Friday, April 1, 2011

masak-masak

Orang tua-tua kata, kalau nak kahwin, kena tahu masak. Paling hebat, boleh buat gulai aka kari. Paling teruk sangat, kena tahu masak nasik. Kalau nasik pun tak tahu masak, hari-hari confirm lu tarik tangan laki lu pergi makan kat kedai. Senang cerita, sediakan duit jerrrr.. Hahaha. Ok, kesimpulannya gua tahu masak nasik. Ekekeke. Rice cooker ada maaaa, masak je la guna rice cooker. Tapi gua bukan nak cakap besar, gua biasa jugak masak nasik pakai penunu bunsen  dapur gas. Terrrrrrrorrr tak gua? Hahahaha.


Tapi gua mengaku secara ikhlasnya, gua memang tak pandai masak. Mak gua ada 4 orang anak perempuan, campur mak gua, ada 5 orang kat dapur. Takkan la lima-lima orang nak masak, jadi kita kena cari kelebihan kita ke arah mana. Jadi, gua dengan berbesar hatinya memilih untuk ambik tugas mencuci pinggan, mangkuk, periuk, belanga. Biar yang pandai masak je masak, yang kurang pandai, jangan tunjuk pandai, kang bapak gua boleh cam air tangan sapa. Pernah gua masak, bapak gua tak makan. Bapak gua cakap, gua hanya pandai tumbuk sambal belacan je, sebab sambal belacan tersebut akan jadi pedas macam orang yang tumbuk tu. Ok, kesimpulannya bapak gua nak habaq, gua memang garang. Ishhhh.. gua bangkang 1%!!!


Dulu masa study kat universiti awam yang paling banyak di Malaysia ni, gua dikenali sebagai yang paling pandai masak. Ini bukan propa, tapi fakta. Budak-budak rumah gua tu bukan ikhlas rasanya nak puji gua, tapi sebab depa malas, bila puji gua pandai masak, lagi lah gua bersemangat nak masak. Hahahaha. Hampehhhh. Menu utama di rumah sewa kami masa tu, sambal ayam dan ikan masin.


Masa gua bujang-bujang dulu, gua tak pernah buat agar-agar. Takat tolong mak gua kacau je agar-agar tu. Kuih muih ni memang sumpah gua tak pandai buat. Takat nak bancuh tepung nak goreng pisang atau ubi tu, memang agak cekap lah. Hahaha. Sudahnya, masa awal-awal kahwin haritu, gua terasa nak buat agar-agar. Terus gua sms akak dan adik gua cara-cara nak buat agar-agar milo. Malu. Padahal, boleh je gugel kat myresipi.com.my. Wahahaha.


* Lupa nak habaq, agar-agar gua ada yang terlebih letak agar-agar, dan jadi keras. Ada pulak yang takdak rasa manis langsung.


Kemarin gua gugel lagi myresepi.com.my, terasa nak wat burger malaysia. Masa lunch, gua siap beli yis lagi. Gua balik, terus duduk kat dudur. Campur tepung, campur air, campur semua bahan-bahan yang dah siap gua salin atas buku kecik gua. Sambal ikan bilis pun dah siap gua buat. Punya la pantas. Tiba masa nak menggoreng doh yang telah diuli tadi. Kojaqqqq.. Tak jadi. Tepung dalam tu pun tak masak. Ahhhh.. frusssttt!!! Sudahnya, gua goreng jugak doh tu, kali ni gua buat kecik-kecik. Perghhhh... Lembut gila tepung tu. Cicah dengan sambal ikan bilis, memang terbaekkkk!!!


Burger Malaysia yang nampak sedap. Gambar di kidnep dalam gugel.


* Kononnya kalau jadi burger malaysia tu, nak bawak la sikit ke ofis pagi ni, last-last kena jugak goreng nugget ayam tempura brand ramly. Terima kasih pakcik ramly, untuk produk yang cedappp ini. Nyam3x.

22 comments:

  1. aku paling suka gulai ikan termenung..tersangatla sedap huhuhuhhhhh

    ReplyDelete
  2. sedap nyaaaaa! tak menahan nih. hihi

    ReplyDelete
  3. aku cuba masak bubur kacang mase bujang dulu...konon nak bagi lembut kacang ijo tu...maka direndam semalaman....jadi pokok toge le pulak...hisyyyhhh.

    ReplyDelete
  4. terima kasih pakcik ramly kerana memudahkan org memasak
    yeh

    ReplyDelete
  5. masak!! pening pening pening!

    gua terer juga masak nasi.. tapi jgn pakai dapur gas, habis!!

    ReplyDelete
  6. Nasib baik emak adam pandai masak. Lu tak nak belajar sama dia ke?

    ReplyDelete
  7. kuih tu mmg nampak sedap beb.



    .

    ReplyDelete
  8. takpe.. percubaan lain kali insyaAllah menjadi.. akak pun tak pandai masak gak.. he..he..

    ReplyDelete
  9. Gua masak air memang terbaek !

    ReplyDelete
  10. gua pun terror memasak. campak aje mee dalam air panas, lepas 2 minit mee gua dah siap. Sedapppp :P

    ReplyDelete
  11. aku ingt gambaq yg ang masak da tadi.giler mabeles kan.hahah

    ReplyDelete
  12. Buat bm dulu,
    nti bru translet, pening wei, org terer bi nk translet sstgah rujakna yg dlm b.i ke dalam b.m

    ReplyDelete
  13. mati2 aku ingat hat gambaq tu hang yang masak. nak mintak resepi. azri suka beger malaysia.

    ReplyDelete
  14. gua pon xpandai masak.cmne nak kawen nih adesss..hehe.jgn la mak mentua gua nak test ilmu rumah tangga soh gua buat kuih ke hape.gua sumpah reti makan jep.huuuu parah nih! neway.lu mmg idol gua la sis.hehehe

    ReplyDelete
  15. pssttt try nugget tempura marina, lagi masyukk dari pakcik ramly tu

    ReplyDelete
  16. gua boleh masak nasik dan lauk. tapi kuih muih, cuma karipap je gua reti. tu pun takat kelim je. hihik!

    *bila lu strt ber gua balik ni?

    ReplyDelete
  17. samalah kita, dah kawin baru lah terhegeh2 belajar masak..seb baek dpt laki jenis tak kesah..kalau laki yg hari2 makan kari..pitam di malam pertama..haha!

    ReplyDelete
  18. keh3x kalau ada gambo yang kau goreng tu lagi best. -

    ReplyDelete
  19. eh bukan ke kalau buat burger malaysia, hang kena biar doh naik dulu?

    ReplyDelete
  20. resepi utama masa bujang dulu:sardin 3rasa...rasa pedas,rasa masin, rasa ntahapahapa...

    ReplyDelete
  21. paling craving.



    tiap2 pagi bedal beger malaysia dekat gerai nasik lemak kak kiah. tiga seringgit. panas pula tu.

    ReplyDelete