• News

    03 March, 2011

    seppraissss...!!!

    Lelaki ini adalah manusia yang sangat suka bagi seppraisss
    Dari zaman cintan cintun, bertunang dan kahwin serta nak ada anak
    Hahaha


    Zaman bercinta
    Masa tu kakak aku kahwin, aku ajak-ajak ayam je lelaki ini ke rumah
    Takut dia betul-betul datang
    Kang kecoh, kakak aku kahwin, tapi orang kampung tengok aku dengan dia pulak
    Sumpah!! Memang dia datang, dari Lumut naik motor ke kampung aku di Kedah
    Kesian bila tengok ada minyak petrol yang dia spare dalam raga motor


    Zaman bertunang
    Aku di Penang, tak balik kampung masa weekend
    Weekend, normal hari untuk bermalas-malasan tahap gaban
    Lelaki ini sms, katanya dia dah sampai bawah flat rumah sewa aku
    Macam tipu, beli tiket pun tak bagitau, dah on the way dalam bas ke Penang dari Lumut pun tak di bagitau
    Jenguk-jenguk kat bawah dari tingkat 4 rumah sewa, confirm dia memang dah sampai kat bawah
    Masa tu aku belum mandi pun!!! Haha


    Zaman dah kahwin
    Aku tanya dia, weekend ni duty lagi
    Jawapan, dia duty lagi
    Tapi ada jawapan yang lebih seppraisss lagi
    Jumaat nak pergi belayar selama 4,5 hari, hari rabu baru bagitau aku
    Hahaha.. So seppraisss laaaaa...
    Kali ni jauh lagi, ke Singapore maybe


    Jadi, untuk pemergian kanda ke sana, dinda nak nyanyi satu lagu sepesel untuk kanda
    Kanda tau kan suara dinda memang merdu sebab selalu kanda dengar dinda menyanyi di dapur
    Kehkehkeh

    Perwira

    Perwira.. Dikaulah harapan hati
    Penghibur kala sunyi
    Pergilah berbakti
    Membela pertiwi

    Perwira.. Janganlah kekanda bimbang
    Untuk pergi berjuang
    Andainya kau gugur
    Jasamu dikenang

    Dengarlah lagu kucipta
    Gubahan mesra nan manja
    Sebagai ganti diri
    Bersama kau berbakti
    Untuk ibu pertiwi

    Kekanda di medan perang
    Adinda di medan seni blogging
    Sama-sama berjuang
    Sama-sama berbakti
    Semoga tabah hati

    Majulah kekanda maju jangan undur diri
    Dinda mohon doa restu
    Rela sehidup semati bersamamu
    Perwirakuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

    21 comments:

    kucingorengemok said...

    zaman sekarang perwira dah tak berapa gugur lagi macam zaman kominis dulu... kecuali budak tu-dm buat latihan sukoi, ngeheh

    alien said...

    layan syahdu pulak
    ekeke

    aitotyati said...

    salam kak,

    hilang sikit tension Ai baca entry ni

    :D

    Dr K said...

    Kirim salam kat hubby.
    Suruh dia tembak lanun somalia.

    ~haha

    ahmad humairi said...

    assalamualaikum,

    aku baru je belajar menembak...bukan nak jadi perwira punnn.

    gadisBunga™ said...

    ayah aku pun dulu selalu buat serprais jugak. banyak kali raya kata nak balik kampung, alih2 tak balik sebab cuti tak approve.

    dia tentera gak dulu. huhuhu~

    HaN WarreN said...

    romantiknya laki hang ni.....suka bagi kejutan...kalo g singapore kirim singa ekor yek :P

    Siti Noor Aminah said...

    KOG,

    jangan lah gugur plak. huhu.

    Siti Noor Aminah said...

    alien,

    mafia pun tahu jiwang jugak. haha

    Siti Noor Aminah said...

    aitotyati,

    wassalam.

    hihih.

    sahromnasrudin said...

    hehehehhe..

    citer dlm entri aku tu bukan kenduri hang la..hang jgn risau. kan aku dah habaq..aku tak sesat pi kenduri hang ari tu heheheeee

    mario said...

    lagu ni mmg best...lama tak dengar...

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    sedap sungguh lagu tu..suara GC boleh dengar samapi ke sini...hihii :P

    Pala Maldini said...

    tak abis lagi rupanya cerita.. "isteri yang keseorangan ni"

    aku simpati.. Memang bagus surprisenya..

    Aida Azryn said...

    sodapnye suara dia.. haha... XP

    cikpia said...

    nie entri gersang kena tinggai laki ka apa?

    wei,minggu depan jom ikut kami pi kenuri nuraarin!!!!

    Kaseh said...

    suweeettttt.....

    HEROICzero said...

    itu lah org kata, lelaki jangan diajak bergurau. =)

    *semoga selamat semuanya. ameen. =)

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    sekali-sekala syahdu best jugak eh....









    *kReen pun kena tinggal ni tp tak lama ...10hari jer. Anak2 asyik meraung aje tiap malam..

    ~Nur Zulaiha~ said...

    euwwwwww.... romantik U,,
    i like....

    azieazah said...

    Wahhh ini entri orang yang sedang bercinta-cintaan nihhh...

    hehehehe dalam hati ada kebun bunga ek.?

    Total Pageviews

    My Followers