• News

    25 March, 2011

    termos, bukan termometer

    Lagi-lagi kisah benar. Macam biasa, nama watak akan ditukar untuk menghormati perasaan mereka yang terlibat.


    Ada seorang cucu yang baik, yang mengasihi neneknya walaupun kerap kali mereka bergaduh kerana si cucu nak tengok TV, tapi si nenek ajak si cucu menemani beliau makan-makan di dapur. Ahhh nenek, ada cerita best di TV, si cucu suka layan cerita Wonderpets, Wonderpets kami datang, membantu anak tikus yang kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudahhhh... yeayyyy.. Wonderpets.. Begitulah kisahnya.

    Satu hari si cucu berada di dapur, mengemas pinggan mangkuk di dapur sambil terpandangkan termos milik neneknya. Kesian si cucu mengingatkan mata nenek yang agak rabun, jadi si cucu dengan rasa baik dan rajinnya, segera mengambil termos neneknya itu dan mencuci. Kesian nenek, mesti dah lama termos tersebut tidak berbasuh.

    Si cucu cuci termos tersebut, ahh.. macam mana hendak cuci bahagian dalam termos ni?? Bahagian dalam termos ni sempit dan kecil, macam mana hendak memasukkan tangan ke dalam? ahhhh.. kuciwa sudahhhh si cucu.

    Si cucu yang bijak lagi pandai serta rajin teringatkan idea si emak yang menggunakan pasir untuk mencuci bahagian dalam botol kicap kerana botol kicap ada sesetengahnya dijual kepada pakcik yang beli botol. Tapi si cucu fikir, apa kejadah nak letak pasir dalam termos, nanti kuman dan bakteria melekat pada termos tersebut.

    Uikkksss.. apa susah. Gunakan saja garam kasar. Maka si cucu dengan riang seperti kanak-kanak Ribena yang riang, segera memasukkan beberapa sudu garam kasar ke dalam termos dan menggoncangkan termos tersebut seperti menari tarian gelek gerudi kakak Inul. Untuk kesan yang lebih bersih, si cucu membiarkan sebentar termos tersebut dan pergi menonton TV semula. Tapi akhirnya si cucu lupa akan termos tersebut kerana asyik bergelak menonton TV.


     ***************************


    Tidak lama kemudian, si nenek mengadu yang air kopinya rasa sangat masin. Si nenek yang tidak tahu apa-apa telah mengisikan air panas ke dalam termos tersebut. Kecoh satu rumah mencari punca kenapa air kopi boleh jadi masin. Si cucu yang baik tadi segera teringatkan termos neneknya dan mencuci termos tersebut sehingga hilang bau, warna dan rasa. Tadaaaaa... Kan dah tak ada rasa masin lagi. Sampai sudah, rahsia air kopi masin tersebut tidak di ketahui ramai.

    24 comments:

    Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous said...

    alaaa...blahla ko..ko memang suka dajal tok ko kan...cakap jela..aku dah tau..***lariiiikkkkkk*****

    -(Ola)-

    kucingorengemok said...

    niat tidak menghalalkan cara... eh gitu ke orang selalu kata? :)

    Pala Maldini said...

    hahahaha!

    biar pecah di perut, jangan pecah dimulut..

    Cik Ina Do Do Cheng said...

    adik CG yang rajin masak, sebenar kalau ikut hati, malas nak komen kat sini, sebab makcik jadi budak yg malas mandi.

    kenapa ko suka usik nenek ko?

    Siti Noor Aminah said...

    ola - vangangggg.. aku tak sengaja la woiii.. haha


    kog - niat dh btl, tp cara tak betul.. haha.. hantammmm


    pala maldini - ok, diam2 sudahhhh..

    ahmad humairi said...

    Sekarang saya dah tahu, apsal masin.

    Leh jadi idea aku lak ni...hehe

    Anonymous said...

    hehe cucu dia memang baik hati...
    kreatif... ~

    Kaseh said...

    hhahahahha kopi masin sudahnya

    || NaFiRaa || said...

    ohhhhh.. nasib ler si nenek itu tadak penyakit darah tinggi.. kalo x~ konfem mencanak2 BP naik..muahahahaha

    cikpia said...

    naseb bek hang bukan cucu aku........

    gadisBunga™ said...

    oit!! ceredik tak bertempat! hahahahah!!!

    DeLancrettLurpak said...

    nasib baik dia iaitu GC, tidak memasukkan soda bicarb ke dalam thermos..

    saya guna soda bicarb utk cuci periuk yg berkerak, hehehehe

    ~Nur Zulaiha~ said...

    suka na wat keja bijak cam nie.. haha

    Days said...

    beb.ko mmg kreatip.siyesly..!

    Days said...

    beb.ko mmg kreatip.siyesly..!

    aNiS tHe BumbleBee said...

    kalo kak jadi nenek hg,dah sah2 hg tu mmg jadi saspek utama.xdak org lain dah dlm rumah tu yg boleh melahanatkan keadaan selain hang.hahahaa!!

    HEROICzero said...

    dan cucu itu telah menganiayai seorang nenek.

    *simpati*

    Hantu Kak Limah said...

    hahahhahha..aku macam boleh cam sape si cucu itu.....hahahhahahha...lawak wonderpets....

    Dr K said...

    nasib baik garam...

    kalau letak serbuk pencuci ke...sabun ke..tak ke naya neneks kena gi spital cuci perut!

    Carnation said...

    oh bijak.

    sahromnasrudin said...

    bijaknya..semoga kebijaksanaanya disalurkan di tempat yang betul...

    Kuasai Minda said...

    Apapun yang terjadi,
    aku tetap pandang cucu itu sbg cucu yang sangat hebat kerana berkeinginan untuk membantu. Cuma, biasa le, budak kecil, kekadang tindakannya belum matang dan rasional...

    Total Pageviews

    My Followers