Tuesday, April 19, 2011

pengawas sekolah

* mood nak mengimbas balik kenangan-kenangan lama. hihi.


Saya dulu sekolah kat kampung. Bila sekolah kat kampung, kelas tak banyak. Darjah 1 sampai darjah 6, ada satu kelas sahaja. Pelajar pun tak berapa ramai. Orang tu lah yang nak main bola jaring, orang tu lah yang nak main hoki, orang tu lah yang nak wakil sekolah itu ini. - Saya lah tu. Hahahaha. Riak pulak.

Cikgu saya kata, kalau periksa (exam) dapat keputusan yang okay, kedatangan okay, boleh jadi pengawas. Saya dulu pandai jugak, selalu dapat nombor 5 ke bawah, tapi cikgu tak ambik jadi pengawas sekolah. Kawan-kawan saya yang kurang pandai jadi pengawas sekolah.

Sampai sekarang saya tak puas hati dengan cikgu sekolah rendah saya. Hahahaha.

Tapi, saya rajin ke perpustakaan. Dan, saya dapat jadi pengawas perpustakaan. Okay lah tu, pengawas jugak. Tapi saya tetap tak puas hati.

Saya tahu sebabnya, saya dulu comot budaknya, saya tinggal dengan tok. Tok saya bukan kisah saya pergi sekolah tak iron baju sekolah. Saya pun tak kisah pakai baju berkedut. Hahaha.

Kalau cikgu-cikgu sekolah rendah saya ada baca entri saya nih, saya masih nak cakap yang 'saya tak puas hati cikgu tak ambik saya jadi pengawas sekolah. Saya memenuhi kriteria yang di tetapkan untuk menjadi pengawas walaupun saya comot'. Kahkahkah.


** Saya tak sesuai jadi pengawas sekolah sebab saya pernah buli orang , eh bukan. Saya ada banyak aktiviti luar  iaitu dengan mewakili sekolah, jadi tak dapat nak menjalankan tanggungjawab saya. Hihihi. - Alasan, ayat penyedap hati.

13 comments:

  1. oi, hari ni gi kerja tudung dah gosok tak? hihihi

    ReplyDelete
  2. saya jadi pengawas setahun je~~pastu jadi pengganas~baru la kena dengan jiwa rebel saya time tu~~haha~~

    ReplyDelete
  3. aku ajdik ketua kelas..best woo..kumpul sijil hehehehhehe

    ReplyDelete
  4. tak apalah boleh jadik geng dengan aku, sebab daku pun dulu jadik pengawas perpustakaan dari darjah 3 sampailah tingkatan 5 T_T

    ReplyDelete
  5. saye pengawas jugak dulu... haha.. best jd pengawas leh marah2 org.. haha

    ReplyDelete
  6. pengawas ni jawatan untuk kaki bodek cikgu je.. kekekekeke

    ReplyDelete
  7. sampai sekarang tak puas hati sebab tak dpt jadi pustakawan! grrrrrrr

    ReplyDelete
  8. seumur hidup tak pernah jadik pengawas/pustakawan/ketua kelas..ekekeke...

    time sekolah rendah jadik pengawas leceh..kena pakai tie tengah2 panas..pakai kot kalau perhimpunan..gilo!

    ReplyDelete
  9. kReen adalah pengawas yang jahat dulu. Kena gantung 6 bulan masa form 4. Sebab? lepak dorm orang dan tak tido di dorm sendiri.


    Yang paling tak tahan tu siap tampal dengan kertas putih perkataan 'pengawas' di name tag.

    huahuahua...

    ReplyDelete
  10. masa sekolah rendah aku tak jadi pengawas walaupun criteria dah kena. siap penah di offer mulut masa darjah 3 utk jadi pengawas. tup2 tak jadi.

    tgk2 cikgu amik budak cun dan kurus jadi pengawas. hangin ok! hahah!!!

    ReplyDelete
  11. saya jadi pengawas di sekolah agama dulu. *muka riak*

    keh3x

    ReplyDelete
  12. kenangan jadi pengawas masa sek menengah amat2 meninggalkan kesan .. sbb akak terjatuh cinta dgn ketua pengawas ... skrg dia kawin dgn salah seorang pengawas dari kami huuhuh

    ReplyDelete
  13. aku pun tak puas ati dgn cikgu aku..


    sebab dia tak pilih aku wakil sekolah main hoki! tu pasal aku main golf skang! balas dendam, kihkihkih..
    bukannya cikgu aku tau pun, hahahahah

    ReplyDelete