Tuesday, April 26, 2011

REZEKI

Alkisahnya, aku baru sangat bekerja kat tempat ni. Probation period 6 bulan. Sekarang belum confirm jawatan lagi. Bulan 8 aku due. Insyaallah. Sepanjang 2 bulan bercuti, kemungkinan aku tak dapat gaji. Aku redha, jadi aku belajar untuk lebih berjimat cermat.

Semalam aku kisahkan pasal tak ada gaji pada sorang kawan, dia cakap, "eeee..mampus ahh kalo tak ada gaji".

Aku cakap, tak apa. Rezeki baby yang Allah bagi untuk aku dan suami lagi besar dari segala rezeki yang ada. Ingat, rezeki tu bukan datang melalui duit ringgit sahaja, badan yang sihat juga rezeki.

Aku tak berniat untuk perli sahabat aku ni, sebab dia sendiri dah lama kahwin dan memang berusaha untuk dapatkan anak. Makan supplement yang terbaik, berjumpa pakar, namun sampai sekarang masih belum ada rezeki untuk memiliki anak.

Ada orang, dah lama kahwin, tapi masih belum dikurniakan rezeki anak oleh Allah. Ada orang, baru saja kahwin, dan dikurniakan rezeki anak. Ada orang, langsung tak kahwin, tapi tetap dikurniakan rezeki anak jugak. Hehehe.

Duit ringgit memang selalu di anggap sebagai rezeki yang paling besar dalam hidup kita, tapi kadang-kadang kita lupa, ada nikmat lain yang Allah limpahkan untuk kita tapi kita tak pernah anggap itu REZEKI.

20 comments:

  1. rahmat itu rezeki.

    *pusing komen orang atas~haha~~

    ReplyDelete
  2. relevan dan bujal,

    muhammad rahmat????

    ReplyDelete
  3. ada anjing mengekor kat belakang di saat ada penjahat berniat nak menyerang pun boleh dipanggil rezeki~

    ReplyDelete
  4. dah baper bulan......................??? *terlopong*

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. bersyukur dgn segala rezeki yg Allah kurniakan..

    ReplyDelete
  6. anak jiran kReen bernama Rahmat tau!



    hehe...




    Tulah yang abg kReen selalu cakap.
    huhuhu.... malasnya nak bangun malam...

    ReplyDelete
  7. rezeki tu macam2
    masih boleh bangun waktu pagi tu pun rezeki

    ReplyDelete
  8. Betul..

    Majoriti dari kita bial cakap pasal rezeki, nampak $$$ aja.

    Sekali bila sakit kaki, baru tahu nak hargai nikmat kesihatan.

    ReplyDelete
  9. gara-gara kehidupan sekarang ni segala-galanya mahukan duit, jadi orang menjadi buta dan hanya hidup untuk mnecari duit.

    eh yeke apa aku cakap ni?

    ReplyDelete
  10. yes..rezeki allah ni sebenanya kalau dia tunjuk mmg malu kita ni..sbb tu kita xnmpak2 rezeki dia bagi dok asyik langho ja

    ReplyDelete
  11. bersyukur dengan rezeki yg allah berikan .. :)

    ReplyDelete
  12. anak itu rezeki terbesar kan? alhamdulillah. =)

    tahniah untuk kamu.

    ReplyDelete
  13. rezeki bernafas lah yg paling berharga buat kita manusia di bumi Allah ini..
    renung2kan selamat beramal..:)

    ReplyDelete
  14. setiap ank dilahirkan dgn rezeki masing2..
    psssttt..kwn ang tu sapa???

    ReplyDelete