Monday, February 21, 2011

merisik di risik

Semalam saya dengan aksi penyibuk tahap skuad melodi, telah mengekori keluarga mentua saya, pergi merisik bunga di taman larangan buat abang ipar saya. Majlis merisik yang dirancang, akhirnya bertukar menjadi majlis bertunang.

Molek sangat lah tu, kalau merisik saja kena bawak cincin tanda, bertunang nanti ada lagi cincin tanda. Nikah nanti pun mesti ada. Besar pulak budget pihak lelaki. Susah nak kahwin ni. Lebih-lebih lagi dalam bab penyediaan duit hantaran oleh pihak lelaki.

Macam biasa, standard degree, kerja gomen, hantaran mesti 9 ribu, mas kahwin seribu. Total 10 ribu. Bapak si bunga di taman larangan cakap, ini kira standard lah ni, sebab anak sedara dia hari tu pun 10 ribu jugak. Keh3x.

Dah sembang pum pang pum pang, masa yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Makan time. Cedok mee goreng masuk dalam pinggan, cedok udang besar lima enam ekor masuk dalam pinggan, makan dengan aksi sopan, suap kek yang sedap ke dalam mulut, malu kalau makan tak senonoh, tunduk je mengadap lantai. Sopan kan saya?

Apa motif saya cerita ni, sebab saya teringatkan kek yang sedap itu. Aiyooo.. Lupa nak mintak tapau sikit.. Rugi.. Rugi..

23 comments:

  1. adik aku pun abis nak dkt 30k untuk kawin. sebab kesian maka mak ayah and kakak dia ni la yg tolong2 sikit. adey!

    ReplyDelete
  2. ngeee~ rugi tak tapau..huhu..kan dah terbayang2 kek tu...

    ReplyDelete
  3. mmg byk duit nk pakai time kawen nih..jenuhla para jejaka kat luar sana tuh nak mencarik duwet lalala...sopan sunbgguh anda eik..hehe

    ReplyDelete
  4. pastu tak snap pulak...ish ish ish...

    ReplyDelete
  5. makin lama, duit hantaran tu makin tinggi...yg sedihnya, nilai gaji dok statik ditahap lama/naik sikit aja..

    ReplyDelete
  6. Bdan kecik makan kuat..memang tak patut :P

    ReplyDelete
  7. urrmmm... tetiba teringin nak makan kek jugak nih~ kt SR bulih beli sekeping2! yum yum

    ReplyDelete
  8. abg ipar ko belum kahwin ko dah sapu adik dia? Kalau pompuan dikatakan langkah bendol. Lelaki dipanggil apa ek?

    ReplyDelete
  9. GB - smpai 30k? sangat2 grand kah? kalo kat kampung2, biasanya tak sebanyak tu. mujur ada kakaknya yg baik...

    cik moon - haha, malu ahh nak mintak tapauuu.. kah3x.

    ReplyDelete
  10. kaseh - jejaka2 kena la kerja kuat, kalo x, xdpt la kawin. haha.

    saya mmg sopan dan pemalu orgnya. keh3x.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. alien - ntah la, kek buah kot. tp antara semua makanan yg dihidangkan, kek tu adalah yg tersedap. haha.

    kak KB - haha. snap, tp kamera org lain. xdpt la nak letak kt sini.

    ReplyDelete
  13. daddy ziyyad - tu lah, konon buat statement x jual anak. hoho.

    han - kojaqq jgk mulut lu nih. haha

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..

    awat hang tukaq lay out nie?? yg lame lagi comel tau huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  15. aku tamau komen sebab :

    1. aku alergik entri2 pasal kawen
    2. aku malas
    3. aku tak suka layout baru hang ni

    ReplyDelete
  16. GC: kawinnye tak de la grand mana. tapi duit hantaran + maskawin + gelang emas + barang-barang hantaran + katering segala untuk belah belah kitorg....memang 30k la melayangs.

    ReplyDelete
  17. aissh macam ni gaya nye semua cerita pasal kawen, jap lagi gua kawen gak!

    *ok xde 10k. bye2.

    ReplyDelete
  18. Oh bajet kahwin...!
    Agak2, orang kampung yang ada SPM je tu 'berapa' sekarang ni? Nak kira cukup tak lagi duit...

    ReplyDelete
  19. hantaran kira standard ler tuu . lelaki kena kena kerja kuat pasni . teehee

    ReplyDelete
  20. di sabah ni 10k tahap cukup2 mkn je.. bkn demand pihak pompuan. harga barang d sini suma mahal..

    ReplyDelete