• News

    10 February, 2011

    nasik putih + ikan kembung + kicap

    Syahdunya ku rasa di saat ini.. huhu.. Kat kampung arini, mak ayah buat kenduri doa selamat sebab adik dah selamat setelkan study dia kat UTM. Cadangnya, dia nak sambung lagi. Mak ayah tak pernah pulak buat kenduri untuk aku, almaklumla mengaji tak berapa cemerlang. Haha. Cukup la kenduri kahwin untuk aku. Haha. Terima kasih mak ayah.

    Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru 2 hari lepas pi tadika, meloncat bagai nak rak dengan kawan-kawan. Masa tu tak kira jantina, lelaki atau perempuan, semua rapat. Budak-budak sekarang, belum masuk tadika lagi dah pandai cintan cintun.

    Masa tu, dekat dengan tadika, ada pokok koko milik orang yang tinggal dekat dengan tadika tu. Aku dengan kawan-kawan, selalu curi  ambik buah koko. Sedap, manis. Kadang-kadang, belum masak pun kami dah makan. Kat situ jugak ada pokok jambu batu. Biji jambu tu warna merah. Selalu mintak budak-budak lelaki panjat pokok dan ambikkan jambu.

    Balik je tadika, terus nak makan. Masa tu, rasa sangat heaven kalau dapat makan nasik hasil dari suapan mak. Mak balik je dari motong getah, tak kisah tangan masih ada bau busuk, aku dan adik-adik makan dengan lahap. Mak letak nasik sepinggan, ikan kembung sekor, tuang toyu aka kicap, aku dan dua adik lagi duduk keliling mak, berebut nak mak suap. Telan nasik laju-laju, sebab nak mak suap lagi.

    Orang tua-tua cakap, kalau tak mau adik beradik suka gaduh, buat la macam ni. Suapkan anak-anak tu, sorang demi sorang, insyaallah dah besar nanti, tak gaduh. Tapi kerap jugak aku gaduh dengan adik-adik aku, sebab depa suka cilok baju aku. Almaklumlah, satu saiz. Baju kurung yang paling best, kami empat orang anak perempuan mak ayah, boleh share pakai baju kurung sebab saiz yang lebih kurang. Hehe.

    12 comments:

    BonekadalamChermin said...

    apa apa saja masak kicap
    memang lauk kegemaran saya!








    dulu mak selalu boh minyk goreng ikan ja tambah toyu...
    makan dgn ikan grg panas2,
    cukupla. memang terbaik!!!


    :)


    entri ni sgt nostalgia.

    Siti Noor Aminah said...

    bonekadalamcermin - penuh nostalgia. mak perisi isi ikan temenung, tuang toyu, gaul rata dengan nasik, mulut anak2 ni dah macam mulut burung, pakat nganga.



    rasa baru semalam mak suap nasik ke mulut. sob3x.

    Days said...

    Cisss lg skali gua rase
    Lapo :(

    HEROICzero said...

    apa2 yg disuap ibu kan yang paling sedap. dulu kecik2, ayah yang suap makan. =)

    *sejak akhir2 neh addicted dgn kicap manis. slalu dari kecik makan kicap masin jek. y y y y y y!!!

    Hanis Azla said...

    apa2 yg mak suapkan ke mulut kita, semuanya rasa sedapkan.. skrg ni turn kita suap anak2 pula..

    bestnya bila adik beradik sama saiz.. senang nak kongsi baju kan..

    ieda said...

    uishhh ape2 sahaja lauk kalau ada kicap lagi laju ekekek

    Relevan said...

    Kicap the peberet..

    Kaseh said...

    baca entryn ni dah malam..tetiba rasa lapar.. dulu kiter pun suka berebut nak mintak suap..ntah naper kam tapi besh je bila kena suap lalalla...

    cikceriacorner said...

    paling best kalo mak suap kite..heheh

    share baju ngan adik2 tu sudah semestinye..

    sampai besau pon ada yg share gak..ehhe

    DeLancrettLurpak said...

    Saya prefer abah saya suap. Sebab tangan abah besor, sekali suap banyak nasik. hehehheheh...

    dasar tamak kann?

    DAUD said...

    tajuk tu kn tambah sambal blacan.
    huhu

    Dr K said...

    zaman tadika & sekolah rendah ialah saat yang paling heaven !

    takde stress langusung...:)

    Total Pageviews

    My Followers