• News

    07 March, 2011

    pengkritik tetap

    Nama: GC
    Pekerjaan: Pengkritik dan mengkritik
    Pengalaman: Pernah berlakon masa sekolah rendah sempena pertandingan lakonan peringkat daerah, drama bertajuk Nelayan dan Ikan Emas


    Sabtu lepas, aku ada tengok satu drama melayu kat TV. Pelakon utama Eman Manan dan Fauziah Nawi. Cerita ni pung pang pung pang memang dah ok, part yang tak ok ialah masa klimaks cerita ni. Aku rasa, produksi drama ni terlepas pandang kot. Mujur ada aku yang perasan kelemahan cerita ni. Cewahhhh.. Dah macam Mamat Khalid plak aku nih kan. kehkehkeh.

    Eman Manan berlakon sebagai Jalil, anak kepada Fauziah Nawi yang belum berkahwin, tinggal di kampung, pada malamnya membantu mak dia mengajar budak-budak kampung mengajar baca muqaddam. Nampak kan karakter Si Jalil ni yang very nice punya orang.

    Satu malam, Jalil ni pi memancing. Tiba-tiba, dia terjumpa sorang awek yang pengsan akibat mabuk tahap luarbiasa dan  baru lepas berhibur. Awek tu datang berjoget-joget kat tepi pantai dengan kawan-kawan, tapi di sebabkan semua dah mabuk, tak perasan plak tertinggal awek tersebut di situ. Kejut dah banyak kali tetap tak bangun, maka si Jalil pun bawak la awek tu balik rumah. Awek ni serius lah sorang awek bandar yang suka berhibur. Moden lah katakan.

    Berada kat umah Jalil ni, awek ni rasa sangat tacing bila dengar suara Jalil yang baca quran. Sungguh merdu suara Jalil. Dan aura-aura insaf pun muncul dalam diri awek ni. Awek ni ada gak cuba-cuba nak cakap dengan Jalil, tapi Jalil ni stok lelaki yang pemalu, tak suka bertentangan mata dengan perempuan yang bukan mahram dia.

    Ishhh.. panjang plak entri aku nih. OK la, di pendekkan cerita, dengan Jalil yang sangat baik ni, dengar cakap mak, sekali part yang aku takleh nak terima, bila mana mak si Jalil ni nak kahwinkan Jalil dengan awek tersebut, lagipun awek tersebut dah insaf. Sekarang dah tak kelabing, tak minum-minum. Pergi belajar solat dan mengaji dengan mak Jalil. Part klimaks, Jalil pun hepi sebab mak dia nak kahwinkan dia, jadi dia pun pi cari awek tersebut kat tepi pantai, dan menghulurkan tangan tanda mereka berdua akan bersatu akhirnya. Part pegang tangan tu yang hampesnya, sebab Jalil ni digambarkan sebagai lelaki yang baik dan alim, tapi last-last, pergi hulurkan tangan kat awek tu.

    Demmmm.. panjang sangat entri nih. Malas arrr nak baca balik apa aku tulis. Tak paham sudah. Nak stop lah, babai. Hahahaha.

    15 comments:

    gadisBunga™ said...

    mmg hampes. heheh~

    Relevan said...

    Berbakat juga aok jadi pengkritik.. tapi hati2 juga nanti kena lastik haha!

    Pala Maldini said...

    orang alim pun.. kadang2 terkhilaf juga..

    ahmad humairi said...

    biola...digesek...merdu bunyinya.

    kucingorengemok said...

    u ni... dia pegang tangan pun tak boleh, marah chu-a s-oi l-ek nanti!

    Dr K said...

    kalau drama yg fauziah nawi berlakon, mesti dia jadi mak yang malang..asyik nangis aja...

    kalau drama yg makjah tu berlakon, mesti dia jadi orang gaji, tak pun hantu...hahaha

    kalau drama jalaludin hassan berlakon, mesti jadi datuk...datuk yang gatal...

    so sterotype....bosannnnn..

    ehhh..dpt ilham lah nak hasilkan entri pasal ni....kui kui kui

    Unknown said...

    pehh...dan2 bleh pgg tgn.mybe setan merasuk.eheheh

    Kuasai Minda said...

    Kalau 'cerita Melayu', memang banyak perkara kesalahan macam ni berlaku. Kekadang aku rasa pengarah atau membikin filem/drama ni kurang cerdik, sebab membiarkan perkara yang remeh itu menjadi sangat besar dalam pandangan dan kritikan orang luar.

    'Filem kita wajah kita'
    Aku cukup takut dengan ungkapan ni. Nampak sangat macam orang kita semuanya tak bermutu langsung...

    one2paii said...

    kalo la gua ni diberikan kuasa untuk menampor dinding..dah lamo dah gua buek..len kali melah..lu abiskan smpai abis citer tuh bolei x..choooii

    Linglung said...

    nampak sangat watak itu sekadar rekaan semata..penulis skrip tak menyelami dalam-dalam..

    Hanis Azla said...

    itulah.. kdg tu watak tu mcm tak tetap pendirian pulak kan.. mmg terlepas pandang kot..

    azieazah said...

    Awek tu takdak mak bapak ker?
    Suka hati dia jer terima pinangan?

    atau memang mak pak dia tak kisah pun dia tak balik rumah berhar-hari?

    Alaaa.. lelaki, kalu hati dah suka, pegang tangan pun tak jadi hal lah! hehehehe > emo plak.

    Aida Azryn said...

    ade2 je makcik ni.. :p

    ~Nur Zulaiha~ said...

    romantik g2, pgang2 tgn...

    sahromnasrudin said...

    bile ko tukar kje jadi pengkritik tetap..marah david teo nnti huhuhuhhhh

    Total Pageviews

    My Followers