• News

    26 April, 2011

    REZEKI

    Alkisahnya, aku baru sangat bekerja kat tempat ni. Probation period 6 bulan. Sekarang belum confirm jawatan lagi. Bulan 8 aku due. Insyaallah. Sepanjang 2 bulan bercuti, kemungkinan aku tak dapat gaji. Aku redha, jadi aku belajar untuk lebih berjimat cermat.

    Semalam aku kisahkan pasal tak ada gaji pada sorang kawan, dia cakap, "eeee..mampus ahh kalo tak ada gaji".

    Aku cakap, tak apa. Rezeki baby yang Allah bagi untuk aku dan suami lagi besar dari segala rezeki yang ada. Ingat, rezeki tu bukan datang melalui duit ringgit sahaja, badan yang sihat juga rezeki.

    Aku tak berniat untuk perli sahabat aku ni, sebab dia sendiri dah lama kahwin dan memang berusaha untuk dapatkan anak. Makan supplement yang terbaik, berjumpa pakar, namun sampai sekarang masih belum ada rezeki untuk memiliki anak.

    Ada orang, dah lama kahwin, tapi masih belum dikurniakan rezeki anak oleh Allah. Ada orang, baru saja kahwin, dan dikurniakan rezeki anak. Ada orang, langsung tak kahwin, tapi tetap dikurniakan rezeki anak jugak. Hehehe.

    Duit ringgit memang selalu di anggap sebagai rezeki yang paling besar dalam hidup kita, tapi kadang-kadang kita lupa, ada nikmat lain yang Allah limpahkan untuk kita tapi kita tak pernah anggap itu REZEKI.

    20 comments:

    Relevan said...

    Rezeki itu Rahmat,,

    bujal X said...

    rahmat itu rezeki.

    *pusing komen orang atas~haha~~

    Siti Noor Aminah said...

    relevan dan bujal,

    muhammad rahmat????

    kucingorengemok said...

    baca blog pagi² juga rezeki :)

    gadisBunga™ said...

    ada anjing mengekor kat belakang di saat ada penjahat berniat nak menyerang pun boleh dipanggil rezeki~

    cikpia said...

    dah baper bulan......................??? *terlopong*

    Aida Azryn said...

    baby?baby boy or gurl?;D

    Hanis Azla said...

    Alhamdulillah.. bersyukur dgn segala rezeki yg Allah kurniakan..

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    anak jiran kReen bernama Rahmat tau!



    hehe...




    Tulah yang abg kReen selalu cakap.
    huhuhu.... malasnya nak bangun malam...

    alien said...

    rezeki tu macam2
    masih boleh bangun waktu pagi tu pun rezeki

    Dr K said...

    Betul..

    Majoriti dari kita bial cakap pasal rezeki, nampak $$$ aja.

    Sekali bila sakit kaki, baru tahu nak hargai nikmat kesihatan.

    Cik Anita said...

    gara-gara kehidupan sekarang ni segala-galanya mahukan duit, jadi orang menjadi buta dan hanya hidup untuk mnecari duit.

    eh yeke apa aku cakap ni?

    hentakbelipat said...

    yes..rezeki allah ni sebenanya kalau dia tunjuk mmg malu kita ni..sbb tu kita xnmpak2 rezeki dia bagi dok asyik langho ja

    kurus said...

    bersyukur dengan rezeki yg allah berikan .. :)

    HEROICzero said...

    anak itu rezeki terbesar kan? alhamdulillah. =)

    tahniah untuk kamu.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    baek sazah....heeee!!

    LiFe KaMi said...

    rezeki bernafas lah yg paling berharga buat kita manusia di bumi Allah ini..
    renung2kan selamat beramal..:)

    Encik Psychopath said...

    syukur selalu.

    thanks god.

    Unknown said...

    setiap ank dilahirkan dgn rezeki masing2..
    psssttt..kwn ang tu sapa???

    Anonymous said...

    paling suka N3 GC yg ini :)

    Total Pageviews

    My Followers