Thursday, March 17, 2011

Tuhan bayar cash!!

Sejak bila statement "Tuhan bayar cash" ni diguna pakai??
Wallahualam


Ni cerita pasal "Tuhan bayar cash". Dulu masa aku study, aku ada sorang classmate yang poyo. Hahaha. Pernah dia cubit lengan aku sebab aku pakai T-shirt tangan pendek, nampak aurat. OK, kalau nak tegur, tegur baik-baik tauuuu. Jangan cubit-cubit tangan aku, kau cubit, kang aku balas dengan lempang, mauuuu? Hahaha.

Sejak daripada kes kena cubit tu, aku pun insaf. Tipu je, bukan insaf sebab kena cubit, tapi kesedaran tu muncul lepas ustaz cakap, "tak payah nak tayang bulu roma kat lengan kamu kat orang". Baiklah ustaz, saya insaf ni. Sob3x.

Budak poyo tu pun insaf awal sikit dari aku, sebab selalu join tazkirah ustaz. Alhamdulillah, tapi yang macam ngoksss nya, manusia yang dulu pernah cubit lengan aku sebab pakai t-shirt tangan pendek, sekarang slumber pulak pakai.

Ishhh.. ni la ibarat kata pepatah, kera di hutan mati di susukan, anak di rumah mati kelaparan. Sekian cerita saya berkenaan topik hari ini.

15 comments:

  1. selalu jugak ada kawan macam tu. dekat orang lain pandai je nak komplen, tapi diri sendiri tak sedar.

    ReplyDelete
  2. Tudung dia belum terbang lagi kan?

    ReplyDelete
  3. heheheh..

    lengan saya ngan lengan dia..sape punye lengan lagi besau?heheh

    ReplyDelete
  4. salam kenal gc..

    tapi mmg ramai lah sknag nih pakai tudung ..tapi baju tshirt lengan pendek..contohnya cik pah sendiri.. kengakdang macam malas nak pakai inner.. sebab kat opis sarung sweater kan.

    ReplyDelete
  5. saya suka terms tuhan bayar cash..hehe..ala gc..kamu cubit lengan dia pulaks..

    ReplyDelete
  6. takpe GC kita ambil yg elok dari tegurannya.. dan skrg masa GC pula untuk menegurnya.. tak kiralah nak cubit balik ke hape.. he..he.. janji menegur utk sama2 saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  7. kekadang tpikir jugak takmau pakai baju lengan pendek dah. tapi nampaknya iman aku taklah sekental mana. failed.

    ReplyDelete
  8. tu sebab, masih ramai yang pakai tudung, tapi sebenarnya tak menutup aurat. Aurat yang sebenar mengikut syariat.

    ReplyDelete
  9. mengata org dia yang lebih.. so sama2 lah kita beringat..:P

    ReplyDelete