Thursday, March 31, 2011

susu anlene!

Lagi-lagi cerita pasal Tok aku. Heheh.


Tok aku umur dah masuk 80 tahun lebih. Mata tok aku ni tak berapa clear, pasal muda-muda dulu katanya daun padi yang tajam tu tercucuk kat mata. Bukan tak nampak langsung, nampak, tapi agak kabur la. Kira duit nampak lagi, tu kira mata clear lagi lah tu.

Kat rumah kadang-kadang tak dak sapa-sapa, sebab mak dengan ayah aku ke kebun waktu pagi, aku pulak balik kampung masa hujung minggu. Adik-adik aku, semester break nanti baru tercongok kat kampung.

Jadi, kalau tok aku nak minum kopi ka, dia masih kuat nak buat sendiri. Tapi, masa tu aku dengan adik memang ada kat rumah. Adik aku ke dapur, tengok telatah tok aku nak buat air. Dia diam je, sambil perhati dari belakang, tengok tok aku dok buka balang yang dia ingat bekas susu anlene.

Tok aku pun cedok la 2 camca 'susu anlene' dan kacau-kacau sehingga sebati. Tapi, tak sebati pulak. Jadi berketul-ketul. Lama sikit tok aku kacau ayaq susu dalam cawan, dan dia pun berpuas hati. Tok aku pun minum la ayaq susu yang lazat itu.

Sekali aku dengar adik aku gelak macam tengah layan cerita Jozan. Aku pun ke dapur, tanya pasaipa gelak macam hantu je nih. Dia habaq, tok aku buat ayaq susu, tapi bukan guna susu anlene, tapi guna tepung pulut. Sapa la punya kerja pi letak bekas tepung pulut kat situ. Naiya ja tok aku pagi tu, pi minum ayaq tepung pulut.

Sampai sudah tok aku taktau yang pagi tu dia tak minum ayaq susu anlene, tapi ayaq susu tepung pulut. Hantam saja lah tok oiii, janji ayaq tu kaler putih. Wahahahaha.

19 comments:

  1. alahai..
    kesian tok..



    tapi dah tergelak lah.
    haha..

    ReplyDelete
  2. hahahhaa....sib baik tak memulut dalam perut tu...

    ReplyDelete
  3. resepi baru kot.. untuk awet muda..

    ReplyDelete
  4. korang memang sukaaaa buat dosa kat atok sendiri! dah la kasi orang tua tu minum garam...

    ReplyDelete
  5. pengalaman buat susu pakai tepung dah pernah terjadi kat makcik.anak kecik bangun buat susu anak, tengah mamai, cedok tepung gandum, esok pagi baru tahu kenapa anak tak nak minum habis susu tu.

    ReplyDelete
  6. panjang umur atok .. minum aneline lagi bagus .. sihatt :))

    ReplyDelete
  7. sian kat tok.. semoga tok panjang umur..

    ReplyDelete
  8. isk3.. kesian tok.. asik kena ngan cucu jek~

    ReplyDelete
  9. tok debik tak cucu nya lepas tu...ekekkee

    ReplyDelete
  10. ni kategori mendajal tahap gaban ni..cian tok hang...kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  11. ades, kesiannya tok hang tu..x dpt beza air susu anlene ngn tepung pulut..tak baik hang pa wat naya kat dia no..hihihi..

    ReplyDelete
  12. mau nya ke dapur togak klorox. jaga2.

    ReplyDelete
  13. hahaha kalau habis dia minum tu, kira ok la tu. =)

    ReplyDelete
  14. orang tua..
    kalau tekak dia rasa lain pun dia kata tekak dia yang sakit..
    padahal benda yang dia suap ke mulut tu yang dah berasa lain..heheh..

    ReplyDelete
  15. Macam bancuh kopi nujum pak belalang...asal hitam sudahla....kopila tu.

    ReplyDelete