kampung saja. Abang Mat malu kalau depa tau Abang Mat dok kat tempat macam ni.

GC: Ok Abang Mat, terima kasih sebab sudi di temubual.


Skrettttttttttttttttttt... Iklan serbuk pencuci.... Pung pang pung pang....

GC: Sekarang bersama kita adalah Norma Zakaria yang hanya mahu di kenali sebagai Norm. Glemer betul nama beliau. Ok Norm, boleh cerita sikit macam mana Norm boleh jadikan kawasan kaki lima ni sebagai rumah Norm.

Norm: Saya ni sebenarnya gaduh dengan family, lepas tu saya keluar dari rumah, taktau mana tempat nak tuju, jadi saya tinggal kat sini. Sini pun ramai kawan, saya tak kisah sangat. Kadang-kadang ada orang datang bagi kitorang makanan, pakaian. Jadi, saya OK je la tinggal kat sini. Biar la keluarga saya buang saya, saya tak kisah. Lagipun dah lama saya hidup merempat macam ni. Untuk keluarga saya, kenang daku dalam doa mu.

GC: Keh3x. Poyo je Norm ni. Ok, terima kasih.


Terima kasih di ucapkan kepada NGO-NGO mahupun orang perseorangan yang sudi menghulurkan sumbangan buat komuniti gelandangan kita ini. Saya pasti, komuniti seperti ini tidak hanya berada di sekitar Bandaraya KL ini, tapi turut juga berada di seluruh Malaysia. Mungkin ada sebilangan dari golongan ini yang dipinggirkan oleh ahli keluarga masing-masing, ataupun mungkin yang hidup sebatang kera kara. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, haruslah sama-sama membantu golongan ini. Janganlah rakyat negara lain dibantu, tapi rakyat Malaysia sendiri terbiar seperti pengemis. Sekian saja rancangan kita pada hari ini, jumpa lagi minggu depan, pada hari dan waktu yang sama. Majulah sukan untuk negara. Drive safely, ingatlah orang yang tersayang.


Skrettttttttttttttttttt... Iklan ubat gigi cap daun lidah buaya... Pung pang pung pang...

14 comments:

  1. sedihnya .. kisah benar ker nie ?? huhuh

    ReplyDelete
  2. kejap lagi mula la nak demand macam kat uk pulak, homeless tapi nak elaun, la la la... skrettt iklan pinjaman bank

    ReplyDelete
  3. teori gua senang je...bukan semua orang yang camni yang betul2 hidup susah...cuma malas je nak kerja....contoh terbaik la gua bagi kat indon merangkap kawan gua....dia datang malaysia sehelai sepinggang..tapi sumpah dia rajin kerja....sekarang dia ada rumah, ada moto, ada kereta ada kedai dan yang penting dia sangat2 rajin dan tak malu langsung dengan kerja dia sebagai buruh...dan yang bestnya sekarang dia dapat tarafpenduduk tetap....so yang betul2 susah je gua tulun..yang pura2 hidup susah gua rejam ngan guli hehehe...

    ReplyDelete
  4. ko tukar kje jadi wartawan tiwi tige ke????

    ReplyDelete
  5. Wah..prihatin sungguh...ni misti dapat gaji riban-riban keje kat tiBi 365 nih ?...hahahaha :P

    ReplyDelete
  6. saya pernah bergelandangan~sekarang mari temubual saya!

    haha~

    selamat kenal~

    ReplyDelete
  7. baik duduk kampung aja. Boleh gak cucuk tanam, pakai air perigi, bela ayam lembu..

    ReplyDelete
  8. babe. aku rasa baik ko tulis novel. kuat berangan ni.

    hahaha!!!

    ReplyDelete
  9. tengok semalam ditv3.

    Tak best tengok si Zakiah Anas tu jadi host. lemba-ba nak tunggu perkataan yang keluar dari mulut dia.

    ReplyDelete
  10. hahahaha.. boleh jadik wartawan lepas nih~

    ReplyDelete