Wednesday, April 27, 2011

percubaan kedua

Semalam, percubaan kedua aku nak buat cucur jawa sekali lagi.. Cucur jawa ni tak ada kena mengena langsung kot dengan orang jawa, sebab orang jawa sendiri pun taktau nama jawa diguna pakai untuk cucur ni..

Kali ni memang ikut sukatan yang kawan aku bagi kat fesgebuk. Harap-harap menjadi. Bancuh tepung semua pun senyap-senyap kat dapur, saja nak sepraiss kan laki, konon-konon aku dah pandai buat cucur jawa. Biar dia kagum dengan kepandaian bini dia yang bijak buat kuih tradisional, sedangkan buat agar-agar pun keras kejung.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula dan bancuh air gula merah. Kemudian peram, biarkan semalaman. Masa tido tu, aku berapa kali terjaga, eksaited nak tunggu subuh sebab tak sabo-sabo lagi nak menggoreng cucur jawa.

Patutnya jadi macam gambar di bawah ni.


Gambar pinjam dari gugel



Tapi tak menjadi pulak bunga-bunga kat tepi tu. Kuciwa buat kali kedua. Hahaha. Tapi redha sebab tengok laki makan tak berenti. Angkat je, makan. Itu la orang kata, cantik luaran tak penting, apa yang penting sedapppppp. Kehkehkeh.


* Malas nak letak gambar cucur jawa yang aku buat, sebab cucur jawa dah masuk perut. Lagipun rupa cucur jawa tu sangat tak boleh blah. Hihihi.



14 comments:

  1. cucur jawa ko mesti rupa orang jerman kan?

    ReplyDelete
  2. die buat bunge2 tu pakai acuan kan?

    ReplyDelete
  3. yg penting rasanya.. dan yg lebih penting lg sedap aje suami kita makan kan GC..

    ReplyDelete
  4. suami ni.. kalau isteri masak semua nya dibaham...

    cuma, isteri jangan tanya lah sedap atau tidak... sebab, kaum suami tak sampai hati nak kata :

    "Hampeh! rasa macam batu & kayu"

    hehehe..

    Kalau suami makan banyak tandanya sedap..

    Kalau suami kata "I dah kenyang lah.." maksudnya, sendiri mau ingat lah.. haha!

    ReplyDelete
  5. alah..aku ingt tu muka kuih yang ko buat tu.. upload la weiii..nak tengok!!

    kadang-kadang air tangan tu yg penting. ramai je yg masak nampak cantik tp x sedap. baik masak x cantik tp sedap rasanya.. nomm nom nom

    ReplyDelete
  6. Setuju...
    Rupa cantik, tapi tak sodap...buat hape!!!

    ReplyDelete
  7. laa apsal x ltk gmbr
    br nk kutuk..heheh

    ReplyDelete
  8. cucur jawa? tak pernah dgr lak walau saya ni org jawa...hehehe...

    ReplyDelete
  9. cucur jawa?


    i yg jawanease pun tak pernah dengar.


    tp mcm pernah tengok gambar tu. kt mana ye..

    ReplyDelete
  10. oooo..kuih ni org panggil cucur jawa rupa nya..baru tau..:P

    tapi kuih ni berminyak sikit kan, mcm kuih telinga keling tu

    ReplyDelete
  11. aku tak makan benda pelik2 cam nie... ;p

    ReplyDelete
  12. ouh . nama dia cucur jawa ke ? selalu panggil cucur je . huhu :D

    ReplyDelete