• News

    16 March, 2011

    PEKERJAAN PERTAMA AKU, PETIK CILI DI KEBUN

    Aku pernah cerita kan, yang aku ni orang kampung. Sampai bila-bila pun tetap akan jadi orang kampung. Kehkehkeh. Pekerjaan pertama aku bermajikankan cina tanam cabai kat kebun belakang rumah. Kebun cabai ni sumpah dekat dengan sungai.




    Masa ni bukan aku je yang kerja, ramai sangat. Kerja mudah, kutip cabai besar yang warna merah masuk dalam guni. 2,3 hari sebelum hari jumaat, memang dah pakat dengan kawan-kawan, nak ikut makcik-makcik dekat rumah pergi kutip cabai.




    Masa tu baru sekolah rendah, darjah 4. Pagi-pagi lagi dah bangun awal, kayuh basikal pi kedai makan, beli nasik lemak 2 bungkus, buat bekal nak makan masa rehat nanti. Nasik lemak masa tu murah dan sedap, balut dengan daun pisang, nasik banyak, sambal ikan bilis sedap.




    Balik dari kedai, parking basikal dekat rumah, dan tak lupa bekal air. Jalan beramai-ramai dengan kawan-kawan dan makcik-makcik ke kebun cabai. Mula kerja pukul 8. Cuaca pagi masa tu, ya amat sejuk. Embun pun masih melekat dekat daun. Dengan dekat dengan sungai, kalau terkencing dalam seluar pun tak sedar. Hahaha. *Tipu*




    Dah sampai kat kebun cabai tu, cepat-cepat cari guni yang tak koyak, yang tak berapa comot, nanti nak isi cabai. Bila tokey cina kata, boleh mula kerja, kami pun berjalan turun ke lorong-lorong cabai yang panjang tu. Sumpah panas tangan kalau terpegang cabai yang dah rosak. Kena berjaga-jaga jugak dengan ulat. Ini perkara penting, sebab aku tak suka dan takut ulat. Bila cabai makin memberat dalam guni, boleh panggil abang-abang yang kerjanya angkut cabai, dan depa akan pergi tuang dalam bekas besar yang tokey cina dah siap-siap letak.




    Kadang-kadang kerja dengan serius, kadang-kadang main-main. Kalau ada makcik-makcik yang nampak, dan nak mengadu dekat tokey cina, baru aku dengan kawan-kawan aku lebih tekun bekerja. Bila sampai masa rehat, pergi perabihkan bekal nasik lemak yang aku bawak tadi. Sedap, kenyang. Kemudian sambung kerja.




    Serius, gelak-gelak, main, serius balik bila tokey cina dengan makcik-makcik tegur, tengok-tengok habis 1 kebun kami kerjakan, habis semua cabai. Sampai masa, tokey cina suruh beratur nak bayar gaji. Tapak tangan kanan masa tu serius gatai, nak dapat duit lah katakan. Masa tu, dapat 6 ringgit pun ibarat 60 ringgit. Lepas habis kerja, ramai-ramai pergi mandi sungai.




    Duit 6 ringgit tu, boleh beli macam-macam masa tu. Choki-choki, cekelat nano-nano, cloud 9, keropok super ring, pagi-pagi pi sekolah pi tapau roti canai dulu dekat kedai makan, sampai sekolah, bantai pulak makanan RMT, masa rehat boleh makan nasik, makan laksa. Dulu tak ada nugget, yang ada kacang kuda, kacang rebus, sengkuang yang sapu dengan kuah rojak, atas kuah rojak tu ada plak dengan kacang. Perghhh..




    Tokey cina tu bukan takat tanam cabai, sekejap tanam bendi, sekejap timun. Memang masyukkkk. Bestttt..

    24 comments:

    kata kila said...

    banyaknye ko makan.ko ni raksaksa ke

    kucingorengemok said...

    bagus la awak ni!

    Siti Noor Aminah said...

    kila - keje kuat, kena la byk makan. haha. raksasa tak,dinosour je. haha


    kog - pehal tetiba je puji?? ngeeee....

    Dr K said...

    -walauweeeyyy..kecik2 lagi dah keje ye...

    -itu penggunaan buruh kanak-kanak! Hahaha..tokey cina tu buat duit betoi, bayar korang RM6 aje..

    -tokey tu ada guna baja najis babi tak???????

    alien said...

    sengkuang letak kuah rojak tu besss
    selalu beli masa balik sekolah dulu
    hehe

    Carnation said...

    bestla. aku kecik2 tau main ja.

    cikceriacorner said...

    bestnye..kecik2 da pandai keje..

    berbudi pada tanah..banyak hasilnye..heheh

    Siti Noor Aminah said...

    daddy ziyyad - ala, keje suka2. dari terjun bendang, rosakkan pagi orang, baik p keja, dpt duit. haha.


    alien - haha. sgt mantop kannnsssss?? alamak, terasa nak makan lak. haha


    six september - main2 jugak weh, tp kalo dpt duit, lagi sonok. haha.


    ccc - orang kata, kalo tgn panas, takleh tanam apa2, pokok akn mati. hahaha

    Aleen Aiden said...

    aku kampung jugak.atau lebih tepatnya,felda.hu3
    tp siyes teringin buat keje kampung mcm ko.xmerase aku.

    platipus said...

    kau suka makan cokelat ke?
    tengok gigi ku..
    aaaa!

    Siti Noor Aminah said...

    aleen - aku punya kampung, memang pure kampung. hahaha.


    platipus - ku... kuang ajo!!! hahaha

    Pala Maldini said...

    bila cerita pasal sengkuang kuah rojak tabur kacang.. perghh! terliur sih..

    Siti Noor Aminah said...

    pala maldini - eh, zaman kita ni sama kah? igtkan hang lagi tua dari aku.. hahaha..

    Aida Azryn said...

    best gak bab menanam pokok.Aku pun minat gak.XD

    gadisBunga™ said...

    tokey melayu takdak ka weh?

    cikpia said...

    mesti hang berlumoq ngan baja babi..... he he......

    Relevan said...

    Mencabar juga kerja pertama aok yerk..

    Siti Noor Aminah said...

    aida - sapa menanam woi? aku kutip cabai ja


    GB - takdak, org melayu jd kuli ja. haha


    pia - vavi gak la komen hang ni. haha.


    relevan - hihi. biasa je. agi idup agi ngelaban. kehkehkeh

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    Bestnya !
    Tak kira penat. Yang penting dapat upah..




    *kecik2 dulu kReen asek2 main pondok-pondok ngan baling selipar aje....

    Hanis Azla said...

    mahal betul harga pengalaman dan kenangan GC ni.. tak semua orang dpt merasanya.. akak pun tak pernah merasa..

    HEROICzero said...

    keun cina, habis satu bukit dia sapu. keh3x

    yang part sengkuang potong, sapu kuah rojak campur kacang, ah mana nak cari lagi uh skrg neh?

    =S

    Siti Noor Aminah said...

    kak reen - betul, masa tu upah singgit dua pun dah rasa byk dah. haha


    kak hanis - ala, sume org ada pengalaman sendiri kan.. pengalaman kita tak mungkin sama dengan org lain.. ;p


    heroiczero - itu lah, mana nak cari nih. hjg mggu nnti, cari sengkuang, sapu rojak, then letak kacang. terbaekkkk!!

    Cik Anita said...

    dari kecik mmg dah kuat makan, tp kenapa badan tak naik2 ye..hihi

    DeLancrettLurpak said...

    masa ni umur berapa?

    banyak nye makan!!!
    tapi budak2 mmg makan banyak punnnn kan?

    Total Pageviews

    My Followers